ChatRoom

Showing posts with label stacy. Show all posts
Showing posts with label stacy. Show all posts

Saturday, July 16, 2011

Stacy at Floria 2011



Kasanova


Kisah Dongeng

Sunday, July 3, 2011

Tranformasi Stacy

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my
2011/07/03



DIA sudah dewasa. Lagaknya bukan lagi seperti budak hingusan seperti dulu. Tidak hairan kebelakangan ini Juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6) perlahan demi perlahan semakin menyerlahkan sisi femininnya. Semuanya seiring peningkatan usia Stacy yang bakal menginjak 21 tahun pada 18 Ogos ini. 

Dulu, Stacy lebih cenderung bergaya ranggi dan funky. Malah, gaya energetiknya di pentas menuntut gaya sedemikian. Tetapi sesekali berubah gaya, tak salah pun. Lihat saja sisi kewanitaannya cukup menyerlah dengan rekaan Hazwani Osman pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 pada 3 April lalu.

Cuba bereksprimentasi dan mencari kelainan, Stacy ditampilkan dengan gaya seksi dan feminin. Dengan persalinan sendiri dan koleksi Wanpa, Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2010 ini cukup bertenaga memberikan pos dikehendaki untuk pembaca B*POP.
“Saya tidaklah mahu terlalu drastik berubah dalam soal gaya. Saya selesa dengan gaya lama tapi saya juga terbuka dalam melakukan transformasi. Lagipun saya masih muda dan bebas untuk terus bergaya mengikut kemahuan, peredaran masa dan aliran fesyen. 

“Sejujurnya, saya cuba membiasakan diri untuk menjadi lebih feminin. Tak selesa dan agak kekok. Apabila dapat melaram gaun labuh begini terasa sangat diri ini macam Wanita Sabah Terakhir. Terus berangan macam puteri. Tapi saya percaya fesyen cukup melengkapi kerjaya muzik yang saya terokai,” katanya saat asyik ketika wajahnya disolek Rina Derina.

Bertemu Stacy, dia tidak ketinggalan diajukan persoalan mengenai Akim, lelaki yang dikatakan bertakhta di hatinya. Bayangkan tuah gosip cinta itu membuka pintu rezeki untuk mereka berdua dilantik sebagai duta Cornetto Royale Mixed Berry, mengambil alih posisi Mawi, Mila, Dafi dan Shila sebelum ini.

Gara-gara gosip yang terus menjadi tanda tanya itu juga, mereka ditawarkan membintangi sebuah filem muzikal terbitan Tayangan Unggul. Namun, Stacy lebih dulu menolak tawaran itu kerana komitmennya lebih diperlukan untuk penghasilan album studio keduanya selepas Aku Stacy (Mac 2009). 
Tak kurang pula yang menebak Stacy berbuat demikian dan meninggalkan Akim keseorangan menerajui filem itu kerana hubungan mereka sebenarnya sudah berakhir. Hanya tersenyum, pemilik nama penuh Stracie Angie Anam ini seperti mampu membaca apa yang terlintas di fikiran wartawan B*POP. 

“Pelik pula, jika ada mengandaikan kami sudah putus sedangkan kami tak pernah pun bercinta. Memang benar, ada yang mengandaikan kami bercinta. Tapi itu persepsi masing-masing yang bebas menjatuhkan hukum. Kami tidak mampu menghalang apa cakap-cakap di belakang.

“Yang pastinya, saya masih solo. Kerjaya menjadi nadi utama saya hingga saat ini sejak tiga tahun saya bergelumang dalam dunia hiburan. Begitu juga dengan keluarga. Saya menolak tawaran berlakon filem itu tiada kaitan dengan kisah putus cinta atau apa saja yang seangkatan dengannya.

“Saya minat berlakon. Cuma, sekarang bukan masa sesuai untuk saya mengembangkan sayap dengan lebih serius. Lagipun nyanyian menuntut masa yang sikit berbanding lakonan. Kalau ada rezeki untuk saya berlakon selepas ini, siapa tahu saya mungkin mempertimbangkannya,” kata Stacy yang tidak menafikan berkawan rapat dengan pemenang tempat ketiga AF7 itu.

