Monday, June 29, 2009
Thursday, June 25, 2009
Misi anak Anam
zaidim@bharian.com.myChaq tinggalkan Bad Boyz kerana adiknya yakin potensinya dalam program Mentor musim ketiga
SEKALI imbas gambar yang dirakamkan ini tidak ubah seperti pasangan yang sedang asyik bercinta. Paling tidak pun, pasti ada yang menganggap mereka seperti sepasang kekasih yang begitu bahagia seakan dunia mereka yang punya.
Namun, sebelum andaian yang sebegitu terus menerawang fikiran, molek sekiranya diperkenalkan jejaka manis di sisi pemenang Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 itu ialah abang kandungnya bernama Chaq.
Celah Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam yang bakal mencecah usia 19 tahun pada 18 Ogos ini, memang mereka pernah disangka dilamun cinta ketika bersiar-siar di tempat umum. Paling melucukan, ungkap Stacy ketika ditemui minggu lalu, dia pernah dikatakan kakak kepada Chaq dek kerendahan saiz tubuh badan abang tersayang.
Mereka disatukan kerana membawa gelaran anak kepada keluarga Anam. Kalau ada yang masih ingat, mereka juga adalah cebisan kumpulan Evoke yang pernah terkandas perjuangan sewaktu menyertai Gang Starz musim pertama 2007 lalu. Namun selepas, Stacy membuat keputusan mencuba nasib di pertandingan Akademi Fantasia musim keenam (AF6) dan rezeki berpihak kepadanya bergelar juara, Evoke hanya tinggal bertiga.
Di kesempatan ini juga Hip ingin mengucapkan salam takziah kepada dua beradik ini kerana baru saja kehilangan bapa saudara tersayang. Perginya dua hari sebelum konsert penentuan Mentor 3 kumpulan A, bagaimanapun, Chaq yang sudah mengesahkan posisi ke peringkat separuh akhir sempat pulang ke kampung untuk memberi penghormatan yang terakhir kepada arwah bapa saudaranya.
Seperti Stacy, Chaq atau nama sebenarnya Camelluis De’lelli Anam, 20, kini turut mengikuti jejak langkah adiknya untuk menggapai impian sebagai penyanyi solo dengan menyertai Mentor musim ketiga yang kini bersiaran di TV3. Di bawah bimbingan komposer Ajai, Chaq harus membuat keputusan terbesar di dalam hidupnya dengan meninggalkan kumpulan anak didik pertama Adam AF2, Bad Boyz.
Ekoran tindakannya itu, lalu timbul gosip kononnya, Chaq tidak mengenang jasa dan mementingkan diri sendiri. Bukan berniat mempertahankan tindakan abangnya, tetapi Stacy mempunyai alasan tersendiri menggalakkan perjuangan solo Chaq yang baru saja bermula. Malah Stacy sendiri meninggalkan Evoke untuk mencapai cita-cita.
“Stacy yang beriya-iya menasihatkan dia (Chaq) untuk mencuba nasib di Mentor 3. Laluannya direstui, cubaannya membuahkan hasil apabila berjaya menjadi protégé Ajai. Sebelum ke uji bakat lagi, dia ada memberitahu ingin mengubah keputusannya daripada menyertai pertandingan itu kerana masih sayangkan Bad Boyz.
“Namun atas galakan Stacy, mummy dan daddy, dia menunjukkan kesungguhan menunjukkan sisi bakat yang ada. Apa salahnya, dia mencuba menerap proses pembelajaran dan menimba pengalaman. Mana tahu, ke depan nanti kalau ada rezeki dan jodohnya kembali bersama Bad Boyz. Stacy sekeluarga menyokongnya daripada belakang. Pengalamannya bersama Evoke sewaktu menyertai Gang Starz boleh dijadikan sandaran untuk dia bersedia dengan sebarang kemungkinan di Mentor,” kata Stacy yang mengikat kontrak selama dua tahun bersama Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).
TANGGAL 26 Mei lalu genap setahun usia pembabitan gadis cilik yang semakin menunjukkan taring ketika memberikan persembahan bertenaganya di atas pentas. Malah, kehadirannya sudah mula memberi impak dan siapa sangka, penyanyi kelahiran Sabah ini pernah tercari-cari identiti sebenarnya dalam perjuangan muzik.
Namun, pertaruhannya berbaloi sejak tampil dengan album sulungnya, Aku Stacy, yang mula mendaki tangga populariti.
