ChatRoom

Friday, November 28, 2008

SABUN @ JW Marriot (IFF)

Pada hari Rabu lepas 26/11/08, Stacy telah membuat persembahan di JW Marriot sempena Islamic Fashion Festival. Stacy telah berduet bersama Ajai di hadapan Sultan Pahang. More details go to http://abgmanz360.blogspot.com

pic credit to abgmanz

Pada hari Khamis pula 27/11/08, Nubhan juga telah membuat persembahan di JW Marriot sempena Islamic Fashion Festival. Nubhan perform di hadapan kerabat Negeri Sembilan. More details go to http://mrmanager.blogspot.com

pic credit to vern@mrmanager

Wednesday, November 26, 2008

Video SABUN @ Konsert Jom Heboh 08, Penang

Stacy - When I Grow Up



Stacy - Aku Stacy



Nubhan - Gadis Melayu n Ada Untukmu (credit to nubhani)



Stacy and Jac - Persembahan Dari Hati

Monday, November 24, 2008

SABUN @ Konsert Jom Heboh 08, Penang

Tahniah kepada Stacy dan Nubhan yg telah membuat persembahan yg mantap smlm di Konsert Jom Heboh, Penang smlm. Stacy telah menyampaikan 2 buah lagu solo iaitu When I Grow Up dan Aku Stacy. Beliau juga telah berduet dgn Jac melalui lagu Persembahan Dari Hati. Vokal Stacy mmg semakin mantapssss dan tarian pula mmg meletopsssss. Sama juga dgn Nubhan...vokalnya juga semakin mantapssss. Beliau telah menyampaikan 2 buah lagu iaitu Gadis Melayu dan Ada Untukmu. SABUN mmg hebat pada mlm tersebut. Congrats again! Anyway...enjoy pics kat bawah nie. More pics at http://www.flickr.com/photos/halida_halle






Sunday, November 23, 2008

Nubhan jawab mengenai hubungannya dengan Stacy




article and pic credit to Budiey.com

Eksklusif untuk peminat Nubhan, Budiey siarkan gambar-gambar yang Budiey rakam ketika sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik pada hari khamis lalu. Sejak dua menjak ni, Budiey ada dengar Nubhan bercinta dengan Stacy. Mereka dikatakan bercinta ketika menjayakan tele-filem berjudul Ada Cinta Di Hari Raya yang disiarkan pada hari raya puasa lalu.
Malah, masa bercuti di Gold Coast, Australia, Nubhan dan Stacy nampak macam belangkas.

Tapi ini komen Nubhan apabila dikaitkan dengan Stacy:

¡°Memang saya dan Stacy sangat rapat sejak bersama di AF6. Kiranya teman tapi mesra la hehehe. Orang ingat kami bercinta sebab masa berlakon itu kami feeling betul-betul watak yang diberikan. Walaupun lakonan kami kaku tapi kalau orang dah kata kami ni nampak macam orang bercinta, tu maknanya lakonan kami menjadi.

Sekarang ni, kalau kitorang tak jumpa, kami selalu gak la berSMS dan calling-calling. Tapi biasanya kami akan berhubung kalau nak bincang pasal kerja. Untuk info semua, hubungan kami memang setakat kawan sahaja buat masa sekarang. Tak lebih dari itu. Yang penting saya happy berkawan dengan Stacy sebab dia ni gila-gila sikit.¡±

Ruangan Artis Jawab:Nubhan dapat tawaran berlakon filem

Soalan:
Assalamualaikum Nubhan. Saya ni peminat Nubhan. Saya ada soalan yang ingin ditujukan khas buat Nubhan.

1. Adakah Nubhan berminat untuk berlakon jika diberi tawaran?

2. Apakah perancangan Nubhan sekarang? Adakah sedang merakam album?

- dyaa1810@yahoo.com

Nubhan:

1. Memang berminat nak berlakon. Sekarang dah dapat tawaran berlakon filem tapi tengah nak tengok skrip dan watak sama ada sesuai atau tak?

