"Kalau ada persembahan pula, saya dan rakan-rakan akan berlatih setiap hari termasuk memikirkan teknik-teknik tarian," katanya.
Stacy kini sedang menyiapkan klip video lagu Pakai Buang yang ditulis oleh Edry KRU.
Stacy dan Adam juga bakal berduet dalam sebuah lagu untuk album runut bunyi filem My Spy, juga terbitan KRU.
Dia yang merupakan juara Akademi Fantasi musim keenam lega dengan kemunculan album perdananya, Aku Stacy. Album sulungnya itu menampilkan tujuh buah lagu dengan lima daripadanya adalah lagu baru. Antara komposer yang terlibat adalah Audi Mok, Kieran Kueak dan Edry KRU.
Album itu telah dilancarkan oleh Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok di Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Mac lalu.
Energi di atas pentas
Tenaga di pentas akan terhasil apabila saya sangat bersemangat. Ia berlaku secara semula jadi terutama bila kita menyukai apa yang kita buat. Di atas pentas, saya rasa diri saya seakan Diva dan akan membuat persembahan dengan penuh semangat. Saya mahu penonton terpegun melihat saya.
Pelapis Anita Sarawak
Terima kasih kerana ada orang yang menganggap saya sebagai pelapis Anita Sarawak. Tapi jauh di dalam hati, saya belum layak digelar begitu sebab perjalanan saya masih jauh. Banyak lagi yang saya perlu pelajari dan lalui untuk sampai ke tahap itu. Namun lagu Kak Nita yang paling saya suka adalah Akhirnya dan Ular.
Anugerah Planet Muzik
Sebuah acara penganugerahan besar yang melibatkan tiga buah negara iaitu Singapura, Malaysia dan Indonesia. Saya rasa mahu tercalon pun begitu susah apatah lagi untuk menang. Tapi saya gembira dengan nominasi yang diberikan kepada saya. Kalau ada rezeki, bolehlah menang.
Hafiz AF7
Dia seorang yang sangat berbakat, mempunyai vokal yang bagus dan boleh menyanyikan semua jenis lagu. Dia memang seorang penyanyi dan penghibur. Saya perhatikan dia boleh menyanyikan lagu daripada semua genre. Maksudnya dia memang versatil dan berkebolehan.
Pinjam ah long
ORANG yang meminjam daripada ah long sengaja mencari masalah. Kita sudah tahu pinjaman itu sangat berisiko. Inilah yang dikatakan tiada penyakit cari penyakit. Kita ada tenaga dan pilihan untuk mencari sumber kewangan lain. Jadi jangan cari jalan pintas yang akhirnya akan menyusahkan diri sendiri.
Fesyen
Saya adalah pengumpul kasut dan aksesori. Tapi dalam kehidupan seharian, saya tidak suka pakai aksesori. Kecuali di pentas, saya akan keluarkan dan pakai supaya nampak sedikit berbeza. Saya mahu beri kelainan dan impak. Kalau pakaian pula, saya akan pakai yang selesa dan elakkan seksi supaya senang saya menari. Saya sukakan pakaian yang nampak energetik.
No comments:
Post a Comment