ChatRoom

Tuesday, October 27, 2009

Stacy @ Jom Heboh Batu Kawan P.Pinang




Pakai Buang


Poker Face & Right Now


 Pics credit to Halida_halle

Sunday, October 25, 2009

Saturday, October 24, 2009

Juara Lagu 24 hilang warna warni

DITULIS OLEH ROSLI MANAH    JUMAAT, 23 OKTOBER 2009 






Sebanyak 30 buah lagu diumumkan layak ke persaingan peringkat separuh akhir Juara Lagu 24.  Kalau dulu ada ketegori balada, pop rock dan etnik kreatif, kali ini kategori itu dimansuhkan sebaliknya dijalankan secara terbuka.
Antara alasan yang diberikan ialah kurangnya lagu baru yang masuk bertanding, tidak cukup kuota lagu etnik kreatif serta adanya lagu-lagu rentak baru yang tidak kena dengan kategori yang diadakan sebelum ini.

Kalau dilihat senarai lagu yang layak, ia memang mencerminkan muzik yang didengar oleh peminat hari ini. Itulah juga lagu-lagu yang dimainkan di corong-corong radio pada masa ini.
Nampaknya kali ini Juara Lagu hilang warna warni apabila sejenis muzik sahaja yang mendomonasinya. Hanya lagu Enjut (Noraniza Idris) dan Oh Anok Anok (Reshmonu) yang boleh dikategorikan dalam kategori etnik yang mengangkat serba sedikit muzik etnik negara ini.
Pastinya dua lagu  yang mewakili muzik mereka akan tenggelam di sebalik kemeriahan lagu-lagu yang dihasilkan oleh pemuzik generasi baru seperti Bunkface, Estranged, Hujan, Meet Uncle Hussain dan lain-lain
Lagu Cinta Adam Dan Hawa (Misha Omar), Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor), Tak Mungkin Kerna Sayang(Alyah), Kupinjam Satu Bintang(Alyah dan Riz), Seadanya Aku(Nubhan) dan Pergi (Aizat) yang mewakili lagu-lagu berlenggok.
Selebihnya lagu pop atau rock semasa. Ada lagunya yang kedengaran hampir sama kerana dihasilkan mengikut cita rasa yang sama oleh generasi pemuzik yang dikategorikan dalam kelompok indie. Mungkinkah ini dia corak muzik kita?
Dominasi bintang realiti
Separuh akhir Juara Lagu 24 menampilkan barisan besar bintang realiti baru dan terdahulu. Itulah barisan penyanyi yang ada hari ini.
Daripada Akademi Fantasia ada wakil iaitu Stacy (Pakai Buang), Adam (Benar Benar), Mila (Gila), AIzat (Kau Aku, Pergi dan Fikirlah), Nadia (Dia, Aku Dan Kamu), Hafiz (Masih Jelas), Nubhan dan Akim (Bengang).
Bintang realiti dari stesen rangkaian Media Prima pula diwakili Faizal Tahir (One In The Million) (Bencinta),Tomok OIAM (Rindu Terhenti), One Natien Emcees (Gangstarz) (Raja Gelek) dan Black (Aku Rindu Sayang Kamu).
Lagu-lagu lain ialah Aurora dan Ketika Ini (Estranged), Situasi (Bunkface), Dan Sebenarnya (Yuna),Aku Scandal (Hujan), Patri dan Tahu Tak Tahu Joget (Jinbara), Mirage (Pesawat),  Khatimah Cinta(Sixth Sense) dan Pari-pari Di Bawah Angin (Meet Uncle Hussain).
"Sejak dulu lagi kami sentiasa terbuka dengan cadangan dan pendapat serta kehendak dalam industri muzik itu sendiri bagi meningkatkan lagi mutu program Muzik Muzik.
"Sebab itulah juga Muzik Muzik 24 tampil dengan format baru dengan pencalonan lebih fleksible dan ini bermakna lagu-lagu yang dicalonkan terbuka kepada semua kategori lagu," kata Pengurus Produksi Hiburan Primeworks Studio, Fadzliniza Zakaria.
Saingan peringkat separuh akhir akan diadakan pada 6 November 2009, 13 November 2009 dan 20 November 2009. Keputusan lagu yang akan ke pertandingan akhir akan dibuat sejurus selepas saringan ketiga selesai. Pertandingan separuh akan akan disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 10.00 malam. Pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu 24 akan diadakan pada Januari 2010.