2. Sekarang saya tengah merakamkan album. Mungkin akan keluar hujung tahun ni.

Mahu cuba watak seram

Soalan:

Hai Nubhan! Nazira ada beberapa soalan untuk Nubhan. Harap Nubhan dapat jawab kesemuanya.

1. Kalau Nubhan ditawarkan untuk menceburi bidang lakonan, watak yang macam mana Nubhan teringin sangat nak cuba?

2. Kalau Nubhan diberi peluang berduet, Nubhan nak duet dengan siapa?

3. Apa perasaan Nubhan, bila kali pertama berlakon dalam drama muzikal Ada Cinta pada Hari Raya lalu?

- Nur Nazira

Nubhan:

1. Saya sebenarnya nak berlakon cerita seram macam cerita Ghost Hunter. Selama ni pun saya suka tengok cerita seram.

2. Kalau ada peluang saya nak berduet Datuk Siti Nurhaliza. Kalau artis luar pula saya tertarik dengan Letto.

3. Memang teruja sangat. Dalam cerita ni banyak watak yang nak kita memainkan perasaan cinta. Saya rasa ia satu pengalaman yang baik untuk kerjaya lakonan.

Bagaimana nak hubungi Nubhan?

Soalan:

Hai Abang Nubhan. Terima kasih kerana abang Nubhan sudi menjawab pertanyaan saya.

1. Apa aktiviti terbaru abang?

2. Alamat untuk menghubungi abang sekarang macam mana?.

- peminat JB

Nubhan:

1. Sekarang ni saya sibuk merakamkan album dan banyak undangan untuk pertunjukan pentas. Insya-Allah dalam tahun depan kalau saya terima tawaran berlakon filem, mungkin saya terlibat dengan aktiviti baru.

2. kalau nak tahu alamat dan perkembangan saya, bolehlah layari www.cayalahnubies.com atau bloq ahmadnubhan.blogspot.com kerana banyak aktiviti saya dibuatkan di situ. Jangan lupa daftar sebagai ahli kelab peminat.

Terus kerja di bank?

Soalan:

Assalamualaikum...

Hai Nubhan saya adalah salah seorang daripada peminat awak. Diharap Nubhan akan terus sukses dengan karier Nubhan. Di sini ada soalan buat Nubhan.

1. Kalau tidak menjadi artis, bidang apakah yang Nubhan pilih?

2. Saya meminati lagu Nubhan Ada Untukmu, saya ingin tahu bagaimanakah Nubhan mencari feeling untuk menyanyikan lagu tersebut?.

- Hana Insyirah, ijok.

Nubhan:

1. Sebelum ini saya bekerja di sebuah bank. Kalau tak jadi artis, sampai pencenlah kut saya di situ. Saya juga minat den-gan agensi pelancongan. Mungkin saya akan buka agensi itu kalau tak jadi artis.

2. Sebelum merakamkan lagu kita kena faham cerita dalam lirik tu dan letakkan diri kita dalam situasi tersebut. Dengan cara itu kita dapat menghasilkan lagu den-gan penuh perasaan. Itulah cara saya.

Tak bercinta dengan Stacy

Soalan:

Assalamualaikum Nubhan. Saya nak tanya beberapa soalan.

1. Apa perasaan Nubhan bila Syarikat Ning dibubarkan?

2. Saya ada menonton Destinasi Fantasia abang nampak rapat sangat dengan kak Stacy. ada apa-apa ke? Jeles tau.

- crabby89@yahoo.com

Nubhan:

1. Saya tak rasa apa-apa dengan pembubaran itu kerana selama ini saya diuruskan oleh Vernon Kedit. Dia yang banyak aturkan jadual saya kerana aktiviti saya diuruskan oleh syarikat Artiste United Recorde. Walaupun kak Ning dah tak ada tapi kami masih berurusan lagi dan dapatkan nasihat dia macam biasa.