Akuinya, perjalanan masih jauh dan kredibilitinya mula tercalar selepas gagal memberikan persembahan sempurna sewaktu berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-21 di Putrajaya ketika mendendangkan lagu Wajah Suara Hati.
Mengumpul semangat daripada kesilapan lalu, Stacy mula memberikan persembahan mengagumkan ketika bolos ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu awal tahun lalu menerusi lagu Aku Stacy.
“Sewaktu keluar AF6, kehadiran Stacy bagaikan tidak disedari. Namun, selepas menjumpai identiti dan konsep muzik yang sesuai, Stacy sudah tahu formula yang betul, lalu inilah hasilnya. Stacy bersyukur dan sentiasa berusaha mencari kelainan. Stacy nak buktikan kewujudan ini bukan sekadar suka-suka. Alang-alang membuat sesuatu biar bersungguh dan Stacy hendak mengubah persepsi yang mengatakan produk bintang realiti itu umpama mi segera.
“Stacy selesa bergerak solo tapi menyanyi secara berkumpulan pun bagus juga. Kalau Fergie boleh menyanyi solo dan menyanyi dengan kumpulan The Black Eyed Peas, Stacy pun nak jadi sepertinya. Kalau ada peluang berduet dengan Chaq atau kembali menyatukan Evoke, Stacy takkan menolak peluang berharga itu. Harapnya, Stacy dapat mengukuhkan label nama sendiri di Malaysia dan pergi jauh, sejauh yang mungkin. Barang kali menembusi pasaran negara luar ,” katanya yang gemar melayari laman sesawang Youtube untuk meninjau klip video tarian. Malah, jika tidak berkesempatan menonton persembahan abangnya di Mentor, dia hanya menontonnya di laman terbabit.
Tidak lupa budi Adam, Bad Boyz
SEMENTARA itu, Chaq memberitahu dia masih berhubungan dengan kawannya yang menganggotai Bad Boyz. jika lapang, dia masih melepak bersama mereka termasuk dengan Adam. Biarpun kini dia sedang giat memastikan perjuangannya di Mentor 3 berhasil, dia tidak menafikan masih mengenang budi baik Adam dan kenangan bersama anggota Bad Boyz.
“Memang saya berbelah bagi dan berat hati ketika ingin membuat keputusan sama ada ingin menyertai Mentor atau kekal bersama Bad Boyz. Sebelum dapat menyertai Mentor, pelbagai emosi bermain di fikiran saya. Bayangkan ketika itu, album mini Bad Boyz hanya tinggal beberapa bulan saja sebelum dipasarkan. Tapi kerana peluang yang datang sekali, lalu saya ambil keputusan muktamad biarpun ia mengecewakan anggota Bad Boyz yang lain,” katanya yang bersaing secara sihat dengan adiknya, Stacy.
Biar masih hijau, Chaq yang bakal meningkat 21 tahun pada 26 Julai ini percaya dengan peluang keemasan yang diberi di samping kesempatan berharga menjadi anak didik, komposer Ajai. Berkat sokongan keluarga termasuk Stacy, Chaq juga menyimpan cita-cita untuk berada di tahap yang dikecapi adiknya itu.
“Saya bersyukur ciri-ciri yang Abang Ajai mahu ada pada saya. Mudah-mudahan langkah saya menyertai Mentor boleh menjejakkan kaki ke peringkat akhir. Tujuan utama saya ialah untuk membuktikan apa yang diingini Abang Ajai iaitu menyanyi dan menari dapat diseimbangkan. Selepas ini, kalau diberi peluang untuk merakamkan album saya inginkan konsep Pop R&B.
“Saya mengharap tuah bersama Abang Ajai di bawah naungan syarikatnya, Wake The Baby selepas tamat Mentor nanti. Dengan pengalaman yang dia ada, saya harap ia mampu memberi azimat bermakna buat diri sendiri. Saya harap apa yang saya hajati untuk bergelar penyanyi dan juga pelakon hebat suatu hari nanti akan dimakbulkan.
“Kejayaan Stacy menguatkan semangat saya dan kalau boleh, saya mahu capai lebih tinggi daripada apa yang dimilikinya sekarang. Kami bersaing secara sihat dan saling menyokong di antara satu sama lain. Cuma kalau boleh saya tidak mahu terus-terusan dibayangi Stacy dan biar kami berjuang dengan cara tersendiri,” katanya yang mula aktif menari sejak 2003.
