Oleh Elrafaei Sapi (Harian Metro)
SEKALI pandang gambar di halamandepan Rap hari ini, ramai menyangka ia Zhang Ziyi yang pernah beraksidalam filem Memoirs of Geisha.
Dua kali pandang, ia sebenarnya adalah juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Stacy Angie Anam atau Stacy.
Dengansolekan, tebal, berkimono dan berkipas, Stacy dengan yakin melakonkanwatak wanita Jepun dalam video muzik terbarunya, Jahat. Ia sudah punrancak ditayangkan di kaca televisyen terutama di Astro ketika ini danmendapat perhatian ramai.
Stacy, 20, yang kini bercutipanjang di Kota Kinabalu, Sabah bersama keluarganya berkata maklumbalas yang baik terhadap lagu Jahat. Ia boleh dianggap satu lagipencapaian terbarunya selepas Aku Stacy, Pakai Buang dan Gagap.
Katanya,idea serta konsep penerbitan MTV berkenaan terhasil melaluiperbincangan antara produser KRU Studios, Johan Lucas bersama pengarahvideo muzik itu, Ghaz Abu Bakar yang mahu membawa imej sebegitubersesuaian dengan cerita yang ingin disampaikan.
"Penggambaranvideo muzik ini dilakukan sekitar Mei lalu. Saya sendiri sangat sukadengan imej wanita Jepun kali ini bak seorang Geisha yang saya anggapsungguh dramatik dan menyeronokkan. Pun begitu ia tidak lari dari asasgenre saya iaitu 'dance music' yang rancak.
"Selepas melihatsaya disolek tebal, saya rasa sungguh bersemangat, tetapi pada masayang saya terasa lucu. Ghaz juga banyak memberikan tunjuk ajar yangbaik agar saya mendapat 'mood' terbaik.
"Walaupunpenggambaran mengambil masa sehari suntuk, rakamannya tetap berjalanlancar dan saya sangat gembira melihat hasil lagu Jahat.
"Lagunyamengisahkan seorang gadis yang serik bercinta kerana pengalaman yangpernah dilalui bersama pasangannya, tetapi akhirnya dia bercinta semulaakibat dipukau oleh seorang lelaki.
"Selepas video muzik inidipertontonkan kepada peminat, mereka juga sukakan konsep danpersembahan saya yang sungguh berbeza kalau dibandingkan dengan videomuzik sedia ada," katanya.
Tidak syak lagi lagu Jahat akanmenaikkan lagi nama Stacy di mata peminat muzik tempatan selepas kaliterakhir mempertaruhkan Menggegar Dunia bersama Adam AF.
Kata Stacy, sehingga kini, semua lagunya berentak pantas. Jadi untuklangkah seterusnya, dia sudah merancang untuk menyanyikan pula lagubalada yang 'powerful.' "Saya mahu pelbagaikan corak nyanyian saya. Iajuga untuk memecah kebosanan peminat," katanya.
SepanjangRamadan ini, persembahan Stacy kurang sedikit dan ini membolehkan diasama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa di sana sini.
"Aidilfitrinanti, saya juga muncul dalam program Lawaknya Fantasia Raya dan projekalbum Salam Aidilfitri yang menampilkan Mawi, Hafiz, Akim, FaizalTahir, Shila, Tomok dan barisan penyampai Hot FM.
"Selalunyaapabila tiba hari raya, saya juga meraikannya dengan sahabat di Sabah.Seronok dapat mengunjungi rumah terbuka. Mungkin raya ketiga sayapulang lagi ke Sabah untuk cuti raya," katanya.
Sejak bergelar artis, Stacy terus bernaung di bawah AstroEntertainment Sdn Bhd (AESB). Katanya, kontraknya dijadual tamat padaMac tahun depan. "Saya gembira dengan layanan AESB. Tiada istilah anakemas seperti yang pernah digosipkan. Saya melihat semua artis yangberada di bawah AESB dilayan sama rata. "Sepanjang tiga tahun ini, sayabersyukur dengan perjalanan karier sendiri. Buat masa ini, saya belummembuat keputusan hala tuju selepas kontrak tamat.
"Kalauditakdirkan saya perlu bergerak sendiri satu hari nanti, saya sudahbersedia. Memang perasaan takut terhadap persaingan itu wujud, tetapiapa yang penting, penyanyi harus berani mencari kelainan danmengekalkan pencapaian," katanya.
Menyentuh soal peribadi,Stacy menyatakan dia masih mahu memberi sepenuh fokus terhadap karier.Dia tidak merancang untuk bertemu jodoh secepat mungkin, tetapi tidakmenolak jika ditakdirkan.
"Walaupun saya pernah dikaitkandengan artis AF lain, hubungan kami sebenarnya hanya sebagai kawan.Sebolehnya, saya tidak mahu komen panjang mengenai jodoh, takut nantipeminat saya bising.
"Saya rasa bercinta juga perlu mengikutmood. Buat masa ini, mood itu belum sampai dan saya belum lagi adaperancangan untuk hubungan yang serius. "Atas sebab itu, saya lebihsenang memberi sepenuh perhatian kepada karier. Saya belum puas bantukeluarga dan memberi sumbangan seni kepada perkembangan tanah air yangsaya cintai," katanya dalam nada patriotik.


stacy cantik :)
ReplyDeletestacy, kwn ko yg nama akim tu dah syok giler kat ko..x sedar ke???? jgn jadi hipokrit suda
ReplyDeleteanon, klu akim tu dah syok giler kat stacy, itu bkn salah stacy ok
ReplyDeletebak kata org putih it take two 2 tango, klu x melyn x jadi mcm tu
ReplyDeleteklu stacy dan akim bercinta pn apa salahnya, dua2 pn msh single ka, knp ko cmbru ka anon
ReplyDeleteAAK..yg kelakar dorang xnak mengaku
ReplyDeleteapa yg kelakarnya, dorang punya suka la nak mengaku ka tak, sama ada dorang mengaku atau tak, ko tak rugi apa2 la
ReplyDelete