Wednesday, December 30, 2009

Stacy@ Rehearsal Sehati Berdansa3







pic credit to halida@facebook

Stacy@ Kfc: Hot Steppers Dance Competiton






pic credit to halida@facebook

Monday, December 28, 2009

Nubhan @ TM Chillout, Mydin Mall MITC Melaka

Pada 20 Disember 2009 yang lepas, Nubhan telah mengadakan satu persembahan di Mydin Mall, MITC Melaka sempena TM @ Chillout. Nubhan menyanyikan 4 buah lagu iaitu Cari Jodoh, Seadanya Aku, Ada Untukmu dan juga single terbaru Nubhan iaitu Owh Juwita








credit to nubhani

Thursday, December 17, 2009

Stacy @ PC AJL24



Berikut merupakan lagu, artis, komposer dan penulis lirik yang akan bertanding mengikut giliran:

1) Aurora- sepenuhnya oleh Estranged

2)Tak Mungkin Kerana Sayang- Alyah/ Ajai/ Habsah Hassan

3)Cinta Adam & Hawa- Misha Omar/ Azmeer/ Loloq

4)Masih Jelas- Hafiz/ Aidit Alfian/ Ad Samad

5)Situasi- Bunkface/ ciptaan sepenuhnya oleh Sam

6)Pakai Buang- Stacy/ ciptaan sepenuhnya oleh Edry KRU

7)Pergi- Aizat/ Pete Teo/ Amran Omar

8)Aku Skandal- Hujan/ ciptaan penuhnya oleh Noh Hujan

9)Bencinta- Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir

10)Aku Rindu Sayang Kamu- Black/ ciptaan sepenuhnya oleh Yuzai

11)Bengang- Akim/ Amir/ Sheikh Qalam

12)Dan Sebenarnya- sepenuhnya oleh Yuna

13)Kau Aku- sepenuhnya oleh Aizat

14)Rindu Terhenti- Tomok/ Aubrey Suwito/ Tinta

credit 2 mStar online

Wednesday, December 16, 2009

9 Artis Paling Menyerlah 2009


1. Remy Ishak
2. 2. Liyana Jasmay
3. Aizat
4. Yuna
5. Stacy
Stacy
Juara AF musim ke-6 ini memang digilai oleh ramai peminat, sama ada wanita mahupun lelaki. Kelincahan gadis ini ketika beraksi di atas pentas pernah mengundang tuduhan yang mengatakan dia cuba meniru Agnes Monica, penyanyi dari Indonesia. Namun, tuduhan ini disangkal Stacy.

Album sulungnya, ‘Aku Stacy’ mendapat sambutan hangat walaupun hanya memuatkan tiga lagu baru. Single “Pakai Buang”, ciptaan Edry KRU, selain daripada menjadi hit, juga layak bertanding di AJL24 pada Januari depan. Kehadiran gadis ini dalam industri semakin menyerlah apabila dia memberanikan diri mencuba bidang lakonan seperti dalam drama ‘Kau & Aku’ dan telefilem ‘Rumah Baru, Isteri Baru, Baru Raya’.
6. Alyah
7. Bunkface
8. Hujan
9. Tomok

Monday, December 14, 2009

Promo Single Terbaru Nubhan- Owh! Juwita

Single terbaru Nubhan-Owh! Juwita



credit to zalyharipin

Click HERE to request at HotFM during weekdays and HERE on weekends.


Thursday, December 3, 2009

Stacy bimbang vokal

Oleh Esme Johari Wahab
esme@hmetro.com.my

Rap
BIARPUN ramai meramalkan Stacy antara calon pilihan untuk menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) bulan depan, gadis kelahiran Sabah ini tidak pernah menganggap dirinya berada dalam kedudukan selesa.

Justeru, pelbagai persiapan rapi dibuat kerana merasakan banyak lagi kelemahan perlu diperbaiki menjelang malam penentuan final pada 10 Januari depan.

Lagu Pakai Buang hasil ciptaan Edry nyanyian Stacy akan bersaing bersama 13 lagu lain merebut anugerah lagu terbaik.

Sebanyak 30 lagu berentap di tiga sesi separuh akhir pada 6, 13 dan 20 November lalu, tetapi hanya 14 layak ke final.

Sewaktu dihubungi, Stacy sibuk dengan persediaan, sekali gus membuktikan dirinya komited memberikan persembahan terbaik.

"Meskipun sibuk terutama dengan jelajah Anugerah Juara Lagu (AJL) serta pelbagai program persembahan, saya tetap pastikan latihan tidak terjejas.

"Setakat ini, paling membimbangkan adalah tahap vokal dan mencari keserasian rentak bersama penari iringan. Pada pandangan saya, baru 10 peratus fasa latihan selesai dan masih banyak perlu dipertingkatkan dalam jangka masa pendek.

"Saya tidak akan putus asa dan akan terus memastikan latihan ditetapkan mencapai matlamat, paling penting membuatkan saya, rakan rakan dan peminat sentiasa gembira.

"Saya tidak kisah walaupun kurang rehat kerana paling penting perancangan diatur berjalan lancar dan mengikut program disusun bagi memastikan segala galanya menepati apa dimahukan.

"Bagi saya, untuk berjaya seseorang perlu berusaha lebih keras dan tidak mudah mengalah dengan cepat."Pada masa sama, saya hargai sokongan peminat, mereka sentiasa memberi dorongan kepada saya dan mereka jugalah membuatkan diri saya tetap bersemangat tinggi memperbaiki kualiti persembahan dalam bidang nyanyian dan tarian," kata Stacy, juara Akademi Fantasia Musim 6.Katanya: "Saya mahu memastikan perancangan dalam karier nyanyian berjalan lancar dan memberi keutamaan pada mana yang perlu didahulukan. Bidang lakonan akan difikirkan kemudian."Stacy mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing. Dia akan memulakan kursus diploma semester pertama muzik dan bunyi pada Februari tahun ini.Pada Jun lalu, Stacy muncul juara Shout! Awards 2009 dalam kategori Anugerah Bintang Pop.

Sumber : Harian Metro


Tuesday, December 1, 2009