 HAFIZ, STACY DAN AKIM LAYAK KE SEPARUH AKHIR JUARA LAGU 24.



Friday, October 23, 2009

Persaingan Sengit Di Separuh Akhir Muzik-Muzik 24

by Li Ee Kee | 22 Oct 2009

Petang tadi, bertempat di perkarangan Sri Pentas diumumkan 30 lagu yang telah berjaya memasuki pusingan separuh akhir Muzik-Muzik.

Mereka adalah:

6 Nov
1. Mirage (Pesawat)
2. Kau Aku (Aizat)
3. Dia, Aku dan Kamu (Nadia & Red Peanut)
4. Oh Anok Anok (Reshmonu)
5. Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
6. Aku Scandal (Hujan)
7. Enjut (Noraniza Idris)
8. Gila (Mila)
9. Dan Sebenarnya (Yuna)
10. Raja Gelek (One Nation Emcees)
11. Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)

13 Nov
1. Aurora (Estranged)
2. Seadanya Aku (Nubhan)
3. Tahu Tak Tau Joget (Jinbara)
4. Ku Pinjam Satu Bintang (Alyah & Riz)
5. Fikirlah (Aizat)
6. Khatimah Cinta (6ixth Sense)
7. Bengang (Akim)
8. Aku Rindu Sayang Kamu (Black)
9. Pari-Pari Di Bawah Angin (Meet Uncle Hussain)
10. Benar-Benar (Adam)
11. Masih Jelas (Hafiz)
13. Pakai Buang (Stacy)

20 Nov
1. Situasi (Bunkface)
2. Rindu Terhenti (Tomok)
3. Patri (Jinbara)
5. Pergi (Aizat)
6. Ketika Ini (Estranged)
7. Bencinta (Faizal Tahir)
8. Cinta Adam & Hawa (Misha Omar)

Tarikh 6, 13 dan 20 November merupakan tarikh persembahan mereka, yang akan berlangsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dari jam 10 hingga 11.30 malam, mengikut urutan yang tertera.

Muzik-Muzik edisi ke-24 ini menampilkan format baru dimana pencalonan lagu tidak fokus kepada tiga kategori utama iaitu Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock. Pendek kata, Muzik-Muzik kali ini tidak mempertandingkan sebarang kategori.

Tujuannya untuk memberi peluang kepada pengiat-pengiat seni muzik untuk bebas berkarya dan hasil ciptaan mereka tidak terbatas kepada tiga kategori ini saja.

Lagu-lagu yang layak dipertandingkan di Muzik-Muzik Separuh Akhir dipilih melalui markah tertinggi yang diperolehi melalui undian yang dibuat setiap minggu dan berdasarkan tempoh kedudukan lagu tersebut di dalam carta mingguan Muzik-Muzik.

Sebanyak 112 lagu yang telah dicalonkan sepanjang tahun mulai 4 April hingga 17 Oktober tetapi hanya 30 lagu sahaja terpilih ke separuh akhir. Dari situ, 14 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu yang akan diumumkan selepas persembahan terakhir pada 20 November.

Pemilihan dibuat berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional berdasarkan persembahan pada malam pertandingan dicampur markah penilaian lagu yang dibuat sebelum persembahan.

Tiket-tiket percuma ke pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik boleh diperolehi di Balai Pengawal Sri Pentas Bandar Utama dan Balai Pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral mula 31 Oktober.

Untuk maklumat lanjut mengenai Separuh Akhir Muzik-Muzik 24, layari www.tv3.com.my

sumber;Gua.com.my

Tuesday, October 20, 2009

'Laluan kami berbeza'

Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my


Rap

PELUANG menjadi penyanyi sekarang tidak seperti suatu ketika dulu apabila bakat baru perlu menghadiri uji bakat di syarikat rakaman. Senario berbeza menyaksikan penyanyi baru lebih mudah dicungkil bakat menerusi program realiti TV.