2. Amboi... saya dengan dia kawan biasa je. Kami rapat sejak dalam Akademi Fantasia lagi. Tak ada apa-apalah dengan
Stacy. Tak bercinta pun.

Bukan senang jadi artis

Soalan:

Saya amat meminati Nubhan. Di sini saya ada beberapa soalan untuk Nubhan.

1. Apa perubahan paling besar dalam hidup Nubhan setelah bergelar artis?

2. Apa matlamat jangka masa panjang Nubhan dalam industri seni ni?

- Shakila, KL

Nubhan:

1. Perubahan dalam hidup memang banyak beza. Sekarang orang akan perhatikan kita atas bawah. Bila jadi artis kita kena jaga semua termasuk penampilan dan tingkah laku. Kita kena banyak bersabar. Bukan senang nak bawa diri dalam industri ni.

2. Nak mantapkan dahulu dalam bidang nyanyian supaya setanding dengan artis senior. Kalau boleh untuk masa depan nak buka bisnes juga.

Jangan pandang serong

Soalan:

Saya nak tanya beberapa soalan kepada abang Nubhan.

1. Orang ramai pun tahu abang Nubhan ni memang pandai bercakap Mandarin. Abang Nubhan tak ada apa-apa perancangan nak menyanyi lagu dalam bahasa tu?

2. Sebagai artis apa pendapat Nubhan tentang Kelab Peminat?

3. Bagaimana Nubhan berhadapan dengan peminat yang kadang-kadang lebih sudu dari kuah?

- Al-Beema, Negeri Sembilan.

Nubhan:

1. Memang teringin nak nyanyi lagu dalam bahasa Mandarin. Tapi nak tengok ia sesuai atau tidak dan tengok juga pasaran. Kalau ramai yang minta kita buatlah.

2. Kelab peminat ni sebenarnya penting untuk seseorang artis kerana ia akan dapat membantu menaikkan nama seseorang artis. Banyak juga aktiviti yang saya buat melalui kelab peminat.

3. Nubhan dengan peminat layan sama saja. Perangai orang tak boleh nak jangka. Kalau dia buat perangai, terpulang kepada dia. Tolong

Jangan pandang serong pada Nubhan cukuplah.

Suka menyakat orang

Soalan:

1. Apa perasaan abang bila sudah sampai ke tahap ini?

3. Boleh tak abang beritahu serba sedikit tentang diri abang? (personaliti).

- Senorita

Nubhan:

1. Syukur. Saya akan pandang ke depan untuk capai segala impian saya selama ini.

2. Saya seorang yang sempoi. Perangai pelik saya tak tak suka nak pergi beli-belah. Pening nak fikir. Kadang-kadang saya ni agak pemalu terutama dengan orang yang baru kenal. Kalau rapat memang boleh "kamcing". Tabiat saya suka menyakat dan mengacau orang. Kalau budak perempuan, saya akan menyakat sampai dia rasa saya ni memang tak guna dalam hidup dia.

Boleh hadapi gosip

Soalan:

Salam Nubhan. cayalah! hehe... saya salah seorang daripada jutaan peminat awak. Tahniah sebab sampai sekarang Nubhan terus maju dalam karier. saya nak tanya:

1. Seandainya album pertama Nubhan mencatat rekod dan memuaskan hati, tak terniat nak buat sesuatu?

2. Boleh hadapi tak gosip setakat ini?

- Ilah91

Nubhan:

1. Kalau terjadi apa yang dikatakan itu, saya akan buat kenduri doa selamat dan raikan peminat serta buat majlis untuk mereka.

2. Setakat ni boleh. Ada juga gosip yang menikam kalbu dan tertusuk ke dalamnya. Kadang-kadang kita marah juga tapi kita terima benda tu sebagai pengajaran. Nubhan akan memperbaiki diri untuk jadi lebih baik.

