Thursday, October 30, 2008

SABUN @ Kemuncak Aidilfitri Bersama Bintang AF

Gambar SABUN berdua nie sahaja yg ada. hehe. Meja SABUN jauh so agak susah nak berposing sakan. huhu. Enjoy the pics below! More pics at http://www.flickr.com/photos/halida_halle






Tuesday, October 28, 2008

Nubhan @ Ghayo Kek Kampong!

Ahad lepas 26hb Oktober 2008 telah berlangsung Majlis Ghayo Kek Kampong bersama Nubhan and Nubhan FC. Majlis telah diadakan di kampung Nubhan sendiri di Juasseh. Enjoy the pics. More pics at http://www.flickr.com/photos/halida_halle



Friday, October 24, 2008

'Kami semua memang rapat'

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Stacy nafi ada hubungan cinta dengan Nubhan jadi tidak timbul soal putus kasih.

SEJAK muncul juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), rezeki Stracie Angie Anam, 18 atau Stacy tidak pernah putus.

Selain single pertamanya yang turut didendangkan di konsert akhir AF6, Aku Stacy popular, gadis asal Kota Kinabalu, Sabah ini turut dilamar menjadi model dan jurucakap produk.

Begitupun bagi peminat mereka lebih tertarik dengan gosip cinta gadis keturunan Kadazan ini dengan pemenang tempat ketiga AF6, Ahmad Nubhan Ahamad atau Nubhan. Perkara ini hangat diperkatakan ketika mereka tinggal di Akademi bermula Mac lalu.

Walau sering menafikan mempunyai hubungan istimewa, kemesraan pasangan ini terserlah ketika menjayakan rancangan khas Ada Cinta Di Hari Raya.

Gosip cinta itu turut membawa kedua-dua bintang AF6 ini pergi jauh dalam bidang seni apabila turut dipasangkan untuk mendendangkan lagu, Indera yang turut menjadi lagu tema drama Ada Cinta Di Hari Raya. Secara tidak langsung mereka kini sudah mempunyai dua single.

Baru-baru ini ada sumber rapat dengan dua bintang AF6 ini memberitahu yang hubungan cinta antara Stacy dan Nubhan sudah putus. Semuanya dikatakan berpunca daripada sikap Stacy yang tidak lagi mempedulikan jejaka berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu.

Hubungan mereka menjadi bertambah keruh apabila Stacy langsung tidak datang melawat Nubhan apabila dia dimasukkan ke hospital kerana menghadapi masalah tulang belakang, baru-baru ini.

Stacy yang ditemui pada majlis sidang akhbar Kemuncak Aidilfitri bersama Bintang Akademi Fantasia baru-baru ini, sekali lagi menafikan hubungan cintanya dengan Nubhan.

“Sudah beberapa kali saya tegaskan antara kami tidak ada hubungan istimewa. Bagaimanapun saya akui kami memang rapat dan boleh dikatakan rakan baik.

“Hendak diikutkan, Nubhan lebih mesra dengan Nadia (salah seorang peserta akhir AF6) berbanding saya. Senang cerita, kami semua memang rapat tetapi tidaklah sampai timbul perasaan cinta,” katanya.

Katanya, ketika Nubhan dimasukkan ke hospital semua peserta AF6 mengetahuinya namun dalam waktu sama dia tidak dapat datang melawat kerana terikat dengan jadual persembahan yang padat.

Begitupun katanya, dia bersyukur apabila penyanyi yang popular dengan lagu Ada Untukmu itu sudah kembali sihat.

“Kemesraan yang penonton lihat dalam drama Ada Cinta Di Hari Raya sebenarnya tidak lebih daripada hubungan akrab seorang rakan. Waktu penggambaran dilakukan kami harus serius.

“Untuk menghidupkan lagi jalan cerita yang kami sedang bercinta, saya mahupun Nubhan bersungguh-sungguh menghayatinya. Lagipun kami takut kerana pengarah agak tegas dan kalau apa yang dimahukan tidak dapat direalisasikan kami akan dimarahi. Sebelum kena marah lebih baik kami berlakon betul-betul,” katanya memberikan penjelasan.

Bercerita mengenai pembikinan album penuhnya kata Stacy ia kini sedang dalam pembikinan dan sekiranya tiada aral melintang, kemungkinan besar ia akan dipasarkan Disember ini.

“Sekarang ini saya sudah ada dua single termasuk satu lagu duet bersama Nubhan. Saya turut terbabit dalam projek khas penerbitan album etnik kreatif diterbitkan Ajai untuk kerajaan Negeri Pahang dan satu lagu untuk runut bunyi filem Sayang You Can Dance.