Memberikan kelebihan, penyanyi ciptaan program ini meraih populariti dalam masa singkat selepas mendapat sokongan penonton yang mengundi mereka menerusi SMS. Ini memudahkan mereka untuk menempa nama dalam bidang hiburan apatah lagi segelintir daripada mereka lebih bersandarkan populariti berbanding bakat sebenar.


Bagi dua penyanyi yang mempunyai latar belakang muzik berbeza iaitu Nubhan dan Anis Suraya, mereka mempunyai pandangan sendiri mengenai pencapaian karier yang dibina. Nubhan yang popular menerusi lagu Ada Untukmu sebelum ini pernah menyertai program realiti, Akademi Fantasia musim keenam (AF6).


Biarpun dia tewas kepada Stacy yang bergelar juara, Nubhan tidak berputus asa untuk meraih peluang sebagai penyanyi baru. Hasilnya, dia yang bernaung di bawah label Artiste United Records (AUR) mengakui masih mendapat tawaran untuk mengadakan persembahan dari semasa ke semasa.


Katanya, dia tidak kecewa dengan apa yang dilalui sebaliknya bersemangat mencari peluang untuk terus menyanyi. Berbanding pencapaian setahun lalu selepas menjadi 'graduan' AF6, dia banyak memberi fokus pada karier nyanyian semata-mata. Namun, dia kini mampu berbangga dengan pencapaian diri kerana mencuba nasib dalam bidang lakonan.


"Sejak tiga minggu yang lalu, saya masih terima beberapa jemputan mengadakan persembahan termasuk rumah terbuka sempena Aidilfitri. Dalam pada itu, saya juga terima tawaran berlakon.


"Sebelum ini, saya pernah mencuba menerusi filem pertama saya, Romance arahan Sharad Sharan yang menjalani penggambaran empat bulan lalu. Filem ini yang diadaptasi daripada karya novelis, Ahadiat Akashah dijangka tayangan pada tahun depan.


"Dalam filem ini, saya melakonkan watak Sapi iaitu remaja nakal bersama tiga rakan lain lakonan Farid Kamil, Said Nabil dan Zoey. Pada saya, pengalaman berlakon dalam filem ini cukup mencabar dari aspek mental dan fizikal.


"Ia mengajar saya erti disiplin diri dan perlu belajar bagaimana meluahkan ekspresi lakonan dengan berkesan mengikut mood di setiap situasi. Biarpun ada rasa tertekan tetapi saya seronok berlakon apatah lagi saya berpeluang belajar daripada pelakon berpengalaman seperti Farid, Lisa Surihani dan Raja Farah yang terbabit sama berlakon," katanya.


Pada Ramadan lalu, Nubhan turut terbabit dengan penggambaran drama baru, Cinta Lelong arahan Michael Ang yang akan ditayangkan di Astro Prima. Drama ini yang dijayakan sama Erra Fazira, Louisa Chong dan Nikki menyaksikan Nubhan melakonkan karakter penghantar bunga.


 Mengenai perancangan karier seni, Nubhan menyatakan dia berminat untuk meneruskan dua bidang serentak. Namun, buat masa ini dia mahu beri fokus pada nyanyian dulu kerana ingin memastikan proses penerbitan album sulungnya yang dijangka berada di pasaran awal Disember nanti berjalan lancar.


"Album berkonsep pop rock dan balada ini sudah siap 70 peratus menampilkan lagu ciptaan komposer popular seperti Tam Spider, Sharon Paul dan Audi Mok. Menariknya, saya akan tampilkan satu lagu Mandarin.

"Saya boleh berbahasa Mandarin sedikit dan ini memberi kelebihan pada saya untuk menarik minat pendengar Cina. Ketika saya berusia 12 tahun, saya pernah menyertai satu pertandingan nyanyian lagu Mandarin dan menjadi juara.

