ChatRoom

Sunday, June 14, 2009

Seadanya Nubhan

Oleh FIRDAUS SAHAT, Harian Metro

TIADA lagi gaya ranggi yang sinonim dengannya tatkala mengenakan sut lengkap Hugo Boss miliknya. Tampak lebih berkarisma, namun selaku anak seni katanya, gaya itu tidak sesuai dengan karier dan usianya ketika ini.

“Dah macam ahli perniagaan,” sepintas katanya di depan cermin. Bayangkan saja, tuan empunya diri terkejut dengan transformasi yang cuba diketengahkan Selebriti kali ini selepas tahun lalu tampil dengan ‘lagak model’ Louis Vuitton.

Pun begitu, Nubhan tidak pernah merungut. Kerana mahu mencuba sesuatu yang berbeza, penampilannya kelihatan matang dan serius.

Begitu juga dengan dunia muzik yang ingin dilalui dengan peningkatan positif. Bagaimanapun, buat masa ini anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini mengakui perjalanan seninya masih tidak menunjukkan apa-apa perubahan drastik.

Selain single Ada Untukmu yang berjaya mengangkat namanya di persada dunia nyanyian, Nubhan menampilkan pula dengan Seadanya Aku sebagai penyambung.

Yang menarik, Nubhan menjelaskan, Seadanya Aku ciptaan Sharon Paul dan ditulis oleh Azalia seakan-akan kesinambungan kepada Ada Untukmu. Walaupun mungkin secara kebetulan, Nubhan menyukai melodinya.

“Pertama kali mendengar lagu ini, saya dapat merasakan sesuatu. Selepas difikirkan kembali, baru saya mengerti kerana ia bagai penyambung cerita yang didendangkan menerusi single pertama dulu.

“Lagipun, sewaktu memilih lagu ini, saya tersentuh dengan lirik dan melodinya. Bagai ada sesuatu yang menangkap perhatian saya sewaktu memilih lagu mana yang sesuai untuk ditampilkan sebagai single. Begitupun, saya yakin lagu ini akan diterima peminat.

“Jika menerusi Ada Untukmu, perjalanan cinta yang diceritakan dalam lagu berkenaan bagai tidak kesampaian dan cinta itu akhirnya ‘mati’ tanpa berbalas. Bagaimanapun, Seadanya Aku pula menceritakan satu kisah hidup baru bersama harapan untuk kembali menggapai cinta.

“Sebab itu, jika diselami lirik kedua-dua lagu ini, pendengar pasti akan faham apa yang saya maksudkan,” katanya.

Selain singlenya, Nubhan dalam proses menyiapkan album penuhnya yang pertama dan bukan mini album seperti mana digembar-gemburkan sebelum ini.

Jelas Nubhan, sehingga kini pembikinan albumnya baru 50 peratus diselesaikan. Kesibukan aktiviti lain membantutkan kerja pembikinan dan dia harus lebih bersabar.

“Sebenarnya, ketika dalam proses menyiapkan album ini, saya turut berlakon dalam sebuah produksi filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

“Sebab itu proses menyiapkan album ini ditangguh seketika. Seboleh-bolehnya saya mahu album pertama ini dibuat dengan sebaik mungkin.

“Malah, saya terpaksa memilih lima lagu daripada pelbagai pilihan yang diberi. Lagipun, saya tidak mahu tersalah pilih.

“Insya-Allah jika tiada aral, ia bakal disiapkan dalam tempoh terdekat ini. Album sulung ini juga bakal menampilkan 10 lagu baru, termasuk dua single itu. Jika tiada aral, saya akan cuba buat lagu sendiri dan jika sesuai, ia akan turut dimuatkan dalam album berkenaan,” katanya.

Selain menyanyi, Nubhan sibuk di lokasi penggambaran. Selain beberapa drama yang pernah dilakonkannya tidak lama dulu, terbaru jejaka berusia 24 tahun ini diberi pula peluang menyerikan layar perak.

Akui Nubhan, menerusi filem yang diangkat daripada hasil karya Ahadiat Akasyah berjudul Legenda Budak Setan, dia diberi tugas memegang watak antara tiga budak nakal itu. Meskipun hanya watak sampingan, ia cukup untuk memberi pengalaman baru kepadanya.

“Walaupun wataknya tidak sebesar, ia cukup berharga buat saya. Sebagai orang baru di dunia seni berdasarkan bidang nyanyian, semestinya saya janggal dengan dunia lakonan.

“Sebelum ini saya pernah berlakon di dalam beberapa drama, namun perbezaannya dengan produksi filem berbeza. Penat, terkejut, janggal, teruja dan seronok semuanya bercampur-aduk.

“Namun, baru kini saya tahu bukan mudah untuk menjayakan sesebuah filem. Setiap babak harus dilakukan secara teliti untuk menjamin kualitinya.

“Jadi, sebagai pelakon saya juga perlu melakonkan babak berulang kali supaya kena dengan ‘moodnya’. Malah, untuk menjiwai karektor watak berkenaan juga bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

2 comments:

Anonymous said...

nub kena kerja keras lagi, tone sedap tapi nyanyi kena improve lagi

Anonymous said...

klu part lagu note tinggi..nub mesti koyak, lps tu kaki plk terangkat2.....tapi skrg dah ok sikit,harap nub jadi penyanyi balada yg baik

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.