Soalan:
Assalamualaikum Nubhan. Saya ni peminat Nubhan. Saya ada soalan yang ingin ditujukan khas buat Nubhan.
1. Adakah Nubhan berminat untuk berlakon jika diberi tawaran?
2. Apakah perancangan Nubhan sekarang? Adakah sedang merakam album?
-
dyaa1810@yahoo.comNubhan:
1. Memang berminat nak berlakon. Sekarang dah dapat tawaran berlakon filem tapi tengah nak tengok skrip dan watak sama ada sesuai atau tak?
2. Sekarang saya tengah merakamkan album. Mungkin akan keluar hujung tahun ni.
Mahu cuba watak seram
Soalan:
Hai Nubhan! Nazira ada beberapa soalan untuk Nubhan. Harap Nubhan dapat jawab kesemuanya.
1. Kalau Nubhan ditawarkan untuk menceburi bidang lakonan, watak yang macam mana Nubhan teringin sangat nak cuba?
2. Kalau Nubhan diberi peluang berduet, Nubhan nak duet dengan siapa?
3. Apa perasaan Nubhan, bila kali pertama berlakon dalam drama muzikal Ada Cinta pada Hari Raya lalu?
- Nur Nazira
Nubhan:
1. Saya sebenarnya nak berlakon cerita seram macam cerita Ghost Hunter. Selama ni pun saya suka tengok cerita seram.
2. Kalau ada peluang saya nak berduet Datuk Siti Nurhaliza. Kalau artis luar pula saya tertarik dengan Letto.
3. Memang teruja sangat. Dalam cerita ni banyak watak yang nak kita memainkan perasaan cinta. Saya rasa ia satu pengalaman yang baik untuk kerjaya lakonan.
Bagaimana nak hubungi Nubhan?
Soalan:
Hai Abang Nubhan. Terima kasih kerana abang Nubhan sudi menjawab pertanyaan saya.
1. Apa aktiviti terbaru abang?
2. Alamat untuk menghubungi abang sekarang macam mana?.
- peminat JB
Nubhan:
1. Sekarang ni saya sibuk merakamkan album dan banyak undangan untuk pertunjukan pentas. Insya-Allah dalam tahun depan kalau saya terima tawaran berlakon filem, mungkin saya terlibat dengan aktiviti baru.
2. kalau nak tahu alamat dan perkembangan saya, bolehlah layari
www.cayalahnubies.com atau bloq ahmadnubhan.blogspot.com kerana banyak aktiviti saya dibuatkan di situ. Jangan lupa daftar sebagai ahli kelab peminat.
Terus kerja di bank?
Soalan:
Assalamualaikum...
Hai Nubhan saya adalah salah seorang daripada peminat awak. Diharap Nubhan akan terus sukses dengan karier Nubhan. Di sini ada soalan buat Nubhan.
1. Kalau tidak menjadi artis, bidang apakah yang Nubhan pilih?
2. Saya meminati lagu Nubhan Ada Untukmu, saya ingin tahu bagaimanakah Nubhan mencari feeling untuk menyanyikan lagu tersebut?.
- Hana Insyirah, ijok.
Nubhan:
1. Sebelum ini saya bekerja di sebuah bank. Kalau tak jadi artis, sampai pencenlah kut saya di situ. Saya juga minat den-gan agensi pelancongan. Mungkin saya akan buka agensi itu kalau tak jadi artis.
2. Sebelum merakamkan lagu kita kena faham cerita dalam lirik tu dan letakkan diri kita dalam situasi tersebut. Dengan cara itu kita dapat menghasilkan lagu den-gan penuh perasaan. Itulah cara saya.
Tak bercinta dengan Stacy
Soalan:
Assalamualaikum Nubhan. Saya nak tanya beberapa soalan.
1. Apa perasaan Nubhan bila Syarikat Ning dibubarkan?
2. Saya ada menonton Destinasi Fantasia abang nampak rapat sangat dengan kak Stacy. ada apa-apa ke? Jeles tau.
-
crabby89@yahoo.comNubhan:
1. Saya tak rasa apa-apa dengan pembubaran itu kerana selama ini saya diuruskan oleh Vernon Kedit. Dia yang banyak aturkan jadual saya kerana aktiviti saya diuruskan oleh syarikat Artiste United Recorde. Walaupun kak Ning dah tak ada tapi kami masih berurusan lagi dan dapatkan nasihat dia macam biasa.
2.
Amboi... saya dengan dia kawan biasa je. Kami rapat sejak dalam Akademi Fantasia lagi. Tak ada apa-apalah dengan Stacy. Tak bercinta pun.
Bukan senang jadi artis
Soalan:
Saya amat meminati Nubhan. Di sini saya ada beberapa soalan untuk Nubhan.
1. Apa perubahan paling besar dalam hidup Nubhan setelah bergelar artis?
2. Apa matlamat jangka masa panjang Nubhan dalam industri seni ni?
- Shakila, KL
Nubhan:
1. Perubahan dalam hidup memang banyak beza. Sekarang orang akan perhatikan kita atas bawah. Bila jadi artis kita kena jaga semua termasuk penampilan dan tingkah laku. Kita kena banyak bersabar. Bukan senang nak bawa diri dalam industri ni.