"Saya percaya penyanyi perlu mempunyai kelainan menerusi album baru yang ditampilkan. Sama ada album baru boleh jual atau tidak, itu soal lain.

"Apa yang penting, jika kualiti album bagus peminat tetap akan beli. Seperti album ini, saya yakin ia boleh jual dan mendapat sambutan positif daripada peminat," katanya.

Nubhan berkata, dia merasai banyak perubahan pada diri berbanding di awal kemunculan selepas AF6 berakhir. Jika dulu, dia mempunyai perasaan malu, takut dan tidak selesa berdepan dengan khalayak tetapi kini dia makin matang dalam menerima kritikan peminat sambil memperbaiki diri ke arah pencapaian yang lebih baik.



PROFIL


NUBHAN


NAMA: Ahmad Nubhan Ahamad


NAMA KOMERSIAL: Nubhan


TARIKH LAHIR: 2 April 1986


USIA: 23 tahun


ASAL: Kuala Pilah, Negeri Sembilan


PENCAPAIAN: Tempat ketiga Akademi Fantasia 6


sumber : harian metro

Sunday, October 18, 2009

SABUN @ Gempak Astro, Kluang





all pics credit 2 halida_halle

Friday, October 16, 2009

Orang Dungun teruja kehadiran artis

Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my


Rap
KUNJUNGAN sulung Karnival Gegaria Harian Metro di lokasi kedua bertempat di Dataran Dewan Merdeka, Dungun, Terengganu pada 9 dan 10 Oktober lalu nyata mencipta sejarah sendiri apabila mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung setempat. Acara selama dua hari itu yang turut menganjurkan pelbagai pertandingan seperti bola sepak, bola jaring termasuk permainan rakyat, wau dan dam aji mengundang tarikan pada pengunjung untuk bersama-sama menjayakan acara ini.

Menariknya, kemuncak acara ini dimeriahkan dengan persembahan tujuh artis yang terbabit menerusi Konsert Gegaria yang berlangsung pada malam kedua. Bersama dua anak jati Terengganu iaitu Anis Suraya dan juara Akademi Fantasia musim keempat, Mohd Faizal Ramly, persembahan juga dimeriahkan dengan kehadiran Nubhan, Along (Raja Lawak 2, Alyah, kumpulan Butterfly dan Jinbara.

Sebagaimana sambutan pada pertandingan akhir Metro Idol yang diadakan pada malam sebelumnya mencatat sambutan seramai 15,000 pengunjung, untuk konsert kali ini pula pengunjung di sana terus memberi sokongan apabila 20,000 penonton mengambil kesempatan memenuhi segenap ruang di lokasi berkenaan.

Apa yang menarik perhatian, konsert yang bermula lewat setengah jam daripada waktu asal, jam 9 malam tetap dinanti ramai pengunjung walaupun hujan sejak 6 petang. Tirai persembahan dibuka dengan kemunculan Along menyampaikan lagu Aspalela yang pernah dipopularkan Saiful Apek.

Disusuli kemunculan Anis yang menyampaikan dua lagu iaitu Hadirlah dan Terasing, pengunjung mula bersorak apabila melihat aksi Anis menari untuk lagu keduanya itu. Anis yang berasal dari Kuala Terengganu bertanya khabar kepada pengunjung yang berada di situ sebelum membuat persembahan.

Beralih perhatian pada bekas peserta Akademi Fantasia keenam, Nubhan, persembahan penyanyi berusia 22 tahun ini menarik perhatian peminat remaja. Nubhan memulakan persembahan menerusi lagu rancak, Jatuh Cinta Lagi (nyanyian asal kumpulan Matta) sebelum menjemput dua pengunjung naik ke pentas untuk beramah mesra.

Dibantu dua pengacara majlis iaitu Along bersama Rudy Syareme Sheriffudin, keadaan menjadi gamat dengan sorakan pengunjung yang menyaksikan gelagat dua pengunjung bertuah itu. Mereka juga mengiringi Nubhan menyampaikan lagu popularnya, Ada Untukmu.

