ChatRoom

Thursday, January 29, 2009

SABUN @ AC Disini

Semalam SABUN ada recording utk rancangan AC Disini. SABUN telah dijemput utk menjadi tetamu AC Disini sempena dgn Valentine's Day. Rancangan nie ada 2 bahagian, SABUN punya part last sekali. Nak tau soalan2 yg AC tanya SABUN? Nak tau jawapan mereka? Nak tau lagu apa mereka duet? Saksikan AC Disini pada 14hb Feb 2009 jam 9mlm!

SABUN masa soundcheck...





SABUN masa recording...


Wednesday, January 28, 2009

Stacy @ MyStarz LG

Stacy telah membuat persembahan penutup di rancangan MyStarz LG pada hari Ahad lepas. Beliau telah menyampaikan single terbarunya iaitu Gagap.





Tuesday, January 27, 2009

SABUN @ Carta Muzik 10 Di Lokasi, Giant Kinrara

Gambar2 SABUN masa kat backstage...enjoyyyyyy!!! More pictures of the event will be uploaded kat my flickr. Check it out nnt.






Monday, January 26, 2009

Stacy @ Anugerah Juara Lagu 23

Sorry lambat update gambar di AJL...nie ade sket yg dah edit. Nnt more pictures will be uploaded at my flickr k. Tungguuuuuu...





Sunday, January 25, 2009

Chinese New Year Greeting

vid Nubhan ucapkan selamat tahun baru cina dalam bahasa cina..
vid ni ada juga terselit muka tira and her sis, eila..



credit to vern

SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA YG BERBANGSA CINA!!!!
SALAM MUHIBAH DARI SABUNIANS
GONG XI FA CAI!!

Thursday, January 22, 2009

Kuasa baru industri muzik

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL shazryn.faizal@utusan.com.my

MESKIPUN Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) sudah melabuhkan tirainya dengan cukup gemilang sekali, namun, ia masih lagi diperkatakan ramai.

Pasti ramai yang sudah mengetahui kejuaraan telah menjadi milik kumpulan Meet Uncle Hussain yang memberikan nuansa yang cukup segar dalam lagu mereka yang berjudul Lagu Untuk Mu.

Hakikatnya, mereka sememangnya layak menggenggam gelaran keramat itu meskipun ramai yang meramalkan lagu Sampai Syurga hasil kombinasi Ahmad Izham Omar, Audi Mok dan Faizal Tahir akan menjulang anugerah idaman ramai itu.

Lupakan sahaja tentang kisah itu kerana semuanya sudah termaktub dalam sejarah dan tiada siapa lagi yang mampu mengubahnya. Apa yang lebih menarik untuk dibicarakan adalah tentang corak persembahan oleh artis-artis yang bertanding pada malam itu yang ternyata cukup memukau dan bertenaga.

Terasa kuasa artis generasi baru ini yang ternyata mempunyai idea kreatif yang kadang-kala tidak terjangkau oleh akal dan pastinya, kehadiran mereka di dalam industri cukup dialu-alukan.

Setidak-tidaknya, dengan adanya insan-insan seni yang baru hendak berkembang bunganya, ia mampu mencabar artis yang sedia ada untuk memperbaiki diri masing-masing agar mampu bersaing secara sihat bersama mereka.

Untuk mengenang kembali persembahan hebat oleh artis yang bertanding pada malam itu, Hits menyenaraikan lima persembahan terbaik AJL23.

1) Faizal Tahir (Sampai Syurga)

2) Meet Uncle Hussain (Lagu Untuk Mu)

3) Aizat (Lagu Kita)

4) Elyana (Kalis Rindu)

5) Stacy (Aku Stacy)

Stacy juga antara penyanyi yang menjadi perhatian pada malam AJL23 kerana ramai yang mahu melihat persembahan bertenaganya tatkala menyampaikan lagu Aku Stacy.

Dan, Stacy membuktikan kehadirannya di persada seni tanah air bukanlah satu yang sia-sia kerana menerusi persembahan Stacy pada malam itu, Stacy mampu untuk berada dalam industri untuk jangka masa yang lama.

Berbekalkan kuasa dan semangat yang ada dalam dirinya, menjadikan persembahannya begitu energetik dan menarik sekali. Malah, vokalnya juga ampuh sepanjang mempersembahkan lagu tersebut.

Gerak tarinya begitu kemas dan bertenaga lantas tidak salah untuk mengatakan Stacy boleh diibaratkan seperti penyanyi dari seberang iaitu Agnes Monica.

Wednesday, January 21, 2009

Pengumuman

Rumah Sabun di forum cari dah bertukar board untuk memberi laluan kepada AF7..
jadi, kepada mana-mana forumers di cari yg sesat x jumpa rumah sbn,
di bawah ini adalah alamat rumah Sabun di board Fan Club..
kepada sabunians lain yg berminat utk melawat rumah sabun, anda dipersilakan datang melawat ke sana..

klik link di bawah ini..

rumah sabun di forum cari

Monday, January 19, 2009

SUPER STACY!!!!



credit to izah1237

Persembahan Stacy semalam semasa final AJL memang memukau..
vokal yg baik beserta dance steps yg meletopsss..
satu perkataan yg menggambarkan persembahan Stacy adalah WOW!!!
biarpun Stacy x berjaya membawa pulang apa apa anugerah,
Stacy dah membuktikan Stacy mmg performer yg bagus..
Stacy tetap juara di hati kami!!!!!

