Ruangan Pembaca,Pancaindera 23 Nov 2008
credit to Utusan Online
HELLO,
Saya ingin meluahkan pendapat berkenaan juara AF6, Stacy. Sebetulnya saya merupakan peminat kesemua Top 5 AF6. Kenapa tak banyak cerita berkaitan Stacy dipaparkan dalam majalah dan surat khabar? Sedangkan pada saya banyak cerita tentang Stacy yang wartawan boleh tulis.
Tentang drama Ada Cinta Di Hari Raya, lagu duet Stacy dan Nubhan, percutian ke Gold Coast, Australia, lagu Cinta Terhalang yang dinyanyikan Bob, gosip Stacy dan Nubhan, kisah hidup Stacy di Sabah dan banyak lagi.
Juara AF5 dulu beruntung kerana hingga kini pun cerita putus cinta menjadi bualan. Saya juga hairan mengapa Nubhan digandingkan dengan Nadia pada satu cover majalah (bukan terbitan Utusan) sedangkan yang dikaitkan adalah Stacy?
Adakah wartawan hiburan cuma memaparkan artis favourite mereka sahaja sedangkan artis yang menjadi juara dipinggirkan. Berbanding Stacy, cerita Nadia lebih banyak dipaparkan walhal semua nya tentang 'popia' sahaja.
Saya percaya wartawan memainkan peranan menaikkan nama seseorang artis. Stacy sepatutnya tidak dikecualikan memandangkan dia seorang artis remaja yang boleh berjaya dalam industri. Lihat sahaja penampilan Stacy malah ketika membuat persembahan, seolah-olah menonton artis remaja Barat, Hannah Montana. Diharap agar wartawan tak pilih kasih dalam menaikkan nama artis.
l Peminat Top 5 AF6
Memang betul kata pembaca ini... kalau nak dikira, banyak sebenarnya yang boleh dijadikan topik mengenai Stacy ini. E-VOKE, hubungannya dgn rakan2 Islam nya, kalau x silap Adam AF2 itu merupakan antara geng/ rakannya sewaktu di Sabah. Gossip ngan Nubhan (Tapi kalau ini, better x citer pun xpe... underground lagi kelasss), kisah saudara mara Islam dia & banyak lagi. Tapi ok gak drpd selalu keluar majalah @ newspaper tapi citer yg kuar pasal popia ke, gaduh ngan org ke, pasal baju la, itula ini la. HOPE sangat press tak pilih bulu, promote yang jadi favourite dorang je... huh! Tapi yang penting fans Stacy tetap sayang Stacy... Love u sooo much! mmmuuuuuaaaahhhhssss!
ReplyDelete