ChatRoom

Friday, August 29, 2008

Ucapan Selamat Berpuasa dari Sabun



credit to nucy_loves and ryetasha86

Thursday, August 28, 2008

Stacy Special Recognition Award

credit to dbos-fm.blogspot.com

Congrats to stacy for receiving this award. All d best! Sabunians harus berbangga ok. Tak putus2 berita baik pasal sabun. hope career die org semakin meningkat! Sabunians will support sabun buat selama-lamanya! Go Stacy! Go Nubhan!

Wednesday, August 27, 2008

SABUN Bertemu Di KK

Smlm sabunians di KK berpeluang bertemu dgn stacy and nubhan. stacy mmg sudah berada di KK sejak 15hb lg utk mempersembahkan beberapa konsert dan promosi album di sekitar Sabah. nubhan pula tiba di KK smlm utk event Maxis Exclusive Meet and Greet. Ramai juga yg ada masa meet up session tue...Saida, Abg Man dan beberapa lg fans serta rakan2 terdekat. Meriah juga la keadaan. hehe. anyway...enjoy the pics ;)

Tshirt from sabunians kami hadiahkan ketika di Melaka (wahhh tiba2 nie...terkejut juga masa nampak sabun pakai)

ryetasha86 bersama Saida



Nubhan bersama hadiah dr sabunians (stacy punya hadiah sudah diberikan 2 hari lepas)


Sabun bersama sabunians ryetasha86 n nucy_loves


All pics credit to nucy_loves and ryetsha86.

Dengarnya... Keajaiban Kelapan Nubhan bakal meletup

Petikan Berita Harian (27/08/08)

Nubhan akan merakamkan album pada bulan puasa

MEMANG boleh dikatakan rezeki berganda buat pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim keenam, Nubhan. Cik Normah cakap begitu sebab selepas lagu nyanyiannya berjudul Ada Untukmu meledak hingga memanjat carta beberapa stesen radio di Malaysia, ada satu lagu lagi yang menggunakan judul Keajaiban Kelapan dikatakan bakal menyengat dan dimuatkan dalam album sulungnya.

Kedua-dua lagu itu ada kesinambungannya. Cuba perhatikan bait lirik puitis lagu Ada Untukmu yang berbunyi, “Akan ku kotakan janji kita, mendirikan Taj Mahal cinta, seteguh kasih Shah Jahan kepada Mumtaznya.”

Amboi! ‘feeling you’ lagu Ada Untukmu ini yang liriknya ditulis Abie Abdullah. Begitu juga dengan lirik lagu Keajaiban Kelapan yang menggunakan khidmat penulis lirik yang sama.
Kita tunggu sajalah perkembangan lagu itu tak lama lagi. Insya-Allah, kawan Cik Normah beritahu, pada Ramadan ini, Nubhan akan mula sibuk merakamkan album sulungnya bersama syarikat milik Ning Baizura, Artistes United Records.

Monday, August 25, 2008

Cadangan Makan Malam bersama Stacy dan Nubhan

kepada sesape yg berminat utk menghadirkan diri ke dinner show stacy n nubhan sila bg....

nama:
no hp:
email:
bilangan yg hadir:

email kepada halidaanis@gmail.com atau hubungi 012-3998328 utk sebarang pertanyaan.

kami masih lg tgh buat survey utk event ini...dinner akan diadakan di KL...dan harga lebih kurang dlm rm200 seorang. diharap semua peminat stacy n nubhan dpt sama2 support event nie. jgn lepas kan peluang kerana anda dpt peluang beramah mesra bersama-sama stacy n nubhan dan menyaksikan persembahan mereka dr dekat. tq semua

* dinner nie masih dlm perancangan masih lg blom confirm...kemungkinan akan di ganti dgn majlis yg lain. sebarang update akan diberitahu kemudian.

Sunday, August 24, 2008

Stacy and Friends Album Promo Tour @ 1Borneo Centre Atrium

Hari nie stacy ade promo album kat 1Borneo. 2 ahli sabunians iaitu nucy_loves dan ryetasha86 telah menghadirkan diri ke promosi album tour stacy n frenz td. Thank you to both of you for the pics. Stacy telah menyampai kan 3 buah lagu iaitu Darah Muda, Drama duet ngan Candy, dan Aku Bukan Untukmu. Anyway...enjoy the pics kat bawah nie k.





