ChatRoom

Thursday, February 12, 2009

Si Nakal Stacy

Oleh : Mohamad Zikirullah Zolkefli (zikir@jomstar.com)
Foto : Aizzul A. Majid

Bertenaga dan berkarisma. Itulah yang boleh diperkatakan kepada gadis yang memiliki wajah ke anak-anakkan, Stacy. Memiliki bakat yang tidak boleh dipertikaikan lagi, bekas juara Akademi Fantasia musim ke 6 ini terus melebarkan sayapnya dalam industri muzik apabila berjaya menjadi finalis Anugerah Juara Lagu ke 23 dalam kategori Pop Rock menerusi lagu 'Aku Stacy'. Baru-baru ini Jomstar.com telah menjemput artis berbakat besar ini ke studio Jomstar.com untuk sesi temuramah dan fotografi.

Ikuti perbualan diantara Jomstar.com dengan artis kecil molek, Stracie Angie Anam, atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Stacy.

Jomstar.com : Hai Stacy, apa khabar?
Stacy : Khabar baik...

Jomstar.com : Jadi Stacy apa perkembangan terbaru u sekarang?
Stacy : Oh..Stacy sekarang ni sedang menanti tarikah untuk 'release' album yang akan dipasarkan tak lama lagi. Judul album pun Stacy tak tahu lagi, jadi tunggulah waktu launching nanti...

Jomstar.com : U masih baru dalam industri muzik Malaysia, tetapi kejayaan u menjadi finalis dalam Anugerah Juara Lagu yang lalu membuka mata banyak pihak bahawa u seorang penyanyi yang amat berbakat. Bukan senang untuk seorang artis muda untuk menjadi finalis AJL, tetapi u berjaya. Boleh komen sikit?
Stacy : Stacy memang tak harap apa-apa waktu first time masuk AJL. Tapi bila diorang cakap yang lagu 'Aku Stacy' berjaya masuk Final AJL, Stacy betul-betul terkejut. Stacy tak sangka lagu Stacy terpilih. Stacy bersyukur sangat-sangat time tu. Yelah bukan senang nak masuk AJL kan? Lebih-lebih lagi jadi finalis.

Jomstar.com : Adakah Stacy mengharapkan lagu 'Aku Stacy' akan jadi juara?
Stacy : Takde lah bang. Stacy tak pernah mengharap nak jadi juara. Sebab Stacy tahu, lebih banyak orang yang masuk AJL ini yang layak. Dah jadi finalis pun dah cukup baik.

Jomstar.com : Stacy tak sedih ke lagu 'Aku Stacy' tak berjaya jadi juara? Sedangkan waktu Akademi Fantasia, Stacy juara.
Stacy : Ape ni bang (tergelak). Stacy tak kesah laa, yang penting Stacy dah ada pengalaman yang cukup bermakna dapat menyanyi di pentas AJL.

Jomstar.com : Oklah Stacy adakah u akan berlakon kalau ditawarkan untuk berlakon dalam filem atau drama?
Stacy : Alah bang tak payah tunggu tawaran berlakon bang, memang Stacie dah lama berlakon tau...

Jomstar.com : Dah lama berlakon? Aik tak pernah dengar pon Stacy ada terima tawaran berlakon...produksi mana Stacie berlakon???
Stacy : Produksi Rumah Stacie laaa.......kalau abang nak tahu Stacy setiap hari berlakon, tak payah nak pakai-pakai skrip.

Jomstar.com : Cis..ingat kan betul-betul. Jap kat rumah Stacy berlakon?? Berlakon dengan sapa?
Stacy : Dengan sedara dan kawan serumah Stacy (sambil tersenyum.) Diorang semua suka berlakon.

Jomstar.com : Selalu Stacy pegang watak camna kalau berlakon?
Stacy : Mestilah yang paling nakal dan paling banyak mulut. Stacy ni suka bercakap tau bang. Stacy suka buat bising.

