ChatRoom

Thursday, November 25, 2010

Stacy gementar atas pentas

PERTAMA kali beraksi dalam persembahan pentas bersama idolanya, Jaclyn Victor, 32, atau Jac membuatkan juara Akademi Fantasia musim keenam AF6, Stracie Angie Anam, 20, (Stacy) berasa gementar. Apatah lagi diberi peluang menjayakan program hiburan khas yang menggandingkan mereka.

Stacy mengakui cukup mengagumi bakat nyanyian Jac malah menyifatkan pemilik suara lantang itu berada dalam senarai antara penyanyi idolanya sejak membabitkan diri dalam dunia seni tiga tahun lalu.

“Memang saya sangat teruja untuk berkongsi pentas bersama Jac. Pada saya, Jac adalah penyanyi senior yang hebat.

Apabila mendapat peluang begini, sudah pasti saya tidak mahu melepaskannya.

“Tidak dinafikan, perasaan gementar memang ada sejak latihan sehingga proses rakaman bermula. Begitupun, Jac banyak membantu dan memberi bimbingan ketika menjayakan persembahan ini. Dia juga tidak lokek ilmu. Saya selesa berkerja sama dengannya.

“Sebelum ini, saya pernah menyanyi bersama Jac ketika konsert Jom Heboh tiga tahun lalu. Ketika itu saya baru tamat AF6. Kami menyanyi lagu rancak beramai ramai.

Keadaan ketika itu berbeza daripada konsert ini.

“Untuk persembahan ini, pemilihan lagu jauh berbeza.

Kebanyakan lagu saya nyanyikan berentak perlahan dan balada. Walaupun saya lebih dikenali dengan lagu rancak, saya juga gemar menyanyikan lagu balada. Saya harap peminat juga dapat menerima nyanyian dalam rentak balada,” katanya.

Gandingan Stacy dan Jac mudah serasi. Mereka menyampaikan lagulagu hits masingmasing menerusi rakaman program yang berlangsung di Studio Satu, Astro baru baru ini.

Untuk segmen solo, Stacy menyanyikan lagu Di Bawah Pohon Asmara manakala lagu medley, Aku Stacy, Gagap, Pakai Buang dan Jahat. Stacy turut berduet dengan Jac menerusi lagu Jatuh Cinta dan Primadona.

Persembahan solo Jac pula menerusi lagu Put It In A Love Song, Bertamu Di Kalbu dan Cinta.

Selain membabitkan bintang AF dan penyanyi popular tanah air, program hiburan ini menampilkan keunikan tersendiri.

Setiap lagu dipilih berdasarkan perbincangan bersama. Persembahan turut diiring band yang diketuai Sham Kamikaze.

Program ini bakal disiarkan di Astro Ria (saluran 104) pada pertengahan Disember ini.

Berbicara mengenai perkembangan karier seni pula, Stacy yang tampil dengan single pertama, Aku Stacy kini dalam perancangan mengumpulkan bahan untuk album keduanya.

Jika tiada aral, album berkenaan dijangka berada di pasaran selewatlewatnya pertengahan tahun depan.

Walaupun dikenali dengan lagu berentak rancak, gadis kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu tidak menolak untuk muncul bersama beberapa lagu baru berentak balada untuk dimuatkan dalam album terbarunya nanti. Sebagai penyanyi, dia perlu bersedia menyahut cabaran dan membuktikan mampu menyanyikan pelbagai rentak lagu.

“Peminat sudah mengenali saya sebagai penyanyi lagu rancak. Penerimaan peminat juga memberangsangkan.

Begitupun, ketika di AF dulu saya banyak menyanyikan lagu berentak perlahan atau balada,” ujar Stacy.

Dia turut merancang merakamkan lagu duet bersama abangnya, Camellus De’lelli Anam atau Chaq selain mahu berjinakjinak dalam penulisan lirik. Biarpun kurang mahir, dia akan cuba mendapat nasihat dan bimbingan daripada

rakanrakan dan komposer yang mahir.

Menurutnya, sikap ingin mencuba menulis lirik itu didorong fenomena industri muzik kini dan galakan daripada rakanrakan.

Walaupun menyedari dirinya tidak begitu berbakat dalam penulisan, jika tidak mencuba dia tidak tahu.

“Keinginan untuk menghasilkan lirik sudah lama saya pendam.

Cuma belum berkesempatan melakukannya. Mungkin saya akan mendapat panduan dan nasihat daripada mereka yang pakar dalam bidang ini,” katanya.

