ChatRoom

Monday, August 31, 2009

Jiwa Merdeka !


Oleh Nurulhisham Abdul Latiff & Zaidi Mohamad

Dari kiri; Prema Yin, Soo Wincci Hafiz dan Stacy.

Stacy, Hafiz, Soo Wincci dan Prema Yin teruja dapat peluang hiasi ruangan Hip sempena Hari Kemerdekaan ke-52 MALAYSIA sememangnya amat unik. Dengan rakyat pelbagai bangsa, negara ini kekal aman sejak mencapai kemerdekaan 52 tahun yang lalu. Semangat bersatu padu tanpa mengira fahaman agama dan warna kulit membolehkan Malaysia bergerak maju dalam suasana penuh harmoni. Sempena sambutan Kemerdekaan negara tahun ini, dengan semangat 1Malaysia yang dilaungkan pemimpin serta rakyatnya, Hip berbesar hati mengundang empat artis muda yang mewakili pelbagai kaum di negara kita untuk menjayakan fotografi khas merdeka.
Mereka adalah juara terbaru program realiti Akademi Fantasia (AF7), Hafiz; bintang sedang mencipta nama yang juga juara AF6, Stacy; penyanyi yang juga Ratu Malaysia, Soo Wincci; dan penyanyi rock wanita yang baru saja muncul dengan album pertama, Prema Yin. Masih baru dalam dunia seni, sebahagiannya belum pernah bersua muka. Namun, jelas sekali suasana tengah hari di studio Balai Berita pada 26 Ogos lalu cukup meriah apabila masing-masing bergelak ketawa dan bantu-membantu sepanjang sesi fotografi berlangsung, bagai sudah lama saling kenal-mengenali. Nyatanya, Hafiz, Stacy, Soo dan Prema cukup berbangga bergelar rakyat Malaysia dan empat artis ini menunjukkan contoh bagaimana perbezaan yang wujud antara mereka sebenarnya boleh dijadikan pelantar terbaik untuk mengukuhkan lagi perpaduan yang ada.
Stacy
"SAYA sentiasa memanjat kesyukuran kerana dilahirkan di bumi bertuah, Malaysia. Melalui bidang yang diceburinya kini, saya sedar setiap manusia yang bernyawa di bumi tercinta ini mempunyai sumbangan tersendiri dalam meningkatkan nama Malaysia pada mata dunia. "Selagi mampu memberikan variasi terhadap jalur muzik yang diperjuangkan kini, saya tidak sesekali akan menghancurkan kepercayaan yang diberi peminat selama ini, hingga layak mengisi ruang seni. Apa yang saya lakukan bukan sekadar melepaskan batok di tangga, sebaliknya ia sebagai jaminan pada masa mendatang. "Tidak kira apa juga bangsa, kaum atau warna kulit kita berdiri di bawah satu nama yang sama, yakni Malaysia. Dengan keamanan yang dikecapi dan harapnya ia akan terus berpanjangan, kita bebas melakukan apa saja tanpa ada langsung sekelumit perasaan takut. "Sama-samalah kita mendoakan kegemilangan yang dirasai selama 52 tahun ini tanpa rasa prejudis. Pada Ramadan ini juga saya juga sering diundang untuk menyertai program raya yang lebih terarah kepada pembabitan artis Melayu. Seronok juga merasai pengalaman sebegini biarpun saya hanyalah gadis Kadazan Dusun. "Saya juga diundang ke majlis berbuka puasa termasuk mendendangkan lagu raya. Saya tidak janggal menggayakan baju kurung yang sering dipakai wanita Melayu. Sedar atau tidak, ini menunjukkan simbolik keterbukaan masyarakat yang terus menjadi kunci kepada kemakmuran negara kita."

NUBHAN - SEADANYA AKU @ MUZIK MUZIK



Untuk mengundi Taip MM S697 dan hantar ke 33399
Jom undi !

Wednesday, August 26, 2009

NUBHAN @ JOM SANTAI MENARA KUALA LUMPUR

pada 8 ogos 2009, nubhan dijemput menjadi tetamu di program 'jom santai menara kuala lumpur. Selain nubhan, chaq yang merupakan abang kepada stacy juga menjadi salah seorang tetamu di rancangan itu.





creadit to nubhani

Friday, August 21, 2009

Stacy Shooting Kau dan Aku di Jakarta

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket



PhotobucketPhotobucket

PhotobucketPhotobucket

Photobucket

Photobucket

Pictures credit to halle_halida

Thursday, August 20, 2009

NUBHAN LATEST'S BLOG


KLICK GAMBAR ITU UTK KE BLOG TERBARU NUBHAN

Tuesday, August 18, 2009

ARTIS TOP TUTUP TIRAI JELAJAH 11 ERA!

