ChatRoom

Sunday, January 31, 2010

Monday, January 25, 2010

Friday, January 22, 2010

Saya 'mamai' ketika itu

Oleh Sakini Mohd Said
sakini@hmetro.com.my
2010/01/22

TIDAK dinafikan populariti diraih Stracie Angie Anam atau Stacy ketika ini, memang hebat. Ditambah pula liuk tubuhnya yang rancak tatkala menari di atas pentas disusuli dengan lontaran vokal, pasti membuatkan sesiapa saja ingin turut serta.

Semuanya gara-gara penyanyi Pakai Buang ini tidak membalas senyuman dan teguran mesra daripada seorang pramugari ketika dia menaiki sebuah pesawat untuk balik kampung bersama ibu dan abangnya. Pelik juga, kerana sebelum ini media mengenalinya seorang yang peramah dan paling penting mudah memberi kerjasama.

Menghubunginya baru-baru ini, kata Stacy, 19, dia agak terkejut dengan penularan gosip itu kerana sebolehnya dia amat mementingkan jalinan mesra bersama peminat. Tidak marah atau melenting, dia menganggap semua itu harga perlu dibayar apabila menjadi insan seni. "Ketika diberitahu mengenai gosip ini, saya berada di Sabah. Terkejut jugalah, kerana rasanya tiada siapa pun yang menegur saya ketika menaiki pesawat itu. Sebenarnya, saya sangat mengantuk dan agak 'mamai' pada masa itu kerana penerbangan kami jam 7 pagi dan malam sebelumnya saya langsung tidak dapat tidur disebabkan urusan kerja. "Biarpun begitu, saya masih sedar dan ingat dengan jelas tiada seorang pun pramugari menegur saya. Seingat saya, masuk saja dalam pesawat itu saya terus ke tempat duduk dan sambung tidur. Mungkin disebabkan saya tunduk ketika menuju ke tempat duduk, menyebabkan ada yang ingat saya sombong. "Sebenarnya, saya terpaksa tunduk kerana tidak mahu orang tengok muka saya ketika itu yang letih dan pucat, itu saja. Mengenai saya buat tak endah dengan pramugari apabila ditanya mengenai makanan atau suruh 'mummy' saja bercakap dengan mereka meminta bantal dan selimut, dakwaan itu tidak betul. "Dalam keadaan 'mamai', mummy yang tanya sama ada saya nak bantal, selimut atau makanan dan saya cuma mengiyakan sajalah, kemudian sambung kembali tidur. Bukan saya kata tidur lebih penting daripada layan peminat kerana saya tahu tanpa mereka sudah tentu karier seni tidak ke mana. "Cuma, takkanlah saya terhegeh-hegeh tegur mereka nanti kata saya 'perasan' atau syok sendiri pula. Kalau mereka tegur, sudah tentu saya akan layan mereka dengan baik. Masalahnya, saya langsung tidak dengar sesiapa di situ menegur saya. Saya minta maaf sesiapa yang terasa dan gosip ini banyak mengajar saya akan kehidupan seni. "Selepas kejadian itu, jumpa sesiapa saja saya akan tegur dan senyum kerana tidak mahu perkara sama berulang kembali. Mungkin mereka malu dan untuk itu saya akan mulakan dulu," katanya. Mengenai perkembangan seni selepas berakhirnya Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24), seperti biasa Stacy mula sibuk memenuhi undangan persembahan sama ada majlis korporat atau Astro.

Nubhan Mengeluh, Album Banyak Kali Tertangguh

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


DALAM seronok mendengar lagu Oh Juwita yang semakin hangat diputarkan di stesen radio tempatan, penyanyi Ahmad Nubhan Ahmad sempat mengeluh tentang album yang banyak kali tertangguh itu.

Ramai yang menganggap album sulungnya yang setakat ini menggunakan namaLangkah Nubhan itu agak lewat untuk tampil di pasaran.

“Sebelum ini saya pernah beritahu album ini mungkin akan dipasarkan selepas Hari Raya Aidlfitri tahun lalu tetapi tak keluar-keluar juga. Sebenarnya, saya mengalami masalah lain dari segi pemilihan lagu yang tiga kali dirombak dan masalah kesihatan.

“Biarlah orang kata lambat pun, kerana saya mahu hasilkan album jangkamasa panjang.Saya rasa belum terlambat untuk keluarkan album.

