ChatRoom

Saturday, January 17, 2009

Stacy jaga stamina

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Rap

BERSUSAH-SUSAH dahulu bersenang-senang kemudian, itulah pepatah yang dipegang juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Stracie (Stacy) Angie Anam, 19, dalam usahanya menjadi yang terbaik.
Layak bertanding buat kali pertama di pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) dengan single, Aku Stacy dicipta Intan Norul Azlin dan lirik ditulis Layla Ismail, Stacy mengharapkan ia dapat dijadikan medan mengetengahkan bakat dimiliki.

Persiapan untuk menampilkan persembahan bertenaga di AJL23 yang dijadualkan berlangsung esok di Stadium Putra Bukit Jalil, sudah dilakukan sejak awal bulan ini lagi.

Ditemui ketika sesi fotografi khas bersama Rap, Stacy menjelaskan sebaik lagu Aku Stacy layak menyertai pertandingan Separuh Akhir Muzik-Muzik bagi kategori pop rock, dia sudah membuat persediaan awal dengan berjoging empat kali seminggu bagi meningkatkan stamina.

"Saya terus berjoging hingga sekarang dan hanya sempat berehat ketika pulang ke Kota Kinabalu, Sabah bagi menyambut Krismas akhir Disember lalu.

"Pada saya, dalam berhadapan pertandingan besar seperti ini, stamina kunci utama untuk memberikan persembahan terbaik. Saya takut jika senaman tidak diteruskan nanti apabila menyanyi tumpuan terganggu kerana semput," katanya

Cerita Stacy lagi, dia sebenarnya bimbang untuk bertanding di pentas besar seperti AJL23 kerana mereka yang menyertainya bukan calang-calang peserta.

Selain lagu ditampilkan bagus, penyanyinya juga ada antaranya sudah mempunyai pengalaman luas pada Anugerah Juara Lagu dan boleh dikatakan sebahagian besar daripada mereka seperti Estranged, Spider mahupun Ziana Zain pernah memenangi anugerah utama.

Memikirkan perkara itu menyebabkan gadis yang meminati pemenang anugerah Grammy, Christina Aguilera, dia tidak dapat menyambut Krismas dengan tenang kerana asyik memikirkan konsep persembahan hendak dilakukan.

Sebaik pulang ke Kuala Lumpur, Stacy dan Intan terus melakukan perubahan terhadap susunan lagu dan cuba membaiki corak tarian agar lebih mantap serta menarik.

"Atas bantuan abang iaitu Chaq dan teman lain, kami mula mereka bentuk tarian. Saya mengharapkan apabila muncul di pentas segala-galanya berjalan seperti dirancang

"Dinilai daripada senarai lagu bertanding, tidak dinafikan semua mempunyai kelebihan untuk bergelar juara. Dalam hal ini saya tidak menaruh harapan tinggi.

"Pada saya jika persembahan yang dilakukan esok mampu merangsang penonton, ia sudah saya anggap satu kejayaan. Paling tidak, selepas berusaha hampir sebulan saya mengharapkan kami boleh memenangi Anugerah Persembahan Terbaik. Oleh itu, saya mahupun penari pengiring perlu bekerja keras," katanya.

Bercerita lanjut mengenai AJL23, kata Stacy, selepas berhempas-pulas setiap hari dia belum yakin sepenuhnya untuk tampil di pentas kerana ada beberapa perkara masih menghantui fikirannya.

"Pertamanya, sudah tentu masalah gementar. Walaupun semua persiapan sudah dibuat tetapi keyakinan saya hanya 80 peratus. Saya gementar kerana AJL23 adalah satu pertandingan besar.

"Sebagai orang baru saya berasa tertekan. Mampukah saya bersaing dengan mereka yang jauh berpengalaman? Doa saya sekarang ini apabila tiba malam esok perasaan yang menghantui diri dapat dikawal

"Waktu sama saya akui perasaan takut turut ada dalam diri. Saya takut sekiranya melakukan kesilapan sehingga menyebabkan pencipta lagu dan penulis lirik Aku Stacy kecewa dengan persembahan yang diberikan.

"Saya turut takut apabila segala yang sudah dirancang tidak menjadi apabila beraksi di pentas. Saya benar-benar berharap memperoleh kekuatan apabila muncul menyanyi esok," katanya.

Menurut Stacy lagi, dalam melakukan persiapan dia turut berterima kasih kepada penari pengiringnya yang sentiasa bersama-sama dengannya.

"Bayangkan kami pernah berjoging pada waktu malam kerana dari pagi hingga petang saya sibuk dengan urusan kerja lain. Selain itu mereka boleh berdikari dengan melakukan latihan tanpa saya. Mereka sangat berdisiplin. Saya sendiri senang apabila dapat membuat persembahan bersama mereka," katanya.

Pada waktu sama, seperti diketahui umum sejak menyertai AF6 hingga sekarang, Stacy masih berhubung rapat dengan pemenang tempat ketiga pertandingan rancangan realiti TV itu, Nubhan.

Apa kata Nubhan atau kata-kata azimat yang diberikan jejaka kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu?

Sambil tersipu malu, Stacy berkata penyanyi yang popular dengan lagu Ada Untukmu itu mendoakan dia mampu memberikan persembahan terbaik dan membuatkan semua bintang AF6 bangga dengannya.

7 comments:

fiqah said...

wahh comel nyer stacy!
wartawan ni sje tau usik stacy..
hehehe

Anonymous said...

alolo..
malu2 plak stacy..hihiks
stacy ni comel sgt..

Aisyazurina @ Miraallysa said...

tersipu malu....??? hmmmm xleh imagine wakaka

daeng said...

malu malu tapi mahu ...wakakakakak

Anonymous said...

BAGUS AZIMAT BUN NI...... LAGI BAGUS KALO BUN PON TURUT SERTA BERSAMA2 SFC PEGI MENYAPORT 'KAWAN RAPAT' BUN TU KAT BUKIT JALIL.... HEHEHEHHEHE

miesya said...

stacy!!you go girl....!!aku yakin stacy punye performence mantoppss mlm nih!klu tak menang kategori pop rock pon tak pelah..asalkan bwk balik best performence tonight jadilah..hip..hip..horeeeyy!!stacy boleh!

Anonymous said...

chiyok stacy...
wartawan 2 saje jerk nak usik stacy...wakakaka,klakar tul...

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.