Foto oleh Bonie Shariff
Selepas berkampung kira-kira 2 hari di Melaka, Konsert Jelajah 11 ERA Bersama Perodua di Dataran Pahlawan Melaka, hujung minggu lalu telah mendapat sambutan luar biasa dengan penampilan barisan artis popular untuk menghiburkan peminat Melaka. Ia dianjurkan pada Sabtu lalu menerusi 2 sesi iaitu petang dan malam.
Permulaan gegaran konsert dimulakan dengan persembahan power dari kumpulan yang bertaraf antarabangsa iaitu Pop Shuvit. Mereka memukau penonton dengan lagu baru Oh Sizuka dan lagu dari filemImpak Maksima iaitu Marabahaya.
Kegamatan konsert diteruskan dengan kumpulan Ladylike yang tampil seksi dengan lagu Sick, Shooting Star dan Dream of The Time. Walaupun bukan Melayu, Ladylike sering mengucapkan ungkapan terima kasih Malaysia. Pun begitu, ada segelintir ahli Ladylike sering dilihat menjerit baik menyanyi atau pun bercakap. Mungkin mereka terlalu teruja.
Bagaimanapun, Ladylike begitu kreatif menarik perhatian penonton dengan merakam video persembahan mereka yang berlatar belakangkan Dataran Pahlawan secara sendiri. Mereka berjanji berjanji akan meletakkan di Youtube.
Selepas Ladylike, kumpulan yang sudah lama menyepi, Flop Poppy bangkit mendendangkan 2 lagu bertajuk Suzila danKasih Nafas Diri. Persembahan mereka mendapat sambutan walaupun sekarang ini agak kurang mengadakan konsert terbuka.
Sejurus lepas itu, Dina yang juga penyampai ERA FM meriuhkan pentas dengan menyanyikan lagu sendiri iaitu Satu, Laju Lampau, Satu Untuk Diriku dan sebuah lagu dari Rihanna, Please Don't Stop The Music.
Kemunculan Aliff Aziz pula menimbulkan kerisauan penganjur apabila hampir semua gadis menjerit-jerit kegembiraan bagai diserang histeria. Artis tinggi lampai ini mendendangkan lagu berhantunya, Sayang-Sayang dan lagu Stop.
Mengakhiri sesi konsert sebelah petang, Tomok bersama Newboyz menyampaikan lagu Rinduku Terhentidan Terima Kasih.
Selepas berehat seketika, konsert sebelah malam disambung semula jam 8.45 dengan nyanyian pembukaan dari bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Isma. Isma yang sentiasa cantik menyanyikan singlenya, Bisikan... Godaan yang semakin popular di corong radio.
Isma turut menghiburkan penonton dengan medley Dan Sebenarnya, Tak Mungkin Kerna Sayang, Cobadan Kegilaan.
Ruffedge mengambil alih pentas bersama Private Whizz melalui lagu Ke Udara, Bila Rindu dan Kepong Garden Setiawangsa City.
Pentas hampir pecah apabila penyanyi dan pelakon, Adam AF muncul dipentas. Pada malam itu, Adam tampil seorang diri tanpa anak buahnya, Bad Boyz yang sering menghiasi persembahan Adam sebagai penari latar. Apapun, setiap nyanyian Adam menerusi lagu Tak Kisah, Kau dan Benar-Benar mendapat sambutan apabila ramai menyanyi bersamanya.
Kumpulan dari seberang, Alexa pula menaikkan lagi semangat penonton dengan persembahan lagu-lagu mereka iaitu Jangan Pernah Pergi, Takkan Pernah Bisa dan Jangan Kau Lepas.
Penonton tak senang duduk apabila Stacy tampil ranggi dengan menyanyikan lagu Gagap, Pakai Buangdan Aku Stacy. Rata-rata, ada peminat yang sanggup berdiri dan menari mendengar setiap persembahan energetik Stacy.
Kumpulan Coda pula meneruskan persembahan dengan lagu Hanya Aku serta medley lagu Bila Matamu Tersenyum dan Interiority Complexmu.
Dan penghibur yang begitu dinanti-nantikan, Dato' Siti Nurhaliza memulakan persembahan dengan berduet bersama Coda menerusi lagu Lucky dari Jason Mraz. Kemudian, Siti melantunkan pula lagu popularnya Ku Mahu, Aku Cinta Padamu dan Di Taman Teman. Ketika mendendangkan lagu Aku Cinta Padamu, seorang kanak-kanak perempuan dengan berani naik pentas dan turut menyanyi bersama Siti.
Bagi lagu Di Taman Teman pula, Siti diiringi dengan tarian dari Kumpulan Sepah dan Din Beramboi dalam suasana penuh lucu.
Sebaik saja Siti mengundur diri, kumpulan Jinbara muncul dengan lagu Kasihnya Laila, Farhana dan Cinta Pantai Merdeka. Kemudian, Bunkface diberi penghormatan menutup konsert dengan menyanyikan laguRevolusi dan Situasi.
Tidak ketinggalan mendapat peerhatian adalah kesemua penyampai ERA FM yang bergilir-gilir menjadi pengacara dan mengenakan baju tradisional bersesuai tema 1Malaysia. Mereka turut menceriakan konsert dengan lawak jenaka dan nyanyian. Pada penghujung konsert semua pulang dengan wajah puas!
No comments:
Post a Comment