Tambah Stacy lagi, dia tidak sesekali menafikan gosip membabitkan mereka sedikit sebanyak menjadi tuah buat masing-masing menambah duit untuk masa depan. Stacy juga mengakui dia sudah terbiasa dengan keadaan apabila sering diajukan mengenai Akim kepadanya.

“Dia memang seorang kawan yang baik. Saya pun senang bekerjasama dengannya. Kami pun sudah kenal rapat sejak dua tahun lalu. Sejujurnya, saya tak rimas dikaitkan dengannya. Malah, saya sudah bersedia dengan apa saja kemungkinan dan persoalan yang akan ditanya wartawan. Orang tanya, saya jawablah yang benar,” katanya yang dijangka menyambung kontrak bersama Astro Entertainment Sdn Bhd yang akan berakhir bulan ini.

Diusik persoalan apakah dia bersedia untuk memikirkan lebih serius mengenai perkahwinan, Stacy pantas menjawab sambil berseloroh, nak kahwin macam mana kalau calon pun tak ada. 

Celahnya lagi, kekecewaan ‘sepanjang zaman’ bercinta membuatkan Stacy takut untuk berkahwin atau memikirkan komitmen.

“Sebelum ini saya pernah melalui fasa bercinta dengan lelaki di Sabah sebelum bergelar artis. Malah, saya turut diuji dengan percintaan dengan lelaki Melayu. Semuanya berakhir tidak seperti yang diharapkan. Melalui pengalaman dan penyelidikan lalu, saya jadi malas untuk memikirkan soal cinta lagi,” kata duta kepada produk Clinelle, Intimate dan Silky Girl ini sekali gus cuba mengelak siapa gerangan lelaki Melayu yang dimaksudkan itu.

Stacy tangguh kuliah 

BERCERITA mengenai kerjaya seninya, ada sebab untuk pemenang kategori Popstar Anugerah Shout! 2009 ini untuk tersenyum lebar. Pertamanya, dia kini sedang rancak melunaskan baki rakaman album keduanya. Menerusi peranannya sebagai duta Cornetto dia akan tampil dengan dua konsert berasingan.

Albumnya dijangka berada di pasaran sekitar bulan ini. Konsertnya yang dinamakan Konsert Wall’s itu pula sudah diadakan di Setiawangsa pada 11 Jun dan diikuti Johor Bahru pada 18 Jun lalu. 

Bukan saja Stacy, konsert yang diadakan secara percuma ini turut menampilkan penyanyi popular lain seperti Akim, kumpulan Sofazr, Tomok, Awi Rafael, Kumpulan Tilu, Azlan & The Typewriter, Shahir dan Black. Single terbarunya, Kisah Dongeng (untuk dimuatkan dalam album kedua) juga sudah mula mencuri perhatian pendengar.

“Untuk album kedua ini, saya jangka memuatkan enam atau tujuh lagu. Antara komposer terbabit selain Edry KRU ialah Omar K dan Taja Meet Uncle Hussain. Dalam album ini konsepnya lebih pelbagai. Ada balada, slow rock, rock dan lagu rancak (upbeat).

“Memang tak dinafikan ramai suka Stacy menyanyikan lagu rancak berbanding balada. Hinggakan ada menganggap lagu sebegitu sudah menjadi forte dan makanan saya. Sebenarnya saya juga boleh menyanyi balada. Album pertama saya ada lagu balada ciptaan Ajai berjudul Cinta Yang Ku Duga,” katanya yang sebelum ini cukup dikenali menerusi lagu Pakai Buang, Gagap dan Jahat. 

Di sebalik kesibukannya, ternyata ada harga yang perlu dibayar untuk terus mengukuhkan label namanya di persada seni. Stacy perlu berkorban dengan menangguhkan kuliahnya di Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing, Cyberjaya dalam kursus diploma Bunyi dan Muzik.

“Dalam kehidupan, tak semua yang kita harap akan menjadi seperti dirancang. Saya tak kesal. Tapi saya rasa ia demi kebaikan saya juga. Tapi itu tidak bererti saya akan terus leka hingga melupakan tanggung jawab sebagai pelajar.

