ChatRoom

Tuesday, March 31, 2009

ABPBH 2008: Tabik Batu Pahat

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my

Destinasi kelima siri jelajah ABPBH 2008 terus dapat sambutan hangat ketika hari kemuncaknya semakin hampir

ANDAI kembara penjelajahan promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008) sebelum ini hanya bertandang seketika tanpa membawa agenda besar di bandar yang pesat membangun di selatan tanah air, Batu Pahat namun suasana itu berubah, pada Ahad petang yang lalu.

Barangkali sebelum ini, kehangatan suasana siri promosi ABPBH hanya akan dirasai jika memandu ke Johor Bahru atau Melaka, namun hela nafas lega warga Batu Pahat mula kedengaran pada petang yang cukup mendamaikan itu. Malahan sejak jam 10 lagi, sudah ramai yang mengunjungi kompleks ini seolah-olah tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat 10 finalis di pertandingan akhir Bintang Idola Berita Harian (BIBH), iaitu sebahagian daripada acara penjelajahan promosi ABPBH2008 di Batu Pahat.

Bandar yang barangkali dulu kurang diberi perhatian untuk promosi acara hiburan besar dan berprestij seperti ABPBH, kini Batu Pahat mampu mendabik dada apabila tarikan kuat yang ada di lokasi ini berjaya membawa nama popular mendekati warga di situ.

Memilih Batu Pahat Mall sebagai destinasi kelima siri promosi jelajah ABPBH 2008, selepas Village Mall, Sungai Petani; Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor Bahru; Mydin Mall, Kuala Terengganu dan Kuantan Parade, Pahang sebenarnya membawa makna yang besar kepada acara hiburan popular ini.

Apakan tidak, acara yang memasuki edisi ke-22 penganjurannya ini berjaya mengumpul 20 artis popular dan sedang mencipta nama untuk bersama memeriahkan siri promosi kedua di Johor selepas Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, pada 7 dan 8 Mac lalu.

Pada awalnya, kebanyakan finalis tertanya-tanya sesama sendiri sejauh mana Batu Pahat Mall mampu menghangatkan bahang ABPBH 2008 yang kian terasa.

Namun segala keraguan dan kegusaran yang bersarang di hati mereka seakan dibawa pergi tatkala kesemua finalis melangkah ke pintu masuk pusat beli belah itu.

Ternyata pusat membeli belah ini juga berkongsi keghairahan menanti detik kemuncak acara yang akan berlangsung penuh gemilang di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 12 April depan.

Dibanjiri lebih lebih 6,000 peminat yang bertali arus memenuhi segenap penjuru di ruang legar Batu Pahat Mall, membuktikan betapa perjuangan serta kesungguhan anak seni untuk memartabatkan karya kreatif masing-masing dipandang serius oleh mereka yang menghargai serta mencintai seni.

NUBHAN bergambar kenangan bersama peminat dalam kereta Grand Livina.

Pastinya di sini, di Batu Pahat Mall memahatkan memori paling manis untuk dikenang, bukan saja kepada pencinta industri hiburan malah barisan finalis ABPBH 2008 yang begitu teruja menanti detik untuk bersama peminat tersayang.

Biarpun siri promosi bermula, bagaimanapun aura kehangatan ABPBH 2008 terus meresapi sebaik rombongan yang sebelum itu menjamu selera di MK Café & Bistro, The Summit melangkah ke ruang legar Batu Pahat Mall.

Riak wajah teruja jelas terpancar di wajah nama yang menyertai acara ini kerana tidak menyangka kehadiran mereka disambut penuh meriah di Batu Pahat Mall.

Lantaran keterujaan untuk menyaksikan wajah kesayangan yang selama ini hanya ditatap di dada akhbar atau kaca televisyen dan layar lebar, peminat mula berebut untuk bersalaman dengan bintang kegemaran mereka.

Dalam suasana yang kurang selesa, selain kawalan ketat dipertingkatkan untuk keselamatan finalis namun siri promosi ABPBH 2008 berjalan lancar seperti yang direncanakan.

Bayangan kepuasan kepada semua finalis

SEPERTI kata Stacy yang namanya dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular serta pertama kali menyertai siri promosi ABPBH 2008, dia mengakui akan suasana baru yang ditempuhinya.

Stacy dalam nada teruja mengakui, agak terkejut dengan sambutan di luar dugaan sekali gus menyuntik semangat untuk memberikan yang terbaik kepada penonton.

Membawakan dua lagu, Stacy menggamat suasana apabila beraksi lincah ketika menyampaikan lagu Pakai Buang dan Gagap diiringi dua penari yang dibawa khas dari Kuala Lumpur.

“Jika saya tahu sambutan hebat seperti ini, pastinya saya tidak ingin melepaskan peluang mengadakan persembahan di semua destinasi siri promosi ABPBH 2008.

“Disebabkan terlalu seronok dengan promosi ini, saya dari awal sudah menyatakan persetujuan untuk bersama pada siri promosi terakhir di Klang Parade pada 4 dan 5 April nanti,” katanya.

Keseronokan yang sama turut dikongsi finalis Artis Baru Wanita Popular, Lisa Surihani yang melihat siri promosi ABPBH 2008 membuka ruang untuk dirinya lebih mendekati peminat.

Biarpun masih kekok dengan suasana baru itu, Lisa tidak melepaskan peluang untuk bermesra dengan peminat lantaran kesempatan itu jarang diperoleh tatkala berada di ibu kota.

Dek menghargai peminat juga, finalis Pengacara TV Lelaki Popular dan Penyampai Radio Lelaki Popular, Aznil Nawawi turut bermurah hati mempersembahkan dua lagu popularnya, Toyol dan Jangan Cepat Marah.