Memberikan variasi pada persembahan malam itu, kemunculan kumpulan Butterfly memberikan kejutan. Bagi pengunjung di situ yang belum pernah melihat persembahan lima anggota remaja wanita ini pasti terpegun dengan aksi mereka menyanyi, bermain gitar, keyboard dan dram di atas pentas.

Kumpulan ini yang banyak menyokong Harian Metro pada acara lain sebelum ini, terus memberi sokongan dan komitmen dengan persembahan bertenaga. Mereka menghiburkan pengunjung dengan persembahan lagu popular mereka, Oh Kawan. Untuk persembahan kedua, mereka memeriahkan suasana dengan lagu Aidilfitri, Indahnya Beraya Di Desa.

Berbeza dengan versi asal lagu ini yang pernah disampaikan Azlina Aziz, kumpulan ini mengubah melodi pada genre rock. Menghangatkan suasana malam itu, kumpulan ini sempat mengajak dua peminat wanitanya naik ke pentas menari bersama untuk lagu seterusnya, Goyang Inul.

 Begitu juga dengan Alyah menyampaikan lagu popular, Tak Mungkin Kerna Sayang sebaik tiba gilirannya selepas itu. Alyah kemudian menyanyikan lagu Just Dance (Lady Gaga). Semakin persembahan menghampiri kemuncak, kumpulan Jinbara tampil menguasai pentas dengan tiga lagu iaitu Kasihnya Laila, Cinta Pantai Merdeka dan Farhana.

Nyata, pemilihan Jinbara di penghujung konsert ini berjaya menarik perhatian pengunjung untuk terus berhibur dalam persembahan yang berlangsung dua jam ini. Sama ada lagu rancak Kasihnya Laila mahupun rentak sentimental menerusi Cinta Pantai Merdeka, pengunjung yang terdiri peminat fanatik mereka tetap menyanyi bersama. Menutup tirai, kesemua artis menyanyikan lagu Selamat Hari Raya.

Bagi Alyah yang pertama kali mengadakan persembahan di sini, terkejut dengan sambutan yang diberikan pengunjung apatah lagi mereka sanggup bermandi hujan untuk menyaksikan persembahan artis kali ini. Alyah menganggap sambutan ini suatu yang luar biasa.

"Sebelum persembahan bermula, hujan masih turun. Saya menjangkakan pengunjung makin berkurangan. Sebaliknya apabila saya naik ke pentas, saya lihat ramai pengunjung memenuhi tapak karnival walaupun ada antara mereka berpayung.

"Pada saya, persembahan dan acara ini suatu yang bagus untuk diadakan khusus di kawasan luar bandar. Sebenarnya penduduk di luar bandar kurang menyaksikan persembahan seperti ini dan ini memberi peluang pada mereka untuk berhibur," katanya.

Pandangan yang sama dikongsi Nubhan yang menyifatkan persembahan dan acara ini berjaya. Katanya, dia terharu dengan sambutan pengunjung tidak mengira usia hadir beramai-ramai.

Sebelum terbabit dengan persembahan untuk Konsert Gegaria Harian Metro, Nubhan bersama Anis dan Faizal turut berkesempatan bertemu pengunjung di gerai Harian Metro pada sebelah siang. Dalam pertemuan itu, mereka beramah mesra, mengadakan kuiz, bergambar dan memberikan autograf pada pengunjung yang hadir.

"Keunggulan Harian Metro sebagai akhbar bahasa Malaysia nombor satu menjadi faktor pada tarikan pengunjung untuk hadir memeriahkan acara ini. Sambutan pengunjung ini juga menjadi kejayaan apabila akhbar ini terus berada di hati pembaca," katanya.

Anis pula percaya sambutan penduduk di luar bandar sering tidak mengecewakan apabila acara seperti ini dianjurkan. Sebagai anak jati Terengganu, dia berbangga dan terharu dengan sambutan yang diberikan pengunjung pada acara ini.