Photobucket

Photobucket

Teks oleh Razif Rosdi

Foto oleh Bonie Shariff

Selepas berkampung kira-kira 2 hari di Melaka
, Konsert Jelajah 11 ERA Bersama Perodua di Dataran Pahlawan Melaka, hujung minggu lalu telah mendapat sambutan luar biasa dengan penampilan barisan artis popular untuk menghiburkan peminat Melaka. Ia dianjurkan pada Sabtu lalu menerusi 2 sesi iaitu petang dan malam.

Permulaan gegaran konsert dimulakan dengan persembahan power dari kumpulan yang bertaraf antarabangsa iaitu Pop Shuvit. Mereka memukau penonton dengan lagu baru
Oh Sizuka dan lagu dari filemImpak Maksima iaitu Marabahaya.

Kegamatan konsert diteruskan dengan kumpulan Ladylike yang tampil seksi dengan lagu
Sick, Shooting Star dan Dream of The Time. Walaupun bukan Melayu, Ladylike sering mengucapkan ungkapan terima kasih Malaysia. Pun begitu, ada segelintir ahli Ladylike sering dilihat menjerit baik menyanyi atau pun bercakap. Mungkin mereka terlalu teruja.


Bagaimanapun, Ladylike begitu kreatif menarik perhatian penonton dengan merakam video persembahan mereka yang berlatar belakangkan Dataran Pahlawan secara sendiri. Mereka berjanji berjanji akan meletakkan di Youtube.

Selepas Ladylike, kumpulan yang sudah lama menyepi, Flop Poppy bangkit mendendangkan 2 lagu bertajuk
Suzila danKasih Nafas Diri. Persembahan mereka mendapat sambutan walaupun sekarang ini agak kurang mengadakan konsert terbuka.

Sejurus lepas itu, Dina yang juga penyampai ERA FM meriuhkan pentas dengan menyanyikan lagu sendiri iaitu
Satu, Laju Lampau, Satu Untuk Diriku dan sebuah lagu dari Rihanna, Please Don't Stop The Music.

Kemunculan Aliff Aziz pula menimbulkan kerisauan penganjur apabila hampir semua gadis menjerit-jerit kegembiraan bagai diserang histeria. Artis tinggi lampai ini mendendangkan lagu berhantunya,
Sayang-Sayang dan lagu Stop.

Mengakhiri sesi konsert sebelah petang, Tomok bersama Newboyz menyampaikan lagu
Rinduku Terhentidan Terima Kasih.

Selepas berehat seketika, konsert sebelah malam disambung semula jam 8.45 dengan nyanyian pembukaan dari bintang
Akademi Fantasia 7 (AF7), Isma. Isma yang sentiasa cantik menyanyikan singlenya, Bisikan... Godaan yang semakin popular di corong radio.

Isma turut menghiburkan penonton dengan medley
Dan Sebenarnya, Tak Mungkin Kerna Sayang, Cobadan Kegilaan.

Ruffedge mengambil alih pentas bersama Private Whizz melalui lagu
Ke Udara, Bila Rindu dan Kepong Garden Setiawangsa City.

Pentas hampir pecah apabila penyanyi dan pelakon, Adam AF muncul dipentas. Pada malam itu, Adam tampil seorang diri tanpa anak buahnya, Bad Boyz yang sering menghiasi persembahan Adam sebagai penari latar. Apapun, setiap nyanyian Adam menerusi lagu
Tak Kisah, Kau dan Benar-Benar mendapat sambutan apabila ramai menyanyi bersamanya.

Kumpulan dari seberang, Alexa pula menaikkan lagi semangat penonton dengan persembahan lagu-lagu mereka iaitu
Jangan Pernah Pergi, Takkan Pernah Bisa dan Jangan Kau Lepas.

Penonton tak senang duduk apabila Stacy tampil ranggi dengan menyanyikan lagu Gagap, Pakai Buangdan Aku Stacy. Rata-rata, ada peminat yang sanggup berdiri dan menari mendengar setiap persembahan energetik Stacy.

Kumpulan Coda pula meneruskan persembahan dengan lagu
Hanya Aku serta medley lagu Bila Matamu Tersenyum dan Interiority Complexmu.

Dan penghibur yang begitu dinanti-nantikan, Dato' Siti Nurhaliza memulakan persembahan dengan berduet bersama Coda menerusi lagu
Lucky dari Jason Mraz. Kemudian, Siti melantunkan pula lagu popularnya Ku Mahu, Aku Cinta Padamu dan Di Taman Teman. Ketika mendendangkan lagu Aku Cinta Padamu, seorang kanak-kanak perempuan dengan berani naik pentas dan turut menyanyi bersama Siti.

Bagi lagu
Di Taman Teman pula, Siti diiringi dengan tarian dari Kumpulan Sepah dan Din Beramboi dalam suasana penuh lucu.