Sunday, January 18, 2009

MENARUH HARAPAN MALAM INI


Oleh: Suzan Ahmad

SI manis mewakili kategori Etnik Kreatif manakala si kecil molek pula Pop Rock. Namun, tatkala Farawahida Razali, 23, atau Fara dan Stacie Angie Anam, 18 atau Stacy digandingkan bersama dalam satu sesi fotografi di studio Bintang Popular, genre dan irama yang dipertandingkan dalam Anugerah Juara Lagu Ke-23 malam ini, bagaikan menyatu.

“Setakat ini, dari segi persembahan pentas sudah 80 peratus siap, selebihnya lagi (20 peratus) cuma memerlukan Fara memperkemas dan membiasakan lagi aliran persembahan kerana latihan di Stadium Putra hanya bermula 14 Januari lalu,” ceritanya yang menjalani rakaman video klip di Jakarta untuk lagu Hilang Segalanya, Disember lalu.

Menyedari hakikat sukar mencari lagu popular menerusi kategori Etnik Kreatif, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Tanpamu menyifatkan AJL23 sebagai platform untuk lagu yang kurang dikenali dan jarang diputarkan di stesen radio bagi mendekati halwa telinga pendengar.

“Lihat saja Erti hidup nyanyian Dayang Nurfaizah (2004) dan Warkah Buat Laila (2006) nyanyian Zahid berterusan mendapat sambutan sebaik melayakkan diri ke peringkat akhir suatu ketika dulu. Bukan itu saja, lagu yang bertujuan mengangkat seni warisan budaya bangsa ini turut mendapat hebahan menerusi radio popular Hot FM, Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3, dan kebanyakan media massa tempatan,” kata Fara.


Stacy berlatih sampai jemu

Sebaliknya pula bagi gadis kelahiran Penampang, Sabah. Jika Farawahida yang lebih dulu menimba pengalaman sudah 80 peratus siap, Stacy masih pada kadar 70 peratus ketika ditemui minggu lalu.

“Mungkin keyakinan untuk membuat persembahan itu sudah ada tetapi keyakinan untuk bertanding di pentas pengiktirafan muzik segah AJL, rasanya masih perlu diraih menerusi pengalaman,” katanya yang sehingga ke saat akhir masih giat menjalankan latihan intensif memandangkan lagu Aku Stacy (Intan Norul Azlin/Intan Norul Azlin/ Layla Ismail) agak rancak dan catchy.

“Stacy sanggup berlatih sampai jemu asalkan Stacy perolehi keyakinan dan menguasai konsep persembahan serta persembahan vokal secara seimbang,” jelasnya yang tidak terlalu menitikberatkan gimik dan kelainan yang melampau.

Seperti Fara, Stacy juga menaruh harapan untuk mengecap kemenangan walaupun dia sedar bukan calang-calang lagu yang menyaingi dalam AJL23.

“Dalam usia semuda ini Stacy sudah berpeluang ke pertandingan sehebat AJL. Sekiranya rezeki menyebelahi Stacy, sememangnya ia bonus buat kerjaya Stacy yang masih setahun jagung ini,” katanya yang menaruh keazaman untuk menyambung pembelajaran bagi membolehkannya mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Saturday, January 17, 2009

SABUN@ Majalah Mangga Febuari 2009










credit to aryzana83

SABUN SANGAT COMEL!!!
MARI PENGSAN BERAMAI-RAMAI!!!!

Stacy jaga stamina

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Rap

BERSUSAH-SUSAH dahulu bersenang-senang kemudian, itulah pepatah yang dipegang juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Stracie (Stacy) Angie Anam, 19, dalam usahanya menjadi yang terbaik.
Layak bertanding buat kali pertama di pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) dengan single, Aku Stacy dicipta Intan Norul Azlin dan lirik ditulis Layla Ismail, Stacy mengharapkan ia dapat dijadikan medan mengetengahkan bakat dimiliki.

Persiapan untuk menampilkan persembahan bertenaga di AJL23 yang dijadualkan berlangsung esok di Stadium Putra Bukit Jalil, sudah dilakukan sejak awal bulan ini lagi.

Ditemui ketika sesi fotografi khas bersama Rap, Stacy menjelaskan sebaik lagu Aku Stacy layak menyertai pertandingan Separuh Akhir Muzik-Muzik bagi kategori pop rock, dia sudah membuat persediaan awal dengan berjoging empat kali seminggu bagi meningkatkan stamina.

"Saya terus berjoging hingga sekarang dan hanya sempat berehat ketika pulang ke Kota Kinabalu, Sabah bagi menyambut Krismas akhir Disember lalu.

