ChatRoom

Friday, May 29, 2009

Nubhan rakam lagu bahasa Mandarin, cuba 'pikat' peminat Cina

Oleh WAHIDA ASRANI
Dalam tempoh setahun, Nubhan berjaya melakukan 'tansformasi' yang hebat dalam dirinya

BERBEZA
sungguh melihat 'diri' Nubhan sekarang berbanding mula-mula dia muncul di persada seni tanahair sebaik memenangi tempat ketiga Akademi Fantasia musim keenam (AF6) tahun lalu.

Sikap pemalu jejaka berusia 23 tahun ini cukup ketara ketika itu. Malah, ada juga wartawan yang pernah merungut sukar untuk menemubual Nubhan yang ketika itu masih 'blur' lagi.

Namun, itu cerita lama. Dalam tempoh setahun, penyanyi yang popular dengan lagu Ada Untukmu dan Seadanya Aku ini berjaya melakukan 'tansformasi' yang hebat dalam dirinya.

Dia semakin petah berbicara dan bergurau. Penampilan atau imejnya juga sudah semakin 'matang'. Dan walaupun wajahnya nampak cukup penat gara-gara jadual yang padat, tetapi Nubhan sudah bijak 'menutup' kepenatan yang dialaminya secara profesional.

Malah, penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini sentiasa mengukir senyuman tatkala penulis memuji betapa 'berbezanya' Nubhan yang dulu dan sekarang.

"Ye ke? Memang banyak perkara yang saya pelajari setakat ini. Saya bersyukur kerana mendapat bimbingan daripada pengurus, Vernon, yang memang banyak memberi semangat kepada saya untuk sampai ke tahap ini.

"Kalau dulu memang saya memang sangat pemalu dan selalu gementar terutamanya bila ingin buat persembahan. Tetapi rasanya sekarang ini saya sudah mampu atasinya perlahan-lahan.

"Apapun, saya masih terus berusaha perbaiki lagi kelemahan diri," ujar Nubhan, dalam nada cukup merendah diri.

Akui anak bongsu daripada lapan beradik ini, karier seninya juga semakin menunjukkan tanda-tanda positif, namun tutur Nubhan, bukan mudah untuk mempertahankan apa yang dimiliki ketika ini jika tidak disulam dengan usaha yang tinggi.

"Sejujurnya, memang susah untuk terus bertahan dalam industri ini jika kita tidak serius. Mungkin kerana saya memang benar-benar cintakan bidang ini, sebab itu saya curahkan sehabis baik dalam apa yang saya lakukan.

"Saya seronok sebenarnya bila melihat karier saya sudah mula berganjak ke satu tahap yang baru. Untuk saya berada di tahap ini memang bukan mudah. Saban hari, persaingan semakin banyak.

"Tetapi saya bersyukur, saya masih sibuk dengan aktiviti seni. Ini bermaksud orang masih ingin melihat saya berada di dalam industri ini," kata Nubhan.

Tutur jejaka ini lagi, pencapaian yang diraih hari ini juga mungkin tidak dapat diperolehinya tanpa sokongan padu peminat-peminat termasuklah Kelab Peminat Nubhan (Nubhan FC) yang kini sudah mencecah bilangan ahli sekitar 4000 orang.

Lebih menggembirakan Nubhan ialah keakrabannya yang terjalin dengan ahli-ahli kelab peminatnya itu yang sudah dianggap Nubhan sebagai sahabat.

"Macam-macam aktiviti sering mereka adakan. Jika berkesempatan, saya memang tidak akan lepaskan peluang untuk turut serta. Adakalanya, kami pergi menonton wayang bersama.

Nubhan guna kelebihan berbahasa Mandarin untuk 'pikat' peminat berbangsa Cina

"Tetapi bila bersama mereka, saya tidak pernah tampilkan 'imej' artis di hadapan mereka. Memang seronok sangat kerana mereka juga sering memberikan nasihat yang baik pada saya," kelab peminatnya itu bakal meraikan ulangtahun pertama penubuhannya.

Album sulung dan lagu bahasa Mandarin

Bercerita tentang perkembangan dunia seninya, dalam nada ceria, Nubhan berkata, dia kini masih di dalam proses pembikinan album sulungnya yang berkonsepkan 'modern pop'.

