Thursday, August 14, 2008

Nubhan di majalah EH! Ogos




Nubhan, 'Under-Confident Guy'

Gelaran bintang memaksanya menggilap gaya, melipat ganda usaha ke mercu jaya. Biar gusar dan payahmengubah arah, demi cintanya terhadap arah, demi cintanya terhadap seni suara, dia tetap tegar mengatur langkah.

“Saya ikut saja apa yang telah dirancangkan oleh pihak pengurusan Maestro juga Astro. Ada juga buat sesi fotografi dan terkini, merakam semula lagu yang saya pertandingkan dalam Konsert Akhir Akademi fantasia Musim keenam lalu, ‘Ada Untukmu’ karya Zeti Akmar sementara liriknya pula nukilan Abie,” buka bicara
Nubhan, peserta bintang realiti TV AF6 yang akhirnya berjaya menjejak impian bergelar selebriti.

KENALI: NUBHAN
Nama Penuh: Ahmad Nubhan B. Ahamad
Tarikh Lahir: 2 April 1986
Usia: 22 Tahun
Asal: Kuala Pilah
Zodiak: Aries
Tinggi: 182cm
Berat: 70 kg
Pendidikan: Kolej Komuniti Hulu Selangor- Sijil Pelancongan Dan Pengembaraan
Hobi: Memancing, berkaraoke dan melancong
Trivia Diri: Seorang yang agak pemalu dan tidak gemar menbuang masa kepada perkara yang kurang berfaedah tetapi sangat berani menempuh sebarang cabaran demi mencapai segala impian.

**ini hanya sebahagian petikan dr majalah EH!
nak tau lebih lanjut??sila beli majalah EH! di kedai2 yg berhampiran..hihi..

No comments:

Post a Comment