INFO: Stacy
- Tidak mementingkan jenama mewah pakaian. Antara barangan jenama yang dibelinya seperti Guess, MNG dan Romp. Paling penting dan yang dititikberatkannya dalam pemilihan pakaian ialah stail yang ingin ditampilkannya. Stacy dan abangnya selalu membeli pakaian di Berjaya Times Square.
- Malah, Stacy dan abangnya memang suka bergaya dan Stacy pernah memakai baju yang dimiliki Chaq.
- Sedang mengikuti siri persembahan Gempak Selebriti Astro dan Jelajah Era.
- Idolanya, Datuk Siti Nurhaliza, Beyonce Knowles, Britney Spears, Pussy Cats Doll.
- Kata Stacy, mengikut perancangan AESB dia bakal merakamkan klip video lagu Gagap, Cerah dan Pakai Buang.
- Mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBS) sebagai ikon dan idola belia serta remaja dalam industri hiburan di Negeri di Bawah Bayu. Pengiktirafan itu dizahirkan kepadanya menerusi penganugerahan sijil penghargaan dalam bentuk plak yang diserahkan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim kepada anak kelahiran Kampung Tuavon, Penampang Mac lalu.
Nama sebenar: Camellus De’lelli Anam
Umur: 20
Tarikh lahir: 26 Julai 1988
Pengalaman seni: Pernah menyertai Bad Boyz dan menjadi penari pengiring untuk Stacy dan Adam.
Monday, June 22, 2009
Sunday, June 21, 2009
Stacy hadiahkan lagu buat Daddy
www.murai.com.my
Setiap tahun, penyanyi lagu Gagap ini sering menyambut hari bermakna ini untuk ayahnya, Anam Bayar, 47, yang sudah bersara dari tugasnya. Malah, sebelum bergelar artis, Stacy sanggup ponteng kerja semata-mata untuk mengadakan majlis untuk ayahnya yang dipanggil Daddy sahaja.
"Dulu, Stacy selalu buat majlis kecil-kecilan untuk Daddy. Stacy selalu masak barbeque untuk Daddy. Sekarang Stacy masih lagi sambut dan banyak memberikan Daddy hadiah.
"Pada sambutan sebelum ini, Stacy menghadiahkan Daddy joran untuk memancing di laut dalam sebab dia suka sangat memancing. Lagi pun, Daddy ada minta Stacy belikan joran dari Kuala Lumpur," ujarnya.
Selain itu, Stacy berkata dia takkan pernah melupakan jasa ayahnya dan sering terbayang wajah beliau setiap kali menyanyi. Masakan tidak, kejayaan Stacy selama ini pun atas sebab ayahnya yang tidak jemu-jemu mendidiknya agar menyanyi dengan betul.
"Daddy juga pandai nyanyi. Kalau nak tahu, kalau tiba sambutan Hari Bapa, Stacy selalu nyanyikan lagu Angin Malam daripada Broery Marantika untuk Daddy. Itu lagu favourite Daddy. Kadang-kadang, Stacy menyanyi dan Daddy pula main gitar.
"Sempena Hari Bapa tahun ini, Stacy nak ucapkan Happy Father's Day untuk Daddy! Stacy harap Daddy selalu menjadi bapa yang terbaik dalam hidup Stacy. Love Daddy so much," kata Stacy.
Friday, June 19, 2009
Proving his mettle
Nubhan has made much progress in his singing career since his Akademi Fantasia days.
AFFABLE, polite, engaging and warm – that’s how one would describe new singer Nubhan. Ironically, a year ago, Nubhan didn’t impress me much when he was voted second runner-up in the sixth season of Akademi Fantasia.
Now, Nubhan, whose full name is Ahmad Nubhan Ahamad, bowled me over and it was amazing to see the transformation of this young talent.
During his 10-week stint at the academy last year, he was known for having an irritating nasal voice and was dubbed suara angsa (sounds like a goose).
“I’m trying very hard to get rid of that sound,” said the 23-year-old. “I was extremely nervous then. I was menggeletar (shaking) inside out. That’s when my suara angsa came out,” explained Nubhan, recalling his weekly experience during the live concerts.
But instead of writing him off like some people did, singer Ning Baizura and her then partner-manager Vernon Kedit-Jolly saw something different in the lad.
Relentlessly they pursued the Negeri Sembilan-born Nubhan who was then with Maestro Sdn Bhd (the company which managed all the academy students and has been closed down since).
Nubhan then signed up with Artistes United Records Sdn Bhd and was officially under the tutelage of the no-nonsense artiste manager, Kedit-Jolly.
A year later, the industry can see his transformation from a shy boy to an engaging entertainer.
