ChatRoom

Tuesday, September 16, 2008

Stacy terima hukuman

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
feride.hikmet@kosmo.com.my

HANYA kerana kesilapan yang tidak pernah dijangka, dirinya kini 'dihukum' dan kini hukuman yang tidak dipinta itu cukup dirasai Stacy selaku pendatang baru.

Mengimbas kembali kesilapannya pada malam anugerah Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) 8 Ogos lepas yang memperlihatkan dirinya kurang membuat persediaan dan menyebabkan lagu Wajah Rahsia Hati yang sepatutnya dinyanyikan dengan indah, tetapi telah bertukar menjadi mimpi ngeri buat Stacy apabila dia tidak dapat mengikut rentak lagu berkenaan.

Peluang bertemu dengan pemilik nama sebenar Stracie Angie Anam ini pada majlis berbuka puasa dan rakaman program raya Ria Sentral baru-baru ini menyingkap segala yang terbuku di hati juara Akademi Fantasia musim ke-enam (AF6) ini.

"Secara jujurnya, sejak kejadian di FFM21, kerja dan publisiti saya sedikit berkurangan. Cuma sekadar persembahan-persembahan kecil dan jelajah mini konsert di Sabah sahaja.
STACY mengakui perjalanan seninya tidak semudah yang disangkakan.

"Kadang-kala saya terfikir, betapa susahnya nak membawa nama juara ke hulu hilir kerana orang hanya akan memikirkan yang saya akan mempersembahkan yang terbaik dan tak mungkin seorang juara boleh tersilap di atas pentas.

"Dan mungkin kerana saya ni beragama Kristian, membuatkan masyarakat kurang menerima saya. Biarpun menjadi begini, saya percaya ada masa untuk membuktikan yang saya boleh melakukan yang terbaik. Cuma berilah saya peluang," tuturnya berterus terang.

Pada awalnya, agak sukar untuk si gadis bersuara serak-serak basah ini berkongsi masalah yang melanda di lubuk hatinya.

Wajah ceria Stacy berubah menjadi suram sedikit tatkala penulis dan teman wartawan lain mula bertanyakan hal ini dengan lebih mendalam. Sukar untuknya menceritakan kekecewaannya, tetapi dia tegar dan menjawab satu-persatu soalan-soalan yang diberi.

Memikirkan tentang dirinya yang semakin merudum berbanding teman-temannya, Stacy perlu melakukan sesuatu. Hampir setiap hari dia membuat latihan agar tidak mengulangi kesilapannya yang lama.

Kadang-kala dia bertanya bersendirian, apa yang perlu dilakukan supaya dirinya kembali bersinar seperti pada permulaannya dia menjadi juara AF6.

"Saya takut dan sedih dengan cabaran yang besar di luar sana. Umur saya baru 18 tahun, banyak perkara yang saya tidak tahu.

"Sekarang ni, latihan nyanyian dan tarian menjadi agenda utama saya. Tetapi kalau saya berusaha pun, saya tak tahu kemana arah saya yang perlu dituju untuk menguatkan kerjaya saya sebagai seorang penyanyi.

"Apa yang saya buat cuma ikut kata orang kerana saya yakin mereka membuat yang terbaik untuk diri saya," katanya.

Cemburu dengan Riz, Nadia dan NubhanMembuat perbandingan antara diri Stacy dan teman-teman seperjuangannya seperti Nadia, Riz dan Nubhan, ternyata rakan-rakannya itu lebih menyerlah berbanding dirinya sendiri.

Timbul rasa cemburu dalam diri penyanyi berasal Sabah ini, apabila rakan-rakannya seperti telah melangkah jauh berbanding dengan dirinya.

Namun, cemburunya bukanlah cemburu berbaur negatif, tetapi Stacy menganggap ia sebagai satu persaingan sihat untuk menjadi seorang yang berjaya.

FOTO kenangan bersama penyanyi senior, Niki.

"Sebenarnya, melihatkan kejayaan mereka, membuat saya cemburu, tetapi jangan salah anggap. Cemburu secara sihat kerana saya menganggapnya sebagai satu cabaran untuk diri ini terus maju.

"Lagipun saya tumpang gembira bila melihatkan rezeki mereka semakin murah.

