ChatRoom

Thursday, December 25, 2008

Nubhan @ Bowling Shawal FC

Pagi td Nubhan telah menyertai satu pertandingan bowling yg telah dianjurkan oleh ShawalFC bertempat di Ampang Superbowl, Summit USJ. Nubhan bermain utk pasukan NubhanFC. Pasukan NubhanFC telah mendapat tempat yg ke-13 dan ke-26. Nubhan telah mendapat hadiah "Player Paling Cool". NubhanFC juga telah mendapat tempat ke-2 bagi kategori "Pasukan Paling Havoc". Congrats to Nubhan n NubhanFC. Cayalah! Sementara menunggu result diumumkan, Nubhan telah menyampaikan lagu Hanya Engkau Yang Mampu bersama dgn Toi. Enjoy the pics below. More pics at halida@halle.






Sunday, December 21, 2008

Nubhan @ HAI Anniversary Party

Ptg td Nubhan telah membuat persembahan di HAI Anniversary Party at Summit USJ. Nubhan telah menyampaikan 2 buah lagu iaitu Generasiku dan Terima Kasih Cinta. Nie ade afew pics taken mase event. Enjoy!






SABUN @ mag mangga edisi januari 2009


credit to aryzana

Saturday, December 20, 2008

Stacy @ Christmas Party Celebration

Semalam telah berlangsung Stacy Christmas Party Celebration @ Atlantis Restaurant, Penampang, Sabah. Stacy telah menyampaikan 3 lagu solo iaitu Ayat-ayat Cinta, Aku Stacy, dan Gagap. Beliau juga telah berduet dgn abg nye sendiri Chaq menerusi lagu Sayang. Nie ade gambar sket di sekitar majlis tersebut. All pics credit to nucy_loves.






Friday, December 19, 2008

Soseh Soseh: Kasih kembali bertaut?

Harian Metro Online
RAP

ADAKAH masih ada cinta di hati juara bintang Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6), Stracie Angie Anam (Stacy) terhadap pemenang tempat ketiga rancangan realiti TV itu, Ahmad Nubhan (Nubhan)?Nak diikutkan hubungan cinta pasangan ini bukanlah baru, ia sudah digembar-gemburkan sewaktu mereka berada dalam AF6 lagi. Namun, apabila perkara ini ditanya kepada mereka sebaik keluar dari Akademi kedua-duanya lebih senang menyatakan mereka berkawan rapat. Sebenarnya sebaik keluar daripada AF6, kemesraan antara Stacy dan Nubhan memang jelas kelihatan, malah peminat sendiri menyedarinya. Manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan menentukan segala-galanya. Hubungan cinta pasangan ini bergolak selepas tujuh bulan mereka bersama. Ketiadaan Stacy datang melawat Nubhan di hospital kerana menghidap sakit tulang belakang Ramadan lalu dikatakan menjadi faktor kepada perpisahan mereka berdua.

Terbaru ada sumber rapat memberitahu kepada SS pasangan ini sudah 'mencantum' kembali kasih yang terputus dan ia berlaku baru-baru ini.Menurut teman rapat, Stacy dikatakan mahu kembali ke pangkuan Nubhan dengan alasan dia tidak dapat melupakan saat manis sepanjang menjalin hubungan cinta dengan jejaka berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu.SS yang mendengarkan penjelasan teman rapat dua artis muda ini sendiri turut terkejut. Begitu romantis alasan diberikan Stacy.Bagaimanapun, cerita teman pasangan ini lagi, Nubhan mahupun Stacy kalau boleh tidak mahu hubungan yang terjalin kembali diketahui ramai kerana bimbang nanti menerima tekanan dari luar sekali gus menyebabkan cinta mereka sekali lagi berantakan.

SABUN @ Photoshoot Mangga

Tgh hari smlm Stacy n Nubhan berada di Quality Hotel utk menghadiri photoshoot majalah Mangga. Utk melihat gambar n mengetahui cerita nye lebih lanjut nantikan keluaran khas utk valentine pada Febuari nanti. Nie ade 1 pic dr photoshoot tue...preview sket je...

pic credit 2 vern@mrmanager

Lastly, thanks again to vern@mrmanager for this lovely pic from SABUN wishing all their christian fans a very Merry Christmas!

