ChatRoom

Wednesday, October 22, 2008

Dengarnya... Nubhan berangan diva?

Oleh Normah Becok
Berita Harian
CIK Normah simpati sangat dengan nasib kawan Cik Normah yang ditugaskan membuat sebuah liputan konsert di Sabah baru-baru ini. Macam-macam dugaan yang dihadapinya. Mujurlah dia kuat iman, hadapinya dengan penuh senyuman. Tapi dalam hati menggelegak siapa tahu kan.

Yang Cik Normah nak kongsi cerita bukan mengenai perjalanan konsert itu yang kucar kacir tapi mengenai seorang artis yang diundang membuat persembahan dalam konsert itu. Biarlah Cik Normah sebut namanya okey!. Nubhan yang mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Akademi Fantasia musim keenam.

Kebelakangan ini, ada saja kisah yang tak menarik kedengaran mengenainya. Termasuklah mengirimkan kad raya kosong tanpa tulisan. Ayoo... takkan nak tandatangan pun tak sempat adik oii. Cik Normah dengar ada di kalangan wartawan yang cuba menegur sikapnya supaya lebih terbuka dan matang. Yelah dah jadi artis kenalah bijak mengendali apa juga situasi.

Ketika di Sabah, kawan Cik Normah memerhati saja gelagat Nubhan. Dia lebih suka bersendirian dan tidak gemar bercampur dengan rakan artis. Ada kedengaran yang cakap dia sekarang ini sudah berangan ala-ala feeling diva ‘gitu’ sejak lagu dia berjudul Ada Untukmu meletup dan menyertai syarikat pengurusan artis popular lagi. Kawan Cik Normah puji lagi sikap artis lain macam Izwan Pilus, Farawahida, Fazli Zainal dan Aizat yang boleh masuk dengan semua orang.

Lucunya, kawan Cik Normah dengar sesuailah dia berangan sebab yang uruskan dia pun berangan juga. Cik Normah tak nak sebut siapa pengurusnya tapi tahulah siapakan. Cik Normah bukan nak menjatuhkan Nubhan mahupun sesiapa, coretan ini sekadar menegur supaya kembali berpijak kepada bumi nyata. Cik Normah lakukan ini sebab sayangkan Nubhan, jangan sampai dah terjatuh baru nak terngadah.

Cik Normah harap teguran ini diambil secara positif oleh pihak Nubhan. Kalau sebaliknya, ‘tak dapatlah den nak nolong’. Cik Normah pun tak sabar ni nak tunggu kesudahan kisah yang berlaku antara Ning Baizura dan Vernon. Khabarnya akan ada sidang media tak lama lagi, menjelaskan segala-galanya. Tunggu jer la.

8 comments:

nucy_loves said...

amboiii!!!!..
meh khabar kat kite,tang mana yg DIVA????
hampehhh!!!

Anonymous said...

SUSAH! BILA NUBHAN RAMAH DIKATA 'OVER FRIENDLY'.
BILA NUBHAN DIAM DIKATA BERLAGAK 'DIVA'.
SENGAL PUNYA WARTAWAN... KITA NI MANUSIA BIASA. ADA TIME KITA BISING, ADA TIME KITA PERLU MENYENDIRI (CAM AKAK JUGA)...
AHHHHH! YANG PENTING AKAK PNG JUMPA NUBHAN.... DIA SANGAT SWEET!

Anonymous said...

btol tu kakmas..
den pon prnh jmpe nubhan..
die ok jer..
sengal punyer reporter!!
dieorg x kenal nubhan tu cmne sebnarnye..
main serkap jer..goram den!!
dh xde bahan nk tulis kekdahnyer!!
smua yg knal nubhan tahu die tu mmg pndiam,x byk ckp..dlm diari af pon slalu tnjuk..
ngan stacy jer die bleh masuk..hehe
dh dieorg tu smua borak2 x ajak die,takkan die nk mncelah plak..
nnti dkatekn penyibuk plak..
ish..den goram nihh!!

Anonymous said...

KWN CIK NORMAH YG DOK PERHATI NUBHAN TU SAKIT MATE GAMAKNYER..
NUBHAN DIAM DIKATEKNNYER SOMBONG..
BIAR LA NUBHAN TU MNYENDIRI..
NTAH2 DIE RINDU KT STACY KER,TGH
2NGGU CALL FROM STACY KE MANE KITE TAU KANNNN!!!
PE PON LOVE SABUN 4EVER&EVER!!!

Anonymous said...

jahat betul normah mulut becok ni!!! nubhan diam pn boleh jd isu.. sabar ye nub :)

hope u'll be more tabah dlm menghadapi some people yg saya rasa 'amat dan sangat' jeles ngan kerjaya nubhan. same goes to stacy :) semoga both of you berjaya dlm kerjaya dan kehidupan anda. support sabun always :)

Anonymous said...

Tak pe.... nubhan, ambik nasihat ini dr sudut +ve.
Itu tandanya karier adik sdg meningkat naik & makin diperhatikan... So... jgan lupa diri, hiasi peribadi...jgn cpt melatah...

Siapalah...champion yg x pernah dikritik hebat oleh mereka tu!!!Zahid, Faizal ... Mawi lagi..W/pun adik bkan chmpion sebenar tp tetap chmpion dihati SABUN & NUBIES...

P/s : Mcm tanda2 nak jd artis baru plg popular aje...Insyaalah....

Anonymous said...

mungkin dlm bebrp minggu ni x de cite adik ... tu yg sibuk nak promot kot ... tp t'slah tulis lak .. he.he..he..

Gi pun mana ada bdk2 af baru yg lbh sensasi drpd adik... skg ni...rupa ada, suara ada...gaya makin ada..

so.. tak luak pun...

...DI MANA BUMI DI PIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG...pandai2 lh jaga diri...

hidup...SABUN..

Anonymous said...

ambillah teguran tu positip... jadi artis ni tak boleh sombong2 dek non nnti lelama org meluat....

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.