Setakat ini, kata Nubhan, enam buah lagu telah disiapkan dan antara komposer yang terlibat di dalam album ini ialah Sharon Paul, Ajai dan Tam Spider.

Namun, menariknya, jejaka ini juga akan merakamkan sebuah lagu Mandarin untuk dimuatkan di dalam album tersebut yang mungkin akan dipasarkan selepas Hari Raya nanti.

"Dengan kebolehan saya bertutur di dalam bahasa Mandarin, saya rasa tidak salah jika saya gunakan 'kelebihan' itu pada cara yang betul.

"Bagi saya, ini satu langkah yang baik untuk saya perluaskan lagi karier saya dan saya sendiri memang sudah bersedia untuk masuk ke pasaran mereka (Cina)," kata Nubhan yang pernah belajar di sekolah cina selama lapan tahun.

Jadi budak setan!

Tatkala karier nyanyiannya semakin memuncak, Nubhan melangkah setapak lagi menerusi percaturan pertamanya di layar perak pula. Ujar penyanyi ini, meskipun tidak mempunyai pengalaman, dia sanggup mengambil cabaran tersebut kerana ingin melihat karier seninya tidak statik di takuk biasa saja.

Memegang watak sebagai Sapi di dalam filem Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan, Nubhan akui, perasaan kekok memang tidak dapat disangkal dalam dirinya tatkala pertama kali berada di set penggambaran filem itu.

Meskipun memegang watak sampingan sebagai rakan kepada Budak Setan yang dilakonkan oleh Farid Kamil, kata Nubhan, dia memang cukup gementar apatah lagi gandingannya itu bukan calang-calang pelakon.

"Walaupun banyak kali juga kena buat semula, tetapi akhirnya saya buat juga yang terbaik. Lagipun bukan senang nak bawak watak budak yang betul-betul nakal. "Tetapi ini satu pengalaman baru yang cukup menyeronokkan sebenarnya. Apapun, lakonan memang memerlukan kesabarang yang tinggi," kata si jejaka tinggi lampai ini lagi.

Peluang miliki Stacy

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my


Artis Baru Wanita Popular: Stacy
Upacara pelancaran bersama Stacy


Peraduan anjuran Senheng khas untuk peminat Artis Baru Wanita Popular itu

PERNAH bermimpi atau bayangkan selebriti popular singgah ke rumah anda? Peluang keemasan yang tidak dijangka ini mungkin menjadi kenyataan. Tak perlu melengkapkan slogan atau memberi kata laluan yang merumitkan. Apa yang perlu dilakukan, muat turun lagu sebanyak mungkin dan anda mampu membuatkan mimpi indah itu menjadi realiti.

Ganjaran yang dimaksudkan ini ialah peluang mendekati pemenang Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008, Stacy. Pertandingan yang dipanggil Take Stacy Home, Download and Win itu dianjurkan label barangan elektrik popular, Senheng (SenQ). Ia sudah berjalan sejak 26 Mei lalu hingga 30 Jun ini. Pemenang bertuah juga berpeluang menjemput 50 orang rakan rapat dalam sebuah parti yang dianjurkan premis terkenal itu.

Menurut Stacy yang hadir pada majlis pelancaran aktiviti itu baru-baru ini di Shah Alam City Centre (SACC) Mall berkongsi perasaan teruja untuk bertemu peminat bertuah yang bakal diumumkan kelak. Pemilihan Stacy rentetan perkembangan seninya yang semakin berkembang maju kebelakangan ini.

“Mudah saja bukan, kalau ada yang mahu bertemu saya secara dekat bolehlah muat turun lagu sebanyak yang mungkin. Saya juga dapat ke rumah peminat yang bertuah itu nanti untuk sama-sama berparti dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih kepada Senheng kerana sudi mengundang Stacy untuk kempen peraduan muat turun dan menang ini,” kata Stacy yang hadir menyumbangkan dua buah lagu termasuk lagu popularnya, Pakai Buang.