Jomstar.com : Senang cerita Stacy ni mulut kepoh laaa?
Stacy : Ada lagi bang kepoh campur laser.....

Jomstar.com : Laser??? Ade macam Diva Laser Azwan Ali ker???
Stacy : Takdelaa sampai macam tu....Abang Azwan tu orang lama.....tapi kalau kat rumah Stacy ni lah yang paling laser.

Jomstar.com : Ape dari dulu lagi ke Stacy dah me'laser'?
Stacy : Ahaa, sejak dari sekolah lagi. Kalau abang nak tahu, ada sekali tu Stacy kena kutuk dengan budak lelaki, dorang kutuk Stacy macam-macam. Oleh sebab Stacy dah tak boleh tahan, Stacy terus 'laser' dorang sampai dorang diam.

Jomstar.com : Kalau tengok laa kan dengan apa yang Stacy cakapkan ni Stacy boleh tahan juga nakal ye??
Stacy : Alah Stacy memang nakal lah bang. Stacy suka usik sedara dan kawan Stacy bila diorang ada kat rumah. Senang cerita kalau tak kacau diorang dalam sehari, Stacy tak boleh tenang punya.

Jomstar.com : Dulu Stacy tak terkenal, sekarang Stacy dah terkenal....jadi macam mana penerimaan kawan-kawan yang pernah menyakat Stacy sekarang?
Stacy : Oh...(tergelak) dorang sekarang bila jumpa Stacy semua rendahkan suara. Sampai Stacy naik pelik. Ada sekali tu Stacy tanya balik dekat dorang kenapa dorang macam tu, dulu tak macam tu pun. Dorang tak jawab...hihihi. Tapi geli hati laa kan bila diorang buat cam tu. Stacy rasa macam pelik je...

Jomstar.com : Stacy saya tengok u bukan main bertenaga bila menyanyi. Tapi tu memang dah tak jadi hal sebab ramai artis kat Malaysia ni vokal diorang mantap-mantap. Cuma yang peliknya macam mana u menyanyi dalam masa yang sama u kena menari pulak. Tak semput ke u menyanyi dan menari sekali?
Stacy : Semput tu tak pastilah tapi Stacy memang jaga stamina. Kadangkala Stacy akan keluar jogging bersama kawan-kawan dan sedara di taman untuk bersenam. Dalam seminggu tu adalah dua tiga kali Stacy keluar jogging.

Jomstar.com : Oklah Stacy terima kasih banyak-banyak kerana sudi meluangkan masa untuk ditemuramah oleh jomstar.com.
Stacy : Stacy pon begitu juga.....

Biodata Stacy
Nama Penuh : Stracie Angie Anam
Nama Timangan : Putet
Bangsa : Kadazan
Status : Bujang
Umur : 18 tahun
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh Lahir : 18 Ogos 1990
Tinggi : 155cm
Berat : 51kg
Idola : Christina Aguilera, Felix AF3
Hobi : Menyanyi, menari

7 comments:

Anonymous said...

si nakal STACY!!!
memang nakal..hikhik!!

Anonymous said...

SABUNIANZ sume!!
jom kite gempur SABUN kt ABP!!!
den jeles ngan rianz yg brkerjasama vote 4 ria..
skodeng kt blog dorang..

Anonymous said...

comel gilak sa ni untung bun
hihihihihihi

~airsunga~

Anonymous said...

stacy ni,
makin hari makin lawa ;)

Anonymous said...

laa..nk kena daftar ke??,,...
sape2 yg dah bca smbungannyer tu,cite r ckit aper yg dier tulis...


l0ve stacy n nubhan,mkin lama dua2 mkin c0mel....

Anonymous said...

ek eh...skodeng ye....hehehe... berita ni ada kat umah stacy kat forum.cari...(bg yg tak tau lagi la.... Pi la skodeng kat sana...hehehe...



TonZ

miesya said...

very the international look..hehe..makin cantik..>_<

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.