“Pada masa sama, peranan saya sebagai anak juga harus diberi perhatian. Selepas tiga tahun berkecimpung dalam dunia seni, saya dapat membeli rumah dua tingkat di Sabah untuk kemudahan keluarga. Lepas ini saya nak beli kereta pula untuk mereka. Ekonomi keluarga saya pun semakin stabil. Abang saya pun turut membantu,” katanya.

PROFIL 
Nama: Stracie Angie Anam 
Kelahiran: 18 Ogos 1990 
Asal: Kota Kinabalu, Sabaha 
Album: The Best Of Stacy (2008), Aku Stacy (2009) 
Single Baru: Jahat 
Keluarga: Anak kelima daripada enam beradik 
Etnik: Kadazan


  • Pakaian Wanpa: (wanpa.blogspot.com)

  • Solekan dan rambut: Rina Derina 
  • Stacy @ Pencalonan Muzik-Muzik 2011




    more pics click here
    credit to Stacy Angie

    Sunday, June 12, 2011

    Stacy @ Konsert Cornetto

    Semalam 11hb Jun 2011, telah berlangsung Konsert Cornetto di AEON Jusco AU2 Setiawangsa. Antara artis yg telah membuat persembahan adalah Stacy, Akim, Awie Rafael, Tilu, Sofaz, Tomok dan Black. Stacy telah menyampaikan 4 buah lagu iaitu Jahatnya Cinta, Kisah Dongeng, Jahat dan buat pertama kalinya di perdengarkan kepada semua adalah Kasanova. Kasanova adalah single terbaru Stacy yg akan kuar tak lama lg ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abd Halim




    more picture click HERE



    credit to stacyangiefrenz

    Wednesday, June 8, 2011

    Stacy @ Jom Heboh Kuching



    Jahatnya Cinta featuring Akim

    Kisah Dongeng

    Kisah Dongeng- Stacy






    Credit to AFTALENT & Stacy Angie's fb

    JANGAN LUPA UNTUK MENGUNDI LAGU KISAH DONGENG DI ERA FM
    KLIK SINI

    Sunday, February 27, 2011

    Stacy@cornetto meet the fans

    haliuuuuuu sabunian..harap hari ni semua ceria2. semalam Stacy telah bertemu fans di sg wang sempena cornetto bagi aiskrim free. sape yang pergi sana mesti best! jgn risau, akan ada peluang pada sabunian nak jumpa Stacy di tempat lain sbb selepas ini banyak lagi tempat Stacy akan pergi jadi jangan lepaskan peluang untuk jumpa stacy:)

    roadshow cornetto Sungai Wang (KL), Plaza Alam Sentral (Shah Alam), Sutera Mall (JB), City Square (JB), Queens Bay Mall (Penang), Gurney Plaza (Penang)

    ok di sini ada gambar-gambar sepanjang sesi bertemu peminat di sg wang:)






    all pics credit to Cornettolove

    Saturday, February 26, 2011

    Single terbaru Stacy

    Selepas single jahat, single stacy yang terbaru~~Kapsul muncul. Berentak balada diharap ini adalah permulaan yang baik untuk stacy:) dengarkan lagu ini...Kapsul ciptaan audi mok...





    requestla lagu ni di stesen radio....moga sabunian terus menyokong Stacy dan nubhan:)


    credit to stacyfan100

    Stacy duta terbaru CORNETTO!

    Salam sabunian! Baru-baru ini stacy telah dilantik sebagai duta cornetto di atas pelancaran perisa baru iaitu mix berry..tahniah stacy!




    credits to cornetto FB

    Saturday, January 15, 2011

    Stacy @ Anugerah Juara Lagu 25



    credit to Halida Hilmi



    credit to Zumbaf

    Tuesday, December 21, 2010

    Stacy @ Konsert Ria




    credit to Halida Hilmi

    Monday, December 13, 2010

    Thursday, November 25, 2010

    Senarai Penuh Finalis Anugerah Juara Lagu 25


    Senarai Penuh Finalis AJL25:

    1. Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir
    2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
    3. Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
    4. Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain
    5. Ku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
    6. Cinta Sempurna – Yuna
    7. Pelita – Loque/Loque/A.P.I
    8. Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
    9. Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor
    10. Mencari Konklusi – Noh/Noh/Hujan
    11. Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
    12. Ekstravaganza – Sam/Bunkface
    13. Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy
    14. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali


    TAHNIAH STACY !!
    credit to Budiey

    Monday, November 1, 2010

    Stacy @ Remaja 1 November


    Cerita Cinta Stacy

    Ceritakan tentang perkembangan terbaharu Stacy...
    Kini, Stacy sedang mempromosikan lagu ‘Jahat’ dan sibuk dengan show bersama ASTRO.

    Sebagai seorang selebriti memang tidak dapat lari daripada sebarang gosip. Bagaimana Stacy berhadapan dengan situasi ini?
    Stacy anggap gosip ini adalah lumrah kehidupan artis. Jadi, Stacy sudah persiapkan diri untuk menghadapi sebarang gosip. Yang penting kita harus cool bila berdepan dengan situasi yang melibatkan gosip.

    Apakah kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan sepanjang bergelar artis?
    Bagi Stacy, kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan ketika memenangi Akademi Fantasia musim ke-6. Tak tergambar rasanya perasaan Stacy ketika itu.

    Berapa kali Stacy pernah jatuh cinta? Ceritakan sedikit....
    Kalau nak diikutkan, banyak kali jugalah, dah lupa. Hahaha. Tapi itu hanyalah cinta monyet semata. Kali pertama Stacy mula sukakan seseorang masa Stacy darjah satu. Waktu itu bukanlah perasaan cinta pun, cuma minat dan suka berkawan dengan budak lelaki yang baik dengan Stacy.

    Apakah status Stacy sekarang? Dan apakah kriteriakriteria lelaki idaman Stacy?
    Stacy masih single but not available. Hahaha. Stacy tak kisah kriteria apa pun asalkan Stacy suka padanya. Yang penting dia boleh buat Stacy rasa dicintai, buat Stacy happy dan seorang yang memahami. Yelah kan, Stacy ni penyanyi dan sentiasa saja sibuk.

    Bagaimanakah Stacy mencintai dunia muzik dan sejak bila?
    Stacy mula melibatkan diri sejak darjah dua. Waktu itu ada pertandingan menyanyi di sekolah. Stacy memang sukakan muzik dan ingin juga mencuba walaupun masa itu Stacy tak pandai menyanyi. Tapi sejak pertandingan itu, Stacy selalu melibatkan diri dalam pertandingan nyanyian.

    Ketahui kisah Stacy selanjutnya dalam REMAJA 1 November

    credit to Remaja

    Sunday, October 17, 2010

    Tuesday, October 12, 2010

    Persamaan SABUN

    1.sabun sesama mental!!!!!
    2.kelakar amat..
    3.suka pakai baju hitam putih..
    4.mengamalkan teori cas
    5.sama2 comel..
    6.suara yg best..
    7.kesayangan bung romli
    8.2-2 penah dilukakan
    9.suke makan tempoyak
    10.sayang budak2
    11.sama2 putih
    12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
    13.rambut lurus
    14.romantik..bleh??
    15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
    16.kurus
    17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
    18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
    nub 2/4 stacy 18/8
    19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
    20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
    21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
    22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
    23.tema kawen warna purple..
    24.tema hari raya warna merah hati..
    25.duet ada cinta..
    26.pnah mng dance contest cikgu linda
    27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
    28.pakai bj itam ms audition
    29.suka pakai spek itam..
    30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
    31.suka CT
    32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
    33.berdiri bersama masa pengumuman juara
    34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
    35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
    36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
    37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
    38.Pencinta Alam Sekitar
    39.Suka memancing
    40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
    41.kedua-duanya lurus orgnya..
    42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
    43.dua2 suke air milo
    44.dua2 berasal dr kampung..
    45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
    46.Kedua-duanya sporting giler..
    47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
    48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
    49.Dua-dua penah makan ulat saguu
    50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

    Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

    Letter for SABUN

    SABUNians

    Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

    WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
    WE WILL SUPPPORT
    SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.