"Pada saya, dalam berhadapan pertandingan besar seperti ini, stamina kunci utama untuk memberikan persembahan terbaik. Saya takut jika senaman tidak diteruskan nanti apabila menyanyi tumpuan terganggu kerana semput," katanya

Cerita Stacy lagi, dia sebenarnya bimbang untuk bertanding di pentas besar seperti AJL23 kerana mereka yang menyertainya bukan calang-calang peserta.

Selain lagu ditampilkan bagus, penyanyinya juga ada antaranya sudah mempunyai pengalaman luas pada Anugerah Juara Lagu dan boleh dikatakan sebahagian besar daripada mereka seperti Estranged, Spider mahupun Ziana Zain pernah memenangi anugerah utama.

Memikirkan perkara itu menyebabkan gadis yang meminati pemenang anugerah Grammy, Christina Aguilera, dia tidak dapat menyambut Krismas dengan tenang kerana asyik memikirkan konsep persembahan hendak dilakukan.

Sebaik pulang ke Kuala Lumpur, Stacy dan Intan terus melakukan perubahan terhadap susunan lagu dan cuba membaiki corak tarian agar lebih mantap serta menarik.

"Atas bantuan abang iaitu Chaq dan teman lain, kami mula mereka bentuk tarian. Saya mengharapkan apabila muncul di pentas segala-galanya berjalan seperti dirancang

"Dinilai daripada senarai lagu bertanding, tidak dinafikan semua mempunyai kelebihan untuk bergelar juara. Dalam hal ini saya tidak menaruh harapan tinggi.

"Pada saya jika persembahan yang dilakukan esok mampu merangsang penonton, ia sudah saya anggap satu kejayaan. Paling tidak, selepas berusaha hampir sebulan saya mengharapkan kami boleh memenangi Anugerah Persembahan Terbaik. Oleh itu, saya mahupun penari pengiring perlu bekerja keras," katanya.

Bercerita lanjut mengenai AJL23, kata Stacy, selepas berhempas-pulas setiap hari dia belum yakin sepenuhnya untuk tampil di pentas kerana ada beberapa perkara masih menghantui fikirannya.

"Pertamanya, sudah tentu masalah gementar. Walaupun semua persiapan sudah dibuat tetapi keyakinan saya hanya 80 peratus. Saya gementar kerana AJL23 adalah satu pertandingan besar.

"Sebagai orang baru saya berasa tertekan. Mampukah saya bersaing dengan mereka yang jauh berpengalaman? Doa saya sekarang ini apabila tiba malam esok perasaan yang menghantui diri dapat dikawal

"Waktu sama saya akui perasaan takut turut ada dalam diri. Saya takut sekiranya melakukan kesilapan sehingga menyebabkan pencipta lagu dan penulis lirik Aku Stacy kecewa dengan persembahan yang diberikan.

"Saya turut takut apabila segala yang sudah dirancang tidak menjadi apabila beraksi di pentas. Saya benar-benar berharap memperoleh kekuatan apabila muncul menyanyi esok," katanya.

Menurut Stacy lagi, dalam melakukan persiapan dia turut berterima kasih kepada penari pengiringnya yang sentiasa bersama-sama dengannya.

"Bayangkan kami pernah berjoging pada waktu malam kerana dari pagi hingga petang saya sibuk dengan urusan kerja lain. Selain itu mereka boleh berdikari dengan melakukan latihan tanpa saya. Mereka sangat berdisiplin. Saya sendiri senang apabila dapat membuat persembahan bersama mereka," katanya.

Pada waktu sama, seperti diketahui umum sejak menyertai AF6 hingga sekarang, Stacy masih berhubung rapat dengan pemenang tempat ketiga pertandingan rancangan realiti TV itu, Nubhan.

Apa kata Nubhan atau kata-kata azimat yang diberikan jejaka kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu?

Sambil tersipu malu, Stacy berkata penyanyi yang popular dengan lagu Ada Untukmu itu mendoakan dia mampu memberikan persembahan terbaik dan membuatkan semua bintang AF6 bangga dengannya.

Wednesday, January 14, 2009

Dua remaja memburu impian

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Stacy menggalas tanggungjawab besar dalam menghadapi Anugerah Juara Lagu Ke-23 Ahad ini.

MENGIKUT perancangan awal, fotografi ini sepatutnya menggandingkan tiga penyanyi baru yang pertama kali berjaya melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) yang akan berlangsung 18 Januari ini di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Mereka yang dimaksudkan adalah Farawahida yang mewakili kategori Etnik Kreatif menerusi lagu Persoalan Cinta, Stacy dengan lagu Aku Stacy yang bertanding dalam kategori Pop Rock dan serta lagu Hanya Di Mercu nyanyian Ayu yang mewakili Balada.

Setiap yang dirancang itu sememangnya sudah ditentukan oleh Yang Maha Esa dan begitu juga dengan fotografi ini apabila Ayu terpaksa membatalkan temu janji pada saat akhir kerana telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman pada tekaknya.

