zaidim@bharian.com.my
Tiga bintang Akademi Fantasia kongsi cerita sebelum fajar Syawal menjelma
DUA hari saja lagi, umat Islam bakal menyambut Aidilfitri dan ketika ini warga kota mula sibuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Balik kampung memang satu kemestian, apatah lagi raya hanya disambut sekali dalam setahun.
Inilah peluang terbaik untuk bersama-sama keluarga dan rakan taulan, menginsafi diri dan sama-sama memohon supaya ukhwah yang sedia terjalin terus bersemi.
Tika ini ada yang sudah berada di kampung halaman menghitung hari terbitnya fajar Syawal dan ada juga yang terpaksa berkorban atas komitmen kerja hingga tidak dapat beraya dengan keluarga. Kalau dapat cuti sekalipun, mungkin selepas berlalunya raya pertama.
Bagi sesetengah golongan selebriti seperti Farah, dia hanya akan bergegas pulang beraya hanya pada malam raya sejurus selepas program Sampaikan Raya di TV3 selesai.
Tahun ini genaplah empat tahun, Farah beraya sebagai artis dan Aizat pula baru dua tahun. Berlainan dengan Nubhan yang sangat teruja menyambut raya buat pertama kali setelah bergelar artis. Keriuhan dan kegamatan beraya serta momen perjalanan balik kampung buat mereka memberi tafsiran dan pengalaman berbeza.
Tak sabar beraya dengan peminat
NUBHAN pula berasa teruja dan berdebar menanti saat menjelangnya lebaran buat pertama kali menyambutnya sebagai artis. Nubhan juga merancang untuk mengadakan rumah terbuka untuk peminat, namun belum pasti bila waktunya.
Nubhan akan beraya di Juaseh, Negeri Sembilan bersama keluarganya dan persiapan raya untuk dirinya dan keluarga tidak dilupakan. Musim raya ini juga, Nubhan akan muncul dengan beberapa program raya di Astro.
"Tahun ini saya membantu keluarga membuat persiapan raya dan hiasan rumah. Bantulah apa yang patut. Saya tidak sabar untuk beraya dengan peminat. Saya tidak lupa memperuntukkan duit raya untuk anak saudara dan peminat kecil.
"Beraya di kampung berbeza di bandar kerana meriahnya lagi seronok. Sebelum ini saya memang tidak pernah gagal untuk beraya di kampung. Saya sudah biasa pulang beraya menaiki bas dan motosikal sewaktu zaman belajar dan bekerja sebelum ini. Masa raya inilah kita dapat berkumpul dengan keluarga, sanak saudara dan rakan taulan.
"Jangan lupa untuk menonton lakonan saya di dalam telefilem Ada Cinta Di Hari Raya, Gold Coast Special dan Jangan Lupa Raya, Insya-Allah semuanya untuk siaran Astro Ria. Album sulung saya, insya-Allah akan menyusul tak lama lagi," kata Nubhan yang menyertai syarikat Ning Baizura, Artistes United Records selama tiga tahun.
No comments:
Post a Comment