Sebaik saja Siti mengundur diri, kumpulan Jinbara muncul dengan lagu
Kasihnya Laila, Farhana dan Cinta Pantai Merdeka. Kemudian, Bunkface diberi penghormatan menutup konsert dengan menyanyikan laguRevolusi dan Situasi.

Tidak ketinggalan mendapat peerhatian adalah kesemua penyampai ERA FM yang bergilir-gilir menjadi pengacara dan mengenakan baju tradisional bersesuai tema 1Malaysia. Mereka turut menceriakan konsert dengan lawak jenaka dan nyanyian. Pada penghujung konsert semua pulang dengan wajah puas!



Monday, August 17, 2009

Nubhan @ Laman Santai



Wherever You Will Go


Terlanjur Cinta- Nubhan Ft Saerah



Seadanya Aku


Jatuh Cinta Lagi

credit nubhani @ Youtube

Saturday, August 15, 2009

Tuesday, August 11, 2009

Astro Ria Siar Klip Video Bintang AF

Teks oleh Thani Hasbullah


KUALA LUMPUR, 10 OGOS 2009: Khas buat peminat hiburan, Astro Ria akan akan menyiarkan 4 klip video lagu terbaru yang menampilkan 4 bintang Akademi Fantasia (AF) iaitu Hafiz, Akim, Mawi dan Stacy melalui Tayangan Perdana Video Muzik Terkini pada 14 Ogos ini, mulai jam 10 malam.


Apa yang menariknya, 4 klip video itu - Masih Jelas nyanyian Hafiz, Bengang (Akim), Sujud (Mawi) dan Pakai Buang (Stacy) - juga boleh dimuat turun sebagai caller ringtone, true tone dan koleksi video ke telefon bimbit anda pada bila-bila masa.


Bukan itu sahaja, pada jam 10.30 malam pada hari yang sama, Astro Ria juga akan menyiarkan Konsert Akhir AF7 untuk tatapan peminat. Ia juga boleh didapati dalam bentuk caller ringtone, true tone dan juga koleksi video hanya secara muat turun.

creadit to murai.com.my

Monday, August 10, 2009

Nubhan @ JJ Seremban 2


Generasiku


Dealova


Seadanya Aku

credit to Nubhani

Stacy - Tribute to Yasmin Ahmad @ FFM 2009

Wednesday, August 5, 2009

Stacy buat ‘cameo’ dalam drama muzikal di Jakarta

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

Stacy membuat persembahan nyanyian sempena sambutan hari

jadi ke-19 baru-baru ini. - foto THE STAR oleh SAMUEL ONG



DISEBABKAN terlalu sibuk dengan ‘show’ sepanjang bulan ini,kelab peminat Stacy, Stacy Angie Frenz terpaksa meraikan sambutan majlis Hari Jadinya terlebih awal iaitu pada Isnin lalu walaupun ulang tahun kelahirannya jatuh pada 18 Ogos ini.
Stacy sememangnya tidak mahu melepaskan peluang untuk meraikan Hari Jadinya bersama peminat tersayang lantas memikirkan daripada langsung tidak buat, lebih baik di awalkan saja, fikirnya.'

“Lepas semak jadual dengan pihak Astro Entertainment Sdn. Bhd.(AESB), saya akan sibuk dengan ‘show’ mulai 6 Ogos ini dalam majlis makan malam bersama media di Sabah, Festival Filem Malaysia (FFM) ke-22di Sabah (8 Ogos), Promo Jelajah Era di Melaka, ‘show’ untuk Power Roots, beberapa jemputan majlis berbuka puasa seperti bersama TV3 sepanjang bulan puasa dan menyanyi sebagai ‘cameo’ dalam drama muzikal di Jakarta yang turut dilakonkan oleh Akim, Mila, Aril dan ramai lagi alumni AF (26 hingga 28 Ogos).

“Saya bersyukur sangat dengan rezeki yang murah ini dan sekarang tumpuan saya hanya untuk meluaskan bakat saya dalam bidang nyanyian dulu.

“Saya pernah berlakon untuk sketsa Raya bersama Mawi yang diterbitkan oleh syarikatnya tetapi saya dah tak larat nak tunggu dan susah untuk berlakon.

“Kalau ada peluang untuk berlakon, saya akan cuba tetapi hati belum bersedia dan ada ‘feel’ untuk berlakon buat masa ini,” kata Stacy yang terkejut dengan kemeriahan sambutan majlis Hari Jadi yang dianjurkan oleh kelab peminatnya itu.

Stacy berdoa sesuatu sebelum meniup lilin kek Hari Jadi.


Menurut Stacy, pada mulanya mereka hanya meminta dia datang tanpa memberitahu ada ‘sesuatu’ yang mereka aturkan untuknya, biasalah namanya pun ‘kejutan’ Hari Jadi.

