ChatRoom

Tuesday, August 18, 2009

ARTIS TOP TUTUP TIRAI JELAJAH 11 ERA!

Photobucket

Photobucket

Teks oleh Razif Rosdi

Foto oleh Bonie Shariff

Selepas berkampung kira-kira 2 hari di Melaka
, Konsert Jelajah 11 ERA Bersama Perodua di Dataran Pahlawan Melaka, hujung minggu lalu telah mendapat sambutan luar biasa dengan penampilan barisan artis popular untuk menghiburkan peminat Melaka. Ia dianjurkan pada Sabtu lalu menerusi 2 sesi iaitu petang dan malam.

Permulaan gegaran konsert dimulakan dengan persembahan power dari kumpulan yang bertaraf antarabangsa iaitu Pop Shuvit. Mereka memukau penonton dengan lagu baru
Oh Sizuka dan lagu dari filemImpak Maksima iaitu Marabahaya.

Kegamatan konsert diteruskan dengan kumpulan Ladylike yang tampil seksi dengan lagu
Sick, Shooting Star dan Dream of The Time. Walaupun bukan Melayu, Ladylike sering mengucapkan ungkapan terima kasih Malaysia. Pun begitu, ada segelintir ahli Ladylike sering dilihat menjerit baik menyanyi atau pun bercakap. Mungkin mereka terlalu teruja.


Bagaimanapun, Ladylike begitu kreatif menarik perhatian penonton dengan merakam video persembahan mereka yang berlatar belakangkan Dataran Pahlawan secara sendiri. Mereka berjanji berjanji akan meletakkan di Youtube.

Selepas Ladylike, kumpulan yang sudah lama menyepi, Flop Poppy bangkit mendendangkan 2 lagu bertajuk
Suzila danKasih Nafas Diri. Persembahan mereka mendapat sambutan walaupun sekarang ini agak kurang mengadakan konsert terbuka.

Sejurus lepas itu, Dina yang juga penyampai ERA FM meriuhkan pentas dengan menyanyikan lagu sendiri iaitu
Satu, Laju Lampau, Satu Untuk Diriku dan sebuah lagu dari Rihanna, Please Don't Stop The Music.

Kemunculan Aliff Aziz pula menimbulkan kerisauan penganjur apabila hampir semua gadis menjerit-jerit kegembiraan bagai diserang histeria. Artis tinggi lampai ini mendendangkan lagu berhantunya,
Sayang-Sayang dan lagu Stop.

Mengakhiri sesi konsert sebelah petang, Tomok bersama Newboyz menyampaikan lagu
Rinduku Terhentidan Terima Kasih.

Selepas berehat seketika, konsert sebelah malam disambung semula jam 8.45 dengan nyanyian pembukaan dari bintang
Akademi Fantasia 7 (AF7), Isma. Isma yang sentiasa cantik menyanyikan singlenya, Bisikan... Godaan yang semakin popular di corong radio.

Isma turut menghiburkan penonton dengan medley
Dan Sebenarnya, Tak Mungkin Kerna Sayang, Cobadan Kegilaan.

Ruffedge mengambil alih pentas bersama Private Whizz melalui lagu
Ke Udara, Bila Rindu dan Kepong Garden Setiawangsa City.

Pentas hampir pecah apabila penyanyi dan pelakon, Adam AF muncul dipentas. Pada malam itu, Adam tampil seorang diri tanpa anak buahnya, Bad Boyz yang sering menghiasi persembahan Adam sebagai penari latar. Apapun, setiap nyanyian Adam menerusi lagu
Tak Kisah, Kau dan Benar-Benar mendapat sambutan apabila ramai menyanyi bersamanya.

Kumpulan dari seberang, Alexa pula menaikkan lagi semangat penonton dengan persembahan lagu-lagu mereka iaitu
Jangan Pernah Pergi, Takkan Pernah Bisa dan Jangan Kau Lepas.

Penonton tak senang duduk apabila Stacy tampil ranggi dengan menyanyikan lagu Gagap, Pakai Buangdan Aku Stacy. Rata-rata, ada peminat yang sanggup berdiri dan menari mendengar setiap persembahan energetik Stacy.

Kumpulan Coda pula meneruskan persembahan dengan lagu
Hanya Aku serta medley lagu Bila Matamu Tersenyum dan Interiority Complexmu.

Dan penghibur yang begitu dinanti-nantikan, Dato' Siti Nurhaliza memulakan persembahan dengan berduet bersama Coda menerusi lagu
Lucky dari Jason Mraz. Kemudian, Siti melantunkan pula lagu popularnya Ku Mahu, Aku Cinta Padamu dan Di Taman Teman. Ketika mendendangkan lagu Aku Cinta Padamu, seorang kanak-kanak perempuan dengan berani naik pentas dan turut menyanyi bersama Siti.

Bagi lagu
Di Taman Teman pula, Siti diiringi dengan tarian dari Kumpulan Sepah dan Din Beramboi dalam suasana penuh lucu.

Sebaik saja Siti mengundur diri, kumpulan Jinbara muncul dengan lagu
Kasihnya Laila, Farhana dan Cinta Pantai Merdeka. Kemudian, Bunkface diberi penghormatan menutup konsert dengan menyanyikan laguRevolusi dan Situasi.

Tidak ketinggalan mendapat peerhatian adalah kesemua penyampai ERA FM yang bergilir-gilir menjadi pengacara dan mengenakan baju tradisional bersesuai tema 1Malaysia. Mereka turut menceriakan konsert dengan lawak jenaka dan nyanyian. Pada penghujung konsert semua pulang dengan wajah puas!



No comments:

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.