Namun begitu, fotografi ini diteruskan juga dengan Farawahida atau mesra disapa sebagai Fara dan Stacy yang ternyata teruja untuk membicarakan tentang penglibatan mereka dalam AJL23.

Meskipun hanya menggalas tanggungjawab sebagai penyanyi untuk lagu yang bertanding, namun, baik Stacy dan Fara, kedua-duanya tidak mahu persembahan mereka pada malam gilang-gemilang itu bagaikan melepaskan batuk di tepi tangga sahaja.

Selain berdebar menghitung hari ke tarikh 18 Januari, Fara dan Stacy kini giat berlatih untuk memberikan persembahan yang terbaik demi kepuasan peminat mereka serta memikat hati juri yang akan mengadili persembahan mereka untuk dinobatkan sebagai Persembahan Terbaik.

Stacy janji persembahan hebat

SIAPA sangka, hanya beberapa bulan dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia musim keenam, rezeki Stacy cukup murah apabila single pertamanya, Aku Stacy berjaya mara ke peringkat akhir AJL23.

Menyifatkan apa yang berlaku sebagai tuah untuk dirinya dan juga komposer dan penulis lirik lagu berkenaan iaitu Intan Norul Azlin dan Layla Ismail, anak kelahiran Sabah ini menjanjikan satu persembahan yang mampu membuka mata ramai pihak yang sebelum ini yang menidakkan bakatnya.

“Bukanlah saya mahu rasa diri saya bagus atau berlagak tetapi saya agak sedikit kecewa kerana ada beberapa pihak yang seperti tidak mempercayai akan bakat saya.

“Dengan maranya saya ke peringkat akhir ini, ia sekali gus membuktikan bahawa artis yang lahir daripada pertandingan realiti juga mampu membuktikan bukan semua yang tidak berbakat,” jelas Stacy membuka bicara.

Untuk kategori Pop Rock, Aku Stacy akan bersaing hebat dengan empat buah lagu lain iaitu Kalis Rindu nyanyian Elyana, Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein), Yang Pernah (Estranged) dan Bukan Di Sini (Sofaz).

Malah, sepanjang sesi temu ramah ini berlangsung, ucapan syukur juga tidak lepas dari bibir mungil Stacy.

“Saya bagaikan tidak percaya apabila nama saya diumumkan ke peringkat akhir dan lebih manis lagi, hanya saya dan Elyana sahaja penyanyi wanita dalam kategori ini.

“Jujurnya, memang saya akui persaingan memang cukup hebat dari peringkat separuh akhir lagi kerana semua lagu yang bertanding memang kuat. Apatah lagi dengan menyertai AJL, ia memang bagaikan satu mimpi yang tidak pernah saya fikir akan menjadi realiti.

“Dulu, saya hanya menontonnya menerusi kaca televisyen tetapi, kali ini, saya pula yang akan membuat persembahan di pentas penuh prestij ini,” jelas Stacy.

Demi memberikan persembahan yang penuh energetik pada malam itu nanti, kini, Stacy giat berlatih dan apa yang menariknya, abangnya sendiri, Chaq bertindak sebagai koreografer selain daripada beberapa orang kawannya yang turut akan mengiringi persembahannya nanti.

Tidak dinafikan, pesona dan karisma Stacy atau nama sebenarnya, Stracie Angie Anam di pentas memang cukup menyerlah apatah lagi bila menyampaikan lagu rancak yang disulami dengan tariannya.

“Memang sukar dan mencabar sekali apabila perlu menyanyi sambil menari dan ia memerlukan stamina yang cukup tinggi agar suara kita tidak akan kedengaran tercungap.

“Untuk itu, saya sendiri memperbanyakkan senaman dengan berjoging agar dapat mengekalkan stamina saya itu. Selain itu juga, saya sering mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan-rakan untuk memperbaiki lagi mutu nyanyian saya,” jelasnya yang kini semakin popular dengan lagu Gagap.

Debaran Elyana, Stacy

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.myMisi Elyana dan Stacy memastikan persembahan paling bertenaga di AJL 23

LIMA hari saja lagi Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 23 bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Pastinya ketika ini, penyanyi yang berjaya ke akhir nanti sedang ligat membuat persiapan akhir untuk menghadapi acara penting dalam kalendar hiburan tanah air.

Sekalipun sekadar menyanyi, ia tetap dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Elyana yang membawakan lagu ciptaan Aidit Alfian sementara seni katanya ditulis oleh oleh Ad Samad, Kalis Rindu.

Manakala Stacy pula mempertaruhkan lagu Aku Stacy nukilan Intan Norul Azlin dan Layla Ismail. Kedua-duanya mengakui berdebar-debar menantikan detik 18 Januari nanti.

Sekalipun ini bukan pengalaman pertama bagi penyanyi kelahiran Shah Alam itu dalam AJL, perasaan bimbang masih sukar dikikis. Sementara Stacy pula, setiap kali mengingatkan AJL, hatinya pasti berdegup pantas. Lebih-lebih lagi memikirkan nama mereka masih terlalu kecil jika dibandingkan dengan nama besar lain seperti Ziana Zain, Spider, Faizal Tahir serta ramai lagi.

