ChatRoom

Wednesday, November 5, 2008

Jawablah!: Bukan anak emas

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my

NUBHAN nafi bersikap sombong dan berlagak dengan rakan artis dalam sebuah majlis hiburan baru-baru ini.

Nubhan menjelaskan dilayan sama rata dan sikapnya yang pemalu menjadikan dia dianggap sombong

BELUM setahun jagung menceburi bidang seni, sudah banyak cerita buruk mengenai bintang realiti yang seorang ini sampai ke telinga wartawan. Rasanya sejak melangkahkan kaki dari sangkar emas Akademi Fantasia, berita kejayaan Nubhan seiring dengan cerita peribadinya yang memang tidak sedap untuk di dengar.

Menerusi ruangan gosip, Normah Becok sebelum ini, khabarnya, jejaka dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini sombong dan tidak suka bergaul dengan orang disekelilingnya. Malah, nama Nubhan juga dikaitkan sebagai punca pembubaran Ning & Associates.

Spekulasi itu timbul berikutan dakwaan kononnya tumpuan yang berlebihan diberikan kepada Nubhan oleh pengurusnya, Vernon menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati kepada Ning Baizura kerana ia menunjukkan Vernon bersikap berat sebelah.

Namun, segala dakwaan ini segera dinafikan jejaka berusia 22 tahun ini. Duduk bersembang dengannya ketika majlis Kemuncak Aidilfitri bersama bintang AF di Dewan Tun Rahah baru-baru ini, Nubhan mengakui dakwaan sebegitu mengejutkan dirinya.

Sambil menyifatkan dirinya masih lagi hijau dalam bidang ini, Nubhan menjelaskan mana mungkin dia bersikap sedemikian kerana sedar hal seperti itu boleh membunuh kerjaya seninya. Namun, sebagai seorang penyanyi baru, dia perlu menghadapi situasi seperti itu kerana ia boleh mematangkan dirinya.

Hip: Apa perasaan Nubhan apabila membaca cerita mengatakan Nubhan sombong dan tidak mahu bercampur dengan artis lain?

Nubhan: Memang terkejut sangat baca artikel itu apabila saya dikatakan sombong dan berlagak. Iyalah mana tak terkejut kerana ada orang yang pertikaikan sikap saya. Sebenarnya saya tidak pernah menyombong diri atau berlagak dengan sesiapa. Malah pada hari itu, saya turut menegur artis senior yang lain seperti Izwan Pilus. Kalau ada pun artis senior yang saya tak kenal, saya tetap bersalaman dan melemparkan senyuman. Kalau betullah saya berlagak, tentunya saya tak akan ikut atur cara yang disediakan. (Tapi) saya tetap ikut segala perancangan tanpa rungutan. Jadi saya hairan macam mana orang boleh tuduh saya berlagak.

Hip: Mungkin orang tak tahu siapa Nubhan sebenarnya dan bagaimana sikapnya?

Nubhan: Itulah, mungkin orang ingat saya ini jenis yang boleh tegur orang secara selamba. Sebenarnya tidak. Saya ini agak pemalu. Kalau mereka yang saya tak kenal, memang saya malu nak bertegur. Lagipun tak manis kalau baru kenal saya mula hendak berlebih-lebihan. Nanti apa pula orang kata? Memang menjadi sikap saya, kalau saya kenal betul-betul seseorang itu, barulah saya selesa untuk berbual dengannya. Namun itu tak bermakna yang saya ini sombong.

Hip: Bagaimana Nubhan menerima kritikan itu?

Nubhan: Saya melihatnya dari sudut yang positif. Sebagai artis tak semua orang suka kita dan begitulah sebaliknya.Tapi saya akui, semua teguran ini akan saya jadikan satu pengajaran yang berguna pada masa akan datang. Ia juga mengingatkan saya supaya lebih mesra serta tahu membawa diri apabila berada di mana-mana majlis.

Hip: Mengenai gosip yang mengatakan Nubhan menjadi punca Ning dan Vernon 'berpisah'? Boleh ulas sikit.