"Cuma saya takut, orang kata bukan mudah untuk orang Sabah meraih populariti. Lihatlah Felix dan Lotter sekarang, mereka seperti sudah hilang," ujarnya.

Sedih dengan nasib sendiriDi sebalik wajahnya yang ceria, hatinya sebenarnya berkocak. Tiada keluarga rapat di sisi membuatkan Stacy tidak tahu bagaimana mahu meluahkan perasaannya yang terpendam.

"Kadang-kadang, saya teringin untuk berkongsi masalah, tak kira dari segi hal kerja ataupun peribadi. Saya mahu seseorang di sisi dan bantu untuk membangunkan kerjaya saya bersama-sama. Setakat kawan-kawan memang ramai. Tapi agak sukar untuk saya berkongsi masalah.

"Pernah juga saya menangis apabila merasai kesusahan menjadi seorang artis. Biarpun menjadi seorang juara dalam sesebuah pertandingan, belum tentu kita boleh menjadi juara dalam hal-hal lain.

"Dulu, saya ingatkan bila keluar dari AF6, semua perjalanan karier saya akan menjadi okey, tapi baru saya tahu, ia suatu perkara yang susah sebenarnya," ujarnya sambil merenung jauh.

Tambahnya, apa yang mahu ditunjukkan pada umum kini ialah menebus semula kesilapannya yang lama dan memberi persembahan terbaik kepada masyarakat di luar sana.

Menjadi penyanyi kelab semulaMenjadi seorang penyanyi, ada naik dan turunnya. Jika seseorang artis itu berada di zon selesa, belum tentu mereka akan berasa selesa selama-lamanya kerana tanpa usaha keras, seseorang artis itu boleh jatuh pada bila-bila masa tanpa isyarat.

Tentang hal itu, Stacy akui bahawa dia sudah bersiap sedia jika dirinya semakin merudum dan tidak diendahkan lagi oleh masyarakat mahupun peminatnya sendiri.

"Itu merupakan perkara yang paling saya takut. Yelah, pelbagai pengorbanan yang saya lakukan untuk sampai ke tahap ini.

"Saya pernah terfikir, jika rezeki saya tiada di dalam industri ini, saya akan pulang semula ke Sabah dan menyanyi di kelab semula. Yang penting saya ada kerja dan boleh menyara keluarga.

"Dan saya tidak kisah apa akan orang kata, yang penting saya mencari rezeki dengan cara yang betul. Tetapi kalau boleh, selagi saya masih boleh bertahan di dalam industri saya akan kekal di sini. Saya cuma perlukan sokongan daripada peminat-peminat saya untuk terus melebarkan sayap untuk menjadi seorang penyanyi yang disegani," luahnya.

Rancangan dan impian masa depanDitanya pula mengenai impian dan rancangan masa depannya, macam-macam perkara yang diperkatakan Stacy.

INILAH persembahan Stacy pada FFM21 yang dikritik hebat.

Cuma dia tidak tahu, yang mana perlu didahulukannya. Apa yang penting, permulaan impiannya bermula dengan lesen kereta.

"Nak ikutkan hati, macam-macam benda saya nak buat. Saya mahu membawa teman-teman dari Sabah untuk menari bersama saya.

"Bila mereka ada, kami boleh mencipta tarian sendiri dan membuat latihan bersama untuk memantapkan tarian ketika berada di atas pentas nanti.

"Kemudian, seperti umum tahu, saya mahu mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga perlu menghadiri kelas Bahasa Melayu supaya saya lebih fasih. Apa-apa hal, lesen mesti ada dulu," tuturnya.

Tambah Stacy, cuma dia keliru adakah wajar untuk dia belajar Bahasa Melayu kerana keluarga dan rakan-rakan di Sabah seperti kurang gemar jika dia mempelajari bahasa kebangsaan itu.

"Bila saya balik Sabah, mereka kata jangan ubah bahasa saya. Mereka rasa seronok bila saya bercakap menggunakan loghat kami," katanya.

Bila bercerita mengenai impiannya, barulah wajah Stacy kembali bersinar. Semangatnya begitu kental. Sungguhpun dirinya keliru dengan apa yang perlu dilakukannya semangat untuk menjadi penyanyi yang disegani tidak pernah luruh.