Lebih menarik, Aznil turut bermurah hati dengan bersedekah kepada peminat cilik yang turut sama memeriahkan persembahannya.

Biarpun jumlahnya tidak besar, namun penghargaan itu membuktikan betapa Aznil menghargai mereka yang selama ini begitu setia menyokong perjuangan seninya.

Siri promosi kali ini juga menarik anak jati Johor yang pernah tiga kali dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Mawi untuk turun padang .

Ditemani isteri tercinta, Ekin, Mawi mengambil kesempatan itu untuk memperkenalkan rangkaian lagu terbaru yang dipetik daripada album, Allah Habeebi.

Berlangsung lebih empat jam, siri promosi itu turut menyaksikan kehadiran nama popular dan berpengalaman seperti Saiful Apek, Fahrin Ahmad, Vanidah Imran, Farid Kamil, The Fabulous Cats dan Kenchana Dewi.

Tidak melepaskan peluang untuk bersama pada acara yang meninggalkan momen indah kepada semua finalis ialah barisan bintang muda yang sedang mencipta nama seperti Ayu (OIAM), Aiman, Faizal Tahir, Liyana Jasmay, Juliana Evans, Nubhan, Aizat dan Estranged.

Antara lagu yang diperdengarkan kepada peminat pada petang itu adalah Sampai Syurga dan Gemuruh daripada Faizal Tahir, Hanya Di Mercu (Ayu OIAM), Hanya Kau Yang Mampu (Aizat), Ada Untukmu dan Jatuh Cinta Lagi (Nubhan) serta Yang Pernah (Estranged).

Corat- coret:

STACY tidak datang sendirian sebaliknya membawa bersama dua penari latar untuk mengiringi persembahannya. Sebagai mana ligat dan lincah dia di pentas, begitulah Stacy di luar. Dia tidak betah duduk lama di dalam bas lalu ada saja aktiviti yang dilakukan untuk menghilangkan rasa bosan.

ABPBH 2008: Nikmat dihargai

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.mySatu pencapaian besar walaupun sekadar finalis ABPBH2008

SERING populariti dikaitkan dengan paparan kisah hangat dan kontroversi yang pantas melonjakkan nama seseorang insan seni.

Seakan membawa konotasi negatif, populariti juga acap kali dilihat sebagai ujian yang menduga sejauh mana anak seni itu mampu menangani seterusnya mempertahan kekuatan dan keperkasaan mereka untuk mara ke puncak.

Bagaimanapun, barisan nama yang sedang mekar dan mengharum dalam industri hiburan tempatan ini meniti laluan sebaliknya.

Mereka tidak bersandar kepada populariti kosong yang akhirnya memusnahkan kepercayaan khalayak kepada kemampuan sebenar.

Sebaliknya setiap mereka merasai semua nikmat itu atas usaha dan dedikasi jitu apabila mengambil keputusan untuk melangkah dalam onak serta duri dunia hiburan.

NUBHAN, Aizat, Liyana dan Juliana bakat muda di pentas seni tanah air.

Bagi finalis Artis Baru Wanita Popular, Scha Al Yahya melihat pencalonannya dalam ABPBH 2008 sebagai penghargaan dan perakuan peminat terhadap usaha serta kerja kerasnya selama ini .

Pencalonan itu juga kata Scha, memberi makna yang cukup besar kerana selain memberi bonus untuk melonjakkan karier seninya malah turut melambangkan keakraban kolaborasinya dengan pihak media.

“Ia memberi kepuasan kepada Scha kerana bukan mudah untuk membolosi Top 5 daripada senarai panjang nama yang dicalonkan untuk kategori ini. Ia juga pencapaian terbesar sekali gus membuat Scha terharu kerana peminat menghargai dan menerima kehadiran Scha dalam bidang ini,” katanya.

Pencalonan itu juga dianggapnya sebagai kuasa ‘tendangan penalti’ kerana namanya hanya menyerlah sekitar hujung tahun lalu apabila drama bersiri, Awan Dania menerima pujian ramai.

“Pencapaian ini adalah sesuatu yang di luar dugaan kerana pada penilaian Scha, masih terlalu awal untuk Scha berada dalam senarai besar itu. Scha sangat berterima kasih kepada peminat yang melihat bakat yang ada dalam diri ini,” katanya terharu kerana filem seperti Antoo Fighter dan Histeria membantu menyerlahkan lagi namanya kepada pencinta seni.

Suatu yang cukup memberi makna kepada pelakon dan pengacara berusia 26 tahun ini, pencalonan itu juga memberinya ruang untuk berdiri di atas kaki sendiri tanpa perlu bersandar kepada populariti aktor, Fahrin Ahmad yang dikaitkan dengan dirinya.

“Scha mahu menjadi diri Scha secara individu dan alhamdulillah, semua itu tercapai menerusi pencalonan ini,” katanya.

Andai dulu, segala kemanisan sebagai anak seni popular hanya menjadi igauannya tetapi kini, jalan ke puncak sedang terbentang untuk si kecil molek, Stacy atau nama sebenarnya, Stracy Angie Anam.

Tidak ramai yang tahu sebelum segala kemanisan itu dikecapi, Stacy terlebih dulu menahan pelbagai kepahitan dan kepedihan untuk menggenggam cita-citanya.

“Saya pernah menyertai pelbagai pertandingan sampai ada yang datang bertanya, tidak malukah mahu turut serta lagi? Ada yang pernah berkata, carilah kerja lain kerana mungkin rezeki saya bukan sebagai anak seni.

“Tetapi saya cekalkan hati dan teruskan berusaha kerana kejayaan tidak akan datang bergolek di depan mata. Syukur kerana laluan untuk ke arah itu sudah mula terbuka sejak menjuarai Akademi Fantasia 7,” kata Stacy.