“Ini bermakna saya hanya memerlukan lima lagu untuk melengkapkan album yang sedang dihasilkan,” katanya.

Nubhan @ Open House Media Prima, C30 on Channel 9, and Open House Suria FM

Smlm Nubhan telah menghadirkan diri ke Open House Media Prima. Nubhan telah menyampaikan 2 buah lagu iaitu Ada Untukmu dan Segaris Bulan Sabit. All pics credit to vern@mrmanager. Fore more details sila ke http://mrmanager.blogspot.com



Kemudian Nubhan pegi recording C30 on channel 9 with Anne and Iqwan. Rancangan ini disiarkan hari Ahad ini di TV9 at 1pm.




Selepas selesai recording, Nubhan hadir pula ke Open House Suria FM di Restoran Puteri.

Wednesday, October 22, 2008

Nubhan @ Press Conference Anugerah Skrin 2008

Ptg td juga telah berlangsung Press Conference Anugerah Skrin 2008 di One World Hotel. Nubhan n Noryn di jemput utk membuat persembahan n menghiburkan tetamu yg hadir. Pic credit to vern@mrmanager. Read more at http://mrmanager.blogspot.com


pic credit 2 budiey.com

Stacy @ Press Conference Kemuncak Aidilfitri Bersama Bintang AF

Ptg td telah berlangsung Press Conference Kemuncak Aidilfitri Bersama Bintang AF di Menaran Yayasan Tun Razak. Bintang AF yg hadir terdiri daripada Stacy, Marsha, Toi n Faizal. Nie ade gambar2 Stacy ketika di majlis tersebut. Btw bg sesiapa yg nak pegi pihak penganjur memberi 10% discount kepada fc yg bayar sebelum 24hb OCt 2008.

Pose comel...sementara menunggu majlis bermula

Stacy, Faizal, Toi n Marsha

Bintang AF yg hadir bersama wakil Maestro n Al-Najwa

Pose ayu

Pose lagik nih...hehe

Betul Ke Nubhan Mula Pilih Bulu?

Sejak habis Akademi Fantasia 6 (AF6) populariti pemenang tempat ketiga, Nubhan semakin menjadi-jadi. Sana-sini cerita Nubhan terpampang termasuk menjadi penghias muka depan majalah.

Bukan itu saja, sempena lebaran tahun ini, Nubhan turut mendapat tempat untuk bermacam program hari raya. Pihak Astro sendiri turut menerbitkan drama istimewa tentang dirinya.

Pun begitu, cerita yang tidak sedap dengar adalah Nubhan semakin demand bersikap pilih bulu. Ada pula pihak mengatakan Nubhan dikongkong dan dipaksa menerima undangan show tertentu walaupun masih belum pulih dari sakit belakangnya.

Selain itu, gara-gara drama raya Ada Cinta Di Hari Raya, gosip Nubhan tersebar mengatakan dia bercinta sakan dengan juara AF6, Stacy. Apa respon Nubhan terhadap semua isu ini? Adakah ia untuk tujuan publisiti?

Jom tontoni video esklusif Nubhan yang ditemui murai.om.my dalam segmen Jangan lari!

Nubhan @ Rumah Terbuka Murai, KL

Smlm Nubhan telah menghadirkan diri ke Majlis Rumah Terbuka Murai di Lemon Restaurant, Mines. All pics credit to sab_nyer and tira.


Nubhan @ Launching Worldwide Mastercard Card, KL

Last friday Nubhan telah menghadirkan diri ke launching Worlwide Mastercard Card at KL Convention Center. All pics credit to vern@mrmanager. For details of the event sila ke http://mrmanager.blogspot.com



Dengarnya... Nubhan berangan diva?

Oleh Normah Becok
Berita Harian
CIK Normah simpati sangat dengan nasib kawan Cik Normah yang ditugaskan membuat sebuah liputan konsert di Sabah baru-baru ini. Macam-macam dugaan yang dihadapinya. Mujurlah dia kuat iman, hadapinya dengan penuh senyuman. Tapi dalam hati menggelegak siapa tahu kan.

Yang Cik Normah nak kongsi cerita bukan mengenai perjalanan konsert itu yang kucar kacir tapi mengenai seorang artis yang diundang membuat persembahan dalam konsert itu. Biarlah Cik Normah sebut namanya okey!. Nubhan yang mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Akademi Fantasia musim keenam.