“Saya tak tahu yang mereka ada menyediakan ‘slide show’ yang mengumpul gambar kenangan saya sejak kecil hingga sekarang, lepas tu ada ‘game’ seperti Limbo Rock dan yang mereka aturkan.

“Saya suka semuanya kerana meriah sangat. Lagipun, ini kali pertama saya boleh mengenali peminat dengan lebih rapat dan rasa lebih dekat dengan mereka,” ujarnya mengenai kelab peminat yang telah mengumpul lebih 2,000 peminat itu.

Stacy menghiburkan para peminat yang hadir meraikan hari jadinya.

Stacy berkata dia mendapat banyak hadiah seperti baju, anak patung, jam tangan Bonia dan aksesori seperti gelang.
Penonton yang hadir ke majlis Hari Jadi itu juga terhibur dengan persembahan nyanyian dan tarian lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’ dua orang anak buahnya, Sin Chan dan Adel.

Selain itu, Stacy, abangnya, Chaq Mentor dan rakan seperjuangannya yang lain seperti Diddy AF, Thye Mentor, Hyrul Mentor dan Naizle turut menghiburkan tetamu yang hadir.


Stacy mengenakan baju bertemakan 'funky rock'.

Terharu dengan sokongan peminat

Stacy berkata dia terharu dengan setiap sokongan peminat yang tidak putus-putus dalam menaikkan kerjayanya.
Menurut Stacy, disebabkan peminat dia telah berjaya menggondol Anugerah Popstar di Anugerah Shout! dan hampir memenangi gelaran Artis Malaysia Paling Popular di Anugerah Planet Muzik 2009.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu yang saya hanya kalah satu mata dengan Datuk Siti Nurhaliza untuk menang anugerah Artis Malaysia paling popular tapi nak buat macamana dah tiada rezeki.

“Tak mengapa, saya bersyukur sangat kerana telah menang Anugerah Shout!,” beritahunya dalam nada ceria.

Aksi anak saudara Stacy, Sin Chan dan Adel begitu mencuit hati penonton.


‘FFM bukan ‘berhantu’ untuk saya’

Apabila mendapat kepercayaan kali kedua walaupun pernah melakukan kesilapan di pentas FFM ke-21 di Putrajaya tahun lalu, Stacy menganggap majlis anugerah itu memberikan banyak hikmah dan pengajaran kepadanya.

“FFM bukan ‘berhantu’ untuk saya kerana saya tetap dipanggil untuk melakukan persembahan.

“Sejak dari hari itu, selalu bertekad untuk berusaha mencari idea yang baru bagi mempelbagaikan persembahan kerana dulu saya fikir asal dapat nyanyi sahaja tanpa fikir untuk berusaha lebih.

“Saya juga meyakinkan diri yang saya boleh buat dengan menggunakan psikologi.

Stacy bergambar bersama ibu, abang dan rakan-rakan seperjuangannya.


“Walaupun penat, tetapi sekarang saya rasa berbaloi. Saya rasa puas hati apabila dapat buat sesuatu persembahan itu kerana rasa seperti‘Superman’ pula,” kata Stacy.

Tambahnya, “Saya rasa bangga apabila dapat fikir sesuatu idea yang baru dan hati saya sentiasa kuat untuk mencari idea yang segar.

“Saya akan memantau dan membuat kajian tentang persembahan orang dulu dan sekarang di You Tube dan gabungkan idea itu selepas berbincang dengan abang saya, Chaq.”

Stacy telah banyak melakukan persembahan yang mantap dan bertenaga seperti di Anugerah Planet Muzik 2009 dan Kemuncak Anak Wayang 2009.

Dalam perkembangan lain, Stacy telah menyiapkan klip video lagu ‘Pakai Buang’ dan bakal merakamkan single terbaru dari KRU.


Monday, August 3, 2009

Sunday, August 2, 2009

Lagu duet Stacy dan Nubhan

Stacy dan Nubhan
PERTAMA sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Stacy dan Nubhan kerana tercalon di dalam APM 2009 bagi kategori vokal terbaik dalam lagu (Artis Baru Terbaik). Walaupun anda berdua tidak memenangi anugerah tersebut, anda berdua tetap yang terbaik.

Tujuan saya menulis surat ini kerana ingin bertanya mengapa lagu duet Stacy dan Nubhan iaitu Indera tidak diputarkan di radio? Bagi saya lagu itu sedap didengar. Saya juga berharap lagu Aku Cinta Aku Rindu yang dinyanyikan oleh Stacy dan Chaq ketika final Mentor dapat dirakam semula dengan susunan muzik seperti di pertandingan akhir itu.

Untuk Nubhan, saya suka dengan imej baru dan potongan rambut baru Nubhan. Nubhan sangat Korean look dan segar dengan imej seperti itu.

*Kipas susah mati

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.