Mendaki tangga kejayaan sebenarnya turut membuatkan penyanyi berusia 18 tahun ini diburu kebimbangan. Stacy gusar jika melakukan kesilapan yang akhirnya memusnahkan segala kerja kerasnya selama ini.

Disebabkan itu, kata Stacy, dia sentiasa berdoa semoga Tuhan memberinya kekuatan untuk menempuh segala dugaan dan tidak lupa mereka yang berada di keliling yang membantu menjulang kariernya.

“Saya sentiasa berhati-hati dalam setiap tingkah laku, malah penghargaan demi penghargaan membuatkan saya mahu lebih berusaha untuk terus memberikan yang terbaik kepada semua.

“Pencalonan dalam ABPBH 2008 ini memberi semangat kepada saya malah mencabar diri untuk melakukan yang lebih baik. Semua ini bagaikan mimpi buat saya,” katanya.

Monday, March 30, 2009

Stacy terima anugerah

Oleh Mohd Azrone Sarabtin
azrone@bharian.com.my

Diangkat sebagai idola belia dan remaja Negeri di Bawah Bayu


JUARA Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6), Stracie Angie Anam atau nama glamornya, Stacy, 19, mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBS) sebagai ikon dan idola belia serta remaja dalam industri hiburan di Negeri di Bawah Bayu.

Pengiktirafan itu dizahirkan menerusi penganugerahan Sijil Penghargaan dalam bentuk plak yang diserahkan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahid kepada anak kelahiran Kampung Tuavon, Penampang itu di Ibu Pejabat KBS di Wisma Muis, Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Sebagai tanda terima kasih, Stacy menyerahkan cakera padat (CD) albumnya yang ditandatanganinya kepada Jahid.

Jahid berkata, pemilihan penyanyi lagu Gagap itu sebagai ikon belia dan remaja Sabah dalam industri hiburan adalah hasil usaha, kerja keras dan ketekunan menimba ilmu serta memperbaiki kelemahan diri sehingga dinobatkan sebagai juara AF6.

Malahan Stacy juga kini turut muncul antara penyanyi muda berbakat besar serta popular.

“Kesungguhan Stacy membolehkannya menempa kejayaan dalam bidang tersendiri iaitu industri muzik dan hiburan tanah air yang membolehkannya diiktiraf sebagai ikon golongan belia dan remaja Sabah.

“Kini Stacy sudah memiliki kerjaya sebagai penyanyi dan perlu terus berusaha untuk mengekalkan pencapaian, sekali gus mencapai lebih banyak kejayaan pada masa depan," katanya.

Pada 24 April 2008, penyanyi kecil molek itu dinobatkan juara AF6 sekali gus menerima hadiah lumayan keseluruhan bernilai RM733,734, iaitu sebuah banglo empat bilik di A Famosa, Melaka (RM550,000), kereta Peugeot 307 XS tajaan Naza Motors Sdn Bhd (RM139,535), wang tunai RM25,000 sumbangan Hotlink, pakej percutian ke Itali tajaan Mayfirst, pakej pelancongan ke New York tajaan Maybelline, Sony Playstation tajaan Astro (RM1,199) bersama trofi AF6.

Sebagai ikon belia dan remaja Sabah, Jahid meminta Stacy supaya menjalani gaya hidup yang baik serta sihat kerana dia ramai peminat meliputi segenap lapisan masyarakat bukan saja di Sabah malah seantero negara.

Pada masa sama, beliau meminta kerjasama peminat penyanyi itu supaya membeli CD tulen bukannya cetak rompak yang bukan saja menyalahi undang-undang malah boleh memusnahkan kerjaya dan masa depan seseorang penyanyi seperti Stacy.

Stacy yang terharu dengan penghargaan KBS berjanji akan tampil dengan identiti bermoral dan sentiasa memberikan yang terbaik kepada peminatnya.

Anugerah KBS turut menjadi perangsang kepadanya untuk memantapkan kerjaya dan dia mahu sentiasa mendampingi belia dan remaja terutama yang ingin berkongsi pengalaman dengannya untuk berjaya dalam bidang nyanyian.

Katanya, sesuatu kejayaan tidak akan datang sendiri serta tidak mudah dicapai tanpa kerja keras, pengorbanan dan sanggup menerima kritikan negatif untuk perkembangan kerjaya.

"Kepada belia dan remaja Sabah, jangan mudah mengalah dengan kritikan yang diterima, sebaliknya anggap ia sebagai cabaran untuk berjaya bukan halangan untuk menemui noktah dalam sesuatu kerjaya," katanya.

SABUN@ BATU PAHAT




credit to syed
for more stories, klik here

SABUN @ MAJALAH MANGGA EDISI APRIL 2009




credit to afiqahpink

Thursday, March 26, 2009

SABUN @ Photoshoot Mangga


pics credit to syed

For more pics and story read here.

Dapatkan Majalah Mangga keluaran Mei 2009!

Tuesday, March 24, 2009

Stacy @ Terminal One




Stacy perform 3 buah lagu iaitu...Pakai Buang, Cinta Yang Ku Duga, n Aku Stacy.

Monday, March 23, 2009

Stacy @ Sepitang






pics credit to nucy_loves

Sunday, March 22, 2009

NUBHAN @CAK CAK 2009



CREDIT TO NUBHANI

the rest of the show boleh tgk kat sini

NUBHAN @ DIARI AF



pics credit to vern@mrmanager



CREDIT TO IZAH1237

STACY@MELODI



CREDIT TO IZAH1237

Wednesday, March 18, 2009

Stacy Rimas Dilabel Agnes Monica





Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Bonie

KL, 18 MAC 2009: Apabila dibandingkan dengan penyanyi yang hebat dan popular, ia mungkin satu kebaikan tetapi apabila terus-terusan dilabel sebagai Agnes Monica Malaysia, juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Stacy, mula rimas.

