Sedangkan kedua-dua lagu tersebut pernah berada dalam senarai Top 10 peringkat separuh akhir pertandingan Muzik-Muzik sebelum ini. Raja Gelek terpilih sewaktu dipertandingkan dalam bahagian pertama Muzik-Muzik, manakala Seadanya Aku pula di bahagian yang kedua.
Dengan perubahan itu, barisan pihak juri telah sebulat suara untuk memilih 14 lagu yang bakal dipertandingkan di akhir AJL24 nanti. Lagu-lagu tersebut adalah Aku Scandal (Hujan) Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah), Aurora (Estranged), Bengang (Akim), Aku Rindu Aku Sayang Kamu (Black), Dan Sebenarnya (Yuna), Rindu Terhenti (Tomok), Pakai Buang (Stacy), Kau dan Aku serta Pergi (Aizat), Situasi (Bunkface), Bencinta (Faizal Tahir), Masih Jelas (Hafiz) serta Cinta Adam & Hawa (Misha Omar).
Menariknya daripada 14 lagu yang terpilih ini, 6 daripadanya adalah lagu yang telah dipertandingkan di Bahagian 3, Separuh Akhir Muzik-Muzik yang telah berlangsung di Plaza Alam Sentral, malam tadi.
Keenam-enam lagu itu adalah Situasi oleh Bunkface, Bencinta (Faizal Tahir), Pergi (Aizat) Rindu Terhenti (Tomok), Masih Jelas (Hafiz) serta Cinta Adam & Hawa (Misha Omar).
Lagu lain yang telah berentap pada malam itu tetapi gagal terpilih adalah Patri nyanyian Jinbara, Ketika Ini (Estranged). Lagu Bencinta yang sepatutnya dinyanyikan Faizal Tahir pula telah dibawakan oleh Shila OIAM.
Faizal tidak dapat hadir serta beraksi pada malam itu kerana mendapatkan rawatan bagi penyakit pneumonia setelah beberapa kali muntah darah di hospital.
Keputusan yang diumumkan pengacara Faizal Ismail, Cheryl Samad serta Ezlynn pada malam itu turut menyaksikan pembabitan 5 bintang Akademi Fantasia di dalam pertandingan akhir AJL 24 nanti.
Sementara itu, penyanyi Misha Omar sewaktu ditemui berkata, dia bangga apabila menjadi satu-satunya artis senior yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir AJL24 nanti.
"Waktu memenangi anugerah dalam majlis Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) yang lalu, memang saya menyimpan hasrat dan impian untuk beraksi di gelanggang AJL24.
"Alhamdulillah, ianya tercapai dan saya berasa sangat bangga kerana dapat beraksi dan berkongsi di pentas yang sama bersama anak-anak muda yang telah memberikan suntikan warna dan variasi di dalam industri muzik tanah air kita," katanya.
Format permarkahan pertandingan separuh akhir ini adalah berdasarkan 30 peratus markah persembahan pada malam pertandingan dicampur dengan 70 peratus penilaian yang dibuat sebelum persembahan bagi mendapatkan markah keseluruhan.
Segala keputusan tertakluk pada penilaian barisan juri yang telah dipertanggungjawabkan untuk menilai serta mengadili kesemua lagu-lagu yang dipertandingkan di peringkat awal mahu pun sewaktu malam persembahan separuh akhir Muzik-Muzik.
Barisan juri yang bertugas adalah komposer Helen Yap, Azman Abu Hassan, penulis lirik Mohariz Yaakob, novelis Ahadiat Akashah serta Azhar Borhan selaku ketua juri.
No comments:
Post a Comment