“This is my chosen profession, this is how I cari makan (earn a living). Now that I’m in the entertainment industry, it is not how I had imagined it to be. It is not a glamorous world after all. It is about being hard-working and pushing your creativity continuously to sustain your popularity.
“I need to learn and absorb as much knowledge as I can. No matter how tired I am, the show must go on,” said Nubhan, whose days are packed with activities from morning to evening.
“For me, being busy is good as it shows that people still want to see me sing or act. I don’t want it to be a flash-in-the-pan kind of thing. Everytime I see Datuk Siti Nurhaliza perform, I am inspired to be like her. She’s highly-disciplined and talented, that’s why she is still at the top after all these years.”
Nubhan recently ventured into acting, with a supporting role in movie Lagenda Budak Setan, also featuring Farid Kamil and Lisa Surihani.
“It was fun acting. It is different from singing. I want to do both as some fans want me as a singer and others want to see me as an actor.
“It was quite hard to play my role in the movie as it is opposite my personality. You know, being a bully was a big challenge. I think my scenes have the most re-shoots by the director, Sharad Sharan. Everything went well during rehearsals but the moment the cameras rolled, I would be so nervous that I fumbled.”
Despite the fame and adulation with a fan base of 5,000 members nationwide, Nubhan admitted that being in the limelight means he has to work extra hard to boost his credibility as an entertainer.
“I have done a lot of work before, from a part-timer collecting eggs (in his teens) to a construction worker and working as a sales executive in a bank. If you talk about hardship, I think I have experienced it all.
“And I take my fans seriously. Without their support I wouldn’t be here talking to you.”
When asked about stiff competition out there, Nubhan said he wasn’t too worried about that.
“Competition is everywhere, regardless of your career choice. I was nervous initially, thinking how was I supposed to compete with all the new singers.
“But after a while, I decided I have to move forward by giving my very best and working extremely hard to sustain my popularity.”
If his first attempt at testing the sluggish market by releasing his first single Ada Untukmu was anything to go by, Nubhan looks set to soar. The song received heavy airplay on the local radio stations and it was soon followed by the second single, Seadanya Aku.
Much to his delight, Ada Untukmu has been nominated to represent Malaysia in the Best Vocal Performance In A Song (New Male Artiste) category in the upcoming regional award show, Anugerah Planet Muzik 2009, to be held at Balai Sidang Konvensyen Jakarta, Senayan, Jakarta, Indonesia, on July 18.
“I released Seadanya Aku to introduce my debut album,” said Nubhan, adding that he is in the midst of compiling materials for the album.
So far he has collected about six songs written by top-notch composers such as Ajai, Audi Mok, Tam Spider and Sharon Paul.
“I will record a Mandarin song in the album because I want to reach beyond the Malay market,” said Nubhan, who speaks fluent Mandarin as he had both his primary and secondary education in Chinese schools.
“But I rebelled against it (attending Chinese school) when I was 15, blaming my parents. Looking back, I’m very thankful,” shared Nubhan, who holds a diploma in tourism.
“I have this huge interest in tours and travelling that involve nature. Besides, I also want to further my studies in tourism and become a successful businessman,” said Nubhan whose blog ahmadnubhan.blogspot.com has received 70,465 hits since May 2008. Not bad for a young up-and-coming singer-actor.
Tuesday, June 16, 2009
Mohon ruang tanpa prasangka
Aizat, Stacy dan Ayu dianggap pelapis mewarnai industri hiburan tempatan
LATAR hidup mereka barangkali berbeza, namun tiga nama yang mengukir laluan seni menerusi pentas program realiti ini menjadi kebanggaan pencinta seni sebagai pelapis yang mewarnai industri hiburan tempatan.
Mereka membuka mata pencinta hiburan supaya melihat kekuatan serta kelebihan bakat yang dimiliki seterusnya memberikan ruang untuk bertapak selesa tanpa prejudis dan prasangka.
Menempuh gelora dan badai pada permulaan karier ternyata mematangkan bicara tiga anak muda yang bakal menggalas cabaran di pentas Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 di Jakarta, Indonesia pada 18 Julai ini.
Asakan kontroversi serta kritikan tidak mematahkan semangat dan perjuangan mereka, sebaliknya ketiga-tiga mereka menjadikan semua itu sebagai pendorong untuk terus gagah berdiri.
Dalam senyum barangkali ada air mata yang tumpah, namun segala kesedihan dan keperitan itu berbayar apabila usaha serta kerja keras semakin diiktiraf.
