ChatRoom

Sunday, February 28, 2010

Sabun @ SENSASI Mac







credit to aryzana83

Thursday, February 25, 2010

Sabun @ Rakaman Muzik Muzik 25

Pada rakaman Muzik Muzik 25 iaitu pada 24 Februari 2010 Nubhan telah mencalonkan lagu Owh Juwita manakala Stacy mencalonkan lagu Menggegar Dunia duet bersama Adam.



Pictures credit to Halida Hilmi's Facebook

Monday, February 22, 2010

Sunday, February 21, 2010

Stacy @ Hip TV




TAIP HIP KIUT4 DAN HANTAR KE 33399

Friday, February 19, 2010

Hot FM Big Jam ke utara

Oleh Rozdan Mazalan

ZURINA (empat dari kanan) bersama penyampai dan artis yang akan menjayakan Hot FM Big Jam di Pulau Pinang, 6 Mac ini.
Peluang penggiat muzik profesional dan amatur dekati peminat hiburan tanah air

MENITI pelbagai isu serta perubahan selama empat tahun adalah satu pengalaman yang terindah buat warga stesen radio Hot FM. Pastinya setiap kejayaan yang diraih oleh stesen berkenaan tidak dapat dikecapi tanpa sokongan serta komen positif pendengar sendiri yang sememangnya prihatin dengan perkembangan stesen itu.

Awalnya festival muzik itu diwujudkan untuk memberikan penghargaan kepada pendukungnya tetapi kini stesen itu memburu satu lagi matlamat iaitu ingin melestarikan muzik tempatan supaya setanding dengan kualiti muzik antarabangsa.

Pengurus Besar Jalinan Jenama dan Promosi Hot FM, Zurina Othman berkata, stesen itu yakin dengan memberikan landasan kepada penggiat muzik yang profesional mahupun amatur, industri muzik tempatan akan semakin berkembang

“Dengan kolaborasi TM, sekali lagi warga kerja Hot FM akan keluar dari Lembah Klang dan kali ini menuju ke utara. Pulau Pinang menjadi sasaran kedua selepas tahun lalu festival ini diadakan di Johor Bahru.

“Kelainan yang dapat dilihat pada tahun ini adalah festival ini akan menyediakan dua pentas. Pentas utama pasti akan mula bergegar tepat jam 4 petang hingga lewat malam. Tetapi sebelum itu, sebuah lagi pentas akan dibuka seawal jam 12 tengah hari bagi menampilkan mereka yang menyumbangkan karya bagi segmen Hot FM Kita Punya,” katanya yang turut mengucapkan tahniah kepada Tilu, Bittersweet, Anna Rafalli, Rock and Roll John, So Wincci serta The Curse Between Us yang berjaya menempatkan diri dalam Hot FM Big Jam kali ini.

Sementara itu, di pentas utama, festival itu bakal menampilkan artis kegilaan peminat muzik tempatan masa kini seperti Bunkface, Meet Uncle Hussain, Hujan, Modread, Sixth Sense, Stacy, Mila, Akim, Alyah, Diddy, Tomok, Shila, One Nation Emcees, Nubhan, Aril, Black, dan Adam.

“Kami juga akan membawa dua artis negara jiran iaitu, Imran Ajmain dan Sleeq. Malah tahun 2010 akan menyaksikan pentas utama Hot FM Big Jam dihangatkan lagi dengan kehadiran M Nasir yang buat kali pertama sudi meluangkan masa untuk menghiburkan peminatnya di Pulau Pinang.

“Selain itu Anuar Zain, Misha Omar dan Faizal Tahir adalah nama yang tidak asing lagi di persada muzik tanah air juga akan memanaskan pentas itu.

“Tiada yang lama maka tiada yang baru, maka stesen itu akan membawakan Fotograf, Bumiputera Rockers serta AXLs sebagai melengkapi resipi istimewa ulang tahun Hot FM kali ini,” katanya.