Saturday, August 23, 2008

Nubhan di Malam Santapan Amal

Semalam nubhan peform kat Malam Santapan Amal Di Raja. Antara yg hadir adalah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Tahniah Nubhan! Ini ada gambar di sekitar majlis tersebut. Berita selanjutnya sila pegi ke sini http://mrmanager.blogspot.com

Nubhan singing Ada Untuk Mu

Look at the crowd

Special pose from Nubhan

credit to vern@mrmanager

Friday, August 22, 2008

Stacy back in KK to promote new album

Daily Express News, 21st August 2008, Kota Kinabalu: Fans of Stacy of Akademi Fantasia fame are in for a treat as the young Sabahan is back to promote her "Best of Stacy" album in the State.

The album, which was launched in Kuala Lumpur two weeks ago, is a compilation of the songs sung during the AF6 season.

Stacy is delighted to be back in Sabah after being so busy with various promotional events in Kuala Lumpur.

"We've been very busy with a lot of promotional events in Kuala Lumpur and I'm just happy to be able to come back to meet my fans here in Sabah," Stacy said during a media session at Nexus Resort Karambunai, Wednesday.

The artiste who turned 18 on Monday (Aug 18) was happy that she could celebrate her birthday in Sabah.

"I had a wonderful time on my birthday and I'm so happy that I could be back here to celebrate it with my family," she said.

She celebrated her birthday three times, once on Friday (Aug 15) at KDCA, once on Sunday (Aug 17) at her family house in Kg Tuovon, Penampang.

Stacy is scheduled to visit several places to promote her album, including Tawau (Aug 21), Sandakan (Aug 22), Keningau (Aug 25) and Sipitang on Aug 26.

She is also expected to make an appearance at the Kinabalu Shell Press Awards this Sunday.

On whether she was interested in acting, Stacy hinted that she was keen but said at the moment she would focus on singing.

Meanwhile, Maestro Talent and Management Artiste Manager Wan Firdaus said a tour in the peninsula is in the works but that dates have yet to be fixed.

There are plans to have a promo tour in the peninsula but we have yet to fix the dates, most likely after Raya," said Wan.

Stacy has a three-year contract with Maestro Talent and Management Sdn Bhd. She is currently recording some new songs for the release of a first solo album.

Stacy leaves Kota Kinabalu on Aug 31 to continue recording work in Kuala Lumpur.

Wednesday, August 20, 2008

Sabun


Sabun?
Apa yang pelik?
Bukan pelik tapi unik,
U know dat.. Ia kisah ada cinta
Nubhan dan Stacy.

"Wah!Cayalah... Terlebih sudah ... alamak"

SABUN...dan kisah 'cinta'
Akurkah pada royanan dan bukti di depan mata
Bukankah semua itu sudahpn disedari..
Umpama kasih sayang yang utuh dalam hati yang tidak diluahkan...
Namun hanya SABUNians yang amat....memahami.... :)

Credit to : Qupid

Nubhan


AHMAD NUBHAN

Aduss!!! Ekau memang ensem
Hapa leh wat? Someone chop already
Maunya tak aku minati?
Ada untukmu... tangkap leleh wei!
Dengar sekali... aku nakkkkkk lagi.

Nubhan,
Unik sora...comeyyy gak
Bukan nak puji... memang satu dalam sejuta
Hari-hari aku dok tengok ko kat tb
Adeiii!!! Bile aku leh jumpe ko ni?
Nak minta sign bahhhhh.....

Ha!Ha!Ha!

Credit to : nucy_loves

Stacy


STRACIE ANGIE


Stacy,
Tutur bicara sejujur rupa
Rahsia hatimu mengundang pilu
Andai ada yang menghina dan mencemuh
Ceriakan dirimu,lupakan semua itu
Ingatkan dirimu
Esok masih ada


Akan tetap ada membawa cerita sama
Namun harus kau tabah menghadapinya
Genggam erat cita-cita dan harapanmu
Iringi dengan usaha dan semangat jitu
Engkau pasti akan berjaya dalam hidupmu.


Nobody’s perfect! Be Yourself!

Credit to : nucy_loves

Tuesday, August 19, 2008

SABUN @ PANGKOR


SA ayu!!!


Lanun Nubhan!!!


SABUN dalam feri!!!