Terdahulu, satu majlis pelancaran Download Original Only@senQ Digital Station turut diadakan membabitkan premis itu dengan rakan kerjasamanya, Ikon Works. Apa yang dilakukan itu seiring dengan peredaran zaman yang mula memberi perhatian kepada industri hiburan yang mula cenderung ke arah muat turun kandungan digital berbanding pembelian album dalam bentuk fizikal.

Inisiatif bermakna ini turut mendapat kerjasama erat label syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa yang memungkinkan lagu sama ada Melayu, Inggeris, Cina dan sebagainya dimuat turun secara sah dan mengikut persetujuan masing-masing.

“Ia dilaksanakan sebagai dorongan dan sokongan kepada industri seni. Ia juga sebahagian daripada memberikan perkhidmatan dan kepuasan tak terhingga kepada pelanggan yang selama ini setia menyokong kami di belakang. Harus diingat kami hanya menyokong muat turun secara asli atau sah dan ia juga sebagai penghormatan kami untuk memperkasakan terus dunia hiburan dalam konteks perniagaan.

“Malah kehadiran Stacy untuk kempen Take Stacy Home juga satu penghargaan untuk menarik minat golongan muda mendengar muzik secara ‘baik’ dan tidak cenderung ke arah muat turun secara haram. Stacy juga antara artis remaja yang semakin utuh melebarkan sayap seninya selepas menjuarai pertandingan Akademi Fantasia musim keenam. Kejayaannya hari demi hari membanggakan kita,” kata Pengarah Urusan Senheng Electric (KL) Sdn Bhd dan pemilik SenQ Digital Station, Lim Kim Heng. Turut hadir Pengarah Urusan Ikon Works, Gan Keng Chai.

Kata Gan, dengan tema Menyenangkan, Cepat dan Mampu Dimiliki, Download Originals Only memberi cabang terbaru untuk memudahkan penggemar seni menikmati muzik secara terus dan pantas.

Thursday, May 28, 2009

Nubhan @ Kertih, Terengganu

Last night, 27th of May, Nubhan was invited to do a private show at Kertih, Terengganu. He sang 4 songs Jatuh Cinta, Generasiku, Ada Untukmu and Seadanya Aku. For more stories click V. Pics credit 2 V@vernon




Wednesday, May 27, 2009

Stacy bangga dengan 'kelebihan' diri

Oleh WAHIDA ASRANI
Stacy menghargai pujian ramai yang merasakan dirinya semakin hebat di persada hiburan tanahair

KELINCAHAN bintang kelahiran Akademi Fantasia musim keenam ini (AF6) tatkala beraksi di pentas memang dilihat menjadi kekuatan utama Stracie Angie Anam atau mesra dipanggil Stacy ini berbanding rakan-rakan artis seangkatan dengannya.

Bukan semua penyanyi dianugerahkan bakat menari dan menyanyi pada masa yang sama, namun juara AF6 ini cukup bertuah kerana dikurniakan kebolehan seperti itu dan menjadi 'aset' untuk dirinya terus bertahan di persada seni ini.

Berilah apa saja gelaran buatnya; Agnes Monica Malaysia atau Britney Spears Malaysia - apa yang penting, Stacy berjaya memperkenalkan identitinya tersendiri yang bersandarkan kepada kekuatan vokal dan kehebatan gerak tari setiap kali dia melakukan persembahan.

Bagi tuan empunya diri, 'kelebihan' yang dimiliki itu tidak pernah membuatkannya mendabik dada. Malah, penyanyi berusia 18 tahun ini akui, apa yang dilaluinya adalah satu cabaran juga kerana perlu sentiasa mencari idea-idea baru agar persembahannya di pentas mempunyai kelainan.

"Saya tidak nafikan, ramai yang merasakan kekuatan saya adalah pada persembahan pentas. Saya lega sebenarnya kerana cepat jumpa 'kelebihan' diri dan identiti sendiri.

"At least, bila orang bercakap tentang Stacy, mereka boleh ingat tentang gaya persembahan saya. Tetapi saya tidak menafikan bukan mudah untuk sentiasa pastikan peminat atau penonton suka pada persembahan saya.

"Lagipun, menari dan menyanyi pada masa yang sama memerlukan stamina yang tinggi. Saya memang terpaksa meletakkan tumpuan yang tinggi untuk tingkatkan stamina dengan mempelbanyakkan latihan.

