Friday, March 13, 2009

Konsert Big Jam panaskan JB

from bharian.com.my

Acara terbesar di luar Kuala Lumpur anjuran Hot FM tidak menghampakan peminat


KEHADIRAN puluhan ribu orang untuk menyaksikan Konsert Hot FM Big Jam yang diadakan di Johor Bahru, awal bulan ini mencatatkan sejarah manis kepada stesen radio Hot FM.

Tambahan pula kehadiran pengunjung itu seperti di luar jangkaan kerana konsert yang seumpama festival muzik lapan jam tanpa henti ini diadakan di luar Kuala Lumpur.

Acara yang dimulakan dengan pelbagai aktiviti di gerai penaja konsert itu, turut menampilkan dua penyampai radio yang tersenarai sebagai calon akhir kategori Penyampai Radio Lelaki dan Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH 2008) seperti Faizal Ismail dan Fara Fauzana seawal jam 10 pagi lagi.

Ternyata kemunculan kedua-duanya itu menghangatkan lagi hari yang cukup cerah. Acara siaran luar Hot FM juga turut diadakan bagi mendedahkan kepada pengunjung mengenai operasi pengendalian serta penyampaian segmen Hot FM Korner.
STACY dengan aksi ceria, lincah dan bertenaga ketika menyampaikan lagu Aku Stacy dan Gagap.

Sesi kedua konsert yang dibuat pada sebelah malam pula semakin hangat. Cuaca pula semakin baik. Ramai yang berpusu-pusu untuk melihat lebih dekat barisan kumpulan yang dijanjikan untuk muncul beraksi pada sebelah malam.

Kumpulan Shufflers memulakan persembahan pada sesi kedua konsert, dan malam menjadi semakin panas apabila si lincah, Stacy pula tampil di pentas dengan lagu-lagu cukup bertenaga seperti Aku Stacy dan Gagap. Tambah menarik dalam persembahan lagu Bring Me To Live, Stacy menampilkan Faizal Tahir yang bermain gitar.

No comments:

Post a Comment