“Saya merupakan artis baru, jadi agak berat untuk menghasilkan album sulung dalam tempoh yang cepat. Lainlah jika artis senior. Cuma saya harapkan album ini mendapat sambutan terbaik.

“Jadi, dengan kemunculan album ini nanti, saya harap ia dapat menjadi hadiah buat peminat-peminat yang menantikan kemunculan album saya,” jelas penyanyi yang pernah memenangi tempat ketiga dalam program realiti Akademi Fantasia keenam ini.

Atas kelebihannya yang boleh berbahasa Cina, Nubhan telah merakamkan lagu Ai Mei Cuo untuk dimuatkan dalam album sulungnya yang bakal muncul pada pertengahan Februari ini.

Lagu ciptaan komposer dan penyanyi Tam Spider itu sekaligus merealisasikan impiannya yang mahu menyanyikan lagu dalam bahasa Cina.

“Saya memang sudah lama teringin menyanyikan lagu berbahasa Cina sebab saya tahu bercakap bahasa itu setelah belajar di sekolah Cina selama lapan tahun.

“Lagu Ai Mei Cuo merupakan lagu terakhir yang dirakamkan untuk album saya dalam minggu ini. Saya menyanyikan lagu secara duet dengan seorang penyanyi Cina, Max yang masih baru dalam industri seni ini.

“Selain lagu Ai Mei Cuo yang kalau tak silap saya bermaksud Tidak Salah Bercinta itu, tujuh lagu lain yang turut dimuatkan dalam album saya nanti adalah Diredup Matamu, Ratu Hati, Beri Rasa, Aku Atau Dia, Oh Juwita, Seadanya Aku dan Ada Untukmu,” katanya yang turut akan menghasilkan empat klip video lagu daripada album itu.

Antaranya lagu yang akan dihasilkan dalam bentuk klip video adalah Diredup Matamu, Oh Juwita, Beri Rasa dan Ai Mei Cuo.

Dengan kos hampir RM100,000, Nubhan menghasilkan lapan buah lagu termasuk empat buah klip video.

Mengenai pemilihan lagu berbahasa Cina itu, Nubhan berkata dia mahu menyasarkan album itu kepada pendengar berbangsa Cina dan akan menghantar lagu tersebut ke stesen radio Cina.

“Kalau lagu ini mendapat sambutan, saya akan buat sesuatu. Mana tahu saya boleh memboleh persembahan untuk majlis melibatkan bangsa Cina.

“Sebelum ini, saya pernah mendapat jemputan menyanyikan lagu berbahasa Cina, Tong Hua Guan Liang dan idea untuk menghasilkan lagu berbahasa Cina juga datang dari permintaan peminat dan penganjur majlis sebelum ini kerana merasakan saya mempunyai kelebihan itu,” beritahunya yang bernaung di bawah Artistes United Records Sdn Bhd (AUR) ini.

Dalam perkembangan lain, jejaka berusia 24 tahun dari Negeri Sembilan ini akan muncul dengan filem Romance arahan Sharad Sharan yang diadaptasi daripada novel Lagenda Budak Setan karya novelis popular Ahadiat Akashah.

Menurut Nubhan, sebagai rangka promosi filem yang turut dilakonkan oleh pelakon popular Lisa Surihani dan Farid Kamil itu, novel Lagenda Budak Setan akan dipasarkan semula pada Februari ini.

“Saya memegang watak seorang budak nakal iaitu 'Sapi'. Sebelum filem itu ditayangkan, saya mendapat tahu sebuah novel edisi istimewa yang menampilkan karektor pelakon dalam filem itu juga akan diterbitkan terlebih dahulu. Saya sudah menulis perasaan dan maklumat mengenai diri saya sebagai bahan dalam novel itu,” akhirinya.


credit to: Mstar Online

Thursday, January 14, 2010

Sama tapi berbeza

Oleh Zaidi Mohamad


Dari (kiri); Stacy dan Mila.

Mila dan Stacy terus lakar nama di persada seni, tetapi mengharungi kisah kontroversi yang berlainan

NAMA kedua-dua gadis ini masih bertahan dalam arus seni yang deras sehingga boleh menyebabkan kelemasan kalau tidak bijak dengan cara mengharunginya. Mereka berkongsi pentas anugerah dan memperoleh kejayaan yang sama.