Sabun di Pulau Pangkor menjalani Pengambaran episod AF sempena Hari Raya AidilFitri..

all pic credit to abgmanz360.blogspot.com

Monday, August 18, 2008

Happy 18th Bday STACY!!!


HAPPY BIRTHDAY SWEET 18 TO OUR PRINCESS, STACY a.k.a SA.
SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI.
ALL THE BEST IN EVERYTHING YOU DO.
SABUNians akan terus menyokong SA dan BUN.
SABUN selama-lamanya! Walaupun baring sudah! hehe.

psst: Bun ada call kan wish? mesti ada hadiah special kan dr dia. huhu. Biarlah rahsia :)

Friday, August 15, 2008

melepak di Pelita,Bangsar!!

SABUN melepak di Pelita,Bangsar bersama cekgu Ramli, kak Haina & bintang2 AF yg lain..
lepas habis live & rakaman muzik-muzik


pics credit to Vern Mr Manager

Stacy n Nubhan @ Muzik-muzik 23





SA sewaktu di tv3 utk pencalonan lagu baru "aku stacy" di muzik2.SA nampak lebih bertenaga dan lincah sewaktu mempersembahkan lagu ini dan nampaknya SA telah mula bangkit dan menangkis semula tanggapan orang ramai mengenai kredibilitinya setelah peristiwa yg berlaku di FFM lalu..di harap SABUNians semua dptlah menyokong SA utk pastikan lagu "aku stacy" ini tercalon di dlm anugerah muzik2 nanti..

**Jgn lupa saksikan BUN di muzik2 pada hari khamis minggu hadapan utk pencalonan baru lagu "ada untukmu" ..




Buat masa ini hanya SA & BUN shj pelajar af6 yg lagunya tercalon utk lagu baru di muzik2 tv3.Bukankah ini adalah salah satu petanda yg positif??!sokong SABUN selamanya!!

Thursday, August 14, 2008

Nubhan di majalah EH! Ogos




Nubhan, 'Under-Confident Guy'

Gelaran bintang memaksanya menggilap gaya, melipat ganda usaha ke mercu jaya. Biar gusar dan payahmengubah arah, demi cintanya terhadap arah, demi cintanya terhadap seni suara, dia tetap tegar mengatur langkah.

“Saya ikut saja apa yang telah dirancangkan oleh pihak pengurusan Maestro juga Astro. Ada juga buat sesi fotografi dan terkini, merakam semula lagu yang saya pertandingkan dalam Konsert Akhir Akademi fantasia Musim keenam lalu, ‘Ada Untukmu’ karya Zeti Akmar sementara liriknya pula nukilan Abie,” buka bicara
Nubhan, peserta bintang realiti TV AF6 yang akhirnya berjaya menjejak impian bergelar selebriti.

KENALI: NUBHAN
Nama Penuh: Ahmad Nubhan B. Ahamad
Tarikh Lahir: 2 April 1986
Usia: 22 Tahun
Asal: Kuala Pilah
Zodiak: Aries
Tinggi: 182cm
Berat: 70 kg
Pendidikan: Kolej Komuniti Hulu Selangor- Sijil Pelancongan Dan Pengembaraan
Hobi: Memancing, berkaraoke dan melancong
Trivia Diri: Seorang yang agak pemalu dan tidak gemar menbuang masa kepada perkara yang kurang berfaedah tetapi sangat berani menempuh sebarang cabaran demi mencapai segala impian.

**ini hanya sebahagian petikan dr majalah EH!
nak tau lebih lanjut??sila beli majalah EH! di kedai2 yg berhampiran..hihi..

Wednesday, August 13, 2008

semangat kesukanan yg membara sempena Sukan Olimpik!!


SABUN @ Celebrity Fitness Centre,One Utama


kayuh jgn x kayuh!!!

bersukan untuk negara!!!



wajah SABUN dengar taklimat!!!





makan time!!!

epal pun epal la...

pics credit to Vern Mr Manager

'Jangan hukum saya'



Oleh Farihad Shalla Mahmud
Berita Harian

Stacy dapat berita nenek meninggal dunia pada malam FFM21

FESTIVAL Filem Malaysia ke-21 yang berlangsung malam Sabtu lalu mencatat sejarah tersendiri buat juara Akademi Fantasia 6, Stacy apabila dia tersalah intro ketika membuat persembahan dalam acara selingan. Gara-gara kesilapan itu, Stacy ketika dihubungi Hip kelmarin mengakui dia begitu tertekan kerana bimbang reputasinya sebagai juara sebuah program realiti popular tercalar akibat kesilapan yang tidak disengajakan itu.