Walaupun berkongsi perasaan yang sama, namun Elyana dan Stacy masing-masing ada cara berbeza berhadapan anugerah yang mula diperkenalkan sejak 1986 itu.

Stacy gigih berlatih sejak Disember

AJL ke-23 bakal menyaksikan Evoke, kumpulan yang pernah disertai Stacy ketika menyertai program realiti Gangstarz musim pertama kembali bersatu. Empat anggota Evoke iaitu Yandi, Yani, Malon dan abang penyanyi itu sendiri, Chaq bakal mengiringi persembahan Stacy.

Kata Stacy, latihan giat dijalankan setelah dia selesai meraikan Krismas tempoh hari. Sejak itu, latihan dijalankan hampir setiap hari di kediamannya. Kadang kala, sehari sebanyak lima kali dia menjalani latihan.

Bagi memastikan staminanya kuat ketika persembahan nanti , Stacy dan lapan lagi penari pengiring yang juga rakan-rakannya turut berjoging bersama hampir setiap hari di kawasan berhampiran tempat tinggalnya.

Sebagai orang yang paling baru dalam senarai calon ke final, penyanyi yang berasal dari Kampung Tuaran, Penampang, Sabah, itu tidak mahu memandang mudah kepercayaan yang diberikan kepadanya. Selain itu, Stacy juga tidak mahu episod hitam ketika Festival Filem Malaysia ke 21, Ogos lalu berulang kembali.

"Saya jarang mendapat peluang membuat persembahan secara langsung di kaca televisyen. Justeru, peluang ini tidak mungkin saya persiakan. Oleh itu, saya harus melakukan yang terbaik kerana saya juga tidak mahu menghampakan komposer dan penulis lirik saya kak Intan dan kak Layla.

"Saya juga tidak mahu perkara yang terjadi pada FFM 21 yang lalu berulang kembali, ialah orang sudah beri kepercayaan takkanlah saya hendak ambil sambil lewa. Saya anggap insiden Ogos lalu sebagai satu hikmah, jika perkara itu tidak berlaku mungkin saya tidak akan bersungguh-sungguh seperti sekarang.

"Sebenarnya saya tidak sangka mampu menempah tempat ke peringkat akhir memandangkan saya masih lagi terlalu hijau dalam industri ini. Setiap kali teringatkan AJL, saya pasti berdebar-debar. Walau apa sekalipun, saya perlu buat persembahan terbaik. Selain bantuan daripada rakan-rakan yang membantu dari sudut kareografi dan susunan lagu, saya turut mendapatkan nasihat dari Kak Intan yang juga komposer saya," katanya.

Kata Stacy, dia perlu menghormati Intan Norul Azlin kerana dia adalah pemilik lagu Aku Stacy. Apa saja rombakan yang ingin dilakukan, dia akan mendapatkan pendapat dari Intan terlebih dulu. Bagaimanapun komposer itu memberi kebebasan kepada penyanyi berusia 18 tahun itu untuk melakukan apa saja yang dirasakan sesuai ke atas lagu itu.

INFO: Stacy
Nama: Stracie Angie Anam
Asal: Penampang, Sabah
Pencapaian: Juara Akademi Fantasia musim keenam
Tahun Aktif: Mei 2008.

Rakaman Zoom-In RTM bersama Nubhan malam ini

Datanglah beramai ramai malam ini (Rabu 14 Januari) ke Auditorium Perdana, Angkasapuri RTM pada jam 7.30 malam. Hanya 200 keping tiket percuma akan diagihkan khas buat peminat Nubhan sahaja. First come, first serve. Semua peminat Nubhan diminta untuk berpakaian warna OREN! More info at http://mrmanager.blogspot.com

Nubhan akan perform 3 buah lagu.

Saturday, January 10, 2009

Hasrat bahagia ayah tak tercapai

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

klik gambar untuk paparan yg lebih besar dan jelas

Bapa kepada penyanyi yang sedang popular dengan lagu Ada Untukmu itu, Ahamad Abdul Rahman, 67, meninggal dunia malam Rabu (7 Januari) kerana serangan sakit jantung.

Ahamad dilaporkan menghadiri kenduri doa selamat yang diadakan kenalan di Taman Panchor Jaya, Seremban.

Sewaktu menikmati juadah, tiba-tiba Ahamad jatuh pengsan.

Ahli keluarga lain yang kebetulan menemaninya, terus membawanya ke hospital.

Bagaimanapun, sebaik tiba di Hospital Pakar Senawang, Ahamad disahkan doktor sudah meninggal sewaktu dalam perjalanan.

Berita kematian ayahnya, benar-benar membuatkan Nubhan terkejut memandangkan sebelum itu bapanya sihat dan tidak pernah mengalami sebarang komplikasi atau penyakit kronik.