Sementara itu, Jac yang popular dengan lagu Ku Tak Bisa turut memuji bakat seni Stacy.

Pada usia muda, Stacy dilabel antara artis yang cukup menonjol dalam dunia seni tanah air.

Setiap kali menjayakan persembahan, dia sering mempamerkan aksi bertenaga dan menghiburkan. Bukan hanya boleh menyanyikan lagu rancak, dia juga seorang penyanyi versatil kerana kemampuannya menyanyikan pelbagai rentak.

“Seorang penyanyi yang bagus boleh menyanyikan pelbagai rentak dan irama lagu.

Walaupun ramai yang mengenali Stacy dengan lagu rancak, saya tetap mengagumi Stacy menyanyikan lagu berentak perlahan.

“Ketika menyanyi lagu Angel pada Festival Filem Malaysia ke22 (FFM22) tahun lalu, nyanyiannya dengan cara tersendiri itu ternyata menyentuh perasaan penonton yang hadir. Tidak dinafikan, dia antara bintang AF yang berpotensi besar,” kata Jac yang meraih gelaran juara Malaysia Idol 2004.

Jac pula tidak sabar menantikan maklum balas peminat mengenai satu projek album khas Tiga Suara membabitkan dirinya bersama penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura dan Shiela One In A Million (OIAM) yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

Rakaman berlangsung Mac lalu, diilhamkan Kevin Chin dan membabitkan produser dari negara jiran. Album yang mengandungi 10 lagu dijangka di pasarkan di Singapura, Indonesia dan Malaysia.

credit to Harian Metro

Senarai Penuh Finalis Anugerah Juara Lagu 25


Senarai Penuh Finalis AJL25:

  1. Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir
  2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
  3. Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
  4. Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain
  5. Ku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
  6. Cinta Sempurna – Yuna
  7. Pelita – Loque/Loque/A.P.I
  8. Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
  9. Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor
  10. Mencari Konklusi – Noh/Noh/Hujan
  11. Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
  12. Ekstravaganza – Sam/Bunkface
  13. Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy
  14. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali


TAHNIAH STACY !!
credit to Budiey

Sunday, November 7, 2010

Gembira di Maghribi, sesat di Sepanyol

Oleh SYED MUSSADDAD MAHDI
mussaddad.mahdi@utusan.com.my
Foto IHSAN NUBHAN



MEMILIH dua negara yang berbeza sebagai destinasi percutian yang ideal, ternyata memberikan keseronokan buat penyanyi muda yang sedang meningkat ini.

Paling membanggakan sudah pasti berpeluang menjejakkan kaki ke negara Maghribi yang cukup terkenal dengan seni bina dan ukiran Islam yang cukup dibanggakan oleh seisi negaranya.

Penjelajahan itu tidak terhenti setakat itu sahaja sementelah Nubhan menghabiskan masa ke negara Sepanyol yang cukup terkenal dengan kehandalan matador itu.

Memilih tarikh 6 hingga 14 Oktober yang lalu, Nubhan memulakan penjelajahan ke kedua-dua buah negara bersama ibu saudara dan keluarga angkatnya.

Biarpun terpaksa mengambil masa selama 16 jam perjalanan melalui udara untuk sampai ke Maghribi, perasaan teruja terus menyelubungi penyanyi tinggi lampai ini sebaik sahaja menjejakkan kaki ke negara Eropah itu.

“Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Maghribi tak dapat digambarkan bagaimana gembiranya saya. Yalah, orang macam saya yang tak pernah sampai ke tempat macam tu.

“Memang saya aku cukup teruja melihat seni bina bangunan di sekitar bandar Casablanca yang merupakan bandar terbesar di negara tersebut.Memang cukup berbeza dengan tempat-tempat lain yang pernah saya lawati sebelum ini.

“Orang kata di Maghribi ni banyak perkara yang pelik-pelik termasuklah orangnya. Tapi apa yang saya lihat banyak tinggalan perang yang ada di kebanyakan bandar yang ada di sini.
“Ini menambahkan lagi rasa teruja memandangkan banyak perkara baru yang singgah dalam kepala saya,” kata Nubhan tertawa.