Menyifatkan peristiwa itu sebagai kejadian yang tak mungkin dapat dilupakannya selama-lamanya, Stacy memohon maaf kepada semua pihak yang terbabit seraya menegaskan, dia tidak berniat langsung untuk mencacatkan majlis yang penuh berprestij itu.

Bukan sengaja mencipta alasan untuk mempertahankan diri namun menurut pemilik nama penuh Stracie Angie Anam ini, kesilapan itu berpunca kerana dia hilang fokus dan terlalu gugup berdepan dengan penonton sekali gus menolak dakwaan yang kononnya tidak menghadiri sesi latihan.

Mengambil iktibar daripada kejadian itu, Stacy berharap peristiwa itu tidak menjejaskan namanya di kalangan penganjur dan menaruh harapan moga dia terus diberikan peluang untuk menjayakan persembahan seperti itu.

Hip: Boleh Stacy jelaskan bagaimana Stacy boleh melakukan kesilapan sewaktu membuat persembahan pada malam Festival Filem Malaysia yang lalu?
HILANG FOKUS: Gugup dan menerima khabar duka, membuatkan persembahan Stacy jadi serba tak kena pada malam FFM21 lalu.

Stacy: Sebenarnya malam itu saya mendapat tahu yang nenek kesayangan saya meninggal dunia. Jadi perasaan saya bercampur baur dan sepatutnya mengikut adat, saya tidak boleh meneruskan persembahan. Bagaimanapun, menyedari saya ada komitmen yang perlu diselesaikan maka saya teruskan juga menyanyi. Akibatnya, saya hilang tumpuan. Bukan itu saja, saya juga gugup apabila berada di pentas. Akibatnya, persembahan malam itu jadi serba tak kena. Saya ada dengar juga orang kata yang saya tak datang latihan dan disebabkan itulah persembahan saya jadi kelam kabut. Perkara itu tidak berlaku sebenarnya. Saya tak pernah melakukan perkara yang boleh merosakkan reputasi. Sebelum persembahan bermula, saya cukup teruja kerana bukan senang mendapat peluang sebegini. Saya berusaha sebaik mungkin dan datang latihan seperti yang diminta. Cuma apa yang boleh saya jelaskan, sewaktu latihan, muzik yang dimainkan berbeza sedikit dengan persembahan sebenar. Ini membuatkan saya keliru di bahagian mana intro sebenar lagu berkenaan. Tapi, apabila saya nyatakan begini, bukanlah bermakna saya meletakkan kesalahan itu di bahu mereka (pemuzik)

Hip: Bila berlaku situasi seperti itu, bagaimana Stacy menghadapinya?

Stacy: Bila kejadian itu berlaku, tidak dinafikan hanya tuhan saja yang tahu betapa malunya saya ketika itu. Tetapi saya cuba menenangkan diri dan dengar muziknya dan fokus betul-betul sebelum menyambung kembali nyanyian. Walaupun perasaan gementar ada tetapi sedaya upaya mengusirnya supaya tumpuan saya terhadap persembahan tidak terganggu. Selepas persembahan selesai, saya menangis di belakang pentas kerana saya malu dan rasa bersalah kerana mencacatkan majlis bertaraf nasional. Namun, bila fikir kembali, saya anggap semuanya itu sudah ditentukan dan saya terima semuanya sebagai satu pengajaran.

Hip: Tapi Stacy tahukan kesilapan itu sedikit sebanyak boleh memberi kesan terhadap perkembangan kerjaya Stacy?

Stacy: Saya tahu dan tidak dinafikan saya menanggung malu yang amat sangat di atas pentas masa itu. Itulah kali pertama saya berdepan dengan peristiwa paling memalukan. Dalam hati berkata, habislah saya hari ini. Mesti ramai orang akan mempertikaikan kredibiliti saya selepas ini. Tentu ada orang mempersoalkan kemenangan saya dengan kejadian tempoh hari. Saya harap ini tidak berlaku kerana hendak buat macam mana, kesilapan itu bukan saya yang mahu. Mungkin ada hikmah di sebaliknya dan saya akan belajar di sebalik kesilapan yang dilakukan. Saya juga ingin memohon maaf kepada penganjur, Astro dan peminat atas kesilapan itu. Dan saya harap, saya tidak dihukum atas kesalahan yang tidak disengajakan itu. Saya mohon moga terus diberi peluang membuat persembahan untuk acara seperti ini.