"Saya berharap acara ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sudah tiba masanya Harian Metro meneruskan acara sendiri sebagai tanda penghargaan kepada pembaca setia mereka.

"Sebagai artis, saya tetap menyokong Harian Metro dan mendoakan kejayaan akhbar ini bertambah pada masa akan datang," katanya.



sumber : Harian Metro

Thursday, October 15, 2009

Gempak Selebriti Astro (Rehearsal)







pictures credit to Gempak Astro

Jelajah Gempak Astro Retro 2009


JELAJAH GEMPAK ASTRO RETRO 2009!
Barisan artis popular dijangka gegarkan Dataran Kluang



Bagi meneruskan kesinambungan dan inisiatif bagi mengeratkan jenama Astro di samping menawan hati para pelanggan, Astro terus gigih dalam ekspedisinya untuk terus mendekati para pelanggan melalui acara promosi bergerak Gempak Astro Retro 2009 yang akan diadakan pada 17 Oktober ini bermula seawal jam 10 pagi hingga jam 10 malam bertempat di Dataran Kluang, Johor.

Acara promosi bergerak Gempak Astro Retro 2009 yang akan diadakan pada 17 Oktober ini bakal menerima kunjungan oleh artis dan selebriti terkenal seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Anuar Zain, Ning Baizura, Zainal Alam Kadir, Farish serta bintang-bintang Akademi Fantasia yang lain seperti Akim, Stacy, Akma, Yazer, Farah, Farhan, Idayu, Nadia, Toi, Zahid, Reza dan ramai lagi yang akan sama-sama turun padang bagi memeriahkan lagi acara.
Menurutnya lagi, ”Kami yakin program-program yang telah diaturkan ini akan menarik kunjungan orang ramai. Sebagai testimoni, acara promosi bergerak Gempak Selebriti Astro di Midvalley, KL dan Gempak Desa Astro di Felda Keratong, Pahang yang telah diadakan baru-baru ini masing-masing berjaya menarik lebih dari 3000 ke 6000 pengunjung di setiap lokasi. Kami percaya dengan kehadiran artis-artis terkenal seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Anuar Zain, Ning Baizura dan bintang-bintang AF seperti Akim, Stacy, Akma, Zahid, Farah dan ramai lagi di acara Gempak Astro Retro 2009 ini mampu menarik kunjungan orang ramai.
”Kami ingin memanfaatkan setiap kunjungan kami bukan semata-mata mahu menghiburkan dan memanjakan para pengunjung tetapi juga ingin mengambil kesempatan untuk mendekati dan bertukar-tukar pendapat dengan para pelanggan Astro yang baru dan lama bagi meningkatkan lagi mutu dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Astro,” jelas Puan Molina.
Pelbagai aktiviti interaktif telahpun diatur khusus untuk semua ahli keluarga tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa sepanjang hari bermula dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam untuk karnival ini. Para pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra dengan barisan artis yang turut hadir sebelum menyaksikan persembahan pentas yang akan berlangsung pada sebelah malam.
Di antara aktiviti-aktiviti yang telah diatur ialah pertandingan mewarna buat kanak-kanak, pertandingan pakaian beragam, pertandingan nyanyian karaoke, acara sukaneka dan sebagainya. Di samping itu, pentas ujibakat akan turut dibuka bagi mencungkil bakat-bakat baru untuk rancangan Raja Lawak musim keempat.


sumber : sensasi selebriti

Wednesday, October 14, 2009

Temasya Raya Kampung Nubies Berdengung (Promo)

 
click gambar untuk melihat image yang lebih besar
Banner ini adalah OFFICIALLY HAKMILIK NUBHAN FC. Tidak dibenarkan crop atau edit. Harap maklum. Sekian, terima kasih.