Kongsi petua jaga suara

Soalan:

1. Petua menjaga suara bagi serak-serak tu macam mana? Sedap la suara Nubhan.

2. Betul ke gosip kata Nubhan ni sombong?

- ETLANGKAWI

Nubhan:

1. Suara ni kurniaan Tuhan. Bila jadi artis saya ambil juga petua orang tua-tua. Kurangkan minum ais, kurangkan pedas dan nak mantapkan vokal lagi.

2. Nubhan tak sombong. Kalau tak ke-nal akan salam, senyum, gelak-gelak sikit dan senyap terus. Kalau dah kenal akan ramah. Dengan wartawan dan artis pun macam tu juga. Takut nanti orang menyampah kalau kita terlalu ramah pula.

Sedih datuk meninggal dunia

Soalan:

Assalamualaikum Nubhan. Saya salah seorang dari ribuan penyokong setia kamu dan saya juga adalah ahli Nubhan FC.

1. Boleh saya tahu, apa hadiah paling berharga yang pernah kamu terima dari peminat setia kamu?

2. Siapakah idola kamu dalam bidang nyanyian.

3. Apa pula pengalaman pahit dan manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang bergelar anak seni ini.

- Mohd Helme Mohamad Lassim, Gemencheh, Negeri Sembilan.

Nubhan:

1. Banyak hadiah istimewa peminat berikan pada saya. Antaranya seperti baju, jam tangan dan kasut. Ada juga hadiah yang sampai dari Brunei. Saya juga pernah dapat kain songket benang emas serta minyak wangi dari luar negara.

2. Idola saya ialah Datuk Siti kerana pencapaian yang tinggi dan vokalnya yang mantap habis.

3. Pengalaman pahit bila atuk meninggal dunia. Masa tu saya ikut mak ke Johor Bahru. Bila sampai di Johor Bahru, atuk meninggal dunia dan tak sempat jumpa. Masa kecil saya memang rapat dengan atuk.

Pancaindera,23 Nov 2008
credit to utusan malaysia online

Jangan pinggirkan Stacy

Ruangan Pembaca,Pancaindera 23 Nov 2008
credit to Utusan Online

HELLO,
Saya ingin meluahkan pendapat berkenaan juara AF6, Stacy. Sebetulnya saya merupakan peminat kesemua Top 5 AF6. Kenapa tak banyak cerita berkaitan Stacy dipaparkan dalam majalah dan surat khabar? Sedangkan pada saya banyak cerita tentang Stacy yang wartawan boleh tulis.

Tentang drama Ada Cinta Di Hari Raya, lagu duet Stacy dan Nubhan, percutian ke Gold Coast, Australia, lagu Cinta Terhalang yang dinyanyikan Bob, gosip Stacy dan Nubhan, kisah hidup Stacy di Sabah dan banyak lagi.

Juara AF5 dulu beruntung kerana hingga kini pun cerita putus cinta menjadi bualan. Saya juga hairan mengapa Nubhan digandingkan dengan Nadia pada satu cover majalah (bukan terbitan Utusan) sedangkan yang dikaitkan adalah Stacy?

Adakah wartawan hiburan cuma memaparkan artis favourite mereka sahaja sedangkan artis yang menjadi juara dipinggirkan. Berbanding Stacy, cerita Nadia lebih banyak dipaparkan walhal semua nya tentang 'popia' sahaja.

Saya percaya wartawan memainkan peranan menaikkan nama seseorang artis. Stacy sepatutnya tidak dikecualikan memandangkan dia seorang artis remaja yang boleh berjaya dalam industri. Lihat sahaja penampilan Stacy malah ketika membuat persembahan, seolah-olah menonton artis remaja Barat, Hannah Montana. Diharap agar wartawan tak pilih kasih dalam menaikkan nama artis.

l Peminat Top 5 AF6

Saturday, November 22, 2008

Saksikan SABUN @ Konsert Jom Heboh Penang!!!


credit to nucy_loves

SABUN akan membuat persembahan di Konsert Jom Heboh @ Penang yg akan disiarkan secara live di TV3 pada esok hari,ahad 23 Nov 2008 dari pukul 9-11 malam.

