feride@kosmo.com.my
NAMA Stacy memang selalu panas sejak dia menjuarai Akademi Fantasia 6 (AF6). Stacy diakui mempunyai potensi besar dalam bidang seni dengan persembahan energatik dan vokal yang konsisten.
Namun semakin lama duduk dalam industri, semakin banyak cerita kurang enak tentang penyanyi genit ini. Dituduh mula sombong, menjalin cinta dengan rakan seperjuangan, Akim tetapi tidak mengaku, Stacy menjawab semua kisah tentang cinta dan sikapnya yang mula lupa diri.
Hal pertama yang ingin dikongsi adalah kisah cinta dengan Akim yang bersifat kejap cinta, kejap putus. Malah, tidak habis-habis, kisah percintaan dua penyanyi muda, Stacy dan Akim diperkatakan umum walaupun sudah banyak kali mereka menafikan mempunyai bunga-bunga cinta antara satu sama lain.
Bila masing-masing menafikan, semakin menjadi-jadi kisah dan khabar angin mereka diterima. Ada yang mengatakan mereka sememangnya bercinta dan enggan diberitahu kepada umum. Ada juga yang kerap kali melihat mereka tampak mesra berdua-duaan ketika membeli-belah.
Masih dengan jawapan sama, Stacy menafikan sekeras-kerasnya akan perhubungan itu. Sedikit tertekan dengan khabar angin yang dianggap remeh itu, Stacy cuba membiarkan gosip cintanya itu tenggelam perlahan-lahan.
Beritahu anak kelahiran Sabah ini, dia hairan bagaimana timbulnya gosip dirinya sudah putus cinta dengan Akim sedangkan dia tidak bercinta dengan mana-mana jejaka sekalipun.
"Bila masa saya putus dan bila masa pula saya bercinta? Saya pelik bila orang masih mahu membuat gosip tentang kami lagi. Kami memang akrab dan tak semestinya bila dah rapat, kami akan bercinta.
"Dulu masa saya berhijrah ke Kuala Lumpur, selepas menjuaraiAkademi Fantasia, saya tiada kawan di sisi dan bila saya mempunyai teman rapat, orang luar telah menyalah anggap tentang perhubungan kami. Adakah patut kami dilabel sedang bercinta? Sedangkan saya, Akim, serta penyanyi-penyanyi AF lain berkawan rapat dan memerlukan antara satu sama lain.
"Semakin saya nafikan, lagi menjadi-jadi kisah kami diperkatakan. Malah, saya turut dilabel lesbian bila terlalu akrab dengan kawan-kawan perempuan saya. Macam mana pula tu?
"Jadi bingung dibuatnya," ujarnya yang enggan lagi menjelaskan isu cintanya dengan Akim lagi.
Sibuk dengan pengajian di Universiti LimKokWing, penyanyi ini enggan memikirkan tentang cinta lagi kerana sukar untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang penyanyi dan pelajar sekali gus.
Bagaimanapun, dia juga teringin merasa cinta seperti remaja-remaja lain, cuma masanya sahaja yang belum tiba.
"Saya masih muda dan perlu bekerja keras untuk masa depan diri dan keluarga. Apa-apa pun saya juga mempunyai matlamat dalam kehidupan iaitu ingin berumah tangga di usia yang tidak terlalu muda dan juga tidak terlalu tua," tuturnya yang bakal mengeluarkan singlelagui terbaru berjudul, Jahat.
Diva sombong
Sejak kontroversi mengenai kelewatannya pada konsert Hot FM Big Jam di Pulau Pinang baru-baru ini, Stacy juga kerap kali dilabel sombong dan berlagak diva oleh orang sekelilingnya.
Bertanyakan mengenai hal ini Stacy mengakui, mungkin apabila terlampau fokus dengan kerja, dia lantas terlepas pandang orang di sekelilingnya. Bagaimanapun, tegas Stacy, dia tidak berniat mahu membuat perangai Diva dengan sesiapa sahaja..