Maghribi merupakan negara yang cukup istimewa memandangkan dia dikeliling Lautan Atlantik dan Laut Mediterrenean di sebelah timur negara berkenaan. Negaranya juga bersempadan dengan negara Algeria di sebelah Timur manakala di sebelah Selatan pula Mauritania.
Mempunyai penduduk hampir 33 juta orang, negara yang mempunyai keluasan 710,580 kilometer persegi. Hampir keseluruhan penduduknya berketurunan Berber-Arab yang bernaung di bawah Raja Mohammed V1.
Empat hari berada di sana, kata Nubhan negara Maghribi memang mempunyai tempat yang cantik tetapi kurang membangun jika mahu dibandingkan dengan Malaysia.
“Kalau kita lihat di Malaysia semuanya dah maju. Kita berbangga memiliki LRT atau monorail. Tapi di sana hampir keseluruhan penduduknya masih menggunakan bas dan kereta api sebagai pengangkutan utama.
“Perasaan itu mungkin lain bila saya naik bas. Mereka masih menggunakan konduktor bas, ada tukang check tiket sedang kita di Malaysia hanya ada pemandu bas.

“Paling menarik apabila dapat menjejakkan kaki ke Marakesh. Dia merupakan satu tempat membeli belah yang paling meriah dengan kehadiran ramai pelancong.

“Ia terletak di sebuah pekan lama yang bernama Medina di mana menempatkan ratusan peniaga yang menjual bermacam-macam jenis barangan yang terdiri daripada barangan kulit, jubah dan macam-macam lagi.

“Apa yang uniknya di sini mereka berniaga di celah-celah lorong yang panjang dan sempit. Malah peniaga di sana juga masih menggunakan keldai dan kuda sebagai kenderaan untuk mengangkut barang berniaga.

“Bila keldai atau kuda lalu sahaja, terus jalan di situ sesak. Memang kelakar,” kata anak muda yang berusia 24 tahun ini lagi.

Adat berkunjung ke tempat orang, pasti ada yang menegur. Cerita Nubhan kebanyakan orang di sekitar bandar Casablanca menyapa dirinya dengan panggilan Jackie Chan disebabkan raut wajahnya dan matanya yang sedikit sepet.

Tak kurang juga yang mengatakan dia orang Jepun. Tapi bagi penyanyi yang cukup popular dengan lagu Ada Untukmu itu, semuanya cukup menjentik rasa gembira memandangkan ini bukan kali pertama dia berhadapan dengan situasi tersebut.

Sesat di Sepanyol

CUKUP seronok menikmati kesan tinggalan seni bina Islam di Maghribi penjelajahan Nubhan tidak terhenti setakat itu sahaja. Dia dah ahli rombongan yang lain meneruskan perjalanan ke Sepanyol.

Perjalanan ke Serville tidak semudah yang disangka. Kata Nubhan mereka menggunakan jalan darat untuk sampai ke Serville dengan menggunakan bas, kereta api dan kapal terbang.

“Hampir lima jam kami menaiki bas daripada Casablanca menuju ke Serville. Tapi tak sampai lagi tau. Kena naik kereta api lebih kurang lima jam sebelum memutuskan untuk meneruskan perjalanan dengan kapal terbang,” kata Nubhan tertawa mengenangkan perjalanan jauh yang terpaksa dihadapinya itu.

Kunjungan ke negara yang pernah menganjurkan Sukan Olimpik 1992 cukup indah dirasakan. Paling membanggakan apabila dapat melihat sendiri keindahan pemandangan sepanjang perjalanan ke Servilla yang sebelum ini hanya mendengar cerita orang sahaja.

Kata Nubhan, tatkala menjejakkan kaki ke Serville, pelbagai masalah yang timbul akibat masalah komunikasi dengan orang di sana. Itu belum lagi masalah hotel yang penuh sehingga memaksa mereka ‘berkunjung’ dari satu hotel ke hotel yang lain.

“Orang sana tak pandai cakap Inggeris. Jadi komunikasi tu sangat terhad dan cukup membebankan. Bayangkan masalah-masalah lain yang timbul selepas itu.

“Kami naik dua teksi yang berbeza sebab ahli rombongan ramai. Bila cakap dekat pemandu teksi yang ikut teksi di hadapan, dia angguk sahaja. Tapi akhirnya kami terlepas dan tersesat jauh daripada teksi hadapan.

“Memang panik waktu itu. Sudahlah tempat yang nak dituju tu tak tahu, nak bercakap dengan orang di situ pun susah. Telefon pula dah habis bateri. Memang cukup mencabar perjalanan kali ini.