Stacy akan menyanyikan 3 buah lagu:

Aku Stacy
When I Grow Up(PCD)
Persembahan Hati(duet bersama Jacyln Victor)

Nubhan akan menyanyikan 2 buah lagu:

Ada Untukmu
Gadis Melayu

Sabunians, jadi beramai-ramai lah menonton SABUN secara live di konsert itu ataupun di kaca tv anda!!

Tunjukkan sokongan anda yg x berbelah bahagi kepada SABUN!!

SABUN & SABUNIANS-sehati sejiwa!!!

Thursday, November 20, 2008

Nubhan @ Press Conference Semi Final Muzik Muzik

Pagi td Nubhan telah menghadiri Press Conference Semi Final Muzik Muzik di Sri Pentas. Stacy tidak dpt menghadiri majlis tersebut kerana beliau ade komitment lain (photoshoot). Nubhan telah mendapat undi giliran sebagai peserta ke-11 pada mlm semi final balada nanti. Manakala Stacy mendapat undi giliran peserta ke-2 pada mlm semi final pop rock pula. For more info n pics go to http://mrmanager.blogspot.com

pic credit to vern@mrmanager
Nubhan and Zeti Akmar (pencipta lagu Ada Untukmu)

CATEGORY ETNIK/KREATIF (9 malam, Jumaat 28 November)

Doa Dalam Lagu (Mawi & Heliza)
Jarak Rindu (Azfar)
Puteri Tarian Kasih (Anis Aneesa)
Pujangga Merindu (Syura)
Songo (Amy Search)
Persoalan Cinta (Farawahida)
Panas (Ifa Raziah)
Dusta Berkalang (Aiman)
Mengharap Sinar (Dior)
Lambaian (Fazli Zainal)


CATEGORY BALADA (9 malam, Jumaat 5 Disember)

Teman Terulung (Anuar Zain)
Hanya Di Mercu (Ayu)
Lagu Kita (Aizat)
Sampai Syurga (Faizal Tahir)
Tanpa (6ixth Sense)
Bila Nak Saksi (Spider)
Dingin (Ziana Zain)
Cuba (Faizal Tahir)
Bila Terasa Rindu (Dafi)
Cinta Terhalang (Bob)
Ada Untukmu (Nubhan)
Sejauh Ini (Dina)


CATEGORY POP ROCK (9 malam, Jumaat 12 Disember)

Separuh Masa (The Lima)
Aku Stacy (Stacy)
Kalis Rindu (Elyana)
Mila Bila Cinta (Mila)
Cinta Si Rama-Rama (Hattan)
Ku Merindu (Shah & Ella)
Aku Lebih Tahu (Mila)
Bukti (Fiq)
Rimas (The Fabulous Cats)
Yang Pernah (Estranged)
Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)
Mabuk (Spider)

Sama-sama kita ramai2 berdoa semoga Stacy n Nubhan berjaya ke peringkat seterusnya, AJL23!!!

Wednesday, November 19, 2008

SABUN ke Semi Final Muzik Muzik


Yeayyyyyyy!!! Congrats to Stacy n Nubhan kerana berjaya ke Semi Final Muzik Muzik. Thank you to all yg telah berusaha mengundi SABUN selama ini. Nantikan kemunculan SABUN di Semi Final Muzik Muzik tidak lama lg ok. Dengan iringan doa...semoga SABUN berjaya ke peringkat seterusnya, AJL23!!! Sabunians sentiasa berada bersama SABUN!

