ChatRoom

Saturday, June 28, 2008

Mujur Ada Stacy,Estranged



Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my


BILA berbicara tentang konsert, pasti yang terlintas di fikiran adalah persembahan hebat lagi bertenaga.

Apatah lagi, jika sesebuah konsert dibarisi artis yang terdiri daripada mereka yang berstatus juara malah pernah memenangi beberapa anugerah sebelum ini.

Tema Mulanya Di Sini yang mengangkat rasa cinta, persahabatan serta muzik yang cuba dicetuskan pada konsert Cornetto Love Sparks yang berlangsung di Padang Merbuk, Kuala Lumpur baru-baru ini ternyata gagal memberi impak seperti yang digembar-gemburkan.

Entah di mana silapnya, konsert yang hanya terbuka kepada pemenang pas percuma peraduan SMS Wall’s Cornetto itu dilihat tidak menepati sasaran 4,000 penonton.

Malah, yang kelihatan hanya dalam lingkungan 2,000 pemenang sahaja yang hadir.

Mujur, kekosongan itu dapat dipenuhi oleh penduduk sekitar yang rata-rata menyaksikan konsert tersebut dari luar kawasan padang.

Berlangsung tepat pukul 9 malam, konsert tersebut dijayakan oleh duta-duta Wall’s termasuklah Dafi, Gita Gutawa (penyanyi cilik Indonesia) dan Mawi.

Tidak ketinggalan, juara Akademi Fantasia (AF) musim kelima dan keenam, Mila dan Stacy serta kumpulan yang tidak asing lagi, Estranged.

Dikelolakan oleh pelakon dan pengacara yang tidak asing lagi, Awal Ashaari, tirai konsert dibuka dengan persembahan duet oleh Dafi dan Gita Gutawa yang menyanyikan lagu tema Wall’s Cornetto, Dua Hati Menjadi Satu.

Semarak cinta dan persahabatan seperti yang diceritakan dalam siaran iklan di kaca televisyen menerusi iklan Wall’s Cornetto yang menjadi kesukaan para remaja, berjaya dihidupkan ketika segmen pembukaan itu dengan telatah comel mereka.

Bagaimanapun, graf konsert yang memuncak pada awalnya, sedikit merudum apabila persembahan Dafi menerusi lagu Buruan Cinta sementara Gita Gutawa dengan lagu Bukan Permainan kelihatan biasa-biasa sahaja kerana tiada magis yang ditonjolkan.

Namun, persembahan Dafi menerusi lagu berhantunya, Bila Terasa Rindu mengundang sorakan dan tepukan gemuruh oleh para penonton.

Kemunculan penyanyi kecil molek, Mila menerusi lagu Gila berjaya membangkitkan suasana konsert pada malam itu.

Bagaimanapun, kurang stamina mencalarkan sedikit kerancakan konsert ketika penyanyi itu menyampaikan lagu hitnya, Aku Lebih Tahu.

Lebih mengharukan, Mila seakan-akan tenggelam dengan persembahan dan vokal bertenaga juara AF6, Stacy ketika berduet menyanyikan lagu Dancing Queen.

Benar seperti apa yang diduga, persembahan Stacy tidak menghampakan apabila bijak menghiburkan penonton dengan persembahan mantap dengan aksi tarian berani menerusi lagu Aku Stacy dan Makhluk Tuhan Paling Seksi.

Tambah merancakkan suasana, kumpulan muzik sensasi, Estranged tampil menghiburkan penonton menerusi lagu Yang Pernah, Masa dan semestinya lagu hit, Itu Kamu.

Monday, June 23, 2008

Lima pemenang AF6 sudah bersedia


Oleh RABIATUL ADAWIYAH
KOH ABDULLAH

utusan online

MEREKA punya impian dan seperti mimpi, akhirnya berjaya melakar kejayaan sebagai finalis program televisyen realiti paling popular di Malaysia, Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6).

Masing-masing mula mengukir impian untuk berjaya dalam bidang seni walaupun baru dua minggu mereka bergelar artis. Hakikatnya, bukan mudah bagi Stacy, Riz, Nubhan, Toi dan Nadia merealisasikan cita-cita mereka.

Yang pasti, matlamat mereka hanya satu iaitu ingin menjadi penghibur yang berjaya dan mampu bertahan lama. Persoalannya, mampukah kelima-limanya bertahan dalam industri ini?

Melalui sesi fotografi bersama mereka di studio Utusan baru-baru ini, masing-masing mempamerkan wajah penuh harapan untuk terus berjaya.

Namun untuk berjaya, bukan sahaja dari segi keupayaan menyanyi dan melakukan persembahan, malah persediaan mental dan ilmu perlu dilakukan.

Bagi Stracie Angie Anam (Stacy), 18, dia sendiri tidak pernah bermimpi akan menjadi artis apatah lagi bergelar juara AF6.

“Kemenangan ini memberi inspirasi kepada saya untuk kekal dalam industri ini. Saya sendiri ingin memperbaiki dan mempelajari ilmu vokal dan komunikasi sebagai persiapan awal untuk menempuh cabaran dalam bidang ini kelak,” jelas gadis yang meminati genre muzik hip-hop dan rancak ini.

Tambahnya, sebagai pelajar pertama dari negeri Sabah yang dipilih juara AF, dia akan terus berusaha memperbaiki kualiti nyanyian di samping meneruskan pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

“Aspek ini penting untuk seseorang artis itu sentiasa diminati dan cemerlang,” katanya yang ingin dikenali peminat sebagai seorang yang ceria.

Bagi Ahmad Nubhan Ahamad, (Nubhan) 22, pengalaman yang menarik dalam akademi telah mengajar dia menjadi seorang yang bercita-cita tinggi.

Impian sebagai artis memang sudah lama diidamkan dan kejayaan tempat ketiga akan dijadikan batu loncatan untuk dia mengorak langkah.

“Selain mengikuti perancangan Maestro, saya akan cuba memperbaiki mutu nyanyian melalui kelas-kelas vokal yang ingin dihadiri kelak.

“Bergelar artis memberi peluang kepada saya memperbaiki diri serta membantu keluarga,” kata anak bongsu daripada lapan adik-beradik ini.

Thursday, June 12, 2008

Dinner at Amarin Thai,MidValley..



nubhan!!!

buat apa tu??



baik orang nubhan sediakan untuk stacy!!!

caring sudah!!!



Hepinya SA!!!!


Wah!!! Tersedap suda!!!





Aksi2 meletops dari SABUN!!!
CAYALAH!!!
Alamak!! Terlebih sudah!!

pics credit to Vern Mr Manager

Wednesday, June 11, 2008

Ice cream time at delecious!!!!


nub and stacy with naim!!



choc brownies with ice cream..
sedapnya!!!
tapi kenapa ada satu jer??
owh lupa...
sharing is caring..
opsss...

pics credit to Vern Mr Manager..

Friday, June 6, 2008

SABUN at AF Media Party


Sabun bermain sabun...

Masa Af Media Party berlangsung..Nubhan dan Stacy tetiba hilang!!!!
Mereka kemudiannya dijumpai oleh Vern tgh bermain dengan SABUN!!!!


tetiba,lagi sekali dorang HILANG..
Nubhan dan Stacy DICULIK ke satu lokasi..
yang peliknya, they looked happy!!

all pic credited to Vern Mr Manager..

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.