“Akhirnya kami sepakat untuk ke lapangan terbang pada sebelah malamnya. Hanya pada pagi esok barulah kami jumpa ahli-ahli yang lain di tempat yang sama,” kata Nubhan lagi.

Kalau mengikutkan kedudukan geografi, Sepanyol sebenarnya bersempadan dengan negara Portugal di sebelah barat dan Maghribi di sebelah Selatan. Di timur laut, sepanjang banjaran Pyrenees, Sepanyol bersempadan dengan Perancis dan kerajaan kecil Andorra.

Bagi Nubhan biarpun tidak mengembara ke seluruh negara Sepanyol, tetapi berada di Serville, kota yang dipercayai wujud sejak 2,000 tahun terdahulu sudah menggembirakan.

Untuk mencari makanan yang halal bukan satu perkara yang mudah. Untuk itu mereka hanya menjamah sandwich tuna sebagai alas perut biarpun ada yang meragui status halal tersebut.

“Apa nak buat? Itu sahaja yang ada. Nak tak nak kena makan juga. Kata orang tawakal sajalah.

Tapi ada dekat sana ada banyak tempat menarik yang boleh memukau pandangan mata.

“Saya sempat mengunjungi La-Hambra, sebuah istana tinggalan pemerintahan Islam zaman dahulu. Menikmati pemandangan yang cantik dan melihat taman yang cukup indah.

“Kalau mengikut sejarahnya, asalnya ramai penduduk di situ menganut agama Islam. Tapi kebanyakan mereka ramai yang bertukar kepada agama Kristian akibat pemerintah ketika itu.

“Malah ada ditulis, barang siapa yang keluar rumah sebagai seorang Islam, dia akan dipancung. Mungkin dah tak ada lagi orang Islam dekat kawasan tersebut,” jelasnya yang pernah berkunjung ke Jepun dan Gold Coast, Australia sedikit masa lalu.

Bagi Nubhan, menjejakkan kaki ke negara orang itu merupakan pengalaman yang cukup indah. Lebih banyak cabaran yang dihadapi lebih banyak pengalaman yang diperoleh.

Selepas ini anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu sedang berkira-kira untuk mengembara ke Cape Town, Afrika pada tahun hadapan sebelum menunaikan umrah

Wednesday, November 3, 2010

Monday, November 1, 2010

Stacy @ Remaja 1 November


Cerita Cinta Stacy

Ceritakan tentang perkembangan terbaharu Stacy...
Kini, Stacy sedang mempromosikan lagu ‘Jahat’ dan sibuk dengan show bersama ASTRO.

Sebagai seorang selebriti memang tidak dapat lari daripada sebarang gosip. Bagaimana Stacy berhadapan dengan situasi ini?
Stacy anggap gosip ini adalah lumrah kehidupan artis. Jadi, Stacy sudah persiapkan diri untuk menghadapi sebarang gosip. Yang penting kita harus cool bila berdepan dengan situasi yang melibatkan gosip.

Apakah kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan sepanjang bergelar artis?
Bagi Stacy, kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan ketika memenangi Akademi Fantasia musim ke-6. Tak tergambar rasanya perasaan Stacy ketika itu.

Berapa kali Stacy pernah jatuh cinta? Ceritakan sedikit....
Kalau nak diikutkan, banyak kali jugalah, dah lupa. Hahaha. Tapi itu hanyalah cinta monyet semata. Kali pertama Stacy mula sukakan seseorang masa Stacy darjah satu. Waktu itu bukanlah perasaan cinta pun, cuma minat dan suka berkawan dengan budak lelaki yang baik dengan Stacy.

Apakah status Stacy sekarang? Dan apakah kriteriakriteria lelaki idaman Stacy?
Stacy masih single but not available. Hahaha. Stacy tak kisah kriteria apa pun asalkan Stacy suka padanya. Yang penting dia boleh buat Stacy rasa dicintai, buat Stacy happy dan seorang yang memahami. Yelah kan, Stacy ni penyanyi dan sentiasa saja sibuk.

Bagaimanakah Stacy mencintai dunia muzik dan sejak bila?
Stacy mula melibatkan diri sejak darjah dua. Waktu itu ada pertandingan menyanyi di sekolah. Stacy memang sukakan muzik dan ingin juga mencuba walaupun masa itu Stacy tak pandai menyanyi. Tapi sejak pertandingan itu, Stacy selalu melibatkan diri dalam pertandingan nyanyian.

Ketahui kisah Stacy selanjutnya dalam REMAJA 1 November

credit to Remaja

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.