Hip: Pakaian Stacy malam itu juga dikatakan tidak sesuai dengan lagu yang dinyanyikan. Komen sikit?

Stacy: Mengenai pakaian, saya akui pakaian itu memang saya yang pilih dan atas cadangan pihak Maestro sendiri. Memandangkan konsep pakaian malam itu memerlukan saya kelihatan glamor, jadi saya tak rasakan pemilihan pakaian saya salah. Lagipun ia berkonsepkan tradisional dan saya bangga dengan pakaian itu. Yang penting, saya selesa dengan apa yang saya gayakan.

Hip : Undangan persembahan untuk juara AF biasanya lebat, Stacy pula bagaimana?

Stacy: Setakat ini saya bersyukur kerana undangan persembahan tak pernah putus. Saya harap perkara ini akan berkekalan kerana ini saja cara saya untuk menyara keluarga di kampung. Jika ada rezeki lebih, saya juga bercadang untuk membawa keluarga tinggal di sini bersama saya. Kasihan meninggalkan mereka di sana.

Tuesday, August 12, 2008

Senarai lagu raya Bintang AF

1. Impian Syawal - Bintang-Bintang AF6
Lagu: Nik Nizam/ Lirik: Ernie Sulastri



2. Raya Datang Lagi- Stacy
Lagu: Hadi Hassan / Lirik: Sham Amir Hussain

3. Syawal Kemaafan- Riz
Lagu: Hadi Hassan / Lirik: Sham Amir Hussain

4. Sketsa Menjelang Raya - Nadia
Lagu: Ku Sham/ Lirik: Ad Samad

5. Syawal Di Rantauan - Toi
Lagu: Amir / Lirik: Ad Samad



6. Segaris Bulan Sabit - Nubhan
Lagu: Razman/ Lirik: Ad Samad

7. Kurniaan Di Hari Raya (Lagu Feminin) - Ika, Lufya & Yana

8. Hari Raya Bahagia (Lagu Jay Jay)- Staly & Faisal

9. Joget Aidilfitri (Lagu Ning Baizura) - Mama Rina & Saida

10. Gembira Bersama Di Hari Raya (Lagu Othman Hamzah) - Alif & Naim

CREDIT TO MURAI.COM

Sunday, August 10, 2008

Stacy @ URTV

Stacy di URTV. Sumbangan SABUNians bernama irsan_259


Klik 2 read k...

Saturday, August 9, 2008

STACY...A TRUE CINDERELLA STORY!


Memerhati gadis berusia 18 tahun ini beraksi, dia memang...Rocks! Jenuh pula Yana Husin dan Nurul Shukor mahu melembutkan gaya Stacy agar tampak lebih elegan. Ternyata dia cepat belajar dan pandai bergaya. Maklum saja, sebaik bergelar juara dia menjadi rebutan semua majalah dan akhbar. Lihat sahaja aktiviti seharian Stacy dalam rancangan TV terbitan Astro, Aku Stacy. Lagu Aku Stacy juga single pertama didendangkan Stacy pada konsert akhir. Segala-galanya mengubah hidup Stacy sekelip mata. Jadual sehariannya jadi padat. Kesibukan Stacy luar biasa kini. Sebaik sahaja selesai sesi bersama InTrend, dia berlari ke Astro bermesyuarat pula. Pastinya mengenai konsert reunion Akademi Fantasia 6.

Sila dapatkan Majalah Intrend di pasaran sekarang!

Friday, August 8, 2008

Tuesday, August 5, 2008

SABUN Profile Shoot

wahh smlm stacy n nubhan ade profile shoot kat Palace of The Golden Horses. ade 3 shots yg di ambil iaitu sporty, smart casual, and glamorous. Enjoy the pics below :

wahh! cantiknye stacy! (credit to myents)

amboi! very the macho! (credit to vern@mrmanager)

Special pose for Sabunians! (credit to farfar n her spy)

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.