Ditemui ketika majlis pra-dengar album sulungnya, Aku Stacy di ibu pejabat Maestro Talent & Management, baru-baru ini, Stacy berkata dia kurang selesa dengan gelaran itu.

"Siapalah saya untuk disamakan dengan Agnes kerana punya nama yang cukup besar di Indonesia dan Malaysia," kata Stacy kepada murai.com.my.

Semakin popular dengan single keduanya, Gagap, Stacy berkata, persamaan itu mungkin teletak pada konsep lagu mereka berdua yang berlatar belakangkan genre pop dance.

"Banyak bezanya antara saya dan Agnes sebenarnya. Secara fizikal, vokal dan konsep muzik. Cuma cuma minatkan lagu dan vokal Agnes. Dia bukanlah idola saya," kata Stacy.

Bercakap tentang album sulungnya yang sudah berada di pasaran, Stacy berkata album itu memberikan kepuasan buatnya dengan senarai lagu-lagu yang sama sekali mengikut selera peminat.

Selain memuatkan single pertama, Aku Stacy, kemudian diikuti Gagap ciptaan Kieran Kuek dan lirik oleh Mode, album yang memakan masa setahun itu turut menampilkan 3 lagu baru iaitu Pakai Buang (Edry/ Edry), Cerah (Audi Mok/ Nurfatimah) dan Cinta Yang Ku Duga (Ajai/Ajai).

Manakala tambahan 2 lagi lagu adalah Aku Stacy dan Cinta Khayalan dalam versi konsert yang dirakam ketika konsert akhir AF6 dulu.

"Walaupun ini adalah permintaan peminat yang mahukan saya menonjolkan lagu-lagu bercorak sebegini, tapi pada masa sama saya, berasa puas kerana inilah diri saya sebenar," katanya.

Peminat boleh muat turun lagu Stacy

Menyedari sambutan yang menggalakkan terhadap teknologi muat turun nada dering, Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent & Management, Freddie Fernandez, telah menyusun strateginya tersendiri.

Katanya, pemilihan jumlah lagu album Aku Stacy agak terhad kerana mahu memberikan lebih tumpuan kepada karya yang benar-benar menarik.

"Kalau kita jual 8 lagu, tapi hanya satu atau 2 lagu saja yang menjadi perhatian... bukankah itu satu pembaziran? Untuk itu, kita kurangkan jumlah lagu supaya ia mendapat perhatian," katanya.

Freddie berkata, jumlah muat turun lagu-lagu artis Maestro juga masih lagi di bawah sasaran memandangkan perlunya kerjasama yang konsisten daripada stesen radio tempatan. Katanya, siaran radio yang kerap daripada stesen radio tempatan amat diperlukan bagi membantu jumlah muat turun lagu-lagu artis.

"Sebagai contoh, lagu Jason Mraz dan Aizat mendapat respon yang baik kerana lagu mereka sering diputarkan di radio. Bagaimanapun sepanjang 2 tahun lalu, Maestro telah berjaya mencatat kutipan kira-kira 200,000 muat turun untuk keseluruhan artis kami," katanya.

Persembahan Jelajah Stacy di Sabah

# Dewan Masyarakat Tawau - 15 Mac 2009 (7 - 10 malam)
# Dewan Sri Kunak - 16 Mac 2009 (7- 10 malam)
# Dewan Perdana Lahad Datu - 17 Mac 2009 (7-10 malam)
# Dewan Arked Keningau - 20 Mac 2009 (7-10 malam)
# Dewan Masyarakat Sepitang - 21 Mac 2009 (7-10 malam)

Stacy saingi Agnes

Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.myBARU sahaja melangkahkan kaki ke dalam dunia seni sambil membawa harapan tinggi menggunung untuk mencipta nama sebagai penyanyi yang berjaya, Stacy sudah dilabel tidak mempunyai identiti tersendiri.

Pemilik nama penuh Stracie Angie Anam dikatakan meniru dan memperlihatkan corak persembahan penyanyi dari negara seberang, Agnes Monica.

Bukan itu sahaja, dalam usia setahun bergelar penyanyi, dia sudah dilayangkan gelaran Agnes Monica Malaysia yang pada dirinya amat berat untuk dipikul sebagai budak mentah yang baru berusia 19 tahun.

Kepada Stacy, pertanyaan yang sama cuba dilontarkan buat dirinya semasa ditemui pada majlis pradengar album sulung miliknya, Aku Stacy yang berlangsung di Maestro Talent and Management Sdn. Bhd. di Bukit Damansara, Selangor minggu lalu.

Tersenyum manis tanda memahami prasangka umum yang mengaitkan dirinya dengan selebriti yang berasal dari Indonesia itu, Stacy bersedia membuka bicara lalu menjawab pertanyaan yang diajukan kepadanya.

"Nampak sahaja konsep album kami sama, malah kami juga memiliki persamaan apabila berupaya menari dengan lincah semasa menyanyikan lagu-lagu yang berentak rancak.

"Namun ini tidak bermakna saya cuba meniru dia (Agnes) demi meraih perhatian daripada para peminat.

"Kalau didengari betul-betul, saya dan Agnes ada perbezaan dari segi nyanyian," ungkap anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu bersungguh-sungguh memperbetulkan persepsi umum.

Sekiranya begitulah jawapan Stacy, barangkali ada sesetengah pihak yang beranggapan dia tidak tahu menghargai 'apresiasi' yang ditujukan kepadanya.

Walhal, Stacy sebagai individu baru dalam cabang seni sepatutnya berbangga dengan gelaran yang diberikan lebih-lebih lagi apabila dia disamakan dengan artis berpengaruh di negara jiran itu.

