ChatRoom

Thursday, February 26, 2009

Nubhan Nak Buka Agensi Pelancongan

Oleh : Zikirullah Zolkefli (zikir@jomstar.com)
Foto : Aizzul A. Majid

Dalam satu temubual eksklusif, penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Aku Ada Untukmu' Nubhan, memberitahu Jomstar.com bahawa dia bercita-cita untuk membuka sebuah syarikat agensi pelancongan satu hari nanti.

“Nubhan memang dah lama berhajat nak buka agensi pelancongan, sejak belajar dalam bidang pengurusan pelancongan,”

Kata bekas pelajar Kolej Komuniti Hulu Selangor ini lagi, semangatnya untuk membuka syarikat agensi pelancongan semakin membuak-buak setelah menamatkan pelajaran dalam bidang tersebut.

“Tapi selepas masuk Akademi Fantasia ini, saya terpaksa melupakan dahulu impian saya tu…Nubhan kena fokus dalam bidang nyayian dan lakonan sebab buat masa ni, Inilah rezeki Nubhan,” Katanya sambil tersenyum.

Katanya lagi, setelah mempunyai modal yang mencukupi, dia pasti akan menyambung kembali cita-citanya yang terbengkalai itu.

Album
Mengenai perkembangan terbaru Nubhan, anak kelahiran Negeri Sembilan ini memberitahu Jomstar.com bahawa dia kini sedang menantikan waktu bagi melancarkan album terbarunya.

“Kalau ikutkan planning, album terbaru ni akan dilancarkan dalam bulan Febuari ni, tapi you pun tahukan, abah Nubhan pun baru meninggal dunia, selain kesihatan Nubhan buat masa ni pun tak berapa nak menentu.”

“Tapi Insyaallah kalau tak ada aral melintang, dalam bulan Mac yang akan datang ni, album sulung saya akan dilancarkan,” Kata Nubhan.

Tambahnya untuk konsep album sulungnya ini adalah bersifat universal. Kata Nubhan lagi dia mahu mencuba pelbagai genre muzik selain memberi pilihan kepada peminatnya untuk mendengar suaranya mendendangkan lagu dalam pelbagai genre muzik.

“Kalau album yang pertama ni Nubhan buat satu tema je, takut akan merugikan duit peminat. Peminat ni mempunyai kecenderungan dalam pelbagai genre muzik, jadi tak salah Nubhan mempelbagaikan genre muzik dalam album pertama saya ni,”

“Secara tidak lansung mereka dapat mendengar nyayian Nubhan dalam pelbagai genre lagu,” kata Nubhan.

Tambahnya lagi, dia juga pernah mencuba untuk menghasilkan lirik dan mencipta lagu.

“Cuma buat masa ini Nubhan rasa Nubhan masih belum bersedia untuk mencipta lagu dan lirik. Bagi Nubhan untuk mencipta sebuah lagu dan lirik yang indah memerlukan seseorang itu mempunyai kemahiran yang tinggi dan tajam dari segi pemikiran dan bahasa,”

Lakonan
Ditanya mengenai tawaran berlakon, Nubhan mengakui bahawa dia pernah ditawarkan oleh beberapa pengarah tanah air untuk berlakon dalam beberapa buah filem.

“Yang terbaru ini Nubhan ada menerima pelawaan dari Aziz M. Osman untuk berlakon dalam filem terbaru arahannya, tapi itu masih dalam perbincangan….Tajuk filem tu pun saya tak dapat tahu lagi,”

“Jadi saya tak nak cakap banyak sangat dalam soal berlakon ni sebab saya sendiri masih baru dengan dunia seni ini. Jadi saya fikir kalau diberikan watak pun, biarlah pada permulaan ini saya mendapat watak pembantu pelakon sahaja,” ujar Nubhan kepada Jomstar.com

Teman Hati
Jomstar.com juga sempat bertanya kepada Nubhan adakah di dalam hatinya sudah dimiliki oleh seseorang.

“Buat masa ni Nubhan masih solo dan mencari. Cuma nak mencari tu mungkin makan masa yang lama sikit la sebab banyak benda nak buatkan,” katanya sambil tergelak.

“Lagi pun duit tak cukup lagi, nak bagi apa anak orang makan kan??” ujar Nubhan lagi.

Kata Nubhan, dia mahu menamatkan zaman bujangnya apabila berumur antara 28 dan 30.

“Jadi buat masa ini, Nubhan tak nak fikir benda nak beraweks-aweks ni lagi,”

Ditanya bagaimanakah kriteria gadis yang menjadi pilihannya, Nubhan memberitahu dia meminati gadis yang mempunyai darah campur.

“Kalau dapat lah kan, Nubhan nak isteri yang ada mix blood Chinese skit,” katanya sambil tergelak.

Nubhan menambah jika berkahwin kelak dia menginginkan keluarga yang besar.

“Nubhan datang dari keluarga yang besar dan dah terbiasa dengan bergasak dengan abang dan kakak, jadi tak bestlah tiba-tiba keluarga Nubhan nanti, anak sikit je.” Kata anak bongsu dari lapan adik beradik ini.

Info Nubhan
Nama Penuh : Ahmad Nubhan Bin Ahamad
Nama Glamor : Nubhan
Tarikh Lahir : 2 April 1986
Asal : Negeri Sembilan
Tempat Lahir : Kuala Pilah
Anak ke : 8 dari 8 adik beradik
Pendidikan : Sijil Pelancongan & Pengembaraan
Makanan Kegemaran : Masak Lemak Cili Api & Sambal Tempoyak
Minuman Kegemaran : Jus Buah,Teh Ais
Cita-Cita : Memiliki Agensi Pelancongan Sendiri
Hobi : Memancing & Berenang
Tabiat Buruk : Kuat Tidur & Suka Menyakat
Tabiat Baik : Berfikiran Positif
Warna Kegemaran : Ailore, Kenzo
Saiz Baju : L
Saiz Kasut : 10
Percutian Impian : New Zealand

Facebook : http://www.facebook.com/people/Nubhan-Ahamad/1561567826
Laman Web : nubhanfc.forumotion.com

4 comments:

Anonymous said...

cutelah nubhan....t0meiiii....huhu~~
jawapan dier mmg meletuuuuppppssss...
..trademark baru..hehehe~~

sabunians..j0m cpat2 undi sabun t0k abph....rembat sberapa banyak b.harian....V0TE 4 SABUN!!!!!

~~h0ney cute~~
pasan jap,,,

Anonymous said...

siapala gadis betuah tu erk...sian stacy..tak baek tau bang!! uwaaaaaa...

Anonymous said...

bun...bun...mcm2 hang demand nak pompuan camna...nyanyi tu bagi betulkan lagi...popular mmg dah...

good luck 2 bun & mr manager

Anonymous said...

Kishyu_@15:
hmmmm..nk chinese look gak kan?? klu stacy chinese look asenya bkn..malay look pun bukan..inggeris lagi la takda..tp klu korean/japanese look tu ada sesangatlah..hahaha lagi lawa bah!!

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.