Penyanyi yang meningkat naik, Stacy, mengakui dia bakal menakluki pasaran muzik seberang, dalam tempoh terdekat. Dengan berbekalkan keistimewaan yang jarang dimiliki oleh artis lain iaitu menyanyi serta menari secara 'live.'
Menurut Stacy, "Pihak Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) sendiri mempunyai perancangan demikian. Saya cukup teruja. Selain dari bakat yang ada, mereka mengatakan percakapan bahasa digunakan, mirip bahasa Indonesia. Ini juga satu kelebihan untuk pasaran di sana," ujarnya cukup gembira mengenai perancangan tersebut.
Stacy ditemui pada majlis pertandingan akhir 'Lagu Untuk Ibuku' anjuran Suria Fm yang diadakan di Bandar Utama, Damansara.
Melihat perancangan cukup hebat itu, Stacy juga ditanya, apa yang bakal dilakukan untuk memastikan fantasi itu menjadi realiti, katanya, "Saya akan cuba buat sehabis baik dari segala segi. Dengan peluang yang ada, saya pasti tidak akan melepaskannya begitu. Dengan perancangan pihak AESB, saya pasti impian itu akan termakbul."
Dengan gelaran sebagai Agnes Monica Malaysia, dia juga ditanya bagaimana mengekalkan stamina untuk menyanyi serta menari, ulas penyanyi genit ini, "Saya memang ada bersenam, tetapi agak jarang. Ini disebabkan jadual yang ketat, dan rasanya itu pun satu bentuk senaman," tambahnya lagi, "Selain itu, penjagaan pemakanan, walaupun saya masih makan dua kali sehari," sambungnya dalam tawa.
2 comments:
gud luck stacy
stacy , kisu ada nk bagi tips skit supaya performance stacy mmpu menggugat artis2 indon..
1. takyah guna mike telinga, guna mike tgn jerk
2. pakai biar nmpak lawa, korean style gitu mcm kt abpbh ari tu..kiuttt je ala2 lollita
3. jgn banyakkan menari dari menyanyi, nnti sore bunyi sempuk, vokal kurenglaa..
4. klu nk nari mcm mengalahkn penari gak, pastikan sore perfect, vokal mantop dulu erk..coz nyanyian lagi penting
5. klu stacy nyanyi lagu pelbagai genre lagi bagus..sore jgn meneran, biar bunyi merdu jerk..hehe
kisu nakk sesangat stacy nyanyi lagu matahariku, mesti lebih sedap dari agnes cayalahhh...
Post a Comment