"Impian saya ialah menjadi penyanyi yang berjaya. Saya mahu mantapkan tarian dan vokal. Sekurang-kurangnya, bila orang ramai melihat saya membuat persembahan di pentas, mereka akan terpegun," akhirinya.

13 comments:

nucy_loves said...

SABUNians teruskan sokongan anda. Walaupun ribut melanda SABUN... teruskan sokongan anda!!!!

Go STACY.. we r here 4 u.
You can do it gurl!

halida@red said...

stacy...sabunians will always be there for u no matter wat. we know u'r a strong a girl...never give up ok!

IrSaN said...

Stacy, sabunians tetap berdiri di belakang stacy...tetap setia menyokong karier...don't worry, teruskan usaha!! NEVER GIVE UP!! kami SAYANG STACY!!!

Nur68 said...

Never give up Stacy. tiada yg mudah di dunia ini, ada hikmah disebalik segala yang berlaku. Dlm pahit ada manisnya. Sabar selalu dan berusaha dengan lebih gigih lagi.

Sayang Stacy selalu.... Never give up and always think positively.

KakMas said...

STACY SAYANG... NDAK ADA ORG YG TIDAK MELAKUKAN KESILAPAN. JAN MUDAH PUTUS ASA YA SAYANG. TERLALU AWAL KAU UNTUK PUTUS ASA... TERUSKAN USAHAMU... KAMI AKAN SENTIASA SOKONG KAU. LOVE U SOOOO MUCH STACY.

Anonymous said...

asal wartawan ni x tnya pemuzik mlm tu....knapa perlu letak semua kesalahan di bahu stacy saja...

Anonymous said...

semua peminat stacy,walau pe pun yg berlaku teruskan menyokong stacy..teruskan menjadi pendokong semangat stacy..bakat stacy terlalu istimewa utk dipersiakan..
stacy,u go girl...

Anonymous said...

may be time stacy still di af smua org tgk stacy sntiasa perfect.. bile stacy wat silap ckit,tu yg kecoh satu malaya tu..come on la,x de org yg perfect kt dunia ni..stacy just silap intro jer,but performance die lepas tu still power..dh benda tu nk jd mase big event cam ffm,nk wat cmne?..datuk ct,mawi x pernah wat silap ke mase perform???

Anonymous said...

klu populariti stacy dh merudum,nape lagu die still ade di carta2 lagu?kt c30 era,lagu die x pernah terkeluar kan?tiap2 mlm aku dengar..kt carta era pula still top10..kt muzik2 still ade..kt suria pn still ade..kt hot still main..lagu nubhan x yah ckp,mmg popular habis.. lagu dak nadia ngan dak riz tu dah byk kali terkeluar kan???kt carta era dh xde pun..kt hot x pernah main pun..so popular ke dieorg tu??!!ish geramnye aku kt reporter ni..

Anonymous said...

come on smua peminat stacy&nubhan!!
kite vote dieorg habis-habisan supaya dieorg seiring sejalan ke juara lagu,anugerah era,anugerah bintang popular,anugerah planet muzik,anugerah pe lg ek??smua anugerah la..dan yg paling penting menggenggam award tu bersama-sama..ayuh kite buktikan yg sabun merupakan pasangan bakat baru yg paling bersinar&popular dlm industri muzik kt m'sia ni..hidup sabun.. aja aja fighting

halida@red said...

wahhhh semangat nie...harusss la kan. yeah! Support SABUN selamanya!

kyrun_q said...

Stacy,
We are ur 'DIE HARD SABUN FANS'
~u jump...we jump~

so be positive n all the best

>Full support for Nubhan Stacy<

JEN said...

stacy sayang....kak jen harap stacy x lemah semangat dengan kritikan2 yg cuba menguji kesabaran n ketabahan stacy dlm industri hiburan. maybe press tu saja nak mengusik hati sejauh mana stacy mampu menghadapi cabaran yg sekecil ini.kak jen hrp stacy terus berjuang coz yg pasti stacy x merudum seperti yg diperkatakan oleh press2 tu...love you so much!!!

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.