"Gaya persembahan juga perlu ada kelainan...kalau asyik menari gaya yang sama saja, peminat akan rasa bosan pula. Sebab itulah saya sendiri terpaksa berbincang dengan penari-penari untuk cari idea.

"Sebagai contoh sewaktu persembahan saya di konsert akhir Akademi Fantasia musim ketujuh baru-baru ini, saya menyelitkan elemen tarian 'tecktonik' dan 'shuffle' yang sedang menjadi trend ketika ini," kata Stacy .

Ujar gadis kelahiran Sabah ini, dia sememangnya cukup teliti bila menyentuh tentang aspek persembahan dan seboleh mungkin akan memastikan apa yang bakal dipersembahkannya itu dapat menghiburkan penonton.

"Saya amat suka buat persembahan. Sebab itu saya jarang fikir sama ada saya popular atau tidak kerana apa yang penting bagi saya, adakah orang masih ingin melihat saya beraksi di pentas.

"Tetapi saya bersyukur kerana sewaktu saya adakan 'mini tour' di enam buah lokasi di Sabah pada awal tahun ini, sambutannya memang hebat. Teringin juga ingin adakan show yang sama di Kuala Lumpur, tetapi itu semua terpulanglah pada pihak pengurusan.

"Jika ada peluang, memang saya akan buat 'all-out'," tutur Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 2008 ini.

Lantaran itu, kata Stacy, pada masa hadapan, dia akan tetap mengetengahkan muzik 'pop dance' seperti yang ditampilkan di dalam album sulungnya, Aku Stacy, kerana merasakan genre tersebut amat dekat dengan jiwanya.

"Konsep 'pop dance' memang kena dengan jiwa saya. Sudah tentu saya juga ada impian untuk menjadi artis yang 'versatile'...mungkin untuk album-album akan datang, saya akan selitkan juga genre balada dan muzik yang tidak begitu rancak.

"Tetapi tetap saya akan kekalkan 'trademark' saya dengan genre 'pop dance'," kata Stacy yang akan merakamkan single terbaru tidak lama lagi.

Album sulungnya yang telah dilancarkan oleh Tan Sri Bernard Dompok di Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Mac lalu dikatakan mendapat sambutan yang baik. Album tersebut memuatkan tujuh buah lagu yang mana lima daripadanya adalah lagu baru.

Dua buah lagu lagi ialah Aku Stacy versi 'live' dan Cinta Khayalan, sebuah lagu yang pernah dinyanyikan oleh Stacy pada konsert AF6 dulu.

Antara komposer yang terlibat di dalam album ini ialah Audi Mok, Kieran Kuek dan Edry KRU.

Ditanya tentang perancangannya selepas ini, kata Stacy, buat masa ini, syarikat pengurusannya, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) banyak membantu menguruskan jadual seninya, setelah Maestro ditutup.

"Berada di bawah pengurusan AESB cukup berbeza. Mereka selalu adakan mesyuarat, jadi saya tahu apa perancangan mereka terhadap karier saya," tutur Stacy yang menambah dia turut menyimpan hasrat untuk menceburi bidang lakonan jika berkesempatan kelak.

Monday, May 25, 2009

Rakan Budak Setan

Oleh Nim D’Oliveiro
am@hmetro.com.my

LEBIH dikenali sebagai peserta Akademi Fantasia 6 (AF6), tetapi Ahmad Nubhan Ahmad bakal menempa arena lakonan dengan watak Sapi dalam filem ‘Lagenda Budak Setan’, selaku rakan kepada Budak Setan.

Watak Budak Setan pula akan dilakonkan Farid Kamil. Filem ini juga akan dibintangi Lisa Surihani dan Zoey. Penggambaran bagi watak sampingannya akan berlangsung selama lebih kurang satu minggu.

Sekalipun bakat lakonannya dalam filem belum teruji, namun anak jati Kuala Pilah ini akan memulakan penggambaran untuk sebuah telemovie yang yang belum diberi tajuk.

Sehabis sesi penggambaran pada Mei, Nubhan yang popular dengan lagu ‘Ada Untukmu’ akan masuk ke studio rakaman pada Jun untuk album sulungnya.