Nubhan: Ini adalah satu perkara yang tidak betul. Kerjasama antara Ning dan juga Vernon sudah terjalin lebih sepuluh tahun lamanya. Malah, jatuh bangun syarikat Ning & Associates sama-sama mereka hadapi. Tak mungkin disebabkan Nubhan semuanya menjadi goyah. Sebenarnya, memang Ning sendiri ada berpesan pada Vernon supaya menjaga saya dengan baik memandangkan saya adalah orang baru dalam bidang ini dan masih mencari tapak. Ning juga banyak memberi nasihat kepada saya bagaimana hendak menjadi penyanyi yang berjaya. Lagipun saya tak rasa Vernon mengabaikan penyanyi AUR yang lain seperti Nikki dan Yanie. Dia tetap memantau juga perjalanan karier mereka. Kalau hendak kata Nubhan ada masalah dengan Ning, tak juga sebab sekarang ini pun, kalaulah Nubhan ada masalah, Ning masih sedia membantu.

Hip: Melihat kepada layanan yang diberikan Vernon pada Nubhan, banyak keistimewaannya berbanding yang lain. Apakah Nubhan sebenarnya anak emas AUR?

Nubhan: Saya tak rasa saya anak emas AUR. Saya dilayan sama macam penyanyi lain. Kalau saya silap, tetap kena marah dengan Vernon. Tak ada bezanya pun.

Hip: Walaupun Nubhan cuma meraih tempat ketiga sewaktu AF6, tapi populariti Nubhan begitu melonjak berbanding juara AF6 itu sendiri?

Nubhan: Oh ya ker? Saya tak rasa pun yang saya lebih popular dari sesiapa. Tujuan saya menceburi bidang ini adalah untuk mencari rezeki dan mengembangkan bakat. Mungkin satu kelebihan adalah apabila saya bernaung di bawah AUR yang menyediakan saya dengan pelbagai platform dan ruang untuk mengetengahkan diri saya. Itu saja.

6 comments:

emasgunung said...

nubhan, good job! :)

caca said...

bagusnye.. after kene gosipp, mesti ade coverage balik..

Anonymous said...

den x suko la reporter asyik banding2kan nubhan ngan stacy...
klu stacy kurang popular dr nubhan xkan la lagu die still kekal dlm carta era ngan muzik2...
i hope bnda ni xkan renggangkan hubungan dorang...
i love sabun so much!!!

KakMas said...

AKAK PUN SETUJU ANONYMOUS. BENDA NI X PERLU DI 'COMPARE'...MAAFLAH KALAU AKAK SEBUT BBRP ARTIS AF DULU, ADA YG COMPARE NGAN SI JUARANYA (KECUALI MAWI) KONON LEBIH POPULAR... TAPI KINI???? KINI LAGU2 MILA SERING BERKUMANDANG DI RADIO... YG DIKATAKAN POPULAR ITU, DI MANA SUDAH??? DULU BOB, AIZAT, ORG PANDANG SIPI-SIPI JE TAPI KINI??? LAGU MEREKA YANG ADA BERKUMANDANG DI RADIO....SO LEBIH POPULAR @ TAK...TAK PERLU TIMBUL SEBENARNYA. INDUSTRI SENI INI ADA PASANG SURUTNya. KALAU KITA REFER DI AKHBAR METRO SENDIRI... MULA2 DULU DIKATANYA STACY YG KURANG DAPAT SHOW TAPI BARU2 INI DIKATANYA NADIA PULA YANG KURANG SHOW....MACAM MANA TU? BKN SAJA HUBUNGAN SABUN YG BOLEH TERGANGGU, HUBUNGAN ANTARA PEMINAT JUGA AKAN TERUSIK. AKAK TidAK AKAN BERANI MENGATAKAN NUBHAN LEBIH POPULAR DARIPADA STACY BEGITU JUGA SEBALIKNYA. 1 HARI NANTI, ANGGAPAN INI AKAN BERTUKAR SEBENARNYA... SENDIRI MAU INGAT LAH....

SABUN FOREVER!

Anonymous said...

btol tu..
x yah la nk compare populariti dorang..
dorang ade fans masing2..
x trmasuk lg sabunians yg mmg minat dorang brdua tahap royan kan..hehe..
klu stacy x popular takkan la die jd jore af ngan 43% undi..
nubhan plak coz lagu ada utkmu, populariti die mlonjak naik..
so x yah nk compare2..
yg plg pnting kite trus undi dorang lpas ni kt anugerah bintang popular n anugerah2 lain..
yg trdekat ni juara lagu kan..
msti kite nk tgk sabun seiring sejln kt red carpet juara lagu tu kan..
cube bayangkn sabun briringan kt red carpet tu..
wah!!!den la org yg plg hepi!!
trlebih sudah den ni..hehe..

Anonymous said...

Plz don't compare...
We love both of them...
Sabun ada bakat dan aura tersendiri...

Tak sabar ni...nak beli album mereka!!! AUR & Meastro tlg cepat sikit ye..

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.