ChatRoom

Wednesday, November 11, 2009

Stacy @ Kosmo! EPL Football Fever 2009



Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Mazlan Photography’s

Kemunculan pelakon popular drama Kau & Aku di Sports Planet, Seksyen 16, Shah Alam sempena Kosmo! EPL Football Fever 2009 pada malam Ahad lalu, 8 November 2009, telah menggamatkan suasana dengan iringan sorakan peminat yang tidak henti-henti melaungkan nama mereka.

Malah, kelincahan pasukan Fantastik Murai yang dibarisi Akim, Hafiz, Aril, Amar dan Chaq menentang pasukan media ibarat menonton perlawanan Manchester United (MU) menentang Arsenal walaupun Fantastik tewas dengan sepakan penalti.

Selain Fantastik Murai, akhbar tabloid Kosmo! turut menghantar selebriti seperti Saida, Saerah, Amelia, Rizal AF5, Razali Hussein, Nine dan Roslan Shah untuk berlawan dengan pasukan media Kosmo! sendiri yang terdiri daripada wartawan akhbar itu.

Selepas kedua-dua pasukan ini menentang pasukan media, mereka dipertemukan untuk berlawan sesama sendiri. Bagi perlawanan kali ini, Fantastik Murai diserikan dengan keletah Stacy dan Anita Baharom yang begitu teruja bermain futsal pada
malam itu.

Anita yang baru saja kecundang digelanggang Sehati Berdansa 3 berkata menang kalah adat pertandingan tetapi aktiviti sebegini amat menyeronokkan dirinya yang mencari aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.

"Terima kasih kerana sudi menjemput. Dah lama saya nak main futsal. Sekurang-kurangnya malam ni saya dapat keluahkan peluh," ujar Anita.

Menyokong pendapat Anita, Stacy yang hadir bersama abangnya Chaq nyata gembira dan mahu sertai pertandingan futsal lagi. Mengikut strategi awal, Stacy sepatutnya menjadi penjaga gol tetapi disebabkan pasukan lawan yang agak hebat, perancangan tersebut diubah.

Walaupun Fantastik Murai tewas dalam 2 perlawanan ini, Fantastik Murai tetap dilihat menang sorak penonton kerana bertubi-tubi menerima jeritan semangat. Lebih meriah apabila sepanjang Fantastik Murai berhempas pulas menentang lawan, geng sorak iaitu Faratik Murai tidak putus-putus melaungkan semangat buat artis kesayangan mereka itu

Program yang tamat pada jam 12 tengah malam ini turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek yang menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Anda juga perlu tahu..

1. Akim nyaris-nyaris terjatuh di belakang gelanggang kerana tidak perasan ada longkang.
2. Sepatutnya Mila, Yazid, Aishah, Ika Nabila dan Puteri Fateen hadir mewakili Fantastik Murai namun memohon maaf kerana terlibat dengan program lain. Tempat mereka digantikan Stacy dan Chaq.
3. Roslan Shah mendapat perhatian di tengah gelanggang kerana keletahnya yang mencuit hati.
4. Selain bermain, Hafiz dan Stacy turut memeriahkan sesi kuiz bersama peminat.
5. Habis Aril, Akim dan Hafiz dikeroyok peminat futsal yang mahu bergambar dengan mereka.
6. Hafiz sering disapa peminat dengan jeritan korus lagunya iaitu Masih Jelas!!!
7. Selepas tamat perlawanan dengan media Kosmo! Saerah bergegas pulang kerana diserang semput secara tiba-tiba.

No comments:

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.