Monday, November 17, 2008

SABUN @ Mangga


Petikan dari majalah mangga

Ikuti cerita dan perkembangan terbaru nubhan yg ketika di hubungi awal november lalu baru sahaja menyambut ahli keluarga baru iaitu anak saudaranya yg ke tujuh.anak saudara dah tujuh,anak sendiri bilapula?he..he..he..

Cerita nubhan:

Alhamdulillah...offer berlakon tu mmg ada..tp belum buat keputusan sbb masih tgk skrip dan kesesuaian cerita. insyallah ada kot, sbb saya pun minat berlakon.

Pasal hubungan saya dgn stacy mmg saya rapat dgn dia sejak dari dalam af6 lagi. kiranya teman tapi mesra la...he..he..

Org ingat kami bercinta sbb masa berlakon tue kami feeling betul2 watak yg di berikan. walaupun lakonan kami kaku tapi klu org dah kata kami ni nmpk mcm org bercinta..tu maknanya lakonan kami menjadilah...

Sekarang ni wlpn tak selalu jumpa ada jugak kami berhubung dgn call atau sms. biasanya kami akn berhubung apabila ada apa2 hal berhubungan kerja.

Samalah juga masa di gold coast tu..sah2 mmg kami ni baik. jadi apabila pergi sana kami jd rapat lah..lagipun masa kami pergi sana dia je perempuan yg ada..tak kanlah saya nak gurau2 dgn riz pula. nanti org kata saya ni apa pula?

Buat masa ni mmg hubungan kami setakat kawan baik je. tak lebih daripada itu. perasaan (cinta) tu belum ada. so far saya happy berkawan dgn dia. dgn semua org pun saya happy berkawan.

~perbezaan agama soal kedua~

Lagi satu bukanlah sbb perbezaan agama membataskan hubungan kami. cuma buat masa ni mmg kami tak ada apa2.

Selama berkawan tak pernah pun terfikir sampai tahap nak bercinta. tapi andainya takdir dan jodoh mengatakan begitu saya terima sebab jodoh itu di tangan tuhan.

Yang penting hati budi seseorang. kalau rasa dah terpaut dalam hati perbezaan agama tu jadi soal kedua. kalau hati budi tu tak baik walaupun sama agama pun tak guna juga.

Andainya ada jodoh insyaallah soal agama tu kita boleh ajar..tapi skrgni saya sibuk sangat. jadi untuk ada kekasih tu belum lagi kot..

Sementara itu menurut stacy pula sikap nubhan yang gila2 dan sekepala membuat kan juara af6 ini serasi berkawan dgn nubhan.

Cerita stacy:

saya dgn nubhan hanya kawan rapat. dari dalam af kami ni sekepala. dulu mmg saya ada cakap yg saya suka nubhan. tapi tu gurau2 jer..suka sbg kawan jer. tak lebih daripada itu.

Dengan semua org saya gurau. saya ni tak bleh hidup kalau tak bergurau. jd bila saya bergurau org ingat saya serius.tp sekarang dah jarang berhubung sebab kami sibuk ngn aktiviti masing2. tapi ada juga la sms atau call kalau ada kerja sama2.

Dalam telefilem tu, itu semua lakonan je..time tu kami cuba buat yang terbaik sbb masa shooting tu pengarahnya garang. jadi kami buatlah betul2.

Tapi tak sangka pula org ingat kami betul2 bercinta. kiranya semua org tertipu la..he..he..tapi kami tak nafikan ada juga peminat yg suka tengk kami bersama. kami happy juga dgn penerimaan peminat dan kami sangat hargainya. cuma buat masa ni perasaan tu belum ada lagi.

~Adakah kerana perbezaan agama dan budaya menyebabkan stacy fikir dua kali untuk meneruskan hubungan cinta dengan nubhan?

Buat apa fikir pasal perbezaan agama dan budaya? klu tuhan sudah tentukan jodoh saya dgn org yg berlainan agama saya harus terima. saya ikut je klu itu dah takdir dan jodoh saya.