2. Nak mantapkan dahulu dalam bidang nyanyian supaya setanding dengan artis senior. Kalau boleh untuk masa depan nak buka bisnes juga.
Jangan pandang serong
Soalan:
Saya nak tanya beberapa soalan kepada abang Nubhan.
1. Orang ramai pun tahu abang Nubhan ni memang pandai bercakap Mandarin. Abang Nubhan tak ada apa-apa perancangan nak menyanyi lagu dalam bahasa tu?
2. Sebagai artis apa pendapat Nubhan tentang Kelab Peminat?
3. Bagaimana Nubhan berhadapan dengan peminat yang kadang-kadang lebih sudu dari kuah?
- Al-Beema, Negeri Sembilan.
Nubhan:
1. Memang teringin nak nyanyi lagu dalam bahasa Mandarin. Tapi nak tengok ia sesuai atau tidak dan tengok juga pasaran. Kalau ramai yang minta kita buatlah.
2. Kelab peminat ni sebenarnya penting untuk seseorang artis kerana ia akan dapat membantu menaikkan nama seseorang artis. Banyak juga aktiviti yang saya buat melalui kelab peminat.
3. Nubhan dengan peminat layan sama saja. Perangai orang tak boleh nak jangka. Kalau dia buat perangai, terpulang kepada dia. Tolong
Jangan pandang serong pada Nubhan cukuplah.
Suka menyakat orang
Soalan:
1. Apa perasaan abang bila sudah sampai ke tahap ini?
3. Boleh tak abang beritahu serba sedikit tentang diri abang? (personaliti).
- Senorita
Nubhan:
1. Syukur. Saya akan pandang ke depan untuk capai segala impian saya selama ini.
2. Saya seorang yang sempoi. Perangai pelik saya tak tak suka nak pergi beli-belah. Pening nak fikir. Kadang-kadang saya ni agak pemalu terutama dengan orang yang baru kenal. Kalau rapat memang boleh "kamcing". Tabiat saya suka menyakat dan mengacau orang. Kalau budak perempuan, saya akan menyakat sampai dia rasa saya ni memang tak guna dalam hidup dia.
Boleh hadapi gosip
Soalan:
Salam Nubhan. cayalah! hehe... saya salah seorang daripada jutaan peminat awak. Tahniah sebab sampai sekarang Nubhan terus maju dalam karier. saya nak tanya:
1. Seandainya album pertama Nubhan mencatat rekod dan memuaskan hati, tak terniat nak buat sesuatu?
2. Boleh hadapi tak gosip setakat ini?
- Ilah91
Nubhan:
1. Kalau terjadi apa yang dikatakan itu, saya akan buat kenduri doa selamat dan raikan peminat serta buat majlis untuk mereka.
2. Setakat ni boleh. Ada juga gosip yang menikam kalbu dan tertusuk ke dalamnya. Kadang-kadang kita marah juga tapi kita terima benda tu sebagai pengajaran. Nubhan akan memperbaiki diri untuk jadi lebih baik.
Kongsi petua jaga suara
Soalan:
1. Petua menjaga suara bagi serak-serak tu macam mana? Sedap la suara Nubhan.
2. Betul ke gosip kata Nubhan ni sombong?
- ETLANGKAWI
Nubhan:
1. Suara ni kurniaan Tuhan. Bila jadi artis saya ambil juga petua orang tua-tua. Kurangkan minum ais, kurangkan pedas dan nak mantapkan vokal lagi.
2. Nubhan tak sombong. Kalau tak ke-nal akan salam, senyum, gelak-gelak sikit dan senyap terus. Kalau dah kenal akan ramah. Dengan wartawan dan artis pun macam tu juga. Takut nanti orang menyampah kalau kita terlalu ramah pula.
Sedih datuk meninggal dunia
Soalan:
Assalamualaikum Nubhan. Saya salah seorang dari ribuan penyokong setia kamu dan saya juga adalah ahli Nubhan FC.
1. Boleh saya tahu, apa hadiah paling berharga yang pernah kamu terima dari peminat setia kamu?
2. Siapakah idola kamu dalam bidang nyanyian.
3. Apa pula pengalaman pahit dan manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang bergelar anak seni ini.
- Mohd Helme Mohamad Lassim, Gemencheh, Negeri Sembilan.
Nubhan:
1. Banyak hadiah istimewa peminat berikan pada saya. Antaranya seperti baju, jam tangan dan kasut. Ada juga hadiah yang sampai dari Brunei. Saya juga pernah dapat kain songket benang emas serta minyak wangi dari luar negara.
2. Idola saya ialah Datuk Siti kerana pencapaian yang tinggi dan vokalnya yang mantap habis.
3. Pengalaman pahit bila atuk meninggal dunia. Masa tu saya ikut mak ke Johor Bahru. Bila sampai di Johor Bahru, atuk meninggal dunia dan tak sempat jumpa. Masa kecil saya memang rapat dengan atuk.
Pancaindera,23 Nov 2008
credit to utusan malaysia online