Pengiktirafan tidak hanya diterima daripada peminat, malah industri juga melihat kuasa yang ada pada tiga anak muda ini mampu mencipta magis jika terus berlari di landasan benar.
Bertubuh kecil namun tenaganya di pentas yang sentiasa menghangatkan suasana memberi kelebihan kepada juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy untuk meraih pelbagai pencalonan pada acara hiburan berprestij.
Seperti Ayu, Stacy juga cuma bersandar kepada single, Aku Stacy sebelum album sulungnya berada di pasaran, namun kekuatan lagu itu melonjakkan nama gadis dari Penampang, Sabah untuk berdiri selesa dalam senarai popular.
APM 2008 memperlihatkan Stacy bersaing dalam dua kategori, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Artis Baru Wanita) dan Artis Malaysia Paling Popular.
Sedang mengulit populariti dengan lagu, Gagap dan Pakai Buang, Stacy berkata, setiap kejayaan yang dikecapi membuatnya lebih berhati-hati dalam mengatur langkah.
Sebagai manusia, pemilik nama penuh, Stracie Angie Anam, 19, juga tidak terlepas daripada perasaan bimbang kejayaan akan membuatnya alpa daripada terus berusaha memperbaiki kelemahan diri.
“Semua itu menguatkan semangat saya untuk melipatgandakan usaha tanpa pantas berpuas hati dengan segala pencapaian diterima.
“Siapa yang tidak mengimpikan kejayaan, namun saya perlu akur hakikat saingan sengit yang terpaksa dihadapi daripada finalis lain.
“Berada dalam senarai akhir adalah penghormatan besar terutama untuk penyanyi yang baru bertapak seperti saya. Besar harapan saya agar pencalonan ini mampu melonjakkan karier saya ke satu tahap baru kerana menembusi pasaran luar adalah impian setiap anak seni tempatan,” katanya.
Monday, June 15, 2009
Sunday, June 14, 2009
Seadanya Nubhan
TIADA lagi gaya ranggi yang sinonim dengannya tatkala mengenakan sut lengkap Hugo Boss miliknya. Tampak lebih berkarisma, namun selaku anak seni katanya, gaya itu tidak sesuai dengan karier dan usianya ketika ini.
“Dah macam ahli perniagaan,” sepintas katanya di depan cermin. Bayangkan saja, tuan empunya diri terkejut dengan transformasi yang cuba diketengahkan Selebriti kali ini selepas tahun lalu tampil dengan ‘lagak model’ Louis Vuitton.
Pun begitu, Nubhan tidak pernah merungut. Kerana mahu mencuba sesuatu yang berbeza, penampilannya kelihatan matang dan serius.
Begitu juga dengan dunia muzik yang ingin dilalui dengan peningkatan positif. Bagaimanapun, buat masa ini anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini mengakui perjalanan seninya masih tidak menunjukkan apa-apa perubahan drastik.
Selain single Ada Untukmu yang berjaya mengangkat namanya di persada dunia nyanyian, Nubhan menampilkan pula dengan Seadanya Aku sebagai penyambung.
Yang menarik, Nubhan menjelaskan, Seadanya Aku ciptaan Sharon Paul dan ditulis oleh Azalia seakan-akan kesinambungan kepada Ada Untukmu. Walaupun mungkin secara kebetulan, Nubhan menyukai melodinya.
“Pertama kali mendengar lagu ini, saya dapat merasakan sesuatu. Selepas difikirkan kembali, baru saya mengerti kerana ia bagai penyambung cerita yang didendangkan menerusi single pertama dulu.
“Lagipun, sewaktu memilih lagu ini, saya tersentuh dengan lirik dan melodinya. Bagai ada sesuatu yang menangkap perhatian saya sewaktu memilih lagu mana yang sesuai untuk ditampilkan sebagai single. Begitupun, saya yakin lagu ini akan diterima peminat.
“Jika menerusi Ada Untukmu, perjalanan cinta yang diceritakan dalam lagu berkenaan bagai tidak kesampaian dan cinta itu akhirnya ‘mati’ tanpa berbalas. Bagaimanapun, Seadanya Aku pula menceritakan satu kisah hidup baru bersama harapan untuk kembali menggapai cinta.
“Sebab itu, jika diselami lirik kedua-dua lagu ini, pendengar pasti akan faham apa yang saya maksudkan,” katanya.
Selain singlenya, Nubhan dalam proses menyiapkan album penuhnya yang pertama dan bukan mini album seperti mana digembar-gemburkan sebelum ini.
