ChatRoom

Wednesday, November 18, 2009

Saingan pada lagu bukan penyanyi

Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

POPULARITI lagu Pakai Buang nyanyian bekas juara Akademi Fantasia 6, Stracie Angie Anam (Stacy) yang sering disampaikan dalam pelbagai persembahan pentas termasuk kerap dimainkan di radio dipilih antara Top 5 lagu pilihan juri pada saingan separuh akhir kedua Muzik-Muzik yang berlangsung baru-baru ini.

Stacy, 19, berjaya memberi persembahan mantap ketika program itu bersiaran langsung dari Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor. Biarpun keputusan lagunya itu bukan muktamad untuk melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) tetapi ia cukup memberikan berita gembira pada penyanyi yang berasal dari Penampang, Sabah itu untuk mengharap peluang beraksi di peringkat akhir ada.

Kata Stacy, kejayaan awal lagu itu berdasarkan kekuatan pada lirik dan melodi ciptaan Edry KRU yang turut menyelit loghat Sabah. Akuinya, lagu itu membawa melodi rancak yang menghiburkan ramai pendengar khusus kanak-kanak dan remaja.

"Biarpun ramai yang suka dengan lagu ini, saya sukar untuk jangka sama ada lagu ini berjaya ke AJL24. Pada saya, pemilihan lagu ini untuk layak pada peringkat separuh akhir kedua ini sudah menggembirakan saya.

"Saya bersyukur sangat jika lagu ini berjaya melangkah ke peringkat akhir nanti. Saya patut berterima kasih pada Edry yang mencipta lagu ini yang membuatkan peminat suka.

"Saya fikir lagu ini mempunyai kekuatan dari aspek lirik dan melodinya yang senang didengar. Jika berjaya ke AJL24, saya anggap ia sebagai bonus," katanya.

Penyanyi yang sebelum ini popular menerusi lagu Ada Untukmu, Nubhan, pula menyatakan perasaan terkejut apabila lagunya, Seadanya Aku ciptaan Sharon Paul bersama Azalea terpilih memasuki top 5 lagu pilihan juri ke AJL24. Katanya, dia tidak menyangka juri memilih lagunya kerana berasakan setiap penyanyi yang bertanding pada malam itu mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing.

"Persembahan untuk saingan kali ini turut memberikan saya cabaran dari aspek menyanyi secara langsung. Untuk memberi persembahan terbaik, saya perlu mengawal vokal dan pernafasan dengan baik.

"Lagu ini antara lagu wajib yang saya sering nyanyi ketika persembahan pentas. Saya tahu persembahan saya masih mempunyai kekurangan, tetapi sentiasa berusaha memberikan persembahan terbaik.

"Kekuatan lagu ini mungkin terletak pada melodi dan penghayatan kepada pendengar. Jika pendengar menghayati lagu ini, mereka pasti terhibur," katanya.

Nubhan menyatakan masih terlalu awal untuk membuat andaian lagunya layak ke AJL24. Sekiranya terpilih, ia menjadi penghormatan besar untuknya yang buat kali pertama melangkah ke pertandingan berprestij itu. Mengenai penjurian kali ini, dia tetap berpuas hati biarpun format berubah.

"Juri bijak menilai setiap lagu yang bertanding dan bersikap adil dalam membuat keputusan. Sistem terbuka kali ini mempunyai kelebihan dan kekurangan.

"Cabaran lebih besar apabila semua penyanyi bersaing sesama sendiri manakala peminat mungkin melihat sesuatu genre lagu itu diketepikan apabila tidak dipilih. Bagaimanapun, itu bukan masalah besar kerana jika juri percaya pada kekuatan lagu berkenaan, rezeki tidak ke mana," katanya.

Akim pula yang tampil dengan imej rambut baru gembira dengan kejayaan lagunya yang menambat hati juri. Ketika ditemui selepas program berkenaan berakhir, dia berpuas hati dengan persembahannya ketika menyampaikan lagu Bengang ciptaan Amir dan Sheikh Qalam.

"Saya puas kerana dapat sampaikan persembahan mengikut apa yang peminat mahukan. Ketika membuat persediaan sebelum persembahan, saya memberi fokus pada aspek vokal iaitu penekanan pada lirik mengikut melodi.

"Nyata, atas sokongan anggota keluarga, peminat dan rakan, lagu saya ini dipilih antara lima lagu pilihan juri ke AJL24. Sebenarnya saya gementar juga ketika membuat persembahan kali ini.

"Mungkin kerana persembahan terakhir, ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya. Sepatutnya, saya ingin buat beberapa pergerakan ketika persembahan, tetapi kerana gementar, ia tidak dapat dibuat.

"Saya tidak tahu jika lagu saya berjaya ke AJL24. Jika betul, semua ini adalah rezeki dan berkat sokongan ramai pihak yang memberi semangat pada saya selama ini," katanya.

Di sebalik kejayaan awal lima lagu pada separuh akhir kedua ini, persoalan juga menjurus pada penguasaan bekas peserta Akademi Fantasia yang menunjukkan kemantapan pada vokal dan persembahan pentas. Namun, Pengurus Penerbitan Hiburan Primeworks Studio, Fadzliniza Zakaria berkata tidak timbul kenyataan sedemikian yang dikatakan mendominasi jumlah lagu pilihan juri untuk ke AJL24.

