Wednesday, August 27, 2008

Dengarnya... Keajaiban Kelapan Nubhan bakal meletup

Petikan Berita Harian (27/08/08)

Nubhan akan merakamkan album pada bulan puasa

MEMANG boleh dikatakan rezeki berganda buat pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim keenam, Nubhan. Cik Normah cakap begitu sebab selepas lagu nyanyiannya berjudul Ada Untukmu meledak hingga memanjat carta beberapa stesen radio di Malaysia, ada satu lagu lagi yang menggunakan judul Keajaiban Kelapan dikatakan bakal menyengat dan dimuatkan dalam album sulungnya.

Kedua-dua lagu itu ada kesinambungannya. Cuba perhatikan bait lirik puitis lagu Ada Untukmu yang berbunyi, “Akan ku kotakan janji kita, mendirikan Taj Mahal cinta, seteguh kasih Shah Jahan kepada Mumtaznya.”

Amboi! ‘feeling you’ lagu Ada Untukmu ini yang liriknya ditulis Abie Abdullah. Begitu juga dengan lirik lagu Keajaiban Kelapan yang menggunakan khidmat penulis lirik yang sama.
Kita tunggu sajalah perkembangan lagu itu tak lama lagi. Insya-Allah, kawan Cik Normah beritahu, pada Ramadan ini, Nubhan akan mula sibuk merakamkan album sulungnya bersama syarikat milik Ning Baizura, Artistes United Records.

No comments:

Post a Comment