                              

credit to Nubhan-cayalah

Warna-Warni Aidilfitri Stacy & Chaq

Acara: Warna Warni Aidilfitri
Tempat: Brisdale Hotel Kuala Lumpur














Pictures credit to halle_halida

Tuesday, October 13, 2009

'Terimalah saya sebagai Stacy'

Oleh Sakini Mohd Said
sakini@hmetro.com.my


Rap
WALAUPUN terpaksa menunggu hampir dua jam, langsung tidak mematahkan semangat peminat untuk menanti kemunculan penyanyi pujaan mereka. Malah, masing-masing sudah tersemat di minda mahupun berbual gembira bercerita mengenai aksi lincah juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), siapa lagi kalau bukan Stracie Angie Anam atau lebih dikenali dengan panggilan Stacy.

Akhirnya, penantian mereka berbaloi apabila kelibat Stacy dan juga abangnya, Chaq memasuki dewan hotel, justeru menggamatkan lagi suasana. Sudah tentu, tiada apa yang diinginkan selain dapat melihat secara dekat persembahan bertenaga Stacy dan wajahnya yang comel itu.

Justeru, apabila langkah penyanyi kelahiran Sabah ini menuju pentas menyanyikan lagu yang kini mendapat perhatian ramai, Pakai Buang, masing-masing terpaku malah terpesona dengan kelantangan dan rentak tarian yang dipersembahkan Stacy. Melihat pada aksinya yang begitu bertenaga, maka tidak menghairankan apabila ada sesetengah pihak menggelarnya, Anita Sarawak versi muda.

Menyentuh pada gelaran itu tatkala bertemunya selepas majlis Warna-Warni Aidilfitri Bersama Stacy dan Chaq, di Hotel Brisdale, baru-baru ini, Stacy, 19, hanya tersenyum di kala persoalan itu diajukan kepadanya. Malah, percakapan mesranya sebelum itu terhenti seketika mungkin memikirkan jawapan sesuai untuk diberi.

Akui Stacy, dia sememangnya meminati penghibur bertaraf antarabangsa itu tetapi untuk menyamainya bagaikan langit dengan bumi. Apatah lagi, perjuangannya dalam industri baru bermula dan tidak mungkin layak digelar sebegitu.

"Pertama kali terdengar gelaran itu, terkejut juga. Rasanya, rentak lagu dan persembahan yang saya pamerkan berdasarkan personaliti sendiri dan tidak terniat langsung untuk terikut-ikut dengan penyanyi yang sudah ada nama dalam industri ini, apatah lagi kak Nita.

"Karakter saya memang seperti ini, seorang yang lincah, peramah, gembira dan suka menari di atas pentas. Mungkin disebabkan itu, ada yang melihat saya seperti kak Nita versi muda. Tetapi, saya rasa tidak layak langsung digelar sebegitu kerana pengalaman masih cetek dan banyak perlu dipelajari.

"Bagaimanapun, saya bersyukur apabila perjuangan ini dihargai. Bagi saya, gelaran itu satu penghargaan yang tidak ternilai harganya sepanjang dua tahun membabitkan diri dalam industri. Namun, saya harap masyarakat menerima saya sebagai Stacy dan bukan orang lain.

"Setiap hari, saya bekerja keras membentuk identiti yang memberi kelainan berbanding artis lain. Lagipun, ramai menasihati saya agar tampil dengan identiti tersendiri kerana peminat tidak suka artis yang hipokrit. Melihat saya di pentas, itulah diri saya yang sebenarnya," katanya.

Bekerja dalam industri hiburan, secara tidak langsung memberi ruang besar kepada Stacy untuk bertemu dengan Anita. Atas alasan itu, Stacy sentiasa mengambil peluang mendekati Anita di mana-mana majlis yang dianjurkan oleh stesen televisyen mahupun syarikat korporat apabila berkesempatan bertemu dengannya.
 "Kalau berpeluang, memang menjadi idaman saya menjayakan persembahan pentas bersamanya. Bagi saya, kak Nita tidak pernah sombong atau lokek ilmu. Banyak nasihat dan motivasi yang dia berikan kepada saya. Paling saya ingat ialah kita perlu kental, banyak bersabar dan tidak mudah putus asa sekiranya mahu berjaya dalam industri," katanya.