Katanya, juri bukan memberi markah berdasarkan faktor itu, tetapi keputusan juri dibuat mengikut kekuatan sesebuah lagu yang difikirkan layak ke AJL24. Mengikut format penjurian, sebanyak 70 peratus markah dinilai pada lagu sebelum persembahan manakala selebihnya bergantung pada persembahan penyanyi pada malam itu.

"Pertandingan ini memberi fokus pada saingan lagu dan bukannya penyanyi. Seperti yang dijelaskan pada saingan separuh akhir pertama lalu, lima lagu yang dipilih tidak semestinya layak ke AJL24.

"Dalam pada itu, kami juga tidak mengamalkan sistem kuota yang mewajibkan artis yang bernaung di bawah TV3 turut layak ke peringkat akhir. Sama ada kumpulan One Nation Emcee mahupun Black, mereka dipilih juri kerana faktor lagu dan persembahan yang menarik.

"Apapun, segala keputusan muktamad hanya diketahui pada separuh akhir ketiga nanti dan hanya 14 lagu yang akan bertanding pada AJL24," katanya.

Pada saingan separuh akhir kedua lalu, setiap persembahan peserta dinilai lima juri profesional iaitu komposer Azlan Abu Hassan, Moharis Yaakub, Ahadiat Akashah, Helen Yap dan Azhar Borhan selaku ketua juri.

No comments:

Persamaan SABUN

1.sabun sesama mental!!!!!
2.kelakar amat..
3.suka pakai baju hitam putih..
4.mengamalkan teori cas
5.sama2 comel..
6.suara yg best..
7.kesayangan bung romli
8.2-2 penah dilukakan
9.suke makan tempoyak
10.sayang budak2
11.sama2 putih
12.anak buah stacy cam nubhan(chinese look)
13.rambut lurus
14.romantik..bleh??
15.persamaan paling ironik...ANGSA!!!(nubhan selalu angsa time konsert,anti stacy club bernama ANGSA)
16.kurus
17.Ahmad Nubhan Ahamad & Stracie Angie Anam - 2 dari 3 patah perkataan nama mereka start ngan A
18.birthday no genap(ni peng yg pikir)
nub 2/4 stacy 18/8
19.kucing!!(haiwan yg selalu disebut oleh SABUN)
20.penggunaan perkataan wah!! dan am..boi secara berleluasa
21.berkorban bangun pagi untuk family(sila refer telenovela kayu api)
22.berjanji akan tetap berkahwin walau dua2 nazak dan baring suda..
23.tema kawen warna purple..
24.tema hari raya warna merah hati..
25.duet ada cinta..
26.pnah mng dance contest cikgu linda
27.lagu mereka ada unsur aku..(aku stacy dan line akuuuuuuygberlambak2dalam ada untukmu..then,tajuk sebenar lagu nub adalahakuada untukmu..)
28.pakai bj itam ms audition
29.suka pakai spek itam..
30.Spek mereka saiz besar dari muka@kamen rider
31.suka CT
32.lagu tema yg sama(sandarkan pada kenangan,bawaku terbang)
33.berdiri bersama masa pengumuman juara
34.suka pakai sweater berhood masa dalam akademi
35.Strong instinct towards each other(tau je each other buat apa,pakai apa)
36.Fringe rambut sama! (dari dalam akademi sampai le sekarang)
37.Muka lebihkurang ala-ala Korea/Jepun (Korea/Jepun.... tu bukan sepupu sepapat ke tu? )
38.Pencinta Alam Sekitar
39.Suka memancing
40.Nama SABUN mewakili negeri masing2. N-NUbhan(Negeri Sembilan) S-staCY(Sabah)
41.kedua-duanya lurus orgnya..
42.dua2 xde jerawat (kalau ada pun jerawat rindu. haha)
43.dua2 suke air milo
44.dua2 berasal dr kampung..
45.Dua2 sehati sejiwa nak pelamin 4 tingkat ataupun 8 tingkat
46.Kedua-duanya sporting giler..
47.antara org yg mcm so call asisstant Nubhan(x tahu apatugasdanjawatan sebenar dia),ada seorang bernama STACEY..nama ygsamadgnSTACY,cuma lain ejaan
48.Dua2 peminat cerita seram (Yg ni dorang sendiri bagi tau kat Ria Sentral....)
49.Dua-dua penah makan ulat saguu
50.Both suka makan ayam kfc hot n spicy

Thanks 2 all SABUNians yg terlibat.

Letter for SABUN

SABUNians

Kepada semua SABUNians yang sgt sporting and setia bersama SABUN. Blog ini dibina atas sokongan anda semua. Terima kasih juga atas sokong dan galakkan dari pihak SABUN sendiri. Kami sayang anda berdua! Paling penting SABUNians haruslah menyokong kerjaya seni SABUN.

WE LOVE SABUN a.k.a Stacy and Nubhan.
WE WILL SUPPPORT
SABUN a.k.a Stacy and Nubhan no matter what.