Mila bersinar sebagai Juara AF musim kelima, manakala Stacy menyambung takhta dan gelaran itu pada musim keenam. Kedua-duanya juga meneruskan populariti masing-masing menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Artis Baru Wanita Popular.

Mila menyandang anugerah cetusan Berita Harian itu pada 2007, manakala Stacy pula tahun lalu. Lagu nyanyian mereka juga masing-masing terus meniti di bibir peminat. Cuma dalam soal kontroversi, Stacy jauh lebih bertuah berbanding Mila yang kerap dihimpit kisah panas.

Kerjaya Stacy berjalan lancar dan kalau ada pun gosip yang hadir semuanya boleh dianggap sebagai tidak panas. Sebagai contoh, pernah timbul cerita kononnya Stacy menjalinkan cinta dengan rakan seperjuangannya, Akim.

"Sebenarnya memang kami berkawan sesama rakan dalam bidang ini. Tak lebih daripada itu. Mungkin kami masih baru dan ada kalanya, ia disalah tafsir sesetengah orang. Biarlah. Kami sendiri tahu yang mana betul atau sebaliknya.

DUA juara Akademi Fantasia ini mahu terus maju dalam industri hiburan tanah air.

"Benar orang kata kalau jadi artis, gosip adalah sebahagian daripada kehidupannya. Tapi saya bersyukur selagi gosip itu tidak menjejaskan hubungan sesama rakan artis lain, saya masih boleh layan. Ataupun hanya sekadar tersenyum.

"Tapi kalau ada yang bertanya, termasuk rakan media, saya akan jawab perkara sebenar kerana tiada apa pun yang nak disembunyikan di antara kami. Saya juga masih muda untuk memikirkan soal cinta. Cita-cita untuk terus berjaya dalam dunia seni masih jauh lagi," kata Stacy pada majlis pelancaran album Era Muzik Hits Terkini, minggu lalu.

kata Stacy lagi dengan usianya yang baru 20 tahun, dia bersyukur keluarga dan peminatnya sering memberi dorongan dan sokongan. Biarpun sanggup merantau dari Sabah untuk mengejar impiannya di ibu kota, keluarganya masih kerap bertandang ke Kuala Lumpur.

"Orang selalu kata, selepas usia 21 tahun baru dapat kunci kebebasan. Bermakna saya masih di bawah jagaan keluarga. Dalam apa sekalipun yang saya lakukan, saya masih merujuk dan diselia keluarga. Mungkin Stacy akan cepat hanyut tanpa pemerhatian keluarga," katanya.

Selepas diterima dan menjadi sebutan tahun lalu, Stacy juga mengharapkan tuahnya untuk terus melakar kejayaan pada masa akan datang. Kata anak kelima daripada enam beradik ini, misinya hanya mahu terus wujud di persada seni.

Stacy turut menyatakan untuk menyambung pengajian di sebuah kolej dalam bidang Muzik dan Bunyi. Kalau jadi kenyataan, katanya, dia akan memulakan pengajian itu pada Februari atau Mac.

"Sejak di bawah pengurusan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), kerjaya seni semakin terurus. Hampir setiap ketika, AESB tidak betah duduk diam dan terus memastikan kelangsungan artis naungannya.

"Oleh sebab itu, saya meletakkan sedikit kepercayaan untuk belajar dan pada masa yang sama tidak mengabaikan dunia seni. Kedua-dua cabang bidang ini sama penting dan mudah-mudahan ada waktu untuk saya terus memanjangkan minat saya ini," katanya positif.

Mahu fokus bidang nyanyian

SEMENTARA itu, Mila pula berharap dapat memberikan tumpuan lebih terhadap nyanyian pada tahun ini. Gadis kelahiran Pulau Mutiara ini masih dalam perbincangan dengan beberapa komposer untuk menghasilkan lagu baru.

Menurut orang kuat syarikat LuvMILA Corporation Sdn Bhd ini, kali terakhir muncul dengan album sulungnya ialah pada 2008. Katanya lagi, apa yang mampu dilakukan dengan keadaan pasaran yang tidak menentu ialah dengan menghasilkan lagu single.

