imran@hmetro.com.my
Ahamad dilaporkan menghadiri kenduri doa selamat yang diadakan kenalan di Taman Panchor Jaya, Seremban.
Sewaktu menikmati juadah, tiba-tiba Ahamad jatuh pengsan.
Ahli keluarga lain yang kebetulan menemaninya, terus membawanya ke hospital.
Bagaimanapun, sebaik tiba di Hospital Pakar Senawang, Ahamad disahkan doktor sudah meninggal sewaktu dalam perjalanan.
Berita kematian ayahnya, benar-benar membuatkan Nubhan terkejut memandangkan sebelum itu bapanya sihat dan tidak pernah mengalami sebarang komplikasi atau penyakit kronik.
"Kali terakhir saya bertemu dengan arwah ayah, dua minggu lalu. Namun waktu itu dia tidak menunjukkan apa-apa tanda. Malah, dia sempat berpesan pada saya agar pandai-pandai menjaga diri apabila pulang ke Kuala Lumpur nanti.
"Apa yang berlaku, saya anggap takdir, cuma terkilan dia pergi tanpa saya di sisinya," katanya sambil menahan tangis.
Kata Nubhan lagi, pada mulanya, dia berasa terkejut apabila kakaknya, Saadah memberitahu arwah bapanya rebah secara tiba-tiba di majlis kenduri berkenaan.
"Waktu itu saya baru saja hendak menikmati makan malam bersama Stacy dan seorang lagi teman. Bagaimanapun, selepas diberitahu saya terus bergegas untuk pulang ke Senawang.
"Dalam perjalanan tiba-tiba saya rasa luluh hati apabila kakak memberitahu yang ayah sudah meninggal," katanya.
Cerita Nubhan, dia sangat sedih kerana ayahnya pergi di saat kerjayanya baru hendak berkembang dan sebelum itu turut memasang niat untuk memastikan orang tuanya hidup lebih selesa.
"Saya bercadang untuk mengambil orang gaji bagi membantu ibu (Badriah Omar, 64) di kampung dan dalam waktu sama saya menyimpan duit untuk menukar kereta yang dipandu ayah. Tetapi segalanya sudah terlambat.
"Saya anggap apa yang berlaku ini sudah takdir. Ternyata Allah lebih menyayanginya. Sebagai hambanya saya reda dengan ketentuan-Nya," katanya.
Begitupun kenangan manis bersama arwah bapanya membuat Nubhan berasa begitu sedih.
Apatah lagi, dia anak bongsu lelaki dan sangat rapat dengan ibu bapanya.
"Hendak diikutkan, arwah bapa tidak berapa gemar apabila saya mengambil keputusan untuk menyanyi sepenuh masa. Malah, sebelum ini pun dia ada memberitahu pihak media yang dia tidak tahu saya boleh menyanyi.
"Bagaimanapun, apabila melihat kejayaan saya meraih tempat ketiga di Akademi Fantasia musim keenam pertengahan tahun lalu, arwah bapa terus memberikan perangsang. Saya percaya, kejayaan awal yang diraih itu atas doanya.
"Kini, saya akan terus merindukan ayah. Tiada apa yang dapat saya ungkapkan selain meminta peminat dan orang di luar sana agar sama-sama membacakan Al-Fatihah untuk arwah bapa dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman," katanya.
8 comments:
hehhehe...
syukurlah disaat nubhan terima berita itu stacy ada di sisi nubhan... harap2 stacy dan kengkawan yg lain sentiasa ada utk tenangkan nubhan...
from,
skuterungu
thankss dengan keratan akhbar ni... hmm sa di sisi bun sewaktu terima berita ini... semogaa bun terus tabah...dengan sokongan semua org...
pilu betul baca berita ni... moga anda tabah nubhan...
nasib ada SA time BUN terima berita tu,,,,harap2 nubhan mendapat sokongan dari SA,nubies,kawan2 n sabuniansz
mujur STACY ada di samping NUBHAN ketika NUBHAN terima berita sedih tu..
mungkin kata2 semangat dr STACY yg tlah mmberi kekuatan kpd NUBHAN di saat2 pling sedih dlm hidup dia..
harap2 SABUN akn trus brsama&sling mmberikan sokongan atr satu sama lain..
SABUNIANZ sntiasa menyayangi anda berdua!!!
satu petanda Allah dekat dgn kita ialah dgn menguji kita,
satu petanda ujian adalah k'hilangan org yg kita sayang spt ibubapa kita,
satu petanda Allah sayang kita adalah dlm masa ujian itu kita b'sama org2 yg m'yayangi kita......
Nubs, b'sabarlah kerna Allah m'yayangi mu....
~umi~
nape tah den ghaso lagu hampir ke situ kono bonar ngan situasi sabun time ni..
"jika halangan menduga perjalanan kita,
janganlah kau putus asa,
karena ku ada di sisi,
setia menemani,
andai semangatmu gugur,
genggamlah tanganku,
kita hampir ke situ.."
waaa...sedihhhhhhhhhhhh!! cian bun..
sy pun sebenarnya baru tau je berita nih ari nih sbb dh lama tk baca paper dn layari intenet nih!! rase cam bersalah lak..sob2, jom sama2 sedekahkn al-fatihah
ape2pun, naseb bek stacy ada disampingmu, nubhan..cam ada jodoh jerkkk
Post a Comment