Jelas Nubhan, sehingga kini pembikinan albumnya baru 50 peratus diselesaikan. Kesibukan aktiviti lain membantutkan kerja pembikinan dan dia harus lebih bersabar.
“Sebenarnya, ketika dalam proses menyiapkan album ini, saya turut berlakon dalam sebuah produksi filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
“Sebab itu proses menyiapkan album ini ditangguh seketika. Seboleh-bolehnya saya mahu album pertama ini dibuat dengan sebaik mungkin.
“Malah, saya terpaksa memilih lima lagu daripada pelbagai pilihan yang diberi. Lagipun, saya tidak mahu tersalah pilih.
“Insya-Allah jika tiada aral, ia bakal disiapkan dalam tempoh terdekat ini. Album sulung ini juga bakal menampilkan 10 lagu baru, termasuk dua single itu. Jika tiada aral, saya akan cuba buat lagu sendiri dan jika sesuai, ia akan turut dimuatkan dalam album berkenaan,” katanya.
Selain menyanyi, Nubhan sibuk di lokasi penggambaran. Selain beberapa drama yang pernah dilakonkannya tidak lama dulu, terbaru jejaka berusia 24 tahun ini diberi pula peluang menyerikan layar perak.
Akui Nubhan, menerusi filem yang diangkat daripada hasil karya Ahadiat Akasyah berjudul Legenda Budak Setan, dia diberi tugas memegang watak antara tiga budak nakal itu. Meskipun hanya watak sampingan, ia cukup untuk memberi pengalaman baru kepadanya.
“Walaupun wataknya tidak sebesar, ia cukup berharga buat saya. Sebagai orang baru di dunia seni berdasarkan bidang nyanyian, semestinya saya janggal dengan dunia lakonan.
“Sebelum ini saya pernah berlakon di dalam beberapa drama, namun perbezaannya dengan produksi filem berbeza. Penat, terkejut, janggal, teruja dan seronok semuanya bercampur-aduk.
“Namun, baru kini saya tahu bukan mudah untuk menjayakan sesebuah filem. Setiap babak harus dilakukan secara teliti untuk menjamin kualitinya.
“Jadi, sebagai pelakon saya juga perlu melakonkan babak berulang kali supaya kena dengan ‘moodnya’. Malah, untuk menjiwai karektor watak berkenaan juga bukan sesuatu yang mudah,” katanya.
Stacy rasa diva
"Kalau ada persembahan pula, saya dan rakan-rakan akan berlatih setiap hari termasuk memikirkan teknik-teknik tarian," katanya.
Stacy kini sedang menyiapkan klip video lagu Pakai Buang yang ditulis oleh Edry KRU.
Stacy dan Adam juga bakal berduet dalam sebuah lagu untuk album runut bunyi filem My Spy, juga terbitan KRU.
Dia yang merupakan juara Akademi Fantasi musim keenam lega dengan kemunculan album perdananya, Aku Stacy. Album sulungnya itu menampilkan tujuh buah lagu dengan lima daripadanya adalah lagu baru. Antara komposer yang terlibat adalah Audi Mok, Kieran Kueak dan Edry KRU.
Album itu telah dilancarkan oleh Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok di Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Mac lalu.
Energi di atas pentas
Tenaga di pentas akan terhasil apabila saya sangat bersemangat. Ia berlaku secara semula jadi terutama bila kita menyukai apa yang kita buat. Di atas pentas, saya rasa diri saya seakan Diva dan akan membuat persembahan dengan penuh semangat. Saya mahu penonton terpegun melihat saya.
Pelapis Anita Sarawak
Terima kasih kerana ada orang yang menganggap saya sebagai pelapis Anita Sarawak. Tapi jauh di dalam hati, saya belum layak digelar begitu sebab perjalanan saya masih jauh. Banyak lagi yang saya perlu pelajari dan lalui untuk sampai ke tahap itu. Namun lagu Kak Nita yang paling saya suka adalah Akhirnya dan Ular.
Anugerah Planet Muzik
Sebuah acara penganugerahan besar yang melibatkan tiga buah negara iaitu Singapura, Malaysia dan Indonesia. Saya rasa mahu tercalon pun begitu susah apatah lagi untuk menang. Tapi saya gembira dengan nominasi yang diberikan kepada saya. Kalau ada rezeki, bolehlah menang.