Wednesday, December 17, 2008

SABUN @ Shooting Katanya

Pagi smlm Stacy n Nubhan ada shooting utk rancangan Katanya iaitu sebuah program baru yg sebelum ini diberi nama Fail Sulit. Rancangan ini akan disiarkan tahun depan dlm bulan Januari. Nak tau apakah soalan2 yg ditanya kepada Stacy n Nubhan? Dan apakah jawapan mereka berdua? Saksikan kemunculan Katanya di Astro Ria nanti! Enjoy pics below...all pics credit to vern@mrmanager. More details go to http://mrmanager.blogspot.com




Monday, December 15, 2008

Stacy @ HOT FM Mini Jam, Segamat, Johor

Pada hari sabtu lepas 13/12/08, Stacy telah berada di HOT FM Mini Jam, Segamat, Johor. Beliau telah menyampaikan dgn 4 buah lagu iaitu Tak Ada Logika, Ayat-ayat Cinta, Gagap, dan Aku Stacy. Persembahan Stacy seperti biasa mmg mantapppssss. Ok la nie ade gambar sket...more pics at halida@halle




Nubhan @ Gadis dan Jejaka I-Remaja 08 and HAI Road Tour

Nubhan telah membuat persembahan di Final Pencarian Gadis and Jejaka I-Remaja 2008 at Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah pada hari sabtu lepas 13/12/08. Beliau telah menyampai kan 3 buah lagu iaitu Generasiku, Ada Untukmu, dan Terima Kasih Cinta.



Kemudian pada keesokan harinya pula, Nubhan telah membuat persembahan di HAI magazine Road Tour with HOT FM at Seremban. Beliau telah menyampaikan 3 buah lagu iaitu Generasiku, Gadis Melayu, dan Ada Untukmu.



All pictures credit to vern@mrmanager. For more pictures and stories go to http://mrmanager.blogspot.com

Sunday, December 14, 2008

Terpegun persembahan Stacy

Ruangan Surat dari Pembaca, Pancaindera
Ahad, 14 Disember 2008

ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera,

Saya amat terpegun dengan persembahan Stacy baru-baru ini sempena Jom Heboh di Pulau Pinang. Persembahan yang ditonjolkan oleh Stacy menerusi dua buah lagu iaitu When I Grow Up, nyanyian asal dari *****cat Dolls dan Aku Stacy amat bertenaga.

Tidak salah kalau saya mengatakan yang Stacy boleh diibaratkan seperti penyanyi dari seberang iaitu Agness Monica. Ini kerana persembahan yang disertakan tarian oleh Stacy amat menarik sama seperti Agness Monica yang sentiasa bertenaga membuat persembahan.

Stacy mempunyai bakat yang besar, Oleh itu, saya berharap agar tidak disia-siakan. Kepada Stacy, saya berharap agar anda terus berusaha menempatkan diri anda di bidang seni ini.

sabunians - Ipoh, Perak

Stacy, Nubhan bercinta?

pic credit to halidahalle

Ahad,14 Disember 2008,

Ruangan Alkisah, B POP
Oleh Raja Nurfatimah Mawar

Sukar meneka rahsia hati mereka, namun hakikatnya Stacy dan Nubhan sedang dilamun cinta. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang, nampaknya Stacy mahupun Nubhan bijak menyembunyikan kisah percintaan mereka.

Hubungan intim mereka kini makin menjadi bualan mulut ramai, namun pasangan yang dipertemukan dan mulai jatuh cinta ketika dalam Akademi Fantasia(AF) musim lalu itu masih berteka-teki dengan peminat.

Sumber yang rapat dengan mereka memberitahu, Stacy mahupun Nubhan sedang mengenali hati budi masing-masing. Sejauh manakah hubungan mereka tak dapat dipastikan, hanya empunya diri yang tahu. Sejak keluar AF, hubungan yang dulu hanya 'teman tapi mesra' kini sudah bertukar menjadi pasangan kekasih.