"Kali terakhir saya bertemu dengan arwah ayah, dua minggu lalu. Namun waktu itu dia tidak menunjukkan apa-apa tanda. Malah, dia sempat berpesan pada saya agar pandai-pandai menjaga diri apabila pulang ke Kuala Lumpur nanti.

"Apa yang berlaku, saya anggap takdir, cuma terkilan dia pergi tanpa saya di sisinya," katanya sambil menahan tangis.

Kata Nubhan lagi, pada mulanya, dia berasa terkejut apabila kakaknya, Saadah memberitahu arwah bapanya rebah secara tiba-tiba di majlis kenduri berkenaan.

"Waktu itu saya baru saja hendak menikmati makan malam bersama Stacy dan seorang lagi teman. Bagaimanapun, selepas diberitahu saya terus bergegas untuk pulang ke Senawang.

"Dalam perjalanan tiba-tiba saya rasa luluh hati apabila kakak memberitahu yang ayah sudah meninggal," katanya.

Cerita Nubhan, dia sangat sedih kerana ayahnya pergi di saat kerjayanya baru hendak berkembang dan sebelum itu turut memasang niat untuk memastikan orang tuanya hidup lebih selesa.

"Saya bercadang untuk mengambil orang gaji bagi membantu ibu (Badriah Omar, 64) di kampung dan dalam waktu sama saya menyimpan duit untuk menukar kereta yang dipandu ayah. Tetapi segalanya sudah terlambat.

"Saya anggap apa yang berlaku ini sudah takdir. Ternyata Allah lebih menyayanginya. Sebagai hambanya saya reda dengan ketentuan-Nya," katanya.

Begitupun kenangan manis bersama arwah bapanya membuat Nubhan berasa begitu sedih.
Apatah lagi, dia anak bongsu lelaki dan sangat rapat dengan ibu bapanya.

"Hendak diikutkan, arwah bapa tidak berapa gemar apabila saya mengambil keputusan untuk menyanyi sepenuh masa. Malah, sebelum ini pun dia ada memberitahu pihak media yang dia tidak tahu saya boleh menyanyi.

"Bagaimanapun, apabila melihat kejayaan saya meraih tempat ketiga di Akademi Fantasia musim keenam pertengahan tahun lalu, arwah bapa terus memberikan perangsang. Saya percaya, kejayaan awal yang diraih itu atas doanya.

"Kini, saya akan terus merindukan ayah. Tiada apa yang dapat saya ungkapkan selain meminta peminat dan orang di luar sana agar sama-sama membacakan Al-Fatihah untuk arwah bapa dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman," katanya.

Kehilangan terbesar Nubhan

HIBURAN
Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

NUBHAN menyimpan banyak kenangan manis bersama dengan arwah bapanya.

PERMULAAN tahun 2009 bukan sesuatu yang indah buat penyanyi yang popular dengan lagu Ada Untukmu, Ahmad Nubhan Ahamad atau Nubhan.

Semangat dan azam barunya meneruskan kejayaan cemerlang dalam bidang seni terbantut seketika apabila dia menerima perkhabaran mengenai pemergian bapa tersayang Ahamad Abdul Rahman pada 7 Januari lalu.

Kata jejaka berusia 23 tahun ini, dia merupakan anak bongsu dalam lapan adik-beradik dan hubungannya dengan ibu bapanya terlalu rapat. Kehilangan bapanya merupakan satu kehilangan terbesar dalam hidupnya.

Meskipun dia hilang semangat seketika saat memaksa diri menerima kenyataan tersebut, Nubhan akhirnya mampu menenangkan dirinya dan menganggap pemergian bapanya sebagai qada dan qadar yang telah ditentukan Ilahi.

Bagi menyelami lebih lanjut isi hati anak jati Negeri Sembilan ini, ikuti perbualan antara Nubhan dan Kosmo! sejurus selepas majlis pengebumian bapanya pada petang Khamis lalu.

Apa khabar? Macam mana keadaan Nubhan dan keluarga sekarang setelah pemergian bapa?

Sekarang semua okey, arwah abah telah selamat dikebumikan dan kami buat kenduri tahlil selama tiga hari. Sedih, memang sedih tetapi saya reda. Saya juga ambil cuti selama seminggu dan tangguhkan semua persembahan hujung minggu ini.

Bila Nubhan mengetahui keadaan ayah dan apa reaksi ketika menerima berita tersebut?

Semasa menerima berita itu, saya berada di sebuah restoran di Kuala Lumpur, dan kakak saya hubungi beritahu abah pengsan ketika menghadiri kenduri di rumah jiran sebelah rumah kami di Seremban. Selepas dapat tahu pada pukul 8.30 malam saya bertolak dari Kuala Lumpur, tetapi apabila sampai di Nilai, saya dapat panggilan telefon pada pukul 9.30 malam yang mengatakan bapa sudah meninggal dan saya terus ke hospital.

Arwah bapa Nubhan meninggal kerana disahkan sakit jantung pada usia 68 tahun, adakah Nubhan tahu bapa mempunyai penyakit jantung sebelum ini?