"Tahun ini, Mila harap dan mensasarkan untuk menghasilkan lima lagu. Dapat memiliki album mini pun sudah memadai. Ia juga sudah layak untuk disenaraikan di Anugerah Industri Muzik.

"Mila mungkin merakamkan lagu secara berperingkat-peringkat. Mila juga ada berbincang dengan Aidit Alfian dan AD Samad untuk mencari lagu yang berlainan daripada genre yang sudah ada di pasaran. Tapi apapun perubahan yang ingin dilakukan, Mila harus pastikan lagu itu bersesuaian dengan suara," kata Mila yang bersama AESB untuk tempoh dua tahun lagi.

Menurut Mila yang baru muncul dengan single Jika Kau Ubah Fikiran, dia akan muncul dengan single baru selewat-lewatnya selepas tamat drama Kau Dan Aku. Penyanyi ini juga boleh tersenyum bangga dan menyenangkan ahli keluarganya dengan memiliki rumah sendiri di Puchong.

"Alhamdulillah, rumah ini selesa untuk kami. Sebelum ini, Mila menyewa di Damansara. Bukan mudah juga Mila nak memiliki rumah ini kerana bukan senang mendapat pinjaman menggunakan lesen bergelar artis.

"Mila bukan seperti pekerja swasta dan kerajaan yang mempunyai penyata gaji. Tapi penantian berakhir dan Mila bersyukur dapat juga memiliki rumah sendiri buat jaminan dan kesenangan masa depan," demikian kata Mila yang turut memegang peranan kecil bagi empat babak dalam filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie mulai Februari ini.

agu dendangan Mila dan Stacy dimuatkan dalam album kompilasi berjudul Era Muzik Hits Terkini. Ia turut memuatkan nyanyian bintang realiti Akademi Fantasia lain seperti Mawi, Akim, Aril, Hafiz, Yazid dan Isma. Sebagai bonus untuk peminat Anita Sarawak, lagu Maafkan juga dimuatkan.

Antara lagu lain yang dimuatkan seperti Jika Kau Ubah Fikiran (Mila), Pakai Buang (Stacy), Menggegar Dunia (Adam dan Stacy), Menatap Matamu (Aril), Sujud (Mawi dan KRU), Masih Jelas (Hafiz), Bengang (Akim), Berbicara (Isma) dan Sugul (Yazid).

INFO: Stacy

  • NAMA PENUH: Stracie Angie Anam
  • TARIKH LAHIR: 18 Ogos 1990
  • ASAL: Penampang, Kota Kinabalu, Sabah
  • KELUARGA: Anak kelima daripada enam beradik
  • ALBUM: Aku Stacy mengandungi lagu seperti Aku Stacy, Gagap, Cerah, Cinta Yang Ku Duga dan Pakai Buang
  • SINGLE: Menggegar Dunia (duet bersama Adam AF2) dan Primadona (solo), kedua-duanya adalah lagu runut bunyi filem My Spy
  • DUTA: Power Root dan Intimate Sanitary Napkins
  • PENCAPAIAN: Juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Artis Baru Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, Penyanyi Pop Popular Malaysia 2009 pada Shout Awards terbitan 8TV dan Ikon Belia Remaja Sabahan oleh Ketua Menteri Sabah

Wednesday, January 13, 2010

Nubhan @ PROTON EXORA VAGANZA - SURIA FM @ JUSCO BUKIT TINGGI

Pada hari 9 Januari 2010 yang lepas, Nubhan telah membuat persembahan di show Suria FM, 'Proton Exora Vaganza',bertempat di perkarangan tempat letak keretaJusco Bukit Tinggi, Klang. Selain Nubhan, artis yang turut ada pada hari itu adalah Dayang Nurfaizah, Azharina dan Farah. Nubhan telah menyanyikan dua buah lagu iaitu Cinta Dalam Hati dan juga Owh Juwita.




credit to Nubhan Cayalah & Adila NFC

Tuesday, January 12, 2010

Stacy @ AJL24

Rehersal




Live (full view performance stacy)


Sunday, January 10, 2010

Misi buru gelaran

Oleh Zul Husni Abdul Hamid


Peluang keemasan untuk pahat nama sebagai pelapis industri hiburan

SAAT ditanya apa harapan besar mereka tatkala 2010 menyelak helaian harinya, empat nama yang sedang memuncak dalam industri hiburan ini mengimpikan perjalanan karier yang lancar dan membanggakan.

