.jpg)
KUALA LUMPUR, 10 OGOS 2009: Khas buat peminat hiburan, Astro Ria akan akan menyiarkan 4 klip video lagu terbaru yang menampilkan 4 bintang Akademi Fantasia (AF) iaitu Hafiz, Akim, Mawi dan Stacy melalui Tayangan Perdana Video Muzik Terkini pada 14 Ogos ini, mulai jam 10 malam.
Apa yang menariknya, 4 klip video itu - Masih Jelas nyanyian Hafiz, Bengang (Akim), Sujud (Mawi) dan Pakai Buang (Stacy) - juga boleh dimuat turun sebagai caller ringtone, true tone dan koleksi video ke telefon bimbit anda pada bila-bila masa.
Bukan itu sahaja, pada jam 10.30 malam pada hari yang sama, Astro Ria juga akan menyiarkan Konsert Akhir AF7 untuk tatapan peminat. Ia juga boleh didapati dalam bentuk caller ringtone, true tone dan juga koleksi video hanya secara muat turun.
creadit to murai.com.my
No comments:
Post a Comment