"Saya ingin meminta maaf kalau ada yang menganggap saya ini sombong dan berlagak Diva. Tapi, sumpah, tak pernah terlintas di hati untuk berperangai begitu.
"Mungkin pada waktu itu saya sedang sibuk menumpukan perhatian dengan kerja, jadi saya tak dengar atau nampak siapa yang berada di sekeliling saya.
"Apapun, saya akan lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling selepas ini. Saya masih baru dan banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari. Tak mungkin saya mahu membuat perangai Diva dengan orang," tegasnya.
Mempersetankan semua kata negatif yang dilemparkan kepadanya, Stacy terus maju dalam kerjaya seninya. Terbaru, dalam diam-diam penyanyi ini sudah bersedia untuk muncul dengan single terbaru yang diberi judul Jahat.
Lebih menarik, lagu tersebut juga kini sudah siap penggambaran klip videonya. Pasti ramai yang terkejut dengan penampilan istimewanya dalam klip video tersebut apabila Stacy berani mengubah imejnya dengan mengenakan pakaian kimono.
Nampak comel dan jauh daripada imej sebenarnya, Stacy akui pergerakannya agak sukar ketika melakukan penggambaran klip videonya itu kerana keterbatasan bergerak di sebalik pakaian yang ketat itu.
"Kelakar tak bila wajah saya disolek seperti gadis Jepun? Ia suatu konsep yang baru tetapi agak sukar untuk membawa watak gadis kimono.
"Saya percaya ia sebuah klip video yang menarik kerana Jahat yang merupakan lagu genre pop dance ini diaplikasikan dengan visual gadis kimono, walaupun ada babak tarian dilakukan.
"Selepas single ini, saya bercita-cita mahu membuat sebuah album dan ia adalah impian saya sejak keluar daripada AF lagi.
"Walaupun pihak Astro telah menjanjikan untuk menghasilkan sebuah album, saya kena faham dengan situasi industri muzik yang mendapat sambutan yang agak kurang jika seseorang penyanyi itu membuat album," akuinya yang mahu mengekalkan kualitinya sebagai penyanyi agar dapat diterima umum sehingga bila-bila.
Duta produk
Selain itu, Stacy juga telah menerima tawaran menjadi duta kepada produk kecantikan berjenama Clinelle. Pelik dengan tawaran yang diterimanya, Stacy menganggap ia suatu rezeki untuknya.
"Selalunya syarikat produk kecantikan akan mengambil wajah-wajah artis yang lembut. Jadi bila saya dapat tahu yang saya ditawarkan untuk menjadi duta produk Clinelle, rasa janggal pula.
"Tapi mereka mahukan selebriti yang memiliki wajah budak-budak dan produk itu berkonsepkan wajah happy face, khas buat remaja.
"Apa pun ini satu pengalaman baru dan seronok rasanya menjadi duta produk kerana saya menerima produk-produk kecantikan Clinelle secara percuma dan turut menerima rawatan muka percuma.
"Lagipun ia adalah satu produk daripada Demalogica dan semuanya telah diuruskan mereka. Saya cuma pergi dan tadah muka sahaja. Memang seronok!" selorohnya.
credit to Kosmo
5 comments:
teman rapat plk skrg, lps ni teman tapi mesra lah tapi heran plk sbb lps af kan dia ttm dgn nubhan..klu nak elak gosip senang kwn rpt dgn pompuan mcm nadia af6, xkan nak kwn dgn kwn sebumbng astro je ..klu x terimalh gosip
hrp stacy mengakulh, hbis citer..
kata dlm mjlh hai, kuar ramai2..skrg kuar berdua plk, mmg nmpk ttm..x coverina lagi tu..kui2
lesbian plk, ke saja nak org simpati..oklah, kwn je lh dgn akim tu
PLIZ LA, ANON NI, DENGKI SGT KAT STACY,MAKIN KO DENGKI DGN STACY MAKIN LA MURAH REZEKI STACY, KO DAPAT APA DAPAT PENYAKIT PHD, KESIAN BETUL LA KO NI
Post a Comment