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul berkata, Hot FM Big Jam 2010 yang akan berlangsung pada 6 Mac di Padang Kota Lama, Pulau Pinang bermula jam 10 pagi adalah antara Big Jam yang melakar sejarah buat stesen itu dengan menyambut ulang tahun mereka yang keempat.

“Kami bukan saja ingin memberi lebih dari hiburan yang hangat dan mantap malah turut mengambil peluang ini untuk memberi artis tempatan yang baru menapak untuk membuat persembahan menggunakan landasan Big Jam,” katanya.

credit to Berita Harian

Thursday, February 18, 2010

Enggan fokus 2 serentak


Oleh Esme Johari Wahab
esme@hmetro.com.my
2010/02/18

KEUPAYAAN vokal dan persembahan ligat Stacy atau Stracie Angie Anam setiap kali beraksi atas pentas sangat mengagumkan. Meskipun bertubuh genit, kelincahan dan tenaga ditonjolkan bersama barisan penarinya sukar ditandingi.

Bakatnya terbukti apabila penyanyi remaja dan belia Sabah itu melonjakmencapai puncak kegemilangan bergelar juara Akademi Fantasia 6 (AF6). Kejayaan itu berterusan dipilih Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.
Bagaimanapun, penyanyi menempa nama menerusi lagu Aku Stacy dan Pakai Buang belum puas terhadap pencapaiannya. Pendek kata, kejayaan lebih bermakna andai peminat berpuas hati dengan penyampaian lagu dan persembahan.
"Perkataan pertama kepada mereka ialah terimakasih. Sokongan keluarga, komposer dan peminat jadi pembakar semangat sejak zaman AF6 hingga sekarang. Memang impian mana-mana pendatang baru mahu bergelar penyanyi profesional.
"Jadual saya sibuk sepanjangMac dan April depan. Hasrat melanjutkan pelajaran yang tersekat beberapa tahun lalu tercapai akhirnya. Bermula 1 Mac ini, saya memulakan pengajian Diploma Bunyi dan Muzik di Universiti Kreatif dan Teknologi LimKokWing.
"Pada masa sama, jadual dan pelajaran dirancang awal agar tidak bertindih. Saya tidak mahu keadaankelam-kabut kerana jadual tidak teratur. Saya harap pengajian ditamatkan lebih awal iaitu dua tahun berbanding tiga tahun ditetapkan.


"Pada penghujung Mac juga, saya tampil finalis melalui dua lagu dalam Hits1 RTM. Pakai Buang untuk lagu solo dan duet bersama Adam melalui Menggegar Dunia. "Cabaran memang hebat. Lapan penyanyi berpengalaman serta hebat seperti Ella, Tomok, Misha Omar, Faizal Tahir dan beberapa lagi nama popular akan bersaing bersama saya," katanya.
Buat masa ini, Stacy sedang proses menyiapkan video klip bagi single baru, Jahat. Lagu ciptaan Edry Abd Halim itu akan diputarkan di stesen radio tidak lama lagi.

Meskipun mendapat tawaran berlakon filem dan drama, Stacy terus terang mengatakan mahu lebih dikenali sebagai penyanyi.

"Bidang lakonan istilah baru. Beralih ke bidang lakonan dan serta-merta jadi pelakon tidak dirasakan sesuai buat masa ini.
"Sukar fokus dua bidang serentak. Saya tidak kejar populariti kononnyanama lebih terkenal jika jadi pelakon pula. Saya ada pendirian dantidak mahu terburu-buru berubah fikiran apabila dapat tawaran.
"Buat masa ini, keutamaan pelajaran dan karier. Saya syukur bidangdiceburi membolehkan saya tampung hidup sendiri dan menyara keluarga.
"Walaupun berkesempatan bertemu tiga kali setahun, ibu dan keluarga datang dua atau tiga kali setahun menjenguk saya di Kuala Lumpur.Kadang-kadang mereka tinggal selama sebulan di sini," kata Stacy.