NUBHAN sempat menyedekahkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebelum jenazah bapanya dikebumikan.

Bukan saya saja, semua ahli keluarga saya tidak tahu arwah abah ada sakit jantung kerana dia sihat saja sebelum ini, cuma ada penyakit darah tinggi dan sakit dada sikit-sikit. Emak beritahu, arwah abah menghadiri kenduri jiran dan ketika dia makan dia mengadu sakit dada dan terus saja rebah. Arwah abah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Bilakah kali terakhir Nubhan bertemu arwah bapa dan ada apa-apa tanda sebelum arwah meninggal dunia?

Saya jumpa arwah abah pada hari Ahad dua minggu lepas semasa pulang ke Seremban. Arwah seperti biasa, malah kami berbual macam selalu, sebab itu saya tidak perasaan apa-apa yang berlainan dengan dirinya. Dia memang sihat, itu yang saya terkejut sangat. Cuma saya ada rasa tidak sedap hati dua tiga hari sebelum arwah meninggal, hati saya memang rasa nak balik Seremban, kawan-kawan pun perasan perangai saya sedikit pelik seperti orang ada masalah, tetapi kerana ada rakaman album dan kerja saya tak dapat balik. Rasa tidak sedap hati saya terjawab bila dapat berita sedih itu. Memang sepatutnya saya kena balik, sebab itu saya terkilan sangat tak dapat jumpa arwah buat kali terakhir.

Apakah perancangan Nubhan untuk arwah bapa sebelum pemergiannya?

Tahun ini saya memang nak buat sambutan ulang tahun perkahwinan ibu dan abah pada Disember depan. Saya juga ingin beri pembantu rumah kepada mereka, tetapi nak buat macam mana Allah lebih sayangkan arwah abah. Bagaimanapun, saya bersyukur masih sempat berjasa pada arwah abah. Saya beli apa yang termampu, walaupun tidak sebesar mana. Arwah dapat merasa hasil titik peluh saya, termasuklah ketika saya bekerja sebelum menjadi penyanyi lagi.

Bagaimana pula kehidupan Nubhan dan keluarga selepas ini?

Selama ini hanya emak dan arwah abah yang tinggal di rumah kami di Seremban. Bila arwah abah sudah tiada, emak akan tinggal bersama kakak sulung saya di Kampung Juasseh kerana sebelum ini emak bergantung pada arwah abah saja. Bila arwah abah sudah tiada saya risau akan emak, sebab itu emak tinggal bersama kakak. Saya pula akan teruskan hidup seperti biasa walaupun sedih kerana saya kehilangan orang paling penting dalam hidup saya.

Thursday, January 8, 2009

Takziah kepada Nubhan dan keluarga

Ayahanda Nubhan, Allahyarham Tuan Haji Ahamad Bin Haji Abdul Rahman (7hb May 1941) telah meninggal dunia pada jam 9.30 malam 7hb Jan 2009 di Hospital Specialist Salam, Senawang, akibat serangan jantung.

Kepada semua yang beragama Islam marilah kita sama-sama sedekahkan AL-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diletakkan disamping orang-orang yg beriman. Amin.

Wednesday, January 7, 2009

10 Bakat Baru Paling Menonjol 2008!

dipetik dari murai.com.my

Teks oleh Razif Rosdi

Selain membuat sorotan tentang cerita dan gosip terhangat sepanjang 2008, portal murai.com.my turut memilih 10 bakat baru tempatan yang menjadi perhatian selepas kemunculan mereka dalam industri seni tempatan. Ada yang datang dari dunia modeling dan ada yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti TV.

1. Nabil Raja Lawak 2 (pelawak, pelakon, pengacara)

Selepas menjuarai program Raja Lawak 2, Nabil yang dahulunya hanyalah seorang Mat Despatch kini semakin hot sebagai pelakon dan pengacara selain stand-up comedian. Tahun 2009 bakal menyaksikan Nabil muncul dalam beberapa filem hebat seperti Sifu & Tongga serta Lu Pikirlah Sendiri The Movie.

2. Fouziah Gous (pelakon, model)

Hari ini wajah Fouziah Gous ada di mana-mana, menghiasi muka depan majalah hiburan ternama dan dada akhbar utama. Bekas pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) ini jelas mempunyai pakej yang hebat sebagai artis. Bakat Fouziah menyinar dalam banyak drama TV tempatan antaranya Cinta Medik, Impak Maksima The Series, Spa Q2, Sitkom Anak Mami dan dia akan muncul dalam filem terbaru seperti Maut, Sifu Tongga, Rasukan Ablasa, Skrip 7707 dan 2 Hati 1 Jiwa.

3. Scha Al-Yahya (pelakon, model)

Bekas Dewi Remaja ini muka menjadi sebutan selepas berlakon dalam Awan Dania di Astro. Selain itu namanya juga makin menjulang selepas berlakon dalam filem seram, Histeria selain banyak iklan komersiol. Dalam dunia gosip, Scha dilaporkan intim dengan Fahrin Ahmad selepas pelakon lelaki itu berpisah dengan Linda Onn.