Hafiz AF7
Dia seorang yang sangat berbakat, mempunyai vokal yang bagus dan boleh menyanyikan semua jenis lagu. Dia memang seorang penyanyi dan penghibur. Saya perhatikan dia boleh menyanyikan lagu daripada semua genre. Maksudnya dia memang versatil dan berkebolehan.
Pinjam ah long
ORANG yang meminjam daripada ah long sengaja mencari masalah. Kita sudah tahu pinjaman itu sangat berisiko. Inilah yang dikatakan tiada penyakit cari penyakit. Kita ada tenaga dan pilihan untuk mencari sumber kewangan lain. Jadi jangan cari jalan pintas yang akhirnya akan menyusahkan diri sendiri.
Fesyen
Saya adalah pengumpul kasut dan aksesori. Tapi dalam kehidupan seharian, saya tidak suka pakai aksesori. Kecuali di pentas, saya akan keluarkan dan pakai supaya nampak sedikit berbeza. Saya mahu beri kelainan dan impak. Kalau pakaian pula, saya akan pakai yang selesa dan elakkan seksi supaya senang saya menari. Saya sukakan pakaian yang nampak energetik.
Wednesday, June 10, 2009
Monday, June 8, 2009
Stacy:'Saya Dah Menang'
Jika Dayang Nurfaizah mendapat jolokan sebagai Beyonce Malaysia, juara Akademi Fantasia musim ke 6 ini pula digelar sebagai Miley Cyrus Malaysia. Mungkin kerana gadis genit ini memiliki wajah yang comel, petah berkata-kata dan lincah menari di atas pentas.
Tenyata pakej yang dimiliki Stacy berjaya menambat hati ramai peminat. Lihat sahaja populariti yang diraihnya. Bintangnya semakin bersinar-sinar dan tidak salah rasanya kalau dikatakan Stacy berjaya merampas aura seorang penyanyi lelaki yang dulunya sangat popular. Itulah yang dikatakan ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’.
Terbaru, Stacy berjaya menempatkan diri dalam senarai pencalonan Anugerah Planet Muzik 2009 (APM 2009). Stacy dinominasi untuk Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita) untuk lagu “Aku Stacy” dan Artis Malaysia Paling Popular, sebaris dengan beberapa nama-nama besar yang lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan Misha Omar. Satu kejayaan yang boleh dibanggakan untuk orang baru seperti Stacy.
“Saya sama sekali tidak sangka akan tercalon dalam anugerah yang sebesar ini. Tetapi, tidak dinafikan yang saya rasa sangat gembira dan bertuah. Walaupun ini hanya pencalonan, tetapi saya dah anggap ia macam satu kemenangan. Ini kerana bukan mudah untuk tersenarai dalam kedua-dua kategori tersebut,” ujar Stacy yang ditemui selepas sidang media APM 2009 baru-baru ini.
Ditanya kategori yang mana dirasakan boleh dimenanginya, dengan yakin Stacy memberi jawapan yang menaruh harapan pada Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita).
“Untuk pencalonan Artis Malaysia Paling Popular itu, rasanya Stacy belum sampai ke tahap itu. Lagipun, calon-calon yang lain hebat-hebat belaka. Tidak mungkin Stacy boleh mengatasi mereka. Apa pun semuanya terletak ditangan peminat kerana keputusannya berdasarkan undian SMS. Kepada yang ingin mengundi Stacy, bolehlah SMS dengan cara menaip APM
Diminta mengulas tentang populariti yang diraihnya dalam masa singkat, Stacy memberitahu yang perkara itu dipengaruhi oleh tiga faktor utama.
“Faktor pertama yang membolehkan Stacy berada di tempat sekarang ini adalah kerana peminat yang tidak jemu-jemu memberi sokongan. Kedua kerana pihak pengurusan yang banyak memberi peluang dan akhir sekali adalah kerana keupayaan diri saya sendiri.
“Apa yang saya maksudkan dengan keupayaan sendiri ini ialah saya sentiasa mahu buat yang terbaik agar peminat tidak jemu dengan persembahan saya. Saya tidak mahu sia-siakan peluang yang ada sekarang ini,” terang Stacy.
Dalam perkembangan lain, dalam waktu terdekat ini Stacy akan menjalani penggambaran video klip terbarunya untuk lagu “Pakai Buang”. Selain itu, dia juga akan tampil dengan single terbaru, ciptaan KRU. Bagaimanapun, single yang akan menjadi soundtrack filem “My Spy” itu masih belum diketahui judulnya.