Stacy bagaimanapun mempunyai alasan relevan enggan disamakan dengan Agnes. Bukan tidak tahu berterima kasih, sebaliknya dia mahu identiti yang tersendiri tanpa perlu disamakan dengan orang itu dan ini.

"Saya bersyukur apabila dikaitkan dengan nama besar ibarat Agnes, apatah lagi penyanyi itu sudah ada tangga populariti di negaranya.

"Cuma kalau boleh, saya minta supaya tidak terus disamakan dengan Agnes, malah jika boleh saya hendak bersaing dengan dia untuk menjadi seorang penyanyi yang lebih berjaya.

"Memanglah sebelum ini saya ada mendengar orang ramai bercakap saya ada persamaan dengan Agnes kerana kami berupaya menyanyi sambil menari dalam satu-satu masa dengan lincah.

"Biarpun begitu, saya tidak boleh sesuka hati menilai diri, tambahan pula saya jarang berkesempatan lihat persembahan serta corak nyanyian Agnes ketika di kaca TV atau dalam mana-mana persembahan sebelum ini.

"Saya mengamalkan prinsip buat kerja sendiri dengan bersungguh-sungguh. Selebihnya biarlah peminat yang buat kesimpulan tentang saya," tutur Stacy yang lahir pada 18 Ogos 1990.

Menyambung bicaranya dalam loghat Sabah, Stacy mengaku Agnes bukanlah idolanya sebelum ini, atau sesudah bergelar seorang penyanyi.

"Tiada maksud saya cuba meniru identiti Agnes disebabkan dia bukannya penyanyi kegemaran saya.

"Diakui saya memang meminati stail berpakaian Agnes yang ditafsirkan begitu sebati dengan gaya saya yang gemarkan pakaian santai dan kelihatan funky di luar atau di pentas.

"Saya mohon sangat selepas ini tiada lagi kata-kata nakal yang mengaitkan saya macam Agnes. Masing-masing punya kelainan tersendiri," ujar Stacy lembut mohon dimengertikan.

Terbaru, Agnes dilanda kontroversi apabila dia menyanyikan karya berjudul Allah Peduli sedangkan dirinya ialah penganut agama Kristian.

Biarpun sesiapa yang dikaitkan dengan Stacy, paling penting Stacy bijak mengambil yang positif sebagai pengajaran, manakala selebihnya harus dijauhkan dengan segera!

Muncul dengan Aku Stacy

Selepas menjuarai rancangan realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6) setahun lalu, impian Stacy untuk muncul dengan album sulung sendiri sebelum ini, akhirnya tercapai jua.

Tiada lebih membahagiakan Stacy apabila album Aku Stacy yang menampilkan banyak lagu menarik sudah pun berada di pasaran sejak 9 Mac lepas, lantas menemui para peminat di seluruh negara.

STACY (dua dari kiri) sering berjaya menampilkan persembahan penuh bertenaga dengan iringan barisan penari yang mantap.

Dalam nada cukup ceria, album Aku Stacy dianggap memberi signifikan kepada si pemiliknya yang melihat kehadiran album itu sebagai dorongan buat dirinya memulakan langkah sebagai anak seni.

"Sudah tentu saya gembira dengan kemunculan album ini. Aku Stacy memang cukup saya nantikan selama ini," laung Stacy ringkas yang tidak mampu menyembunyikan riak teruja.

Sambung Stacy lagi, sebagai pendatang baru, dia berpuas hati dengan isi kandungan yang terdapat dalam album miliknya.

"Album ini menampilkan jalur pop dance yang amat sebati dengan jiwa saya apabila menyanyikan lagu rancak sambil menari mengikut rentak.

"Album ini hanya memuatkan dua buah lagu berkonsep balada, selebihnya merupakan lagu-lagu rancak.

"Penghasilan album dengan genre itu disebabkan ada permintaan daripada peminat yang inginkan saya menyanyikan lagu-lagu berirama segar dan pantas.

"Kalau pergi mana-mana termasuk undangan nyanyian, pasti ada peminat datang menghampiri sambil memberikan pendapat agar saya menghasilkan album dengan menghimpunkan irama rancak.

"Dengan saya sendiri yang ada kecenderungan ke arah sama, dan kerana ia memudahkan saya untuk menjayakan persembahan pentas kelak, maka saya terus bersetuju apabila pihak Maestro berhasrat untuk melahirkan album pop dance saya.

"Ia bersesuaian jugalah dengan imej saya sebagai seorang remaja, cergas dan ada sahaja keinginan untuk menari saat muzik dimainkan," beritahu Stacy tentang personaliti dirinya.

Kalau Stacy terus selesa dengan irama sama, ada kemungkinan selepas ini dia tidak mampu dilabel sebagai versatil.

Umum mengetahui artis yang versatil mempunyai kemampuan bagi membawakan setiap jenis muzik yang diberikan kepada mereka, tanpa ada batas dengan satu-satu genre.

Stacy mengaku agak sukar untuk menyanyikan lagu berentak perlahan lebih-lebih lagi lagu yang dimuatkan ke dalam album sulungnya, Cinta Yang Ku Duga hasil gubahan sepenuhnya oleh Ajai.

"Memang susah sedikit untuk saya menyanyikan lagu ini, malah dalam lagu balada lain saya turut mengalami masalah hendak mengeluarkan emosi dan perasaan dalaman saya.

"Kebiasaannya saya menyanyi lagu rancak, namun selepas ini saya juga akan membiasakan diri dengan menyampaikan lagu berentak perlahan.

"Terus terang dikatakan, banyak perkara yang perlu saya pelajari dalam dunia seni ini, tambahan pula saya masih baru hendak belajar bergelar seorang penyanyi.