Raja tak menolak kebenaran cerita ini kerana Raja dapat rasakan ada cinta di mata Nubhan dan Stacy tatkala Raja bertanyakan kebenaran hubungan cinta mereka. Sudah tentu jawapan daripada mulut mereka hanya sekadar teman rapat, tetapi Raja dapat membaca isi hati mereka. Cahaya pada mata mereka sudah menjawab segala persoalan.

Pernah suatu ketika Raja menemubual Nubhan, telefon bimbit tak berenggang dalam genggaman tangannya. Jari jemarinya sentiasa membalas SMS. Seorang teman berbisik pada Raja, kekasihnya la tu..siapa lagi kalau bukan Stacy. Hah,siapa nak jawab?

Kesempatan bertemu Stacy baru-baru ini, Raja tak ketinggalan bertanya soalan cepuemas padanya. Sejauh manakah hubungannya dengan Nubhan kini?

Stacy beritahu Raja, dia memang menyayangi Nubhan tetapi hingga kini, hubungan mereka hanya sekadar 'teman tapi mesra'.

Kata Stacy:

"Saya dan Nubhan memang rapat. Dan hari ini, dialah teman saya yang paling rapat. Namun hubungan kami bukanlah atas dasar cinta, kami hanya teman tapi mesra. Belum ada bibit cinta di hati saya mahupun Nubhan. Sejak AF hingga hari ini, saya memang selesa dengan Nubhan. Mungkin kerana keakraban kami, ramai yang tersalah anggap, ingat kami bercinta. Nubhan pandai mengambil hati saya dan dia tahu apa yang saya suka dan sebaliknya.Biarlah kami mengenali hati budi dulu, kalau ditakdirkan kami bercinta dan bertemu jodoh, saya tak menolak kerana bukan mudah nak mencari lelaki baik, ikhlas serta menerima baik buruk saya seadanya.Cuma buat masa ini, saya dan Nubhan lebih selesa berkawan dulu. Lagipun kerjaya nyanyian kami baru bermula, biarlah saya menumpukan perhatian dalam bidang nyanyian. Soal cinta dan jodoh, biarlah Tuhan yang menentukan"

Baguslah Stacy, kalau sudah jodoh tak ke mana. Yang penting, tumpuan perhatian pada kerjaya nyanyian yang baru bermula. Cinta boleh dicari, kerjaya pula Stacy perlu mencorakkan sendiri. Kalau sudah angau bercinta, esok kerjaya entah ke mana, Stacy pula entah ke mana.

Saturday, December 13, 2008

STACY@ semifinal POP ROCK: layak ke FINAL

congrats Stacy sebab dh melayakkan diri ke final AJL!!!!!!!!!

Persembahan Stacy semalam mmg hebat,gempak,bertenaga!!!!!!!!!!!
great showmanship!!
penampilan stacy cantik and cute sekali!!

SABUNIANS berbangga sebab stacy layak ke final..she really deserved it!!!

SABUNIANS mendoakan kejayaan Stacy di final AJL tahun depan..
we'll be supporting you..
SABUNIANS ada untukmu Stacy..wah!!

WE ARE PROUD OF YOU STACY!!!!
ANDA MMG BINTANG YG BERGEMERLAPAN!!!



credit to izah1237

pics at halida@halle

Saturday, December 6, 2008

Nubhan@Semi Final Muzik Muzik Kategori Balada

Congrats to Nubhan because yesterday he did a good job! Sabunians semua bangga ngan Nubhan. Walaupun tak dpt masuk final...tp persembahan nubhan smlm mmg telah membuka mata hati n minda org yg Nubhan mmg boleh nyanyi dgn baik sekali. Peluang dan rezeki Nubhan masih terbuka luas dlm industri ini...never look back...this is not the end...this is just the beginning. Sabunians sentiasa ada bersama Nubhan selamanya! You really made us proud! Anyway...for more stories and pics go to http://mrmanager.blogspot.com


credit to nubhani

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.