ChatRoom

Wednesday, June 2, 2010

TAK MAHU JAJA CERITA KOSONG

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my
2010/06/02 NUBHAN (kiri sekali) bersama ibunya, sepupu, ibusaudara dan rakan-rakan di Jepun
Nubhan tunggu kemunculan album terbaru, kini semakin popular dengan single Oh JuwitaPADA OGOS nanti, genaplah tiga tahun Nubhan bergelar anak seni. Namanya pernah melonjak di awal kemunculan selepas single pertama Ada Untukmu. Ia bersambung seketika menerusi lagu Seadanya Aku.

Sesekali namanya terpercik dengan gosip dikatakan sombong dan dikaitkan dengan Stacy. Begitu juga dengan kontroversi pengunduran bekas pengurusnya, Vernon Kedit Jolly yang turut memalit namanya.Beberapa tahun kebelakangan ini, entah di mana silapnya, nama jejaka kelahiran Kuala Pilah itu dilihat sepi dan tenggelam. Bagi Nubhan yang bakal muncul dengan filem Lagenda Budak Setan memegang watak Sapi, dia sebenarnya masih aktif memenuhi undangan membuat persembahan.Awal tahun lalu, buah tangan terbarunya berjudul Oh Juwita yang berentak pop rock kembali menyegarkan ingatan penggemar muzik tempatan. Sedikit sebanyak ia membakar semangat kepadanya yang dijangka muncul dengan album solonya akhir bulan ini.“Bagi saya tak wujud soal tenggelam atau sepi. Barangkali kerana jarang muncul dalam mana-mana media, ada yang beranggapan saya sudah tak aktif dalam dunia seni.“Lagu saya masih berkumandang di radio, sesekali saya muncul di dalam program TV. Alhamdulillah permintaan terhadap saya masih ada. Kontrak bersama Artiste United Records (AUR) juga masih ada dan tamat pada 2011. “Saya hanya akan ralat, jika muncul untuk publisiti yang tidak mendatangkan faedah atau semata-mata cerita kosong. Biarlah peluang saya keluar di majalah atau surat khabar dimanfaatkan dengan sesuatu yang berisi,” katanya yang ditemubual Hip baru-baru ini ketika sedang menjalani penggambaran drama muzikal raya bagi siaran RTM.Menurut Nubhan, sepatutnya album berjudul Langkah Nubhan yang memuatkan lapan buah lagu itu keluar di pasaran lebih awal.“Saya rasa berbaloi menunggu sebelum munculnya album ini. Pemilihan lagu yang dibuat pada peringkat awal juga dirombak untuk menepati kehendak pasaran. Saya diberitahu penghasilan ini hampir siap kerana yang tinggal hanya proses mencetak kulit album saja.“Selain lagu Ada Untukmu dan Seadanya Aku, sebuah lagu Mandarin berjudul Ai Mei Cuo yang bermaksud Cinta Tak Bersalah sentuhan Tam Spider juga dimuatkan. Saya tak ada masalah menyanyikan lagu berbahasa Mandarin kerana pernah menuntut di sekolah Cina,” katanya.
Bercuti ke Jepun hadiah untuk ibu tersayang
NUBHAN turut berkongsi gambar percutiannya ke Jepun untuk tatapan peminat dan pembaca Berita Harian. Nubhan ke sana ditemani ibu tersayang, Badariah Omar, selain sepupunya, Roslinda Tahar dan ibu saudara, Rozilawati pada 10 hingga 16 April lalu.“Selain makan angin, percutian ke Jepun ini juga sebagai ganjaran hadiah bersempena sambutan hari lahir ibu saya yang ke-65. Sebelum ini pun, Nubhan mempunyai impian untuk bercuti di Jepun dan Alhamdulillah ia berjaya dimakbulkan.“Suhu sejuk di sana dengan kehadiran musim bunga sedikit sebanyak membataskan pergerakan. Malam pun selalunya hujan. Pernah dalam sehari, ibu saya tak dapat keluar dari tempat penginapan kami kerana kaki dan lututnya kebas.“Barang yang dijual di sana pun mahal. Jadi saya tak banyak berbelanja. Tetapi barang elektrik di sana murah cuma ia tidak boleh digunakan di negara kita kerana berbeza piawaian. Nak cari makanan halal pun susah. Kalau nak makan pun, hanya sekadar memakan sushi, bekalan atau masakan yang disiapkan sendiri,” katanya.
Info Nubhan

Pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, Nubhan pernah dicalonkan dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.

Sekarang ini menetap di Cheras bersama ibu saudaranya. Sebelum itu, dia tinggal di Bukit Serdang dan seterusnya memilih untuk berulang-alik dari Seremban.

Sepanjang bergelar artis, Nubhan sudah mula mengumpul aset antaranya seperti kereta Toyota Caldina dan sebuah rumah teres dua tingkat di Seremban. Rumah itu dibelinya tahun lalu dan keluarganya di Seremban akan berpindah ke rumah itu mulai Jun ini. Dulu, di Seremban keluarganya hanya menyewa rumah.

2 comments:

ida said...

wah bestnyer nubhan..

baeknyer...bwak mak bercuti..
inilah care utk berbakti ngan ibu baper kiteerr

Anonymous said...

bagus nub xnak jaja citer kosong..janji tau apa yg kita buat..

suka tngk nub dgn mak dia dlm fb..sweet je

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.