Karakter Stacy yang begitu lincah orangnya, ramai mengetahui dia berupaya menyanyikan lagu bergenre rancak dengan baik. Malah, lagunya sebelum ini iaitu Aku Stacy, Gagap dan terbaru Pakai Buang, semuanya berkonsepkan rancak. Justeru, timbul persoalan adakah Stacy hanya mampu menyanyikan lagu rancak saja?

"Saya tahu peminat mudah bosan sekiranya tampil dengan satu konsep lagu saja. Walaupun diri amat meminati lagu rancak dan suka menari di pentas, sebagai penyanyi saya perlu mempelbagai serta mencuba semua genre lagu. Bukan tamak, kerana jauh dari sudut hati ada terlintas untuk tampil dengan lagu berkonsepkan balada malah ada permintaan dari peminat.

"Menyanyikan lagu balada, memberi cabaran tersendiri kerana menguji penjiwaan melodi seseorang penyanyi itu. Mungkin, selepas ini saya akan mempertaruhkan lagu balada dalam single terbaru. Ketika ini, saya dalam proses mengumpulkan material untuk album kedua.

"Masih banyak lagi yang perlu dilakukan iaitu anggaran dalam 99 peratus dan saya baru saja keluarkan single duet bersama Adam AF (2) berjudul Menggegar Dunia. Lirik dan gubahan adalah Edry Kru, masih mengekalkan konsep rancak. Ada permintaan dari peminat yang inginkan kami digandingkan bersama kerana masing-masing pandai menari," katanya.

Mengenai perkembangan terkininya di bawah pengurusan baru, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) selepas tertutupnya operasi Maestro Talent & Management Sdn Bhd (Maestro), kata Stacy, kerjayanya lebih terurus berbanding sebelumnya.

"Bukan bermaksud Maestro tidak bagus. Cuma artis di bawah AESB tidak ramai jadi tumpuannya lebih banyak serta terurus. Mereka banyak bertanya mengenai masa depan dan tahu apa yang sesuai untuk seseorang artis itu," katanya.

Berkaitan dengan majlis Warna Warni Aidilfitri, beritahu Stacy semuanya diuruskan oleh kelab peminatnya, Stacy Frenz. Walaupun dia bukan beragama Islam, namun Stacy tidak kekok menggayakan kebaya moden tajaan Noor Arfa Batik dan melayan mesra peminatnya.

"Selepas keluar dari AF tahun lalu, saya agak terkejut apabila diberitahu yang saya sudah ada kelab peminat sendiri. Mereka banyak mengadakan majlis kepada saya seperti hari jadi dan hari raya. Ini adalah kali kedua mereka menganjurkan majlis hari raya dan saya tidak perlu keluarkan apa-apa langsung. Mereka uruskan semua dan saya cuma datang menghiburkan dan menyanyikan lagu saja," katanya.

Selama satu jam setengah, peminat dihiburkan dengan kelantangan dan kerancakan Stacy ketika mendendangkan tiga buah lagu, Senandung Hari Raya, The Climate dan Pakai Buang. Selain itu, acara turut diselang-selikan dengan persembahan abangnya, Chaq bersama rakan rapatnya yang juga peserta Mentor musim ketiga iaitu Thye dan Hairul.

Peminat bukan saja dilayan mesra oleh artis yang hadir malah turut berpeluang bergambar mesra bersama artis kesayangan mereka.

sumber harian metro

Saturday, October 3, 2009

Thursday, October 1, 2009

Stacy @ Lagenda Lebaran

Stacy n Datuk Sharifah Aini - Hari Yang Mulia




Stacy n Imran Ajmain - Senandung Hari Raya Untukmu



credit 2 asilah1991@youtube

Stacy @ Habeebi Mawi Aidilfitri

Pulanglah



credit 2 machikokonjo@youtube

Nubhan @ Popular Muzik Aktif Khas Raya

Ku Pohon Restu Ayah Bonda




Senandung Hari Raya Untukmu



credit 2 nubhani@youtube

Nubhan @ Takbir Raya Muzik Aktif



credit 2 nubhani@youtube

Nubhan @ Iklan raya IKEA



credit 2 nubhani@youtube

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.