“Saya tak boleh kata lagi bila album sulung saya itu akan keluar sebab saya masih mencari bahan untuk dimuatkan.

“Satu lagi, album ni bukannya boleh main-main. Saya nak buat yang terbaik.

“Setakat ini sudah ada lima hingga enam lagu dan kebanyakannya ballad. Antara komposer terbabit pula adalah seperti Audi Mok, Ajai dan Sharon Paul.

“Alhamdullilah lagu-lagu balladnya memang hebat belaka. Sebab itu saya sekarang fokus untuk mencari lagu yang berlainan genre pula,” kata Nubhan yang kini bernaung di bawah Artistes United.

Walaupun keadaan ekonomi kurang memberangsangkan dan industri muzik agak lemah, Nubhan yakin strateginya untuk merekod album adalah tindakan yang betul.

“Orang akan menilai artis dari apa yang ada padanya. Kalau setakat album pun belum ada, macam mana pandangan orang nanti? Dan kalau album tiada, apa yang boleh dipasarkan untuk artis itu? Lagipun, album adalah tiket untuk pergi jauh,” katanya.

Setakat ini, Nubhan berpuas hati dengan perkembangan kariernya dibawah bimbingan Vernon, yang turut menjadi pengurus kepada Erra Fazira dan Nikki Palikat.

Cuma cabaran besar baginya memenuhi komitmen nyanyian walaupun sakit supaya tidak menghampakan peminat. Satu lagi cabaran yang kerap dihadapinya apabila terpaksa mendengar gosip yang bertebaran mengenainya dan meredakan dengan tenang.

Kini, cabaran seperti itu telah mendewasakannya dan jejaka berwajah tampan ini hanya mahu menumpukan perhatian pada perkembangan seninya.

Stacy @ Sg Congkak

shooting video clip 'Hijau' for RTM

pic credit to AbgManz

Thursday, May 21, 2009

Stacy with her new car..






pics credit 2 AbgManz

Tidur cuma tiga jam

Oleh Sakini Mohd Said
sakini@hmetro.com

AKSI lincah juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Stracie Angie Anam atau Stacy, 19, tatkala beraksi di pentas sememangnya mampu menggamit perhatian penonton melalui persembahan bertenaganya.

Seperti kebanyakan artis baru yang mula berasa tempias populariti dan kehidupan sebenar dunia glamor apabila berkecimpung dalam bidang seni, hakikat itu turut dirasai Stacy.

Katanya, cabaran untuk artis baru sepertinya lebih besar apabila perlu bersaing dengan ramai artis termasuk penyanyi senior yang sudah mempunyai banyak pengalaman.

"Ketika di akademi, saya pernah berimaginasikan rentak dunia seni. Namun, apabila keluar dari akademi, saya dapati realitinya jauh berbeza dari apa yang saya mimpikan.

"Secara jujur, saya agak terkejut dengan senario sebenar persada seni dan barulah saya tahu betapa susahnya apabila berhadapan dengan realiti.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana sewaktu berada di Akademi Fantasia, saya didedahkan dengan pengetahuan dunia seni dan ini sedikit sebanyak membantu saya menerokai pentas hiburan," katanya.

Ketika namanya sentiasa meniti di bibir peminat, sudah tentu banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukannya untuk terus berjaya menggapai impian sebagai insan seni.

Tanpa berselindung, Stacy mengakui sejak menjadi artis popular, waktu tidurnya bukan saja tidak menentu malah tidak cukup. Ada waktunya, dia hanya dapat tidur cuma dua atau tiga jam saja.

"Boleh dikira dalam sehari berapa jam saja saya tidur. Kalau dulu, ketika saya menyanyi di kelab, habis kerja lewat malam, tetapi saya dapat gantikan masa tidur di siang hari.

"Namun, sejak menjadi artis, waktu tidur saya hanya tiga atau empat jam sahaja sekiranya ada persembahan. Ketika awal jadi artis, saya agak pening dengan jadual tidur tetapi lama-kelamaan saya berjaya mengatasi masalah ini.

