Ahad,14 Disember 2008,
Ruangan Alkisah, B POP
Oleh Raja Nurfatimah Mawar
Sukar meneka rahsia hati mereka, namun hakikatnya Stacy dan Nubhan sedang dilamun cinta. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang, nampaknya Stacy mahupun Nubhan bijak menyembunyikan kisah percintaan mereka.
Hubungan intim mereka kini makin menjadi bualan mulut ramai, namun pasangan yang dipertemukan dan mulai jatuh cinta ketika dalam Akademi Fantasia(AF) musim lalu itu masih berteka-teki dengan peminat.
Sumber yang rapat dengan mereka memberitahu, Stacy mahupun Nubhan sedang mengenali hati budi masing-masing. Sejauh manakah hubungan mereka tak dapat dipastikan, hanya empunya diri yang tahu. Sejak keluar AF, hubungan yang dulu hanya 'teman tapi mesra' kini sudah bertukar menjadi pasangan kekasih.
Raja tak menolak kebenaran cerita ini kerana Raja dapat rasakan ada cinta di mata Nubhan dan Stacy tatkala Raja bertanyakan kebenaran hubungan cinta mereka. Sudah tentu jawapan daripada mulut mereka hanya sekadar teman rapat, tetapi Raja dapat membaca isi hati mereka. Cahaya pada mata mereka sudah menjawab segala persoalan.
Pernah suatu ketika Raja menemubual Nubhan, telefon bimbit tak berenggang dalam genggaman tangannya. Jari jemarinya sentiasa membalas SMS. Seorang teman berbisik pada Raja, kekasihnya la tu..siapa lagi kalau bukan Stacy. Hah,siapa nak jawab?
Kesempatan bertemu Stacy baru-baru ini, Raja tak ketinggalan bertanya soalan cepuemas padanya. Sejauh manakah hubungannya dengan Nubhan kini?
Stacy beritahu Raja, dia memang menyayangi Nubhan tetapi hingga kini, hubungan mereka hanya sekadar 'teman tapi mesra'.
Kata Stacy:
"Saya dan Nubhan memang rapat. Dan hari ini, dialah teman saya yang paling rapat. Namun hubungan kami bukanlah atas dasar cinta, kami hanya teman tapi mesra. Belum ada bibit cinta di hati saya mahupun Nubhan. Sejak AF hingga hari ini, saya memang selesa dengan Nubhan. Mungkin kerana keakraban kami, ramai yang tersalah anggap, ingat kami bercinta. Nubhan pandai mengambil hati saya dan dia tahu apa yang saya suka dan sebaliknya.Biarlah kami mengenali hati budi dulu, kalau ditakdirkan kami bercinta dan bertemu jodoh, saya tak menolak kerana bukan mudah nak mencari lelaki baik, ikhlas serta menerima baik buruk saya seadanya.Cuma buat masa ini, saya dan Nubhan lebih selesa berkawan dulu. Lagipun kerjaya nyanyian kami baru bermula, biarlah saya menumpukan perhatian dalam bidang nyanyian. Soal cinta dan jodoh, biarlah Tuhan yang menentukan"
Baguslah Stacy, kalau sudah jodoh tak ke mana. Yang penting, tumpuan perhatian pada kerjaya nyanyian yang baru bermula. Cinta boleh dicari, kerjaya pula Stacy perlu mencorakkan sendiri. Kalau sudah angau bercinta, esok kerjaya entah ke mana, Stacy pula entah ke mana.
14 comments:
wlauapepon SABUN ckp psl
hubngan mereka
trima jela..
hiks
love SABUN 4 eva
wahhhh!!ayat wartawan ni x leh blah..
wakakakakakak
whatever happen SABUNianss restuu jakkk..
kalo jadik pon aku laa org pling gumbiraaa...
wakakakakkaka
IDOP SABUN n SABUNiansss
SABUN i love both of forever
~AIRSUNGAI~
haha..
suka statement sa..very well said..
apapun sabun cakap,
kami tetap support..
mendoakan kebahagian SABUN sentiasa..
love it sabun..........okla tu kenal hati budi dl...
Semoga success dalam kerjaya.... & cinta....
~tulangbelakang~
wah!
ada cinta sudaaa...
reporter pon da bleh bace sinaran mata sabun ni..
all da best to sabun..
Cayalah Stacy !!!
I Likeee :))
-Fan yg x femes-
wah memang bgus statement stacy(pandai jwb). i happy jew kalau btul...kita doakan jela yg terbaik utk mereka. walauapapun kitaorang tetap support sabun...idup sabun! i love psembahan stacy and lagu gagap....
apapun yg sabun ckp
sabunians tetap mendoakn sabun..
ayat wartawan tu x boleh blah..
cayalah..terlebih suda..
hahaha
sentiasa mendoakan kejayaan sabun,apa pun hrp hubungan teman tapi mesra sabun kekal insyaAllah
huhuhu... semoga berbahagia laa hendaknyee kalau itu benar2... love sabun... semoga kerjaya sabun terus sukses..
I LUV SABUN....
semoga berbahagia...hahhahaha
fantasi kanak2 sabunians??
apakah fantasi kitaorg??boleh jelas cik yg x bernama??
weh.. komen dah la tak letak nama.. nyebuk jer...
-caca-
Post a Comment