Bagi dua pencalonan kategori ABPBH tahun ini, Stacy sekali lagi dicalonkan untuk dua kategori. Selaku top 5 finalis ABPBH, Stacy akan mempertahankan gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Gandingan bersama Adam melalui lagu Menggegar Dunia, mereka juga finalis Top 5 kategori Artis Berkumpulan atau Duo Popular.
Jika dua bulan lalu, rambut Stacy dipenuhi pelbagai warna, dia ini mengenakan imej rambut pendek.

"Sebenarnya imej rambut pendek gaya baru. Saya mahu kelainan. Sehari selepas final Anugerah Juara Lagu (AJL24) di Stadium Putra, Bukit Jalil, saya ambil keputusan memotongnya.


"Sebelum itu, pakar salun menyuruh potong. Banyak rambut gugurberikutan penggunaan pewarna rambut berlebihan. Sekarang, lega kerana rambut kembali asal seperti zaman usia 15 tahun," katanya sambil ketawa kecil.

Stacy berkata, dia suka tajuk pelik pada setiap lagu nyanyiannya. Tajuk lagu dan single seperti Gagap, Pakai Buang dan Jahatmembuktikan realiti itu.


"Ramai peminat tanya menerusi lamanweb saya mengapa tajuk lagu pelik. Kebanyakan idea pencipta lagu, Edry.Dia suka tajuk pelik dan tanya saya, saya kata setuju kerana ada kelainan.


"Apa pun, paling penting peminat dapat menerimaStacy seperti pernah kenali sebelum ini. Saya akan kekal seperti ini untuk terus menghiburkan peminat di mana saja saya berada," kata Stacy.

Ditanya apakah dia kecewa lagu Pakai Buang tidak muncul juara AnugerahLagu ke-24, baru baru ini, Stacy berkata, lagu itu antara lagu terbaik melonjak populariti.

"Lumrah pertandingan, ada menang, adakalah. Saya tidak rasa kalah sebaliknya lagu itu membuatkan diri lebih dikenali. Lagu Aku Stacy juara carta Era dan Muzik Fm sementara PakaiBuang juara carta Era. Menggegar Dunia berada dalam kedudukan empat teratas beberapa stesen radio sekarang," katanya.


Berbicara mengenai teman lelaki, Stacy mengaku belum sedia bercinta.


"Terus terang, saya belum sedia. Hubungan dua hati terlalu serius bagi usia sekarang. Saya mahu menyimpan duit dan membuka perniagaan sendiri pada masa depan.

"Antaranya membuka restoran atau studio rakaman. Paling penting, tidak lupa membalas jasa keluarga ibu, bapa dan adik-beradik yang banyak berkorban selama ini," kata Stacy.
Sebelum menyertai AF6, Stacy mencuba bakat dalam program realiti nyanyian seperti One in a Million (OIAM) dan Gang Starz. Gandingan bersama adiknya, Camellus De'lleli Anam dengan nama kumpulan E-voke tersekat di separuh akhir.
>Profil
NAMA PENUH: Stracie Angie Anam
GELARAN: Stacy
NAMA TIMANGAN: Putet
TARIKH LAHIR: 18 Ogos 1990
TEMPAT LAHIR: Penampang, Kota Kinabalu, Sabah
KELUARGA: Anak kelima daripada enam beradik
KARIER: Penyanyi
ZODIAK: Leo
TINGGI: 155cm
BERAT: 51kg
IDOLA: Beyonce, Christina Aguilera, Felix AF3
HOBI: Menyanyi, menari
BANGSA: Kadazan
STATUS: Bujang
MAKANAN KEGEMARAN: Nasi goreng dan sambal

