Sunday, December 14, 2008

Terpegun persembahan Stacy

Ruangan Surat dari Pembaca, Pancaindera
Ahad, 14 Disember 2008

ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera,

Saya amat terpegun dengan persembahan Stacy baru-baru ini sempena Jom Heboh di Pulau Pinang. Persembahan yang ditonjolkan oleh Stacy menerusi dua buah lagu iaitu When I Grow Up, nyanyian asal dari *****cat Dolls dan Aku Stacy amat bertenaga.

Tidak salah kalau saya mengatakan yang Stacy boleh diibaratkan seperti penyanyi dari seberang iaitu Agness Monica. Ini kerana persembahan yang disertakan tarian oleh Stacy amat menarik sama seperti Agness Monica yang sentiasa bertenaga membuat persembahan.

Stacy mempunyai bakat yang besar, Oleh itu, saya berharap agar tidak disia-siakan. Kepada Stacy, saya berharap agar anda terus berusaha menempatkan diri anda di bidang seni ini.

sabunians - Ipoh, Perak

3 comments:

  1. memang fantasic...sya tgk pown cukup tepegun. jarang penyanyi pompuan kat malaysia bleh nyanyi sambey menari. stacy memang hebat...betenaga habis. masa nyanyi lagu aku stacy kat semifinal muzik2 pown gempak....cayalah. teruskan usaha stacy!

    ReplyDelete
  2. stacy mmg best
    alamak stacy,MALATOPP SUDAAAA!!1CAYALAHHHH!!

    ~AIRSUNGAI YG SUCI~

    ReplyDelete
  3. sape la peminat ituwwww........
    leh berkenalan ngan skut....
    skut pon org ipohhhhh....!!!!

    from
    vrooooommmm
    -skuterungu-

    ReplyDelete