"Walaupun tidak cukup tidur namun saya tidak pernah menjadikan ia sebagai satu beban. Apatah lagi, inilah bidang yang saya minati dan ingin ceburi sekian lama. Jadi, saya tidak akan sia-siakan peluang yang ada hanya kerana masalah kekurangan tidur.

"Malah, setiap kali bangun dari tidur saya akan memotivasikan diri yang saya gembira dengan apa yang saya lakukan dan sama sekali tidak merungut dengan jalan yang dipilih," katanya.

Mengenai projek terbaru, kata Stacy, semuanya masih dalam perbincangan apabila Maestro Talent & Management Sdn Bhd (Maestro) menutup operasinya dan digantikan dengan pengurusan baru, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).

"Syukur kerana saya dapat diserapkan ke dalam pengurusan baru ini. Cuma, projek terbaru masih lagi dalam perbincangan pihak AESB.

"Bagaimanapun, sementara menunggu perbincangan berkenaan selesai, syukur kerana setiap minggu ada saja undangan untuk mengadakan persembahan.

"Dalam sebulan, ada saja tawaran mengadakan persembahan di Sabah. Jadi, sambil mengadakan persembahan, saya turut mengambil peluang ini untuk berjumpa dengan keluarga," katanya.

Dengarnya...: Stacy teruja suara jantan Akim

Oleh Normah Becok

Stacy

TEMAN sepejabat Cik Normah baru-baru ini ada bertemu dengan juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy di Balai Berita. Kebetulan dia ada fotografi yang perlu dilakukan, lalu teman Cik Normah pun sempat menegurnya. Lagi pun, dia antara peminat Stacy dan akan terpaku apabila menonton persembahan energetik penyanyi kelahiran Sabah itu.

Mereka sempat berbual bertanyakan perkembangan terbarunya yang sedang diuruskan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) berbaki dua tahun lagi. Cik Normah cuma harap pihak AESB akan betul-betul memastikan haluan kerjaya seninya terus berjalan.

Bukan apa, kalau tak diberi perhatian, negara kita akan kehilangan bakat yang betul-betul bagus sepertinya. Cik Normah harap AESB takkan mempersiakan Stacy dan bintang kelahiran program Akademi Fantasia. Iyalah, tak semua bintang yang lahir daripada program itu mampu terus menyerlah dan ada yang terus dilupakan begitu saja.

Baiklah, Cik Normah pun malas nak cakap hal itu. Kawan Cik Normah beritahu, terlanjur dia bertemu Stacy, dia sempat bertanyakan mengenai AF7 yang baru saja berakhir. Seperti Cik Normah, Stacy pun bersetuju mengatakan pemenang tempat ketiga, Akim paling menampakkan transformasi.

Rupa-rupanya Stacy ada kisah yang ingin dikongsi mengenai jejaka yang sedang berada di Indonesia itu kerana terbabit dengan sebuah produksi. Menurut kawan Cik Normah, Stacy yang dijemput membuat persembahan pada malam final AF7, turut hadir ketika sesi raptai. Kata Stacy, dia cukup suka mendengar suara jantan Akim.

Akim yang menyanyikan lagu terbaru Faizal Tahir, Bencinta cukup membuai perasaan ketika sesi raptai. Sampai naik dan kembang bulu roma Stacy. Namun, menjelang ke konsert final, Stacy berkata Akim rupa-rupanya mempunyai masalah suara sehingga menjejaskan sedikit prestasi persembahannya pada konsert akhir Sabtu lalu.

Tak apalah, Cik Normah masih terhibur dengan persembahan Akim dan yakin ramai yang bersetuju kalau Cik Normah katakan Akim boleh pergi jauh seperti apa yang sedang dilalui Stacy kalau kena gayanya. Jangan lupa diri dan berangan sudahlah!

Wednesday, May 20, 2009

'Gagap' Lagu Untuk Ibuku

Teks / Foto: Azwan Annuar

Lagu ‘Gagap’ nyanyian asal oleh Stacy telah diubah secara kreatif oleh empat orang peserta dalam pertandingan akhir, ‘Lagu Untuk Ibuku,’ anjuran stesen radio Suria FM, yang berlangsung di Bandar Utama, Damansara.