"Saya harap agar masyarakat memberi peluang kepada saya untuk pergi lebih jauh, lantas membuktikan saya juga mampu menggenggam impian bergelar penghibur terkenal suatu hari nanti," akhiri Stacy dengan semangat penuh berkobar-kobar.

Memuatkan sebanyak tujuh buah lagu dan lima daripadanya merupakan lagu-lagu baru, Aku Stacy dapat ditafsirkan kejayaan awal kepada Stacy untuk lebih maju dalam bidang ini.

Antara lagu yang dimuatkan ke dalam album tersebut ialah Gagap, Pakai Buang, Cerah, Cinta Khayalan dan Cinta Yang Ku Duga.

Siapa dapat RM1 juta?

Oleh ZAMRI RAMBLI
zamri@kosmo.com.my
Pemenang peraduan Anda Boleh Jadi Jutawan akan membawa pulang hadiah bernilai RM1 juta.

DUTA-DUTA Power Root, Stacy (kiri), Farah (dua dari kiri) dan Rosyam Nor (empat dari kanan) bergambar dengan 10 finalis peraduan Anda Boleh Jadi Jutawan.

"NASIB baik kawan-kawan tolong saya." Demikian ungkap Wong Chee Keong ketika berkongsi kegembiraan apabila terpilih menjadi Top 10 Finalis Anda Boleh Jadi Jutawan pada majlis pengumuman itu dibuat di Restoran Alicafe, Kelana Jaya.

Namun, kata-kata seterusnya yang terkeluar daripada mulut Chee Keong membuatkan orang ramai termasuk empat duta Power Root, Rosyam Nor, Adam AF2, Farah AF2 dan Stacy Af6 ketawa besar.

"Kawan-kawan yang banyak tolong untuk minum produk minuman Power Root yang saya beli bagi menyertai peraduan ini," sambung lelaki berusia 28 tahun itu diikuti deraian ketawa hadirin yang pada mulanya menyangka kawan-kawan Chee Keong membantunya mengisi dan menghantar borang penyertaan. Berbanding sembilan finalis lain, Chee Keong menjadi penghantar borang penyertaan terbanyak iaitu 200 keping.

"Oleh kerana mahu menghantar sebanyak mungkin borang mengikut tempoh masa peraduan yang ditetapkan, saya menghidangkan kawan-kawan minuman tin Power Root semasa mengadakan jamuan atau ketika mereka datang melepak di rumah saya," ceritanya.

Jika anak muda yang berasal dari Negeri Sembilan itu terpilih menjadi finalis selepas menghantar 200 borang penyertaan, seorang pesara kerajaan berusia 58 tahun pasti akan menjadi lelaki yang cukup bertuah jika memenangi peraduan tersebut. Sebagai salah seorang finalis, Mohd. Osman Abdullah tetap mengharapkan hadiah utama berupa Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM1 juta dengan hanya menghantar dua keping borang.

Mengakui masih terkejut, Mohd. Osman dari Kota Kinabalu, Sabah memberitahu, beliau menghantar borang penyertaan sekadar suka-suka, selain biasa menikmati minuman Tongkat Ali keluaran Power Root.

"Saya hantar dua keping penyertaan dan serahkan kepada rezeki. Alhamdulillah tidak sangka nasib menyebelahi saya," ujarnya.

Selain Chee Keong dan Mohd. Osman, lapan finalis lain ialah Rohanizah Baharudin dari Kuantan, Ismadi Ismail (Kuala Terengganu), Dayangku Nurul Arafa Mohd. Yazid (Johor), Mat Amin Sarbini (Pelabuhan Klang), Thanalecthumy Shanmugam (Subang Jaya), Norfadelina Abadullah (Pulau Pinang), Liew Siew Leng (Kampar) dan Muhammad Solahuddin Ismail (Kedah).

Untuk memenangi hadiah utama bernilai RM1 juta, 10 peserta akhir itu akan berentap dalam satu peringkat yang dinamakan Meriahnya Juara Anda Boleh Jadi Jutawan. Pertandingan peringkat akhir akan disiarkan melalui saluran televisyen swasta, TV3 pada 29 Mac ini bermula pukul 6 petang.

Dalam pada itu, duta Power Root, Rosyam yang turut bertindak sebagai pengacara pada majlis pengumuman itu berkata, pada pertandingan peringkat akhir nanti, 10 finalis ini akan bersaing dalam empat pusingan.

Dalam setiap pusingan, finalis akan diuji dengan pelbagai soalan uji minda berkaitan produk Power Root, selain pengetahuan am.

Tidak ketinggalan, finalis juga akan dipasangkan dengan duta Power Root untuk melakukan beberapa aksi yang menguji fizikal.

Enam peserta yang berjaya mengutip mata tertinggi akan melayakkan diri ke peringkat seterusnya manakala baki empat peserta terpaksa disingkirkan. Pada peringkat kedua pula, enam peserta akan membentuk tiga kumpulan dengan setiap kumpulan akan dipasangkan dengan tiga duta muda Power Root iaitu Farah, Adam dan Stacy.

"Pada pusingan kedua, peserta akan diuji dari segi fizikal. Dua peserta dalam pasukan yang paling rendah matanya akan disingkirkan. Baki empat peserta yang tinggal akan mara ke pusingan ketiga dan akan dipasangkan sekali lagi dengan duta produk termasuk saya. Selepas itu, hanya dua peserta terbaik akan melayakkan ke pusingan penuh debaran untuk menentukan siapa jutawan RM1 juta," jelas Rosyam.

Pada pusingan terakhir, dua peserta itu akan diuji dari segi fizikal dan soalan kuiz sebelum peserta terhebat dinobatkan sebagai pemenang utama. Menariknya, sembilan finalis lain tidak akan pulang dengan tangan kosong. Ini kerana setiap seorang akan membawa pulang Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM10,000 setiap seorang.