4. Stacy AF6 (penyanyi)

Dia adalah gadis kedua yang menjuarai AF selepas Mila. Stacy hebat kerana selain mempunyai vokal yang mantap dia antara artis Malaysia yang handal menari. Keletahnya yang spontan memang menghiburkan. Lagu popularnya yang menaikkan namanya adalah Aku Stacy dan sekarang pula mempertaruhkan Gagap.

5. Nubhan AF6 (penyanyi)

Anak kelahiran Negeri Sembilan ini bukanlah juara AF6 tapi dia tetap popular dengan dibantu lagu Ada Untukmu. Selepas AF6, Nubhan semakin menyerlah kerana dibantu Vernon Kedit.Kini gosip cinta antara Nubhan dan Stacy kembali diperkatakan.

6. Kamal Adli (model, pelakon, pengacara)

Selepas merangkul gelaran Hero Remaja 2007, Kamal Adli terus ditawarkan menjadi duta produk Sony. Kemudian, Kamal dilamar menjadi pelakon Impian Sunsilk bersama Diana Amir. Rezekinya terus menyinar sehingga menjadi pengacara program Ceritaku Pandanganku dan pelakon utama drama Renjis 2 di samping Elyana.

7. Sari Yanti (model, pelakon, pengacara)

Bertubuh kecil dan berwajah jelita, Sari Yanti antara pelapis pelakon wanita tempatan. Kejayaan dalam membawa watak Kaisara di TV3 membuatkan dia menjadi pilihan ramai. Selain drama, Sari Yanti juga banyak menerima tawaran berlakon filem dan pernah muncul dalam filem Impak Maksima.

8. Lisa Surihani (model, pelakon)


Beauty With Brain.
Itulah antara gelaran untuk Lisa kerana memiliki kelulusan dalam bidang undang-undang serta berwajah cantik sebagai pelakon. Selepas membintangi filem I'm Not Single, bakat Lisa terus bercambah. Terbaru, dia terpilih menjadi duta produk Lipice. Bakat Lisa turut diiktiraf juri profesional dalam Festival Filem Malaysia lalu sebagai Bintang Harapan.

9. Fizzow Omar (model, pelakon)


Bakatnya turut dicungkil melalui pertandingan Hero Remaja yang disertai rakannya, Kamal Adli. Walaupun bukan juara, bekas ahli sukan ini semakin laris menerima tawaran berlakon. Selain berlakon, Fizzow sering menjadi model beberapa produk.

10. Remy Ishak (pelakon)


Dia mula dikenali dalam filem Indie, Comolot. Kemudian menyerlah dalam filem Anak Halal dan seterusnya, siri TV Sinderela bersama Sharifah Amani. Wajah Remy kerap menghiasi pin-up poster majalah popular tanah air.

Tuesday, January 6, 2009

Monday, January 5, 2009

Stacy @ Tour Meet Stacy Intimately

Pada hari sabtu 3/1/08, Stacy terlibat dengan Tour Meet Stacy Intimately di KK. Sebagai duta Intimate, Stacy telah membuat tour di 3 cawangan Servay Hypermarket, Sabah iaitu di Servay Hypermarket KK Plaza, Servay Hypermarket Likas, dan Servay Hypermarket Putatan. Pada sebelah mlm pula Stacy telah menhadiri Majlis Makan Malam bersama pemenang-pemenang peraduan Intimate. Setelah selesai makan mlm, Stacy meneruskan acara dgn membuat persembahan di D Junction. Stacy telah menyampaikan 6 buah lagu iaitu No One, Makhluk Tuhan Paling Seksi, Proud Mary, Aku Stacy, Gagap dan Total Eclipse Of The Heart yg diiringi oleh band Soul In Mind. Nie ade gambar sket mase Stacy perform di D Junction. All pic credit to kino@cari.com.my



Sunday, January 4, 2009

Stacy, Nubhan berbakat

Ruangan Pembaca
Pancaindera

SALAM sejahtera,
Saya ada terbaca tentang surat dari peminat yang mengatakan Stacy AF6 berbakat sama dengan penyanyi seberang Agnes Monica.

Saya menyokong pendapatnya malah berpendapat bakat tarinya setanding Britney Spears.

Suara Nubhan AF6 yang unik pula memberikan satu lagi ikon kepada industri muzik tanah air seperti suara Jamal Abdillah, Saleem

Iklim, Awie, dan Anuar Zain.

Terima kasih Akademi Fantasia 6 kerana melahirkan pelapis berbakat.

Di sini saya tertanya-tanya, bersempena krismas, tiadakah Ada Cinta Di Hari Natal? Mungkin pihak Astro sibuk dengan perkahwinan

Mawi memandangkan tiada khabar tentang drama itu.

Jika dulu sudah melihat kampung Nubhan, saya cuma ingin melihat suasana kampung Stacy sempena krismas ini.

Sekian, terima kasih.

* Sabunian (
izahmerican_85@yahoo.com)

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.