Kebelakangan ini, ada saja kisah yang tak menarik kedengaran mengenainya. Termasuklah mengirimkan kad raya kosong tanpa tulisan. Ayoo... takkan nak tandatangan pun tak sempat adik oii. Cik Normah dengar ada di kalangan wartawan yang cuba menegur sikapnya supaya lebih terbuka dan matang. Yelah dah jadi artis kenalah bijak mengendali apa juga situasi.

Ketika di Sabah, kawan Cik Normah memerhati saja gelagat Nubhan. Dia lebih suka bersendirian dan tidak gemar bercampur dengan rakan artis. Ada kedengaran yang cakap dia sekarang ini sudah berangan ala-ala feeling diva ‘gitu’ sejak lagu dia berjudul Ada Untukmu meletup dan menyertai syarikat pengurusan artis popular lagi. Kawan Cik Normah puji lagi sikap artis lain macam Izwan Pilus, Farawahida, Fazli Zainal dan Aizat yang boleh masuk dengan semua orang.

Lucunya, kawan Cik Normah dengar sesuailah dia berangan sebab yang uruskan dia pun berangan juga. Cik Normah tak nak sebut siapa pengurusnya tapi tahulah siapakan. Cik Normah bukan nak menjatuhkan Nubhan mahupun sesiapa, coretan ini sekadar menegur supaya kembali berpijak kepada bumi nyata. Cik Normah lakukan ini sebab sayangkan Nubhan, jangan sampai dah terjatuh baru nak terngadah.

Cik Normah harap teguran ini diambil secara positif oleh pihak Nubhan. Kalau sebaliknya, ‘tak dapatlah den nak nolong’. Cik Normah pun tak sabar ni nak tunggu kesudahan kisah yang berlaku antara Ning Baizura dan Vernon. Khabarnya akan ada sidang media tak lama lagi, menjelaskan segala-galanya. Tunggu jer la.

Monday, October 20, 2008

Kemuncak Aidilfitri bersama Bintang AF


Jom beraya bersama SABUN!!! hehe. Stacy and Nubhan akan berada di majlis Kemuncak Aidilfitri ajuran bersama antara Maestro dan Al-Najwa. Pada sesiapa yg berminat untuk menghadirkan diri, sila beri nama dan nombor telefon anda sebelum hari Jumaat 24/10/08 kepada:

kosserani@yahoo.com (untuk duduk bersama Stacy)
wackywitchus@yahoo.com (untuk duduk bersama Nubhan)
halidaanis@gmail.com (untuk duduk bersama Marsha)

Premier Table
12 Tables only - 108 seats only
RM4000 per table (RM400 per seat) - Mawi
RM3000 per table (RM300 per seat) - Zahid/Faizal/Mila/Stacy/Farah/Dafi
RM2500 per table (RM250 per seat) - Nubhan/Riz/Nadia/Toi/Heliza
'Duduk semeja dan makan bersama artis'
Special session - Photography and Autograph

Gold Table
8 tables pnly - 72 seats only
RM2000 per table (RM200 per seat) - Marsha/Amylea/Shawal/Noni/Saida/Zila/Alif
'Duduk semeja dan makan bersama artis'
Special session - Photography and Autograph

Silver Table
10 tables only - 100 seats only (10% discount for FC)
Rm1500 per table (RM150 per seat)
Special session - Photography and Autograph

Bronze Table
15 tables only - 150 seats only (10% discount for FC)
RM1000 per table (RM100 per seat)

Stacy @ Rumah Terbuka Aidilfitri Hotlink, KK, Sabah

Stacy menyampaikan 3 buah lagu iaitu Unfaithful, Raya Datang Lagi dan Gembira Hidup Ini. All pics credit to nucy_loves. Enjoy!!!








Sunday, October 19, 2008

Stacy @ Hari Perayaan Malaysia, KK, Sabah

Gambar Stacy di sekitar Hari Perayaan Malaysia. Pada malam tersebut Stacy telah menyampaikan 3 buah lagu iaitu Perwira, Kau Tinggi Di Awan Biru, dan Sayang Kinabalu. All pics credit to Abg Manz. More details at http://abgmanz360.blogspot.com






Saturday, October 18, 2008

Stacy @ Full dress rehersal Hari Perayaan Malaysia, KK, Sabah

Gambar masa full dress rehersal mlm td. Saksikan Stacy secara live the RTM 1 pada mlm ini. All pics credit to Abg Manz. More details at http://abgmanz360.blogspot.com