Lagu ‘Gagap’ nyanyian asal oleh Stacy telah diubah secara kreatif oleh empat orang peserta dalam pertandingan akhir, ‘Lagu Untuk Ibuku,’ anjuran stesen radio Suria FM, yang berlangsung di Bandar Utama, Damansara.
Pertandingan yang dianjurkan buat julung kali ini telah mendapat sambutan yang cukup mengalakkan apabila 200 orang peserta telah menyertainya menerusi slot Suria Xpress dan Suria Cinta, berlangsung dari 25 April hingga 10 Mei lalu.
Bagi Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal berkata, “Pertandingan ini sesuatu yang baru dan unik. Ini kerana di Suria FM, kami percaya dengan menyajikan produk bermutu, baik juga kreatif, pasti ada pendengar yang mengikutinya,” ulas beliau mengenai program ini.
Pada pertandingan berkenaan, Faraliza Kamarudin telah berjaya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM 500 juga pakej penginapan tiga hari dua malam di Renaissance Hotel, Melaka.
Mengulas mengenai kemenangannya itu, Faraliza berkata, “Saya telah berbincang dengan emak juga suami mengenai apa yang perlu disampaikan pada malam ini. Selain itu, rasanya saya peserta terakhir yang dapat sampai ke finalis dan tidak sangka berjaya menjadi juara.”
Selain itu, tempat kedua dimenangi oleh Norafiza Azmi manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Jamilah Darus. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM 200 juga RM 100 serta pakej penginapan tiga hari dua malam di Renaissance Melaka.
Mengulas mengenai perancangan masa depan pertandingan seperti ini di Suria FM, Pengarah Program, Encik Subarma Mohtaruddin berkata, “Kami mungkin akan mempertimbangkan untuk menganjurkan pertandingan seperti ini sempena hari bapa pula.”
1 comment:
stacy mmg best..
Post a Comment