Tuesday, March 17, 2009

SABUN @ MEDIA HIBURAN

DAPATKAN MEDIA HIBURAN DI PASARAN!!
CREDIT TO ARYZANA83

Monday, March 16, 2009

Stacy @ Temujanji







credit to izah1237

Saturday, March 14, 2009

NUB'S NEW HAIRSTYLE







credit to vern

LOVE IT OR HATE IT?
TERIMA SEADANYA NUBHAN..
nubhan tetap nubhan.."P

Friday, March 13, 2009

'Aku Stacy, bukan Agnes Monica'

Oleh WAHIDA ASRANI
mstar.com.my
DIA digelar Agnes Monica Malaysia. Aksi lincah Stracie Angie Anam atau mesra dipanggil Stacy tatkala beraksi di pentas sememangnya mengingatkan kita dengan persembahan bertenaga yang sering dipamerkan oleh penyanyi popular Indonesia itu.

Namun, Stacy adalah Stacy. Walaupun gelaran itu sudah sinonim dengan dirinya, juara Akademi Fantasia musim keenam ini tidak merasakan dirinya sudah 'setaraf' dengan bintang Indonesia itu.

"Saya tidak nafikan, dari segi konsep, memang ada sedikit 'dipengaruhi' oleh Agnes. Lagipun, saya memang suka melihat gaya persembahannya. Tetapi tidaklah sehingga ingin meniru Agnes.

"Mungkin kami banyak persamaan kerana sering menyanyi sambil menari di pentas, tetapi jika dilihat dari segi lagu dan cara nyanyian kami, ia jauh berbeza.

Stacy mempertaruhkan album sulungnya, Aku Stacy

"Apapun, saya bersyukur dengan gelaran itu, cuma kalau boleh, janganlah terus samakan saya lagi dengan dia," kata Stacy yang ditemui pada majlis pra-dengar album sulungnya, Aku Stacy, di pejabat Maestro, semalam.

Menurut Stacy, walaupun sedar label 'Agnes Monica Malaysia' itu pasti akan terus singgah terhadap dirinya, namun itu tidak menghalang gadis kelahiran Sabah ini untuk terus kekal dengan konsep 'pop dance' yang cukup diminatinya itu.

Malah, daripada lima buah lagu baru yang dimuatkan dalam album pertamanya itu, hanya sebuah saja lagu berentak balada ditampilkan.

"Saya minat menyanyi sambil menari. Kadang-kadang lagu yang tidak begitu rancak pun saya akan menari juga. Sebab itu saya puas hati dengan album ini yang menampilkan lebih banyak lagu rancak.

"Album ini memang benar-benar mencerminkan diri saya. Malah, peminat-peminat saya juga lebih suka saya menyanyikan lagu rancak.

"Tetapi, 'at least' saya ada juga memuatkan sebuah lagu 'slow' dalam album ini berjudul Cinta Yang Ku Duga ciptaa Ajai. Mungkin kelak, jika ada kesempatan, saya akan tampilkan lebih banyak lagu balada untuk album yang akan datang," kata penyanyi berusia 18 tahun ini dalam nada ceria.

Aku Stacy yang dilancarkan oleh Tan Sri Bernard Dompok di Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Mac lalu memuatkan tujuh buah lagu yang mana lima daripadanya adalah lagu baru.

Meskipun dilabel Agnes Monica Malaysia, Stacy tidak menganggap dirinya setaraf penyanyi popular Indonesia itu

Dua buah lagu lagi ialah Aku Stacy versi 'live' dan Cinta Khayalan, sebuah lagu yang pernah dinyanyikan oleh Stacy pada konsert AF6 dulu.

Antara komposer yang terlibat di dalam album ini ialah Audi Mok, Kieran Kuek dan Edry KRU. Ketika ini, dua buah single nyanyiannya, Aku Stacy dan Gagap telah pun dimainkan di radio.

Stacy dijangka akan mempertaruhkan single ketiganya, Pakai Buang ciptaan Edry KRU tidak lama lagi.

Ditanya tentang penampilan atau imej yang ingin diketengahkan, kata penyanyi yang tercalon di dalam kategori Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 2008 ini, dia lebih gemar dengan penampilan yang dirasakan selesa untuk dirinya.

"Sejujurnya, saya mungkin tidak begitu bagus dalam segi imej. Nasib baik saya sering dibantu oleh kakak, saudara dan adakalanya, pihak Maestro sendiri akan membantu saya dari segi penampilan.

"Tetapi, saya lebih senang pakai apa yang saya selesa memandangkan ketika di pentas, saya perlu tampil dengan pakaian yang senang untuk saya bergerak dan menari," kata Stacy.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maestro, Freddie Fernandez berkata, walaupun pasaran album amat lembab ketika ini, namun itu tidak menghalang Maestro untuk menerbitkan album juara AF6 itu.

"Ketika ini, kami memang lebih senang menghasilkan single saja untuk artis-artis di bawah label ini. Tetapi memandangkan Stacy adalah juara AF6, kami rasa apa salahnya hasilkan album penuh untuknya.

"Itupun kami terpaksa rendahkan kos penerbitan dengan mengurangkan bilangan lagu di dalam album ini. Apa yang saya harapakan, dengan cara ini, 'at least' semua lagu baru dalam album ini akan dapat diberi perhatian oleh stesen radio.

"Tetapi apa yang boleh saya katakan, album ini menampilkan lagu-lagu yang sesuai dengan imej remaja Stacy. Dan saya yakin, album ini mampu menjadi batu loncatan untuk Stacy menjadi penghibur yang baik," kata Freddie.