Bercerita tentang penglibatan Chaq dalam program ‘Mentor’, Stacy memberitahu GUA yang dia sentiasa menyokong abangnya itu.
“Saya memang ada mengikuti perkembangan Chaq dalam program ‘Mentor’. Kalau saya nampak ada yang tidak kena, saya akan beritahu Chaq supaya dia ada peluang untuk memperbetulkannya. Selain itu, kami juga sering berbincang dan berkongsi idea agar persembahan Chaq nanti tidak membosankan,” jelas Stacy yang ingin terus bertahan dalam industri seni tanah air.
credit 2 www.gua.com.my
Lelaki tidak hipokrit pilihan Stacy
Serba sedikit kita tahu latar belakang di sebalik perjalanan dan usahanya untuk menjadi seorang penyanyi. Nasib di Gengstarz tidak menyebelahinya, namun dia tidak berputus asa. Dia mencuba pula di Akademi Fantasia dan kejayaan memihak kepadanya. Stracie Angie Anam atau Stacy, 19 tahun, begitu tabah dan tidak mengenal putus asa. Keluarga dan kesusahan hidup masa lalu menguatkan lagi semangat penyanyi ini untuk menggapai impian.
Lagu “Aku Stacy” dan “Gagap” sentiasa berkumandang di radio, kelincahannya menari sambil menyanyi membuatkan kita turut mahu menari. Itulah keunikan bakat yang dia miliki, bukan sahaja mempunyai vokal mantap, malah bertenaga mengatur gerak tari seiring dengan retak muzik. Biarpun terkenal dengan lagu-lagu berentak pop dance ini, namun dia berhasrat untuk memiliki album lagu-lagu berentak balada suatu hari nanti. Untuk tatapan pembaca Maskulin, kami paparkan Stacy sebagai Wanita Pilihan kali ini dengan gaya funky. Ikuti temubual Maskulin bersama penyanyi yang telah muncul dengan single terbarunya “Pakai Buang”.
Pernah ditawarkan untuk menjadi pelakon?
S: Pernah, Stacy ingin sangat jadi pelakon. Memang ada beberapa tawaran berlakon tetapi Stacy terpaksa menolaknya buat masa ini kerana jadual persembahan serta nyanyian terlalu ketat.
Penyanyi yang menjadi idola
S: Stacy menjadikan Faizal Tahir dan Anita Sarawak sebagai penyanyi idola. Bukan hanya kerana vokal hebat, tetapi persembahan bertenaga mereka di pentas begitu mengagumkan. Stacy gembira sangat apabila pernah diberi peluang untuk berduet dengan Faizal Tahir dulu.
Diberi gelaran “dancing queen era baru”. Komen anda?
S: Stacy bersyukur dan berterima kasih sangat-sangat apabila ada pihak yang menganggap Stacy begitu dan samakan kebolehan Stacy dengan penyanyi yang lebih hebat. Sebenarnya Stacy belum layak jika dibandingkan dengan mereka. Masih banyak yang perlu Stacy pelajari.
PENGALAMAN HIDUP LALU
Pandangan anda mengenai kehidupan
S: Stacy bersyukur dengan peluang yang diberikan dalam hidup ini. Stacy benar-benar sedar dan mahu mengubah pengalaman hidup lalu kepada yang lebih baik. Stacy ingat kesusahan kami sekeluarga. Sebab itu Stacy berusaha gigih untuk terus diterima, membuat yang terbaik dan sentiasa berhati-hati meneruskan perjuangan dalam bidang seni.
Personaliti anda
S: Seorang yang happy go lucky (gila-gila)
Anda suka…
S: Bercakap, menyanyi, menari, ketawa dan berangan
Anda tidak suka…
S: Menangis/bersedih, ditengking, duduk diam, dituduh bukan-bukan
Aktiviti yang dilakukan ketika waktu lapang
S: Stacy lebih suka berehat dan bermalas-malas di rumah. Waktu lapang sebeginilah memberi peluang kepada Stacy dan kakak serta abang berkumpul menceritakan hal masing-masing. Kalau kata nak keluar lepak di luar, Stacy tidak suka sangat.
Solo atau sudah berpunya?
S: Buat masa ini saya masih solo dan rasanya masih terlalu awal untuk Stacy fikirkan soal cinta. Cinta Stacy sekarang ialah pada karier dan keluarga.
Kredit : Karangkraf (Majalah Maskulin – Ruangan Gadis)
Thursday, June 4, 2009
Persamaan SABUN
1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy
Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.
Letter for SABUN
SABUNians
Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.
WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.