Lagipun family saya pun tak kisah dalam soal ni. siapa saja pilihan saya mereka terima walaupun berlainan agama. yang penting pilihan itu biarlah betul.

Andainya suatu hari nanti jodoh saya dengan nubhan, haruslah saya terima. tak kan lah saya nak menipu diri sendiri kan?

Tp buat masa ni pintu hati saya belum terbuka lagi sbb saya masih terkejut dan exited dgn kehidupan baru yg sedang saya lalui skrg. kami just teman tapi mesra je..he..he..

credit to sweetygurl and miesya yg rajin type balik. hehe

Wednesday, November 12, 2008

Nubhan @ Launching MAC Red She Said

Nie ade gambar sket mase Nubhan attend launching MAC Red She Said event at KLCC semalam. All pics credit to vern@mrmanager.



Sunday, November 9, 2008

Lakonan Nubhan & Stacy Best

Ruangan Pembaca dalam Pancaindera
Ahad,9 November

Assalamualaikum,
Baru2 ini sy baru berkesempatan menonton cerita Ada Cinta Di Hari Raya lakonan Nubhan & Stacy. 1st sekali sy ingin mengucapkan terima kasih kpd Astro krn berjaya menerbitkan cerita yg menrik minat ramai seperti Ada Cinta Di Hari Raya.Tahniah juga kpd Nubhan & Stacy krn walaupun ini lakonan mereka yg pertama namun mereka berjaya membawa watak dgn begitu baik sekali.
Gabungan suara antara Nubhan & Stacy dlm lagu tema Ada Cinta Di Hari Raya iaitu Indera juga menarik dan diharapkan lagu ini dpt dimainkan di radio.
Sekian, terima kasih.
Bella-Ipoh,Perak.

Wednesday, November 5, 2008

Jawablah!: Bukan anak emas

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my

NUBHAN nafi bersikap sombong dan berlagak dengan rakan artis dalam sebuah majlis hiburan baru-baru ini.

Nubhan menjelaskan dilayan sama rata dan sikapnya yang pemalu menjadikan dia dianggap sombong

BELUM setahun jagung menceburi bidang seni, sudah banyak cerita buruk mengenai bintang realiti yang seorang ini sampai ke telinga wartawan. Rasanya sejak melangkahkan kaki dari sangkar emas Akademi Fantasia, berita kejayaan Nubhan seiring dengan cerita peribadinya yang memang tidak sedap untuk di dengar.

Menerusi ruangan gosip, Normah Becok sebelum ini, khabarnya, jejaka dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini sombong dan tidak suka bergaul dengan orang disekelilingnya. Malah, nama Nubhan juga dikaitkan sebagai punca pembubaran Ning & Associates.

Spekulasi itu timbul berikutan dakwaan kononnya tumpuan yang berlebihan diberikan kepada Nubhan oleh pengurusnya, Vernon menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati kepada Ning Baizura kerana ia menunjukkan Vernon bersikap berat sebelah.

Namun, segala dakwaan ini segera dinafikan jejaka berusia 22 tahun ini. Duduk bersembang dengannya ketika majlis Kemuncak Aidilfitri bersama bintang AF di Dewan Tun Rahah baru-baru ini, Nubhan mengakui dakwaan sebegitu mengejutkan dirinya.

Sambil menyifatkan dirinya masih lagi hijau dalam bidang ini, Nubhan menjelaskan mana mungkin dia bersikap sedemikian kerana sedar hal seperti itu boleh membunuh kerjaya seninya. Namun, sebagai seorang penyanyi baru, dia perlu menghadapi situasi seperti itu kerana ia boleh mematangkan dirinya.

Hip: Apa perasaan Nubhan apabila membaca cerita mengatakan Nubhan sombong dan tidak mahu bercampur dengan artis lain?

