
imran@hmetro.com.my
Stacy nafi ada hubungan cinta dengan Nubhan jadi tidak timbul soal putus kasih.
SEJAK muncul juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), rezeki Stracie Angie Anam, 18 atau Stacy tidak pernah putus.
Selain single pertamanya yang turut didendangkan di konsert akhir AF6, Aku Stacy popular, gadis asal Kota Kinabalu, Sabah ini turut dilamar menjadi model dan jurucakap produk.
Begitupun bagi peminat mereka lebih tertarik dengan gosip cinta gadis keturunan Kadazan ini dengan pemenang tempat ketiga AF6, Ahmad Nubhan Ahamad atau Nubhan. Perkara ini hangat diperkatakan ketika mereka tinggal di Akademi bermula Mac lalu.
Walau sering menafikan mempunyai hubungan istimewa, kemesraan pasangan ini terserlah ketika menjayakan rancangan khas Ada Cinta Di Hari Raya.
Gosip cinta itu turut membawa kedua-dua bintang AF6 ini pergi jauh dalam bidang seni apabila turut dipasangkan untuk mendendangkan lagu, Indera yang turut menjadi lagu tema drama Ada Cinta Di Hari Raya. Secara tidak langsung mereka kini sudah mempunyai dua single.
Baru-baru ini ada sumber rapat dengan dua bintang AF6 ini memberitahu yang hubungan cinta antara Stacy dan Nubhan sudah putus. Semuanya dikatakan berpunca daripada sikap Stacy yang tidak lagi mempedulikan jejaka berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu.
Hubungan mereka menjadi bertambah keruh apabila Stacy langsung tidak datang melawat Nubhan apabila dia dimasukkan ke hospital kerana menghadapi masalah tulang belakang, baru-baru ini.
Stacy yang ditemui pada majlis sidang akhbar Kemuncak Aidilfitri bersama Bintang Akademi Fantasia baru-baru ini, sekali lagi menafikan hubungan cintanya dengan Nubhan.
“Sudah beberapa kali saya tegaskan antara kami tidak ada hubungan istimewa. Bagaimanapun saya akui kami memang rapat dan boleh dikatakan rakan baik.
“Hendak diikutkan, Nubhan lebih mesra dengan Nadia (salah seorang peserta akhir AF6) berbanding saya. Senang cerita, kami semua memang rapat tetapi tidaklah sampai timbul perasaan cinta,” katanya.
Katanya, ketika Nubhan dimasukkan ke hospital semua peserta AF6 mengetahuinya namun dalam waktu sama dia tidak dapat datang melawat kerana terikat dengan jadual persembahan yang padat.
Begitupun katanya, dia bersyukur apabila penyanyi yang popular dengan lagu Ada Untukmu itu sudah kembali sihat.
“Kemesraan yang penonton lihat dalam drama Ada Cinta Di Hari Raya sebenarnya tidak lebih daripada hubungan akrab seorang rakan. Waktu penggambaran dilakukan kami harus serius.
“Untuk menghidupkan lagi jalan cerita yang kami sedang bercinta, saya mahupun Nubhan bersungguh-sungguh menghayatinya. Lagipun kami takut kerana pengarah agak tegas dan kalau apa yang dimahukan tidak dapat direalisasikan kami akan dimarahi. Sebelum kena marah lebih baik kami berlakon betul-betul,” katanya memberikan penjelasan.
Bercerita mengenai pembikinan album penuhnya kata Stacy ia kini sedang dalam pembikinan dan sekiranya tiada aral melintang, kemungkinan besar ia akan dipasarkan Disember ini.
“Sekarang ini saya sudah ada dua single termasuk satu lagu duet bersama Nubhan. Saya turut terbabit dalam projek khas penerbitan album etnik kreatif diterbitkan Ajai untuk kerajaan Negeri Pahang dan satu lagu untuk runut bunyi filem Sayang You Can Dance.
“Ini bermakna saya hanya memerlukan lima lagu untuk melengkapkan album yang sedang dihasilkan,” katanya.
12 comments:
stacy..oh! tidak, rakan baik je ke?(atau jawapan coverline)hehehehe.. sabunians akan support korang berdua walau apapun terjadi :)
STANDARD LA JWPN ARTIS.... TAK TERKEJUT PUN... MUDAH- MUDAHAN MEKA BAHAGIA..,...aminnnn!
khai dan rosma pun pernah juga kata begitu..last2 mmg ada hubungan pun dan dah kawin pun sekrg..
sabun... cepatla kawin.. ada baby..sure comelll..
walau apapun jawapan dorang ,sabun tetap sepadan,sesuwai n loving couple....cayanggg... SABUN!!!!!
ape2 je la......
kawan atau lebih dr kawan, xdE HAL
bagi sabunianz, yg penting sabun
happy...n dpt tingkatkan mutu persembahan DGN suksesNYA sampai
MELATOP...MALATOP...MALATOP!!!!
harap2 Sabun tak stress psal ni...
dan m'ganggu prestasi kerjaya.
pedulikan n follow ur heart.
~keep supporting each other n be strong togather...sabunianz will always be just behind u two!!!!!~
comel la gambar sabun..hehe
x per sabun..
bolayan jer gosip2 ni..
yg penting sabunians still support korg berdua..whatever happens!!
LANTAK LE SI PRESS TUH PEKEHEYNYER NK MSOK LAM UMAH TGGA STACY NGN NUBHAN HAHAHAHA
ASALKAN SABUN BHGIA SELALU HMPIR KE CTU
All the best to SABUN.
Don't give-up..
SABUNians akan sentiasa menyokong korang berdua. SABUN sehati sejiwa..
He~he
alahai SABUN..apa2 jua jawapan dr kalian ..bg akak..ok le tu...moga keduanya sukses selalu dan seiringan./....hehehehehe.
good luck always...
apa pun alasan sabun, yg ptg karier sabun terus maju. biarlah kebenaran kisah tu hanya sabun saja yg tahu. go for it!
ape pon jwpan sabun tntg hubungan dieorg,hnya sabun yg tahu hati n perasaan dieorg..both of sabun still young n de byk peluang lg..
pe pon yg trjadi smg sabun trus brsama n success..kpd sabunianz, jom kite jadikn sabun sbg pasangan artis baru plg popular dlm anugerah bintang popular nnti..HIDUP SABUN!!!
Post a Comment