Mereka memulakan perjalanan 2010 dengan cukup selesa. Beraksi di pentas berprestij, Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24) di Stadium Putra, Bukit Jalil, jam 9 malam ini, peluang keemasan itu memberi lonjakan untuk terus memahatkan nama sebagai pelapis industri hiburan.

Berbanding Stacy, Akim dan Black yang masih mentah dalam industri hiburan, Alyah pula sudah hampir sedekad mencuba nasib.

Cuma, pada 2009 namanya menyerlah lewat lagu ciptaan Ajai, Tak Mungkin Kerna Sayang lantas menjulang album yang mengangkat namanya sebagai judul dalam Top 5 Album Pop Terbaik pada Anugerah Industri Muzik Ke-16.

Perjalanan awal Alyah mungkin tidak seenak Stacy yang memacu kariernya laju selepas menjuarai program realiti, Akademi Fantasia 6.

Bintangnya bersinar terang. Cuma bersandar kepada single, Aku Stacy, gadis kelahiran Sabah ini mengecap populariti yang diimpikan semua bakat muda sepertinya.

Malah meraih pengiktirafan Artis Baru Wanita Popular pada acara gemilang, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, April tahun lalu. Kecemerlangan Stacy juga dikongsi bersama Black yang menjuarai program realiti, Mentor selepas menempuh laluan sukar untuk menembusi industri hiburan.

Akim yang menamatkan perjuangannya di AF7 pada tempat ketiga namun populariti dikecapi mengenepikan juara pertandingan itu, Hafiz. Apakah nasib akan terus menyebelahi mereka pada 2010? Yang pasti, empat artis muda ini sedang bersiap sedia untuk malam ini bagi misi memburu gelaran di pentas AJL kerana mendambakan pengiktirafan.

Stacy akui bebanan di pentas AJL

LEDAKAN Aku Stacy mengubah hidup gadis Kazadan berusia 19 tahun itu. Impak penampilannya pada malam AJL23 memacu laju karier nyanyian Stacy yang baru bertapak. Tahun ini, Stacy kembali mempertaruhkan nasibnya menerusi Pakai Buang, ciptaan sepenuhnya Edry KRU. Akui Stacy atau nama penuhnya, Stracie Angie Anam, penyertaan kedua pada AJL24 memberikan cabaran berbeza. Saya akui bebanan untuk penyertaan kedua ini agak berat. Ketika Aku Stacy dulu, jadual kerja saya masih longgar kerana baru bergelar artis. Jadi masa untuk berlatih banyak. Berbeza sekarang apabila jadual harian saya semakin padat. Banyak komitmen yang perlu saya penuhi, membuatkan saya terpaksa mencuri masa untuk menjalani latihan. Mujur saya dibantu pasukan yang memahami. Mereka tidak merungut, bahkan bersedia memberi komitmen apabila diperlukan. Komitmen mereka meringankan sikit bebanan saya, katanya. Menerusi lagu Pakai Buang kata Stacy, menuntut kekuatan stamina yang luar biasa berbanding Aku Stacy yang tidak memerlukan pergerakan terlalu besar. Paling meresahkannya, koreografi yang diilhamkan abangnya, Chaq juga mencabar membuatkan dirinya bingung apakah mampu memberikan yang terbaik pada malam kemuncak nanti. Jujurnya saya sudah bersedia tetapi pada masa sama saya juga ragu kerana tidak pernah puas dengan apa yang diberikan. Pakai Buang memberikan saya tekanan hebat, malah terasa seolah ini penyertaan pertama saya di pentas AJL. Saya cuma mampu berdoa apa yang dirancang berjalan baik nanti, katanya.

Info
Stacy Nama Penuh: Stracie Angie Anam
Tarikh Lahir:
18 Ogos 1990
Asal:
Penampang, Kota Kinabalu, Sabah
Album:
Aku Stacy
Single:
Menggegar Dunia (duet bersama Adam AF2) dan Primadona (solo), kedua-duanya adalah lagu runut bunyi filem My Spy
Duta: Power Root dan Intimate Sanitary Napkins
Pencapaian:
Juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, Penyanyi Pop Popular Malaysia 2009 pada Shout Awards terbitan 8TV dan Ikon Belia Remaja Sabah

Credit to Berita Minggu

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.