Nubhan: Memang terkejut sangat baca artikel itu apabila saya dikatakan sombong dan berlagak. Iyalah mana tak terkejut kerana ada orang yang pertikaikan sikap saya. Sebenarnya saya tidak pernah menyombong diri atau berlagak dengan sesiapa. Malah pada hari itu, saya turut menegur artis senior yang lain seperti Izwan Pilus. Kalau ada pun artis senior yang saya tak kenal, saya tetap bersalaman dan melemparkan senyuman. Kalau betullah saya berlagak, tentunya saya tak akan ikut atur cara yang disediakan. (Tapi) saya tetap ikut segala perancangan tanpa rungutan. Jadi saya hairan macam mana orang boleh tuduh saya berlagak.

Hip: Mungkin orang tak tahu siapa Nubhan sebenarnya dan bagaimana sikapnya?

Nubhan: Itulah, mungkin orang ingat saya ini jenis yang boleh tegur orang secara selamba. Sebenarnya tidak. Saya ini agak pemalu. Kalau mereka yang saya tak kenal, memang saya malu nak bertegur. Lagipun tak manis kalau baru kenal saya mula hendak berlebih-lebihan. Nanti apa pula orang kata? Memang menjadi sikap saya, kalau saya kenal betul-betul seseorang itu, barulah saya selesa untuk berbual dengannya. Namun itu tak bermakna yang saya ini sombong.

Hip: Bagaimana Nubhan menerima kritikan itu?

Nubhan: Saya melihatnya dari sudut yang positif. Sebagai artis tak semua orang suka kita dan begitulah sebaliknya.Tapi saya akui, semua teguran ini akan saya jadikan satu pengajaran yang berguna pada masa akan datang. Ia juga mengingatkan saya supaya lebih mesra serta tahu membawa diri apabila berada di mana-mana majlis.

Hip: Mengenai gosip yang mengatakan Nubhan menjadi punca Ning dan Vernon 'berpisah'? Boleh ulas sikit.

Nubhan: Ini adalah satu perkara yang tidak betul. Kerjasama antara Ning dan juga Vernon sudah terjalin lebih sepuluh tahun lamanya. Malah, jatuh bangun syarikat Ning & Associates sama-sama mereka hadapi. Tak mungkin disebabkan Nubhan semuanya menjadi goyah. Sebenarnya, memang Ning sendiri ada berpesan pada Vernon supaya menjaga saya dengan baik memandangkan saya adalah orang baru dalam bidang ini dan masih mencari tapak. Ning juga banyak memberi nasihat kepada saya bagaimana hendak menjadi penyanyi yang berjaya. Lagipun saya tak rasa Vernon mengabaikan penyanyi AUR yang lain seperti Nikki dan Yanie. Dia tetap memantau juga perjalanan karier mereka. Kalau hendak kata Nubhan ada masalah dengan Ning, tak juga sebab sekarang ini pun, kalaulah Nubhan ada masalah, Ning masih sedia membantu.

Hip: Melihat kepada layanan yang diberikan Vernon pada Nubhan, banyak keistimewaannya berbanding yang lain. Apakah Nubhan sebenarnya anak emas AUR?

Nubhan: Saya tak rasa saya anak emas AUR. Saya dilayan sama macam penyanyi lain. Kalau saya silap, tetap kena marah dengan Vernon. Tak ada bezanya pun.

Hip: Walaupun Nubhan cuma meraih tempat ketiga sewaktu AF6, tapi populariti Nubhan begitu melonjak berbanding juara AF6 itu sendiri?

Nubhan: Oh ya ker? Saya tak rasa pun yang saya lebih popular dari sesiapa. Tujuan saya menceburi bidang ini adalah untuk mencari rezeki dan mengembangkan bakat. Mungkin satu kelebihan adalah apabila saya bernaung di bawah AUR yang menyediakan saya dengan pelbagai platform dan ruang untuk mengetengahkan diri saya. Itu saja.

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.