zaidim@bharian.com.my
Sesekali namanya terpercik dengan gosip dikatakan sombong dan dikaitkan dengan Stacy. Begitu juga dengan kontroversi pengunduran bekas pengurusnya, Vernon Kedit Jolly yang turut memalit namanya.Beberapa tahun kebelakangan ini, entah di mana silapnya, nama jejaka kelahiran Kuala Pilah itu dilihat sepi dan tenggelam. Bagi Nubhan yang bakal muncul dengan filem Lagenda Budak Setan memegang watak Sapi, dia sebenarnya masih aktif memenuhi undangan membuat persembahan.Awal tahun lalu, buah tangan terbarunya berjudul Oh Juwita yang berentak pop rock kembali menyegarkan ingatan penggemar muzik tempatan. Sedikit sebanyak ia membakar semangat kepadanya yang dijangka muncul dengan album solonya akhir bulan ini.“Bagi saya tak wujud soal tenggelam atau sepi. Barangkali kerana jarang muncul dalam mana-mana media, ada yang beranggapan saya sudah tak aktif dalam dunia seni.“Lagu saya masih berkumandang di radio, sesekali saya muncul di dalam program TV. Alhamdulillah permintaan terhadap saya masih ada. Kontrak bersama Artiste United Records (AUR) juga masih ada dan tamat pada 2011. “Saya hanya akan ralat, jika muncul untuk publisiti yang tidak mendatangkan faedah atau semata-mata cerita kosong. Biarlah peluang saya keluar di majalah atau surat khabar dimanfaatkan dengan sesuatu yang berisi,” katanya yang ditemubual Hip baru-baru ini ketika sedang menjalani penggambaran drama muzikal raya bagi siaran RTM.Menurut Nubhan, sepatutnya album berjudul Langkah Nubhan yang memuatkan lapan buah lagu itu keluar di pasaran lebih awal.“Saya rasa berbaloi menunggu sebelum munculnya album ini. Pemilihan lagu yang dibuat pada peringkat awal juga dirombak untuk menepati kehendak pasaran. Saya diberitahu penghasilan ini hampir siap kerana yang tinggal hanya proses mencetak kulit album saja.“Selain lagu Ada Untukmu dan Seadanya Aku, sebuah lagu Mandarin berjudul Ai Mei Cuo yang bermaksud Cinta Tak Bersalah sentuhan Tam Spider juga dimuatkan. Saya tak ada masalah menyanyikan lagu berbahasa Mandarin kerana pernah menuntut di sekolah Cina,” katanya.
Pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, Nubhan pernah dicalonkan dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.
Sekarang ini menetap di Cheras bersama ibu saudaranya. Sebelum itu, dia tinggal di Bukit Serdang dan seterusnya memilih untuk berulang-alik dari Seremban.
Sepanjang bergelar artis, Nubhan sudah mula mengumpul aset antaranya seperti kereta Toyota Caldina dan sebuah rumah teres dua tingkat di Seremban. Rumah itu dibelinya tahun lalu dan keluarganya di Seremban akan berpindah ke rumah itu mulai Jun ini. Dulu, di Seremban keluarganya hanya menyewa rumah.
2 comments:
wah bestnyer nubhan..
baeknyer...bwak mak bercuti..
inilah care utk berbakti ngan ibu baper kiteerr
bagus nub xnak jaja citer kosong..janji tau apa yg kita buat..
suka tngk nub dgn mak dia dlm fb..sweet je
Post a Comment