ChatRoom

Monday, August 31, 2009

Jiwa Merdeka !


Oleh Nurulhisham Abdul Latiff & Zaidi Mohamad

Dari kiri; Prema Yin, Soo Wincci Hafiz dan Stacy.

Stacy, Hafiz, Soo Wincci dan Prema Yin teruja dapat peluang hiasi ruangan Hip sempena Hari Kemerdekaan ke-52 MALAYSIA sememangnya amat unik. Dengan rakyat pelbagai bangsa, negara ini kekal aman sejak mencapai kemerdekaan 52 tahun yang lalu. Semangat bersatu padu tanpa mengira fahaman agama dan warna kulit membolehkan Malaysia bergerak maju dalam suasana penuh harmoni. Sempena sambutan Kemerdekaan negara tahun ini, dengan semangat 1Malaysia yang dilaungkan pemimpin serta rakyatnya, Hip berbesar hati mengundang empat artis muda yang mewakili pelbagai kaum di negara kita untuk menjayakan fotografi khas merdeka.
Mereka adalah juara terbaru program realiti Akademi Fantasia (AF7), Hafiz; bintang sedang mencipta nama yang juga juara AF6, Stacy; penyanyi yang juga Ratu Malaysia, Soo Wincci; dan penyanyi rock wanita yang baru saja muncul dengan album pertama, Prema Yin. Masih baru dalam dunia seni, sebahagiannya belum pernah bersua muka. Namun, jelas sekali suasana tengah hari di studio Balai Berita pada 26 Ogos lalu cukup meriah apabila masing-masing bergelak ketawa dan bantu-membantu sepanjang sesi fotografi berlangsung, bagai sudah lama saling kenal-mengenali. Nyatanya, Hafiz, Stacy, Soo dan Prema cukup berbangga bergelar rakyat Malaysia dan empat artis ini menunjukkan contoh bagaimana perbezaan yang wujud antara mereka sebenarnya boleh dijadikan pelantar terbaik untuk mengukuhkan lagi perpaduan yang ada.
Stacy
"SAYA sentiasa memanjat kesyukuran kerana dilahirkan di bumi bertuah, Malaysia. Melalui bidang yang diceburinya kini, saya sedar setiap manusia yang bernyawa di bumi tercinta ini mempunyai sumbangan tersendiri dalam meningkatkan nama Malaysia pada mata dunia. "Selagi mampu memberikan variasi terhadap jalur muzik yang diperjuangkan kini, saya tidak sesekali akan menghancurkan kepercayaan yang diberi peminat selama ini, hingga layak mengisi ruang seni. Apa yang saya lakukan bukan sekadar melepaskan batok di tangga, sebaliknya ia sebagai jaminan pada masa mendatang. "Tidak kira apa juga bangsa, kaum atau warna kulit kita berdiri di bawah satu nama yang sama, yakni Malaysia. Dengan keamanan yang dikecapi dan harapnya ia akan terus berpanjangan, kita bebas melakukan apa saja tanpa ada langsung sekelumit perasaan takut. "Sama-samalah kita mendoakan kegemilangan yang dirasai selama 52 tahun ini tanpa rasa prejudis. Pada Ramadan ini juga saya juga sering diundang untuk menyertai program raya yang lebih terarah kepada pembabitan artis Melayu. Seronok juga merasai pengalaman sebegini biarpun saya hanyalah gadis Kadazan Dusun. "Saya juga diundang ke majlis berbuka puasa termasuk mendendangkan lagu raya. Saya tidak janggal menggayakan baju kurung yang sering dipakai wanita Melayu. Sedar atau tidak, ini menunjukkan simbolik keterbukaan masyarakat yang terus menjadi kunci kepada kemakmuran negara kita."

No comments:

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.