PENCAPAIAN:
Juara Akademi Fantasia 6 (AF6)
Pemenang Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.
Pemenang kategori Anugerah Popstar Shout! Awards 2009
Penyanyi Terbaik kategori Artis Baru Wanita Anugerah Planet Muzik 2009
Penyanyi Wanita Kedua paling popular Anugerah Planet Muzik 2009 di belakang Datuk Siti Nurhaliza
Pengiktirafan Kementerian Sukan dan Budaya Sabah sebagai ikon remaja Sabah dan idola industri hiburan

DISCOGRAFI ALBUM STUDIO:
2009: Aku Stacy
SINGLE:
Aku Stacy
Gagap
Pakai Buang
Jahat

Thursday, February 4, 2010

Stacy @ Rapi




credit to Aryzana83

Wednesday, February 3, 2010

Gambar Nubhan & Band di Kuala Selangor Dalam Xpresi Kembara

DALAM XPRESI KEMBARA DI TV1

Cuba memberikan peluang dan variasi artis muncul menerusi pogram traveloque yang semakin mendapat tempat di hati peminat, Xpresi Kembara yang sebelum ini memperkenalkan destinasi menarik Malaysia bersama artis-artis indie kini membawakan juga artis terkenal tanah air yang lain.


Menariknya di samping mengekalkan konsep jalan-jalan menjelajah tempat menarik di segenap negeri di Malaysia sambil menyampaikan info pelancongan dan sejarah, Xpresi Kembara turut memberikan info hiburan terkini selain turut menampilkan artis pilihan setiap minggu


Destinasi pelancongan menarik sekitar Kuala Selangor bakal membawakan Nubhan & Band mengisi program Xpresi Kembara pada 6 Februari 2010 (Sabtu) ini.

Kembara menaiki kereta mini cooper old skool bintang realiti yang sedang mencipta nama menghiasi bibir penggemar muzik tanahair menerusi single terbaru berjudul Oh Juwita itu singgah di destinasi pertama di Kota Melawati.


Kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk mereka menggamit ketenangan Kota Melawati dan terus menikmati keindahan dari atas rumah api yang sememangnya tidak dibuka kepada umum.

Artis kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini kemudiannya menyusuri pula sungai di Kampung Kuantan dengan menaiki sampan tradisional untuk menikmati kerlipan cahaya indah yang terpancar dari koloni kelip-kelip kedua terbesar di dunia yang dinikmatinya di Taman Kelip-Kelip Kuala Selangor.

Kepada pengemar-penggemar aktiviti memancing agar dapat menikmati hobi ini dengan lebih selamat, Xpresi Kembara berkongsi tempat menarik di Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor yang pastinya membuka kesempatan bagi pelantun lagu Ada Untukmu dan Seadanya Aku untuk memancing Ikan talapia bersama rakan-rakannya. Apatahlagi taman ini merupakan tarikan terbaru kepada penggemar aktiviti memancing di Negeri Selangor.

Momen-momen indah berlatarkan sawah padi yang menghijau luas di sekitar kawasan Homestay Kampung Sungai Sireh turut diabadikan Nubhan dan krew produksi di mana mereka sempat merakamkan klip video bagi lagu terbarunya Oh Juwita.

Jika sebelum ini anda hanya berpeluang menyaksikan bakat nyanyian di ketengahkan pemilik nama sebenar Ahmad Nubhan Bin Ahamad ini, namun menerusi program bersiaran setengah jam ini peminat Nubhan berpeluang menyaksikannya mempelajari tarian zapin bersama kanak-kanak di kampung itu selain turut mencuba juadah Nasi Ambang, makanan tradisi popular masyarakat Jawa yang hanya dapat di nikmati ketika sambutan perayaan dan keramaian sahaja.


Untuk menyaksikan aksi Nubhan & Band berkongsi pengalaman percutian di sekitar tempat-tempat tumpuan menarik di Kuala Selangor, jangan lupa untuk menyaksikan Ekspresi Kembara pada 6 Februari 2010 (Sabtu), jam 12.30 tengahari yang pastinya hanya bersiaran di saluran TV1.


Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.