Konsert Big Jam panaskan JB

from bharian.com.my

Acara terbesar di luar Kuala Lumpur anjuran Hot FM tidak menghampakan peminat


KEHADIRAN puluhan ribu orang untuk menyaksikan Konsert Hot FM Big Jam yang diadakan di Johor Bahru, awal bulan ini mencatatkan sejarah manis kepada stesen radio Hot FM.

Tambahan pula kehadiran pengunjung itu seperti di luar jangkaan kerana konsert yang seumpama festival muzik lapan jam tanpa henti ini diadakan di luar Kuala Lumpur.

Acara yang dimulakan dengan pelbagai aktiviti di gerai penaja konsert itu, turut menampilkan dua penyampai radio yang tersenarai sebagai calon akhir kategori Penyampai Radio Lelaki dan Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH 2008) seperti Faizal Ismail dan Fara Fauzana seawal jam 10 pagi lagi.

Ternyata kemunculan kedua-duanya itu menghangatkan lagi hari yang cukup cerah. Acara siaran luar Hot FM juga turut diadakan bagi mendedahkan kepada pengunjung mengenai operasi pengendalian serta penyampaian segmen Hot FM Korner.
STACY dengan aksi ceria, lincah dan bertenaga ketika menyampaikan lagu Aku Stacy dan Gagap.

Sesi kedua konsert yang dibuat pada sebelah malam pula semakin hangat. Cuaca pula semakin baik. Ramai yang berpusu-pusu untuk melihat lebih dekat barisan kumpulan yang dijanjikan untuk muncul beraksi pada sebelah malam.

Kumpulan Shufflers memulakan persembahan pada sesi kedua konsert, dan malam menjadi semakin panas apabila si lincah, Stacy pula tampil di pentas dengan lagu-lagu cukup bertenaga seperti Aku Stacy dan Gagap. Tambah menarik dalam persembahan lagu Bring Me To Live, Stacy menampilkan Faizal Tahir yang bermain gitar.

Tuesday, March 10, 2009

ABPBH2008: Pos Malaysia, ABPBH saling berkait

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.myPENOLONG Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Pos Malaysia, Maisara Noor Ahmad memberikan maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan.

Pengundi masih perlu menggunakan setem dan penghantaran pos untuk serahkan borang undian

SELAMA ini mereka tidak berpeluang untuk menerokai bangunan tersergam indah yang terletak di antara Daya Bumi dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu. Kalau adapun hanyalah atas urusan biasa seperti mengirim surat, membeli setem atau membayar bil.

Namun, pada Jumaat lalu, pintu terbuka luas buat lima calon akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008) iaitu Liyana Jasmay, Aizat, Lisa Surihani, Nubhan dan Fizo Omar apabila mereka diberi kesempatan bukan saja mendapat maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan tetapi juga melihat khazanah menarik yang tersimpan di bangunan Pejabat Pos Besar Malaysia.

Peluang itu tiba apabila mereka diundang untuk memeriahkan sidang media mengumumkan kerjasama antara Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) untuk acara ABPBH2008 yang acara kemuncaknya berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, 12 April depan.

Pada majlis itu, Pos Malaysia turut memperkenalkan peti surat khas yang akan diletakkan di pejabat pos besar seluruh negara bagi kemudahan peminat menghantar borang pencalonan, memberi penajaan sebanyak RM150,000 serta mengumumkan untuk mengabadikan semua wajah pemenang ABPBH2008 untuk setiap kategori di dalam setem khas.

Perkara itu diumumkan sendiri, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), Datuk Abu Huraira Abu Yazid. Pengarang Kumpulan BHSB, Datuk Manja Ismail menerima replika cek penajaan itu bagi pihak BHSB. Hadir sama, Pengarang Hiburan Berita Harian merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH2008, Hanizam Abdullah.
DARI kiri Fizo, Nubhan, Liyana, Lisa dan Aizat melihat setem keluaran pertama di bilik filateli di bangunan Pejabat Pos Besar Malaysia.

Pastinya berita mengenai pengumuman mengenai wajah pemenang yang menghiasi setem khas itulah yang paling menarik minat mereka. Bukan calang-calang orang berpeluang mendapat keistimewaan itu.

Justeru, usaha Pos Malaysia membuktikan betapa usaha serta bakat anak seni dihargai dan diberikan pengiktirafan sewajarnya.

Walaupun pada dasarnya Pos Malaysia dan dunia hiburan bukanlah sesuatu yang sinonim namun apabila dilihat peranan mereka terutama ketika pengundian berlangsung, tak dapat dinafikan kedua-duanya saling berkaitan.
LIMA finalis ABPBH2008 bergaya di depan bangunan Pejabat Pos Besar.

Hargai usaha peminat


JIKA teman lain hanya dicalonkan dalam satu kategori saja, namun Nuhban berjaya melepasi cabaran apabila namanya disenaraikan untuk dua kategori iaitu Penyanyi lelaki Popular dan Artis Baru lelaki Popular.

Bukan calang-calang orang boleh tersenarai ke peringkat akhir terutama untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular. Tanpa sebarang album penuh dan hanya berbekalkan sebuah lagu single, Nubhan mencatat sejarah peribadi apabila tersenarai dalam kategori itu.

“Saya tak jangka boleh tersenarai dalam dua kategori sekali gus, ” jelas penyanyi yang cukup popular dengan lagu Ada Untukmu ini.

Ditanya apakah strategi Nubhan untuk melobi peminat supaya menobatkan dirinya sebagai pemenang, penyanyi muda ini berkata dia menyerahkan perkara itu kepada kelab peminatnya.

“Biarlah perkara itu diuruskan kelab peminat. Dan pada masa yang sama, saya akan menyertai sesi jelajah promosi ABPBH untuk bertemu peminat saya di serata tempat,” katanya sambil memberitahu masih dalam proses menyiapkan album sulungnya yang dijangka di pasaran Mei depan.

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.