Pertandingan yang dianjurkan buat julung kali ini telah mendapat sambutan yang cukup mengalakkan apabila 200 orang peserta telah menyertainya menerusi slot Suria Xpress dan Suria Cinta, berlangsung dari 25 April hingga 10 Mei lalu.

Bagi Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal berkata, “Pertandingan ini sesuatu yang baru dan unik. Ini kerana di Suria FM, kami percaya dengan menyajikan produk bermutu, baik juga kreatif, pasti ada pendengar yang mengikutinya,” ulas beliau mengenai program ini.

Pada pertandingan berkenaan, Faraliza Kamarudin telah berjaya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM 500 juga pakej penginapan tiga hari dua malam di Renaissance Hotel, Melaka.

Mengulas mengenai kemenangannya itu, Faraliza berkata, “Saya telah berbincang dengan emak juga suami mengenai apa yang perlu disampaikan pada malam ini. Selain itu, rasanya saya peserta terakhir yang dapat sampai ke finalis dan tidak sangka berjaya menjadi juara.”

Selain itu, tempat kedua dimenangi oleh Norafiza Azmi manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Jamilah Darus. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM 200 juga RM 100 serta pakej penginapan tiga hari dua malam di Renaissance Melaka.

Mengulas mengenai perancangan masa depan pertandingan seperti ini di Suria FM, Pengarah Program, Encik Subarma Mohtaruddin berkata, “Kami mungkin akan mempertimbangkan untuk menganjurkan pertandingan seperti ini sempena hari bapa pula.”

More pics and news at Jomstar.com

Tuesday, May 19, 2009

Stacy Bakal Takluk Indonesia

Teks/Foto: Azwan Annuar

Penyanyi yang meningkat naik, Stacy, mengakui dia bakal menakluki pasaran muzik seberang, dalam tempoh terdekat. Dengan berbekalkan keistimewaan yang jarang dimiliki oleh artis lain iaitu menyanyi serta menari secara 'live.'

Menurut Stacy, "Pihak Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) sendiri mempunyai perancangan demikian. Saya cukup teruja. Selain dari bakat yang ada, mereka mengatakan percakapan bahasa digunakan, mirip bahasa Indonesia. Ini juga satu kelebihan untuk pasaran di sana," ujarnya cukup gembira mengenai perancangan tersebut.

Stacy ditemui pada majlis pertandingan akhir 'Lagu Untuk Ibuku' anjuran Suria Fm yang diadakan di Bandar Utama, Damansara.

Melihat perancangan cukup hebat itu, Stacy juga ditanya, apa yang bakal dilakukan untuk memastikan fantasi itu menjadi realiti, katanya, "Saya akan cuba buat sehabis baik dari segala segi. Dengan peluang yang ada, saya pasti tidak akan melepaskannya begitu. Dengan perancangan pihak AESB, saya pasti impian itu akan termakbul."

Dengan gelaran sebagai Agnes Monica Malaysia, dia juga ditanya bagaimana mengekalkan stamina untuk menyanyi serta menari, ulas penyanyi genit ini, "Saya memang ada bersenam, tetapi agak jarang. Ini disebabkan jadual yang ketat, dan rasanya itu pun satu bentuk senaman," tambahnya lagi, "Selain itu, penjagaan pemakanan, walaupun saya masih makan dua kali sehari," sambungnya dalam tawa.

More pics and news at Jomstar.com

Nubhan@URTV Mei 2009



credit to haniabc

Sunday, May 17, 2009

Stacy @ Muzik Muzik



credit 2 izah1237

Taip: MM P304

Hantar ke: 33399

Friday, May 15, 2009

Nubhan @ Klik may 2009


pics credit 2 waniey

Dapatkan majalah Klik di pasaran.

Thursday, May 14, 2009

Stacy @ Aksi Isu #10

Dapatkan majalah Aksi yg terbaru.

Stacy @ Remaja Edisi 15 May 2009


Dapatkan majalah Remaja utk cerita lebih lajut.

Nubhan@ Shooting Filem LAGENDA BUDAK SETAN










good luck for nubhan!!
harap filem lagenda budak setan ni sukses..
moga menjadi platform yang baik untuk nubhan bertapak di persada perfileman malaysia..

credit to vern mr manager..
for more stories, klik here

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.